nak join? klik banner ni yer

Thursday, January 28, 2010

@ GiveAway Barang Deko English Style

Ade sesiapa yg minat barangan "English Style" ?...

Ibu teramat lah minat dgn konsep2 English style nih.. maklumlah kan coraknyer tu banyak gambar2 bunga ros gitu..so sweet kan..

Jadi sape nk join juga GiveAway ini, sila KLIK SINI yer.. mana tahu.. hadiah yg best ni menjadi milik anda :D




Photobucket

@ Cabutan Bertuah di Yanmieonline.com

Dah lama tak join contest mudah gini, naik gian pulak rase...

Jalan2 tadi terjumpa satu contest ni, hanya perlu copy paste jer ayat di bayah ni..

"Yanmieonline.com adalah sebuah laman blog peribadi Yanmie dan Keluarga. Tiada sebarang kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Sekiranya ada, kemungkinan ianya hanyalah kebetulah sahaja. Yanmieonline.com dengan ini ingin mengadakan cabutan bertuah sempena Tahun baru 2010.

Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima 1 set Minyak Wangi Pure dan Barangan Mutiara Asli dari Sabah. Opss!! lagi ada hadiah khas untuk referrer tertinggi akan menerima hadiah yang sama seperti pemenang utama

untuk keterangan lanjut tentang Pertandingan ini, baca di http://yanmieonline.com/2010/01/cabutan-bertuah-di-yanmieonline-com/ "

****Saya tahu pertandingan ini dari blog Kak Ngah.



SESIAPA nak join jugak contest ni, letak lah IbuArifa sebagai REFERER korang yer..


Photobucket

Tuesday, January 26, 2010

@ Hadiah Contest Mama Aqish Dah Sampai

Berikutan Dalila mendapat tempat ke-3 dalam contest yg dianjurkan oleh Mama Aqish baru2 ni... (sila klik entry INI )... Hadiahnya telah Ibu terima pada hari Jumaat yg lalu 22hb January. Memang tak sangka sebegitu pantas akan terima hadiah dari Branded Baby Clothes ni. Baru je dapat email awal minggu dari Kak Afzan, tanya saiz baju Dalila, hari Jumaat dah sampai dah baju nyer tu.

TERIMA KASIH
BRANDED BABY CLOTHES
dan KAK AFZAN :D

Saya dan Dalila amat suka dgn t-shirt ni




Nak tengok hadiahnyer tu..

dapat sehelai t-shirt yg cantik ni

Dalila dah pakai t-shirt tu, sampai xmau buka2.


Macam tau2 jer Kak Afzan ni yg Ibu dok mencari t-shirt putih. Bila buka sampul pos express tu Dalila pun excitet sama..dia cakap "tek..tek.." maksudnyer cantik lah. Terus dia ambik dan buat gaya nak pakai baju tu. Berkenan sungguh dia dgn t-shirt ni sampai Ibu minta nak basuh dulu baju tu pun dia tak nak kasi. Biarkan dia main2 dgn baju tu sekejap sampai dia terlena baru ambik masuk WM.

So, sesiapa yg nak tengok baju2 baby yg cantik2 juga..silalah ke Branded Baby Clothes. Cepat sebelum kehabisan stok!



Photobucket

Monday, January 25, 2010

@ Cerita 3rd Dos Pnuemococcal Vaccine

Dalila sepatutnya menerima 3rd dos injection Pnuemococal pada 9 January 2010 bagi me'mantop' kan lagi keberkesanan vaksin ni.

Tapi pada 6 January 2010 badan Dalila panas. Dia demam hari tu. Lepas Abah balik kerja, bawa ke klinik di sg.Ara, doktor cakap Dalila demam dan sakit tekak (dlm tekaknya kemerah-merahan sikit). Patutlah dah 2-3 hari dia tak mau minum air dan makan apa2 pun..nak meninum susu sepanjang masa..rupanya tgh sakit tekak ye..Masa kat klinik tu suhu badan Dalila dah 39.2 Clecius dah. Terus masuk kan ubat kot p***ggung. 1st time Dalila kena ambik ubat demam kot 'situ'. Kesian dia. Ibu bagitau lah kt doktor yg kami ada appoiment utk injection vaksin pnue tu hari Sabtu ni, 9hb di klinik lain di Sg.Dua. Doktor tu suruh tanggungkan dulu injection tu.

