nak join? klik banner ni yer

Tuesday, March 22, 2011

@ Dalila Suspeck Bronchitis?

Nak coretkan sikit kisah Dalila tak berapa sihat haritu.

Sebenarnya Dalila start batuk sikit-sikit pada bulan Feb lepas, dia masih aktif cuma kekadang 1-2 kali dengar dia batuk dalam 1 hari. Tambahan pulak dia nampak seakan dah kurang selera makan dan kadang2 ternampak keluar air liur dari mulutnya, tak kiralah sama ada tengah ketawa ker tengah bermain ker..sure kena usik dengan Ibu dan Abah.. hihihi..umur dah 2 tahun setengah..gigi pun dah lama penuh..takkan ada lagi gigi nak tumbuh kot? mana ada space dah?

Sabtu, 19 Feb 2011, terus ajak Abah ke Hospital Pantai, jumpa paed kegemaran Dalila iaitu Dr.Hasanah. Tengok, ada ulser kat atas lidah Dalila (tompok2 bintik2) patut lah asyik keluar air liur dan tak lalu makan jer. 1st time dia jadi macam ni. Doktor bagi ubat. Lagi 2 minggu kena datang lagi.

Tepat-tepat 2 minggu pada tarikh follow up (05 Mac 2011), bangun subuh, Ibu sentuh badan Dalila panas...tak sangka dia boleh demam. Malam tadi okey jer..petang nyer pun siap enjoy main lari2 kejar bola depan rumah lagi. Cepat2 bagi ubat demam. Hari tu dah ler buzy.. ada aktiviti kekeluargaan dengan MIL dan SIL-SIL semua-nak makan buffet kat hotel. Memang plan nak bawa Dalila mandi pantai kat Feringgi terpaksa Ibu batalkan, mandi kat dalam hotel jer lah. Sampai ke tengah malam, suhu badan dia tinggi lagi.. 39oC ++ . Malam tu memang tidor kami dah tak nyenyak dah. Batuk Dalila bertambah kerap dan bunyi agak kuat. Kesian dengar dia batuk, sampai dia minta/merayu nak "anen" (menyusu) tiap2 kali batuk. Ini 1st time dia kena batuk.

Esoknyer Ahad 06 Mac pun demam dia tak reda lagi..38-39o C.. Dengan demam dan batuk tu rasa macam nak ke emergency room jer jam 4pagi tu. Suhu 39.8C. Kasihan... Lemah jer Dalila tidur atas bahu Abah pagi tu. Tapi lebih kasihan lagi kalo dia kena tahan then kena cucuk2 masukkan drip kat tangan tu. Memang berbelah bahagi kami. Kereta dah parking depan Hospital Pantai dah masa tu. Tunggu kejap suhu dah makin turun. Dah nekat, kalo esok still demam macam ni juga..confirm terus jumpa doktor lah. Lagi pun dah 2 hari demam suhu tinggi. Bunyi nafas macam ada kahak jer dalam kerongkong Dalila tu. Kasihan..

Isnin 07 Mac, awal2 pagi, selepas solat Subuh kami dah sampai kat emergency room  Hospital Pantai. Suhu masa tu dah 39.2 C Doktor yang check tu suruh warded. Kami minta tukar ke Dr. Hasanah, paed kebiasaan Dalila. Doktor Hasanah check doktor suspect "bronchitis".  Doktor darah Dalila, Ibu suruh doktor check untuk Denggi juga, risau jer. Alhamdulillah... -ve denggi tapi bilangan darah putih agak tinggi. Mungkin tu sebab demam Dalila teramat tinggi tu.  So malam tu bermulalah kami berkampung kat Hosp. Pantai. Abah pun tidur sana juga yer sepanjang Dalila warded kali ni.

Selasa 08 Mac, demam Dalila still tinggi lagi, batuk masih dengar bunyi kahak, hingus dah jadi warna kuning, sebelum ni jernih jer. Doktor cakap kena guna gas nebulizer untuk cair kan kahak nanti, agar Dalila senang bernafas. 1st time tengah hari tu Dalila kena paksa sedut gas nebulizer tu. Memang menangis sambil larikan muka nak elak "benda" tu lah..dah ler berasap-asap..ada bunyi pulak tu. 1st time bagi dia, 1st time juga bagi Ibu..memang tak pernah guna/pegang benda ni.

