nak join? klik banner ni yer

Tuesday, March 31, 2009

1st time Dalila di tepi pantai

Dah lama dah Ibu plan dengan Abah nak bawa Dalila tengok pantai atau laut. Boleh ambil2 gambar tepi pantai.. tp selalu panas.. sian nak bawa anak dara ni panas2. Kebetulan hari yang Ibu keluar nak beli walker tu..cuaca macam nak hujan..mendung semacam jer..sebelum kami masuk Queensbay Mall.. sempat juga berhenti sekejap tepi pantai depan Queensbay Mall tu. Lebih kurang pukul 2.30ptg, orang tak berapa ramai sangat.. senang sikit nak cari parking. Tapi bila dah sampai situ cik Dalila ni tertidor la pula.. tu yg muka chom "serius" jer tu dalam gambar.

Dah sampai ni sayang

Patutnye akan nampak jambatan p.pinang kat belakang kita

Ini lah kesayangan Ibu
Duduk mengadap Pulau Jerejak jap!

Queensbay ni berhadapan dengan Pulau Jerejak..tp sekali pun Ibu tak pernah sampai sob..sob.. Nak ambil gambar lama2 pun risau ..dah makin hitam jer awan kat atas tu. Nanti kita datang lagi yer sayang.. hari ni misi Ibu dan Abah nak cari walker dulu.

Saturday, March 28, 2009

Citer Kelmarin

Kelmarin pagi Ibu ada MTest KPLI pagi nak jadi cikgu la kononnya ni start test jam 9 pagi sampai jam 12 tgh hari. Dalila ibu tinggal kat Abah dirumah dengan 2 botol susu perahan 3oz. Ni first time tinggal dia. Tempat test di..SMK Bukit Jambul. Ramai tul org nak ambik test..semua berpusu-pusu nak jadi cikgu gamaknyer bila ekonomi teruk macam ni. Test tu ada 5 paper (analitikal, Verbal, English, Insak, Kuantitatif)...masa 30minit satu paper. Rehat 10 minit sebelum mula paper seterusnya.

Alhamdulillah..Ibu boleh buat..ada la jugak yg hemtam.. tapi tak tau la ada rezeki ibu tak kali ni..Ibu dah ambil test ni sejak 2004 lagi. Kire soalan2 paper Insak tu dah leh agak la..soalan aper nak ditanya. Kawan ibu cakap KPLI kali ni buat 1 tahun setengah...biasa 1 tahun jer. Tak pe lah..yang penting ADA KERJA..ada duit lebih kalau nak shoping sakan nanti.. Lepas test abah datang ambik dengan Dalila..tengok dia relex jer dalam car seat sebelah Abah. Tanya kat Abah..dia minum tak susu tadi..Abah cakap dia tak mau minum..Terkejut la Ibu..last bagi susu pun jam 8 pagi lebih dalam kereta..tu pun dia minum sambil nak tidur tidur ayam.. Sian Dalila..Dalila tunggu Ibu nak minum yer..OTW nak balik umah tu dia memang minum sungguh2 lah..

Sampai umah Abah cakap mak (my MIL la -tinggal kat blok sebelah) ajak makan umah dia. Dia buat makan2. Kak ipar dan adik2 ipar semua datang kelmarin. Tak ambik gambar pun la..segan dengan ipar duai.. Petang jam 5 pergi jumpa Angie (My baby pit shop) ambil bag pack yeyeh dah sampai yang ibu beli set breast pump aritu.. beli sekali cloth diaper...nanti ibu citer okey pasal cloth diaper ni.

Kebetulan pulak malam tadi kan ada kempen yg "light off" tu.. Ibu kira vote for Earth juga la..rumah ibu tutup lampu semua dan stay kat rumah MIL sampai jam 9mlm jer..pastu pergi beli barang dapur kat Sunshine Square. Jam 10.30 lebih baru sampai rumah..tak sempat nak tulis blog dah malam tadi.

Oh lilin..next time I guna U okey

Friday, March 27, 2009

Reaksi Dalila 1st time atas Walker

Ibu beli walker ni di Jusco Queensbay..2 minggu lepas, untuk senang nak kasi Dalila makan nanti. Tak banyak pilihan dah yang tinggal sebab awal bulan aritu Jusco dah wat Baby Fair dah.. time tu ibu tak tak terfikir pun nak beli walker untuk Dalila...