9hb January- Dalila dah pun baik demam. Tapi Ibu xsure tentang sakit tekak dia tu dah ok ke belum. Tengok dia dah cergas dah. Makan pun dah mau makan sikit2. Sampai sana, doktor kat klinik Sg.Dua tu check tekak Dalila still merah2 lagi. So, tak leh nak ambik injection vaksin pneu tu lagi. Next appoiment lagi seminggu iaitu pada 16hb Januari 2010. Bayar duit ubat demam + antibiotik + ubat titis tekak =RM65.

16hb January 2010- Ibu harap Dalila sakit tekak Dalila dah baik lah. Tengok dia pun dah makin berselera makan dan minum. Di rumah dia pun sihat dan cergas saja. Sampai di klinik di Sg.Dua. boleh le pulak doktor ambik suhu badan Dalila 37.7 - 37.8 so doktor cakap Dalila demam haritu. Tak boleh lagi ambik injection vaksin tu lagi. (kami -Ibu dan Abah mcm hairan pulak.. mcm mana Dalila boleh demam, padahal ok jer dari rumah tadi) Doktor suruh datang hari Selasa 19hb January pulak. Hari tu bayar duit antibiotik saja RM70.

19hb January- Sepatutnya hari ni plan nk jumpa Kak Intan dan Arissa- kenalan blogger Ibu, tapi tak jadi sebab Abah kerja, balik pun dah jam 6ptg. Kak Intan pula nk bertolak tengah hari dari A/star. So, tak de rezeki nk jumpa dgn mereka haritu. Klinik tu pula tutup jam 9mlm. Sampai klinik, doktor check Dalila dah tak demam, dah tak sakit tekak lagi..so boleh lah ambik injection vaksin pneu tu. Bayaran hari tu RM 300.

Malam tu lepas kena injection dan esoknya Dalila demam-(memang selalu mcm ni tiap2 kali lepas injection..mesti 2 hari demam..dah bagi ubat demam cepat2 dah lepas injek tu..still nk demam juga)




Ni antara gambar pada yg diambil pada 18hb January..masa nk ambik gambar utk task MBP aritu.


seronok bila dapat main di luar

senyum..senyum.. :D

antara perkara 'wajib' kena main bila Ibu buka pintu. main penyuduk sampah :p



p/s: Suziey:-- aku tak dapat nk join contest mu lagi, krn telah dijangkiti penyakit 'M' dari UmmiEisya lah ni ..banner mu lagi 60% perlu disiapkan...harini dah tutup kan.



Photobucket

Wednesday, January 20, 2010

@ Cutest Baby of The Planet 2009 – FINALIST

Nama: Arifa Dalila Mohd Fadli
Tarikh Lahir: 23 Sept 2008



Dan soalan-soalan yg perlu di jawab untuk 1st challenge Cutest Babyof The Planet 2009 kali ni adalah:

1. What is the meaning of your baby's name?
Arifa bermaksud PINTAR, TERPELAJAR
Dalila bermaksud PETUNJUK, PEMIMPIN


2. What is ONE of the most memorable moment about your baby since she was born until now?

Bagi diriku, antara saat2 yg paling ku ingat sampai sekarang adalah pada kali pertama aku dan Dalila di biarkan berdua-duaan di dalam ward iaitu pada hari ke-3 selepas melahirkannya dan disaat itu juga merupakan kali pertama aku berjaya menyusukan (breastfeed) Dalila sampai Dalila tertidur di dalam dakapan ku. Alhamdulillah..
Untuk pengetahuan kawan2, aku bersalin secara cesarean (berikutan Dalila dah ter'berry' kat dalam) jadi pergerakkan ku pada hari pertama dan ke-2 agak terhad. Selalunya Dalila akan di bawa ke bilik ward ku apabila suami dan MIL ada bersama. Sesungguhnya aku berasa agak takut untuk mendukung sendiri bayi kecil ku itu memandangkan usianya yg baru lahir. Tetapi ku tahu, untuk menjayakan misi untuk menyusukan bayi ku dengan susu ibu, ianya perlu di lakukan seawal/secepat yg mungkin.