Doktor datang melawat waktu petang, doktor sendiri tunjuk macam mana nak guna "benda" corong gas nebu tu, then doktor suruh Dalila pegang sendiri corong tu. Alhamdulillah..dia mahu dengar cakap doktor..dia ikut jer apa doktor suruh..tanpa ada lakonan/drama sedih w/pun sedikit... Bagus anak ibu ni.

Next sesi senang lah kerja nurse, nurse datang isi ubat dalam corong tu, then buka paip gas tu, Dalila dengan baiknyer akan pegang sendiri corong tu sampai habis gas ubat tu. Good girllah Dalila..Nurse pun terkejut tengok dia mahu/sukarela ambik gas nebu tu tau. Ibu siap boleh snap2 gambar dia lagi..okey jer dia pose dengan asap-asap tu. (Dalila panggil asap yer kat gas nebu yang keluar tu)

 sempat senyum sambil sedut asap

 khusyuk nyer..

dengar cakap doktor, nanti doktor bagi sticker tau.



                                                                             bersambung...

21 comments:

[-suziey-] said...

ooo alkisah..kesian dalila..

seb bek la dalila ok pakai neb tu..klu aQeel mmg meraung jek..

Suhana Shahril said...

Lama x tgk muka dalila. Rambut dah panjang. Cian kena warded lg...harap Dalila cepat sembuh..be a good gurl ya, sayang.

waniewadec said...

sian kat dalila, nasib baik dengar cakap doktor, good girl!

ibu MZW @ farah idayu said...

saya doakan agar dalila dan keluarga sihat selalu..sedih dan merisaukan juga saya bc entry ni :(

SyidaGorjes said...

kesian dalila,asik kena cucuk masuk air.hari tu akak dgn aqid pun kene amik neb ni.tu 1st time utk kami.dah masing2 batuk kong kong kong je.

Wansteddy Tales said...

Siannya Dalila... Sayu tengok Dalila cmni. Biasa Min tepek pic Dalila yang ceria2. Good Girl Dalila. Tak kisah pun pakai corong gas tu sendiri ya... Moga cepat2 sembuh, sihat, ceria dan comel macam selalu. amin....

Riny Fadzill said...

Dalila still maintain cute...
Untie nampak Dalila ngan family kat Mydin sabtu lepas.

~conangirlz~ said...

alaaa..ciannye dalila..hope cepat sembuh yea..^ ^

Zaidah said...

ciannyer dalila...nampak kurus badan dalila...semoga dalila cepat sembuh...

ummi nia said...

sama mcm anak sy..last kena warded CNY ari tue..sian kn bila anak msk wad..kita yg menengok pn sedih jer

nasazfrog... said...

semoga cepat sembuh yer dalila,, mama nya kena kuat yer bg sokongan kat dalila.. :)

nba-Nur said...

Salam.. Kesiannya tengok Dalila.. Moga Dalila cepat sembuh.

Farra Dhelina said...

allalaaa..kesian nya kat na o mei aunt niiii..

lekas sembuh yeee

MamaChia said...

sianya Dalila...kurus suda dia..moga cepat sembuh iya..

MamaChia said...

Pesan akak..jangan bagi anak mandi malam. seeloknya mandi petang sebelum jam 4 petang...

Fatihah said...

Comel nya Dalila... semoga cepat sembuh

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

As salam, semoga cepat sembuh dan kembali ceria.Kalau Qaheer 1 hospital dengar dia nangis x mahu pakai gas tuee..

Oyat Ceritera said...

ala....kesiannyer...dia punya kes sama dengan anak kita..cuma x sampai tahap kena sedut gas lagi...

Intan said...

Kesian nya kat dalila sayang...sakit2 pon comei je dia. Tapi mmg npk susut sikit badan dia lah min. Takpe sayang nanti lps sihat mamam byk2 kay.

Ummi Salsabila said...

Kesinnya dalila..aunty doakan dalila cpt sembuh.kak min pun smg tabah.sure risau kan anak xsihat..siannya..

ibu_Arifa said...

@ [-suziey-]: terima kasih..tu lah mujur dia mau guna gas tu..risau jgk sbb 1st time kena mcm ni kan.

@ Suhana Shahril: terima kasih aunty ana..tu lah kena warded lagi ni. ujian dari Allah utk kami:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...