Walaupun Dalila hanya baru boleh duduk sendiri tanpa sokongan (tp sekejap saja)..ibu try letakkan Dalila dalam walker..(kebetulan Abah dah siap pasang..dia pula terjaga dari tidur)
Abah sempat ambik gambar saat2 kali pertama Dalila masuk dalam walker dia tu..Jom kita tengok reaksi wajah dia... detik demi detik permulaan bersama walker...

muka hairan jer (ada mainan laa..)


tiba2 terus menangis...(waa..apa benda ni?)

Ibu pujuk kejap...dia okey dah (ni Dalila yg punya ker?)


Dia senyum kat ibu (best la..sambil goyang2 kaki)

senyum gak kat Abah (sambil mula gerakkan walker-kebelakang)


Dalila main dengan stering walkernya (ada bunyi!!)



Menge"test" hon walker ni (ada bunyi jugak!!)

Kadang2 Ibu panggil walker Dalila ni "kereta' sebab ada stering dan hon. Bahagian depan ada 4 butang yang memainkan lagu (kanak2) yang kadang2 Dalila suka tertekan. Dashboard walker ni juga boleh di buka. Praktikal ketika nak bagi Dalila makan..takut tertumpah air pada butang2 lagu tu sebenarnya. Kalau hari2 yang Dalila memerap nak minta dukung..kadang2 ibu letak dalam kereta dia ni..senang ibu nak masak/buat kerja lain. Ibu alas belakang dan tepi dengan bantal2 kecil.

Ibu puas hati dengan walker ni sbb..Dalila memang suka goyang2 kan tangan dia (macam gaya memukul/mengetuk /menarik benda) jadi dia boleh guna skill dia tu dengan mainan yg ada pada dashboard walker tu.

p/s: Semoga anak ibu suka dengan walker tu yer... esok Ibu pergi ambik test..duk dgn Abah baik2 yer..

Wednesday, March 25, 2009

Terima Kasih Dari ku

Dah genap 6 bulan ibu direct breastfeed Dalila hari ni, rasa puas dan gembira sangat. Ibu pun rasa nak menganugerahkan kepada diri Ibu sendiri ribbon ni yang ibu ambil kat kellymom.com Setakat ini, Ibu dah berjaya kumpul jenis 4 ribbon. Ada banyak lagi ribbon2 kat web site tu..utuk yang BF until baby umur 4tahun lebih..huh..(sungguh lama nak breastfeed sampai umur 4 tahun..sanggup kah aku!!?).
Ibu sebenarnya tak mempunyai kawan2 atau kakak2 ipar yang fully BF untuk ibu jadikan tempat rujukan jika ada permasalahan berkenaan dgn BF ni..Ibu mula2 agak takut juga untuk meletakkan target nak BF Dalila untuk 6 bulan (target jangka pendek).. tapi bila ibu menceburi alam BLOG ni..Ibu rasa ibu tak keseorangan lagi dalam hal2 BF ni. Ibu banyak membaca dari blog kawan2 ibu yang memBF anak mereka sedangkan mereka berkerjaya.. (Ibu pun bercadang hendak kembali berkerja juga selepas ini memadangkan Dalila pun sudah 6 bulan)

Walaupun sekarang Ibu hanya surirumah sepenuh masa..tp jika kurang ilmu dan pengetahuan..tak mungkin ibu dapat meneruskan menyusukan Dalila lagi..Ramai orang disekeliling seakan2 tidak berapa menyokong penyusuan badan..katanya...nnt anak akan lapar sbb susu badan dah tak cukup..anak menagis saja--akan kedengaran lah soalan "tengok macam dah tak ader susu dah tu..".."susu badan ader lagi ke?" "bagi susu tin la..senang! (yerla bukan dia yg nak sponser beli tiap2 bulan pun)"dan bagai2 lain ayat2 yg MEMANG AMAT2 MEMEDIHKAN HATI DAN TELINGA.. tp mujurlah Abah dan kawan2 blog disini banyak membantu kerana banyak pengalaman dan nasihat yg Ibu ambil dari blog2 mereka...(kalo tak dah ibu bg susu tin kat anak ibu ni...)