Pada malam hari ke-2, aku meminta bantuan nurse yg bertugas pada malam itu untuk mengajar aku, cara untuk mendukung dan menyusukan bayi ku. Walaupun dengan bantuan nurse pd malam itu, Dalila masih tidak berjaya disusukan, sehinggakan Dalila menangis2 di pangkuan ku. Sedih sangat melihat Dalila yg sedang menangis di sorong keluar dari bilik ku tanpa dapat menikmati susu dari ibunya. Baru ku tahu, untuk menyusukan bayi tidaklah semudah apa yang kita baca atau dengar.

Keesokkan paginya di hari ke-3, selepas doktor membuat rondaan, keadaan kedua-dua cik "B" ku yg dah makin membengkak dan menyakitkan. Lalu aku kuatkan semangat utk mencuba sekali lagi untuk menyusukan bayiku itu. Aku minta nurse hantarkan Dalila ke bilik untuk di susukan. Pada masa itu suamiku sudah pulang ke rumah selepas solat Subuh lagi. Dia akan datang semula ke ward menjelang tengah hari setelah selesai membantu emaknya menyediakan makanan 'berpantang' untuk ku.

Disaat nurse meninggalkan aku berdua-duaan bersama dengan bayiku buat pertama kalinya, ku rasa seolah2 masa terhenti seketika, dunia luar terasa senyap sahaja. Segala perhatianku ku tumpukan sepenuhnya kepada bayi yg berada dalam pelukan ku. Aku perlahan-lahan menyapa anakku itu dengan memanggil namanya, nama yg telah lama ku pilih.".Arifa Dalila... Arifa Dalila... Arifa Dalila.." Tak tergambar bagaimana perasaan ku apabila bayi ku ini membuka matanya dan apabila di merenung ke arah aku. Sampai ke hari ini masih ku ingat pandangan mata sepet Dalila kali pertama itu..ia seolah2 melirik ke arah ku..hihihi.. sungguh bahagianya ku rasa saat itu.

Tidak aku siakan peluang keemasan itu lalu aku cuba menyusukan Dalila. Syukur alhamdulillah, sekali je letak kepalanya di 'situ', terus dia pandai untuk menghisap susuku. Buat kali pertamanya Dalila tidur di pelukkan/dukungan ku setelah kenyang minum susu ibu. Alhamdulillah...sejak dari peristiwa hari ke-3 itu Arifa Dalila masih lagi full breastfeeding sampai sekarang.



3. In your blog post, write a short positive TESTIMONIAL about MomBloggersPlanet

Aku masih 'baru' lagi di alam 'blogging' ni. Banyak yg perlu ku belajar dari mereka2 yg lebih arif. MomBloggersPlanet menyediakan pelbagai ilmu dan info berguna kepada para blogger baru seperti ku contohnya di "Blog tips"-bagaimana nak menambahkan pendapatan melalui blog, "Blog Tool"- bagaimana nak mencantikkan blog kita dengan 'theme' dan 'layout' yg menarik. Banyak juga tutorial berguna yg disediakan bagi memudahkan sesiapa saja yg agak 'buta IT' seperti ku.

Selain ilmu2 IT di MomBloggersPlanet, terdapat juga isu2 semasa, isu2 kesihatan, isu2 kekeluargaan yg dibincangkan di sana. Boleh dikatakan di MomBloggersPlanet ni merupakan tempat di mana para2 ibu atau bakal2 ibu bertukar2 pandangan dan buah fikiran. Sesuai sekali dgn tag linenya "Where Malaysian Moms Unite". Contest2 yg dianjurkan tiap2 bulan juga dapat menjalinkan persahabatan atau dalam erti kata lain dapat menambahkan kenalan di alam siber ni.

MomBloggersPlanet juga pada pendapat ku amat menbantu bagi sesiapa yg mahu berkerja di rumah atau Work at Home Mom. Sambil2 jaga anak boleh kita menambahkan pendapatan keluarga... kan bagus gitu :)

Ok? cukup "short" dah ni seperti yg dikehendaki dalam soalan utk 1st challange tu rasenye ni. :D
Untuk maklumat lanjut tentang contest ni...sila klik banner dibawah ini.




p/s: Good luck diucapkan kepada semua finalist contest kali ni.


Photobucket

Tuesday, January 19, 2010

@ 3rd Winner Contest Mama Aqish


Alhamdulillah... ada lagi rezeki buat Arifa Dalila kali ini. Syukur yang teramat kepada Allah :D
Dalila menang tempat ke-3 dalam contest yg Mama Aqish anjurkan baru2 ni yg bertajuk Cutest Baby 2009.
Jadi Ibu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
JUTAAN TERIMA KASIH
kepada...



yg amat gigih menganjurkan contest2 yg hebat ini


serta penaja2 hadiah iaitu:


Somoga perniagaan penaja2 hadiah contest ini semakin maju dan berjaya setiap masa.




