nak join? klik banner ni yer

Thursday, March 31, 2011

@ Zakat Emas Dan Perak


Ingin saya kongsikan serba sedikit tentang Zakat Emas dan Perak yang saya baca baru-baru ini.
Sesetengah orang tidak tahu yang emas dan perak pada kadar (haul dan nisab) tertentu perlu di keluarkan zakat, dan sesetengah orang pula tahu tetapi tidak tahu cara pengiraan...layak ker tidak barang kemas kita inidi kenakan zakat?
Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun
Nisab pula merujuk kepada beratnya (gram dan kiligram)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah S.W.T, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam. laludiselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (Azab) daripada apa yang kamu simpan itu."
                        (surah At-Taubah ayat 34-35)

Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas dan Perak
kadar zakat emas adalah 1/40 atau 2.5%

Zakat Emas biasa terbahagi kepada dua iaitu:
1. Emas yang di tidak pakai (disimpan saja)
 Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), masa wajiblah di keluarkan zakat sebanyak 2.5%.

formula pengiraan: Nilai emas yang disimpan x 2.5%
contonya: Saya mempunyai barang kemas yang bernilai RM10 000 x 2.5%
Jumlah zakat= RM250

2. Emas yang dipakai
Emas samada dipakai (Sebagai perhiasan)Sekali sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.Walau bagaimanapun jika ia melebihi uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf
Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya. 
        Di Wilayah Persekutuan, kadar uruf yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah sekitar 150 gram atau RM16 410.

formula pengiraan: (Berat emas dipakai - uruf) x Harga semasa emas (1 gram) x 2.5%

andaikan saya bermastautin di W/persekutuan, dan mempunya 200 gram barang kemas,
harga semasa emas utk 1 gram adalah RM109.40.
contoh pengiraan: (200 gram -150gram) x RM 109.40 x 2.5%
Jumlah zakat= RM 136.75

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia: (dari sumber)
1. Kedah = 150 gram
2.  Perlis = 170 gram
3. Pulau pinang = 165 gram
4. Melaka RM5000
5. Johor = 850 gram
6. Negeri Sembilan = 200 gram
7. Selangor = 800 gram
8. Wilayah persekutuan =150 gram
9. Kelantan = tiada uruf
10. Terengganu = 850 gram
11. Pahang = 200 gram
12. Perak = 500 gram
13. Sabah = RM5000
14 Sarawak = 775 gram


rujukan lain berkenaan dengan zakat: safwanz.com
dan www.zakat.com.my.

talian zakat: 1 300 88 5757


semoga hidup kita mendapat keberkatan di dunia dan juga di akhirat. insyaAllah..


11 comments:

gilaweb said...

cool, nice info..thnx 4 sharing ok :p

mama c'fa said...

alhamdulliah.. mas saye xbyk n dpakaihhhihi.. huhu timiu share

Myra Jay said...

info yang sangat brguna. thankx 4 sharing:)

SyidaGorjes said...

tak pernah terfikir ttg zakat emas ni sbb ada emas tp tak byk.asik buat zakat pendapatan je.

ibu MZW @ farah idayu said...

heheehe..emasku hanya seketul dua..moga murah rezeki leh tmbah emas byk2 kan? kan? kan?

Ummi Salsabila said...

betul kak..emas kn zakat (walaupun emas ni ciput je) heehe

smg mmberimnfaat kpd semua ;p

maya amir said...

wahhh baguslaa ade ni..berguna ni:)

reez said...

terima kasih kerana info yang penting ni

mariaariffbaby.com said...

dear..thanks for sharing (huhuhu, kena kira balik la berat emas-emas saya )

Cik Sue said...

Assalam ibudalila
saya pernah kehilangan barang2 kemas bila pk2 balik mungkin saya tidak pernah berzakat...Alhamdulillah dgn adanya info ini akan membuatkan saya sentiasa beringat. terima kasih sudi berkongsi.

LindaRahim said...

terima kasih kerana berkongsi...biasanya ramai yg tahu tp x ramai yg ambil endah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...