Jesteru itu ibu ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada kakak2 blogger ini kerana menyediakan maklumat yg berguna buat diriku yg serba kurang tahu ni.. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian semua...Antaranya ialah:



MamaQaisara - mommy germs
Hayatie -Xclusively Xpressing. blogspot
Mummy Arnie -HnH
Nurul Dhia -sereniety.blogspot
Kak FID - fidsweetstory.blogspot
YatieJay
Umie a.k.a Salmi

Sudilah menerima gambar tersebut sebagai tanda penghargaan dari saya/ibuarifa..Terima kasih sekali lagi atas ilmu2 yg diberikan..walaupun diriku tak mengenali/bersua dengan dirimu, ku tetap mendoakan moga Allah melindungi dan merahmati anda semua sekeluarga..
p/s: target jangka panjang nak breastfeed sampai Dalila umur 2 tahun..doakan saya berjaya okey..

Tuesday, March 24, 2009

Award dari Kak Hayatie..

The rules:
*Place the award logo on your blog.
*Nominate 10 other blogs which show “Attitude and/or Gratitude”
*Link to the nominees on your blog post.
*Comment on their blog that you have nominated them.
*Share the love and link to the person who nominated you.


Thank you kak Hayatie.. kerana sudi bagi award ni kat Ibu, Kak Hayatie ni antara insan2 yang banyak memberi tunjuk ajar/ nasihat tentang hal2 Breastfeeding..selain Mama-Qaisara, dan beberapa org kakak2 blogger lagi..(sebenarnya ucapan penghargaan utk "my sifu-sifu" in breasfeeding ni, ibu dah karang dah tp plan nak post 25hb..sbb time tu genap 6 bulan Dalila breastfeed..tp..dah terlanjur nak ucap TQ kat Kak Hayatie sbb bagi award ni..ter'bongkar lah rahsia' untuk post 25hb ni)


Ibu pun nak kasi award ni kat kawan2 ibu....anda semua memang layak menerima SISTERHOOD AWARD ni.


Hayatie - untuk kak Hayatie jgk yer -xclusivelyxpressing
MamaQaisara - mommy-germs
Ummieisya
Naura
Mija
Kak Ina -yongnoina
Jiey Mein
Azie -kesayangan ku Adriana Adzreen
Zura - Our Dairy..
Cute -Miut78
UmmiRayyan
UmmiSarra
Lead & Ad- leadleedeeashawtee
Kak Ngah -aslindaa.blogspot.

Monday, March 23, 2009

Sudah 6 bulan


Alhamdulillah, anak ibu hari ni 23 Mac dah genap berumur 6 bulan.. rasa macam cepat jer dah 6 bulan dah.. 25hb ni baru tau berat terkini Dalila..kali ni ibu nak mintak misi tu ukur tinggi sekali k... Mulai sekarang sayang dah kena mula makan tau.. Nanti ibu buatkan makanan yang sedap2. Semoga Arifa Dalila sentiasa sihat dan selamat hendak-Nya..amin
  • Setakat ni ibu lihat dia dah pandai guling/meniarap berbagai2 arah dah..kadang2 tu jap je..sedar2 dah kat kaki Ibu dah..yg paling ganas..dia buat guling2 tu dua kali serentak..contohnya..jika guling kekanan..pastu kanan lagi dgn masa yg pantas..mau terputus nafas ibu bila biar dia baring atas tilam nipis depan TV..risau terhatuk kepala ke lantai jer..
  • Yg paling biasa dia buat..main dgn jari tangan atau jari kaki...gaya org dok kire ape jer jari tangan tu..kalo dengan kaki..sok sibuk tarik stokin dia..
  • Lagi satu..dia macam dah rasa separation anxiety jer sejak masuk 5 bulan lepas..tak boleh nak bangun sikit, mulalah bunyi/menagis..minta dukung..haaa..dia memang makin nak org angkat/dukung2 jer sekarang..lenguh badan+sakit abis pinggang+belakang den..
  • Lagi satu ibu perasan dah masuk 5 bulan ni..dia pun dah tak ade dah air liur leleh2 cam dulu lagi..kalo time 4 bulan kebawah dulu..air liur - sampai kekadang kena pakai bib lah..Dalila dah tak kuar air liur ni..rambut ibu lak yg makin banyak gugur..takut rasa nak sikat rambut..nanti cam dlm citer PHSM lak..aduyaii..macam2.
Tadi first time ibu perah susu (guna pam spectra 3)..dapat 2 oz lebih sebelah.. sebelah simpan lagi utk direct BF Dalila nnt.. Ni semua persediaan utk ibu tinggal kan Dalila pd abah ketika Ibu nak gi MTest Sabtu nnt..(huh..malas sungguh nak study..)