Photobucket

Monday, January 18, 2010

@ Hadiah Dari MomBloggersPlanet dah sampai

Hadiah? menang ape? Menang consolation prize contest "Cutest Baby Smiling Contest" anjuran MomBloggersPlanet pada bulan Dis 09 yang lalu. Alhamdulillah, syukur walaupun menang consolation saja..tetapi Ibu tetap gumbira..lalalalala :D

Klik SINI untuk ke entry contest tu.


Dalila antara 3 pemenang consolation bulan Dis 2009 yang lalu.
*
*
*
*
*
*


Dan ini lah hadiahnya tu.. iaitu PurseHook yg cantik


tajaan AliceWonders.com.



Terima kasih AliceWonders.com dan MomBloggersPlanet

Cepat tau hadiah ni sampai. Baru jer Ibu pilih hadiah hari Selasa lepas, hari Sabtu dah dapat!






p/s: Alhamdulillah, Dalila terpilih dalam masuk dalam 20 org finalist "Cutest Baby of Planet 2009" yang juga dianjurkan oleh MomBloggersPlanet-> Doakan kejayaan Arifa Dalila yer nanti aunty2 semua..


p/s: Lagi satu good news, Arifa Dalila juga terpilih dalam senarai 10 shortlist contest "Cutest Baby 2009" anjuran blog MamaAqish ...Alhamdulillah...syukur.. wish me luck yer Aunty2 semua....

Eisya pun antara 10 shortlist ni jugak..good luck yer Eisya.!!!



Photobucket

Thursday, January 14, 2010

@ Menu Utama Hari ini: Ayam Masak Kicap

Dah lama tak buat entry pasal masakan sendiri. Bukan nak bgtau yg Ibu ni pandai masak ker ape ker..just suka2 saja dan sebagai rujukan kalo2 nk masak sekali lagi tak lupa..kan hari2 Ibu singgah blog Ibu ni.

Sebenarnyer sepanjang minggu ni, tema ayam saja. Hari Ahad lepas, Abah beli ayam 2 ekor, so hari ni dah hari Khamis, terpaksa lah cepat2 nk habiskan ayam tu...3 org makan pun dkt seminggu baru nak habis 2 ekor ayam ni..hihihi..


Meh Ibu citerkan apa menu utama minggu ni.

Hari Isnin: Ayam masak kunyit
Hari Selasa: Ayam masak Halia
Hari Rabu: Nasi goreng Ayam
Hari ini, Khamis: Ayam masak Kicap
Hari Jumaat: mungkin tomyam ayam kot
Hari Sabtu: xde idea lagi..sepe2 nk kasi cadangan+resepi?


Resipi Ayam Masak Kicap:

ayam yg telah di potong kecil + garam+ kunyit
1 biji bawanh besar- dihiris bulat2
3 ulat bawang putih- dihiris
1cm halia- dihiris nipis2
sedikit air asam jawa
kicap pekat manis
cili merah dan cili hijau

cara2 memasak:
1. Goreng ayam tadi separuh masak, pastu angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan minyak gorengan ayam td, lebih kurang 2 sudu, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau.
3. Masukkan semula ayam yg telah digoreng td, pastu masukkan kicap pekat manis.
4.Masaukkan air asam jawa dan akhir sekali cili merah dan cili hijau sebagai hiasan.

dan inilah gambar masakan hari ini.





Photobucket

@ Hadiah BabyIntan's Giveaway

Hadiah dari Kak Intan...Terima Kasih ya :)


Hujung Dis 09 yang lalu, Kak Intan ada buat some simple giveaway...very2 simple- just drop komen utk teka benda apa yg Kak Intan baru beli saja...Ibu pun suka2 mencuba, dan mungkin rezeki ada, tekaan Ibu betul...klik sini untuk melihat entry tu.

Hadiah ni sebenarnyer patut di terima hari Sabtu lepas..tp Ibu tak de kat umah pulak petang tu. So kelmarin 13hb Jan baru posmen tu re-send semula hadiah ni. Cantikkan.. memang 2 benda ni, cermin dan poket tissu cove ni lum ada lagi dalam handbag baru Ibu. Macam tau tau jer Kak Intan nih..

Terima kasih Kak Intan...saya suka dgn hadiah2 yg Kak Intan berikan ni. Bertuah nyer rase jadi antara pemenang di blog Kak Intan ni..yey!




Photobucket

Sunday, January 10, 2010

@ Tgk Wayang: Did U Hear About The Morgans?

Sebenarnyer tak plan pun nak pergi tgk wayang berdua dgn Abah hari ni. Niat dari rumah tu nk ke kedai turpaware jer kat area QueensBay Mall tu. Seperti biasa, sebelum masuk kereta, Abah singgah2 dulu rumah MIL..duduk2 rumah MIL dari jam 1.30ptg sampai dkt jam 3ptg baru bergerak ke QueensBay Mall, agak lambat sebab Dalila tak mau ikut Ibu dan Abah, dia nk duduk dgn MIL. Mungkin kerana rindu sbb MIL jarang ada di rumah sebab menemankan anak SIL( yg bernama Fa'iq) untuk sesi kimoterapi di GH. So, kami pun tinggallah Dalila dgn MIL. petang td..

kami keluar berdua gaya org baru kawen..hihihi..so ada peluang tgk wayang lah tadi.. yes!!
Tak pernah lagi tgk wayang sejak melahirkan Dalila tau..

Sampai2 dah jam 3.15 dah..movie yg paling awal pun jam 4.15ptg (Alvin &Chipmunk) dan 4.30ptg (Did youhear about Morgans?) mula2 ingat nk tgk citer yg jam 4.15ptg tu... tapi bila tgk seat..mak aiii..full..nak tgk jugak kena duduk seat depan sekali. Terus tukar tgk citer yg lagi satu tu..Did You Hear About Morgans?

REVIEW Movie ni:

Citer romantik cinta-cintun gitu. Mengisahkan satu pasangan yg sedang berpisah/bercerai, tetapi si suami tu ingin memujuk semula si isteri untuk kembali kepadanya. Nak di jadikan cerita, sedang mereka berjalan2 di bandar, mereka telah menjadi saksi kpd satu kes pembunuhan, dan si pembunuh tu telah nampak muka mereka berdua. Maka bermula lah, kisah2 penyatuan semula dua hati apabila pihak polis New York telah memindahkan mereka berdua ke suatu kawasan terpencil untuk mengelakkan daripada di buru oleh pembunuh tersebut.
Citer happy ending...suami isteri tu berbaik semula dan bakal mendapat cahaya mata tidak lama lagi..


p/s: sangat best rasenyer bila sesekali dapat gelak kuat2 dalam panggung :P


Photobucket

Saturday, January 9, 2010

@Hello Kitty Giveaway

..lagi entry contest..


Best kan barangan2 HELLO KITTY ...semua nyer nampak comel2 jer..

sape2 nak try giveaway ni jugak, sila lah klik banner diatas ni..

Tarik tutup: 10 Jan 2010



Photobucket

Friday, January 8, 2010

@ Ibu Check GiGi Pulak

Hujung Dis 09 lepas Dalila yg checkup gigi, tapi pada 3 January lbaru2 ni giliran Ibu pulak memberanikan diri untuk di periksa gigi. Dah lama bebenor tak jumpa dentis. Dulu2, time belajor kat USM, tiap2 6 bulan mmg buat appoiment dgn dentis. Mana tak nyer, desasiswa Ibu tu amatlah dekat dengan Pusat Kesihatan USM. Kalo sapa2 yg pernah study kt USM sure dapat bayangkan cam mane dekatnyer Desasiswa Gemilang dgn klinik kesihatan ni. Hari2 sure lalunyer kalo nk ke kuliah...lagi pun "Free" saja.. Eh, apa dah ko merepek citer USM plak daahh!!

Pas abis belajar, memang tiap2 tahun ada niat/ azam nk gi check gigi tapi selalu tak pergi2 jugak. This is my 1st time jumpa dentis "berbayar" sejak dari habis belajar dulu2..hehehe..punyalah lama *malu...malu* Ibu tak rase sakit gigi pun, tp just nak check saja mana tau ada yg dah berlubang ker..yg perlu di tampal ker..baik jumpa sebelum rasa saki gigi...betul tak?