Sunday, March 22, 2009

1st Award Ibu dapat

Hari ni ibu dapat award dari ummieisya...terima kasih ummieisya..gambar 2 patung perempuan sedang dukung baby...dan ayat MUM OF THE YEAR AWARD. Insyaallah..ibu akan berusaha untuk jadi ibu yang terbaik buat Dalila.
Pada pendapat ibu, semua ibu mesti mahukan yang terbaik buat anak masing2..tak kiralah dari segi makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan, mahupun sekecil2 barang mainan. Tanggungjawab seorang ibu bukannya mudah, dari bangun pagi sampai pergi kerja, ada saja hal2 anak yg kena selesaikan (atau pun dalam perancangan utk diselesaikan bila sampai rumah nnt.) Tu tak cakap lagi bila malam, anak dah nak tido, mak masih belum tidur, dok memikirkan dan mengaturkan keperluan keluarga untuk keesokkan harinya..rasa macam 24jam tak cukup jer satu hari..kadang2..boleh terbawa2 sampai dalam mimpi!!
Jadi ibu nak kongsi kan award ni dengan kawan2 blog ibu juga, sebagai penghargaan tugas kita seorang ibu/mak/mama.. terima lah award yg tak seberapa ni dan berbanggalah kerana telah terpilih untuk menjadi seorang ibu. Kawan2 ibu silalah ambil award ni yer..
  • ummieisya (kite pun nak kasi kat awak jugak!)
  • naura
  • mija
  • kak ina -yongnoina.blogspot
  • jiey mien
  • Azie -kesayanganku Adriana Adzreen.blogspot
  • cute-miut78
  • ummiRayyan -lilin8557.blogspot
  • ummisarra -itafed.blogspot

Saturday, March 21, 2009

Dinner hari ni..

Malam ni ibu masak nasi goreng jer..tp bila abah tanya..ibu akan cakap nasi goreng ayam hip-hip horey!!..kasi nama lain sikit..biar dengar bunyi cam best jer..rasanya pun mesti la best juga..(puji sikit2 jer..tak pe kan)

Sudu dan lilin tu sebagai deko je

Inilah nasi goreng ayam hip-hip horey!! ibu

Snap gambar dulu sebelum ajak abah makan..nanti lupa pulak..selalu dah abih makan baru teringat nak snap..

Persediaan untuk solid food

Memandangkan Dalila dah nak masuk 6 bulan umur dia.. dah kena start solid food pulak nnt, ibu ajak abah gi cari bekas makanan untuk Dalila nak makan nanti..sian pulak nak share dengan bekas makanan/turpaware yg ibu guna simpan cili kisar atau bawang kisar..
Tengok punya tengok...ibu pun beli yg satu..Pureen RM 6.50 jer..

Ibu berkenan dengan mangkuk ni sbb kat tengah (kat bahagian dinding tgh) mangkuk tu ada macam garisan timbul..untuk membantu kita melenyek makanan bayi kita, sekiranya kita tidak mau mengisarkan nya terlebih dahulu..sudu tu pulak, ibu guna sudu KFC yg kecil tu..senang sikit nak suap makanan kat mulut Dalila..sbb muncung sudunya agak kecil berbanding sudu yg telah disertakan.

Ibu plan nak kasi puri pisang kat Dalila nnt, ibu dah tak sabar nak tunggu sehingga dia 6 bulan..kang jap lgi gak ibu gi cari pisang berangan kang..bestnya anak ibu dah nak start makan..moga membesar dengan sihat yer cayang..

Thursday, March 19, 2009

Light off, please..


Mari lah kita sama2 menyokong/vote for Earth dengan memadamkan lampu dirumah kita (kalau boleh selama satu jam) pada 28 Mac ni pada 8.30 malam. Jika kita membiarkan lampu terpasang pd waktu itu, ia seolah2 kita menyokong pada Global Warming..oh tidak..