Ibu pilih klinik gigi area2 umah Ibu, mmg tak pernah p lagi klinik ni, so tak tau lah dentis dia tu macam mana...harap2 tak lah garang. Dah siap daftar semua, terus Ibu di panggil masuk ke bilik pemeriksaan tu. Tengok2 doktornyer adalah seorg lelaki Indai yg agak berusia.(tua) Dah dia check gigi2 Ibu, dia cakap ada satu gigi garham perlu di tampal. Bila dentis tu nak pasang alatnya (yg bentuk mcm jarum-pendek lebih kurang sebesar lidi) pada peralatannyer tapi 3-4 kali tak berjaya...sampai kena panggil akak kat kaunter tu masuk tolong pasangkan jarum tu...dalam fikiran Ibu masa tu..."alamak..mata doktor ni kurang nampak ker?" habis lah aku!

So, semasa proses dilalukan, Ibu sedaya upaya membuka mulut luas2 bg memudahkan kerja doktor tu. Dah siap semua (tampai 1 lubang) sekali dgn "cuci gigi" Ibu kena bayar RM120. mahal ke murah?


Photobucket

Thursday, January 7, 2010

@ Tag: Kaca mata dan ANDA

Awal2 tahun 2010 ni still mcm kering idea nk tulis/update blog. Ditambah pulak contest BERLAMBAK2 kat sana sini. Jadi kire "2 in 1" lah = sambil update blog, sambil mencuba nasib join contest :P...hihihi

Tapi kelmarin Ibu telah di TAG oleh Dayah, so, malam ni ade lah idea nak update blog siket...Thanks Dayah :)


Tag: Kaca Mata dan ANDA
1. Sejak bila anda mula berkaca mata?
Sejak form 3.

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
Bila nak balik kelas tambahan PMR, dah dekat lama call family suh mai ambik kat sek, tapi tak nampak2 pun batang hidung mereka. Pagar sek Ibu dulu agak jauh sikit dari bangunan sek, selalunya, Ibu akan tunggu family Ibu sampai dahulu baru Ibu berjalan keluar sek. Suatu hari, abang kandung Ibu datang nak ambik Ibu tapi dia datang naik van kawannya..TETAPI Ibu tak perasan. Memang nampak ada org duduk di bahagia tempat pemandu van tu, tapi tak nampak dgn jelas wajahnyer..so Ibu pun buat tak reti jer lah kat org dlm van tu...terus menanti sambil dok fikir2 "nape lah lambat sangat diorg nk mai ambik aku nih?" tiba2 datang seorg kawan dari arah pagar sek bagitau "abang hang dok tunggu dalam van tu, dia suruh aku panggil hang!" Saat itu barulah Ibu sedar yg Ibu sebenarnya dah kerabunan, dan hanya buang masa jer menunggu sedangkan abang dah lama sampai pun..

3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata
100 sebelah mata kanan dan 150 mata kiri...dan silau di dua2 mata.

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
Kalo tak silap, Ibu beli bentuk bujur, full frame, warna meroon-coklat.

5. Jenis/bentuk kaca mata and yang terkini
Bingkai ala empat segi gitu, full frame, warna gold gitu..tak cantik sgt pun.

6. Berapa power terkini anda ?
300 dan 350 dagn silau yg tak ingat plak berapa..mungkin 50 kot.

7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini?
Tak ingat. tapi memang banyak rasenyer..paling sekejap pakai 1 tahun dan paling lama pakai pun 3 tahun jer..pastu dah rase pening2 terus gi buat spek baru.

8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata sepeti saya, sila nyatakan sebab musabab
*Rasa mcm tak cantik jer muka pakai spek..sbb spek selalu buat tudung tak leh di bentuk/tak kemas.

9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
Ibu suka ber contact lens, rasa lebih confiden. Tapi malas nak pakai. lagi pun mata jenis 'tak cukup air mata' cepat kering lens tu kat bola mata...sudahnya..mata jadi merah...waaa..

10. Opto pilihan
Kalau dulu2 masa studen, yg kedai depan2 USM sg.dua tu jer. Skrg dah kawen selalu gi yg dekat2 dgn umah jer. Tapi rase layanan dah tak best dah...next time nak cari kedai Opto lain pulak.

11. Pasangan anda berkaca mata ?
Suami tak berkaca mata.


12 Sila Tag 5 orang sahabat blogger anda?
UmmiEisya
Aten
Kak Intan
Naurah makwa
Ibu emy efy eqy
Mrs.K

Ada masa free sila jawab yer...kalo tak, tulis dulu dalam buku hutang 2010...

Photobucket

Wednesday, January 6, 2010

@ Adrini's 1st Giveaway

Lagi entry contest...


Adrini's 1st Giveaway ni anjuran UmmiKhayra....

Cara nak join contest ni sungguh mudah, tetapi hadiah2 yg ditawarkan SUNGGUH MENARIK..

tak percaya? Klik banner ni..

dan

PENAJA BERSAMA


Tarikh tutup: 15 Jan 2010




Photobucket

@ MOBS & Lollietots CUTEST BABY SMILE CONTEST

Entry contest lagi...

Kali ni contest yg di anjurkan oleh MOBS pula...

Nama: Arifa Dalila Mohd Fadli
Umur : 1 tahun 3 bulan ++



Jom kita join sama contest ni...klik banner ni untuk info seterusnyer.

Tarikh tutup :15 Jan 2010

Photobucket

@ Cutest Baby of The Planet 2009

Nama: Arifa Dalila Mohd Fadli
Tarikh Lahir: 23 Sept 2008


Ibu memang berminat sangat nak join contest yg di anjurkan oleh MomBloggersPlanet nih, tiap2 bulan tak pernah miss tau!!! Tak rugi kalau mencubakan...betul tak?


Harap2 kali ni Arifa Dalila terpilih di antara 6 peserta bertuah yg akan di gabungkan dgn 14 peserta yg sedia ada untuk dipertandingkan dalam 'Cutest Baby of The Planet 2009 nanti...aminn :)


Untuk maklumat lanjut mengenai contest ni, sila KLIK Banner dibawah ini:






Photobucket

@ Cutest Baby 2009 Contest by Mama_Aqish

****** sticky mode entry until 06 Jan 2010*****


Lagi entry contest...

Cutest Baby 2009 Contest by mama_Aqish


Dan gambar yg ingin Ibu masukkan dalam contest ni adalah...


Nama Anak: Arifa Dalila
Umur: 1 tahun 3 bulan
Tarikh Lahir: 23 Sept 2008


Terima kasih kepada penaja2 untuk contest kali ini:


dan




p/s: makin ramai kawan2 blog kita dah berjinak2 dgn kamera DSLR.. bestnyer!! Bila lah Ibu dah dapat seketul kamera DSLR nih.. Dok belasah kamera sony T-9 hadiah pertunangan dari Abah dulu2 tu jer.. nak jugak merasa mengusung DSRL kesana kemari..hihihi
Jeles lah aku dgn "ko" pasni "kawan"


Photobucket

Tuesday, January 5, 2010

@ Kenduri Adik SIL

TAHNIAH pasangan mempelai

HARISS & NINIE

semoga berbahagia sampai akhir hayat, dan cepat2 dikurniakan zuriat yer..hihihi


Gambar2 yg sempat Abah ambik masa kenduri Hariss-adik SIL Ibu pada 2hb January yg lalu. Si Hariss ni baru jer abis kursus army, dan sekarang ada di Kepala Batas, A/star KEDAH.



Berjalan pun gaya org berkawat dan kaki mereka ni..


Warna tema hijau apple ...sweet!


Dalila sedang seronok bermain dgn (sepupunyer) anak SIL, -kak ngah

Tengok tu, mmg tak de pun gambar Dalila yg tgh 'ready'..dgn Ibu pun dia asyik bergerak2 jer.. tak mau duduk diam w/pun seminit.


Photobucket

Friday, January 1, 2010

@ Happy New Year!! 2010/1431H


Selamat Tahun baru semua kawan2 blogger IbuArifa :)

semoga di tahun baru ini segala impian kita akan tercapai, somoga segala kerja2 kita kan di permudahkan lagi oleh Nya, semoga kita semua akan di lindungi ALLAH dari segala bahaya.. amin...



Pagi ini, Ibu akan pulang ke kg Ibu di kedah kerana ada kenduri kawen (adik kpd kakak ipar) pada 2hb Jan 2010...dan insyaalllah kan pulang ke penang semula pada hari Ahad esoknyer.



p/s: mode gembira..td siang dapat handbag baru dari Gin&Jac yg Ibu order hari selasa lepas.. melaram lah kat kg nnt dgn handbag baru...yey!!



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...