Rupa2nya kempen mcm ni dah ada sejak 2007 lagi..cuma sekarang jer ia heboh di war-war kan..Sapa yg tak sayang kat Bumi kan..sian Bumi..mcm2 dah manusia buat kat dia..yg terbaru ni kes hutan yg terbakar kt Australia tu..tu tak ckp lagi hal2 ujian nuklear ker..tebang2 hutan ker..sian kat Bumi kan..jom la sokong kempen ni..boleh jimat bil elektrik jugak..

Ha..abah leh ker nak light off ni..kita pasang lilin jap ker..paling tak pun kita 'on' satu dah la lampu..tak dapat sejam..setengah jam atau 15 minit pun jadi la kan...

p/s: keterangan lanjut ttg kempen ni let tengok kat sini.

Wednesday, March 18, 2009

Jawab TAG Ummieisya

Thanks Ummieisya bg tag ni..ni tag kedua dlm blog baru ibu ni..Kak Hayatie dah tag ibu juga hari tu..tp tajuk tag nya umum sgt..tak sempat nak fikir.."tag sebelum dan sesudah".nnt akan Ibu buat juga mgkin lepas M-test KPLI nnt kot..skrg buat tag yg simple2 dulu..

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
sekarang punya ibu letak "my love" bagi menggantikan blog ibuarifa dulu tu..ibu pilih ibu arifa sbb insyaallah kalau ada rezeki (anak) lagi..ibu nak mulakan nama diorang dgn Arifa/Arif. so kire nak kasi anak2 baca la nnt..

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
sekarang punya link "ibudalila.blogspot.com"..sbb ibuarifa.blogspot.com dah guna kt blog lama..sayang pulak nak "delate" blog lama tu..ada banyak entri dah ibu buat.

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
bebas..tp mungkin citer family la yg banyak pun.


4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
yg blog lama tu ada jugak...geram sgt bila date tak display..tp tak sampai hati nak delate..yg baru ni..tak la..sayang maa..

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
seorang ibu yang penyayang dan baik hati..ada anak dara comel yg lebih kurang jer sebaya dgn anak dara ibu. walaupun hanya kenal dalam blog jer..tp mcm dah mesra je ibu rasa..Hope persahabatan ini akan berkekalan.


6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
Nak pilih siapa ya..tp kalo dah buat..tak yah la buat lagi ok.

naura
kak ina
ummisarra
zura

lead & ad

Tuesday, March 17, 2009

Kebakaran Tak Jadi..

Hari : Jumaat
Tarikh: 13 Mac 2009
Masa : 8 malam (lebih kurang la..)

Ketika ibu sedang mendodoikan Dalila dalam buaian..tiba2 terdengar bunyi siren..makin lama makn kuat bunyi nya..Dari cermin tingkap bilik ibu..ibu nampak kerlipan lampu yg luar biasa terangnya..ibu pun buka tingkap..nampak sebuah trak bomba melintasi blok ibu. Dalam hati.. "rumah kat mana yg terbakar ni..dah la aku dgn anak saja"..antara mau dan tidak (sebab ibu tak menalifon abah minta kebenaran utk keluar rumah) ibu keluar juga..ibu risau..kalau2 yg terbakar tu rumah sebelah ker..mau kami anak beranak jadi satay dalam rumah..

Di luar kelihatan..org ramai mula menghampiri disekitar trak bomba tadi..ibu dan Dalila (dah tak jadi tidur..sbb bunyi siren tadi) hanya memerhati dari tingkat atas koridor rumah ibu.."alamak..itu blok MIL tu"..apa yang terjadi?.. Ibu bertanya kepada Aunty yg baru naik dari tingkat bawah..dia kata..ada org buat panggilan ..rumah terbakar sbb nampak asap keluar dari rumah jiran dia..jiran dia pulak keluar..tak de dirumah..bila bomba dah sampai..jiran terebut pun sampai..sempat tutup api di dapur yg dah berasap tu..so kiranya.."KEBAKARAN YG TAK JADI LA.." Rumah tu..di tingkat 2..jadi bukan rumah MIL la..nasib baik semua selamat.. Ibu sampai kat koridor td pun ibu dah nampak abang2 bomba tu dah gulung balik..paip bomba yg besar tu..sian diaorang..kena kemas balik..tak jadi kerja.

Ibu pun masuk rumah dan abah call ibu..ibu cakap ibu keluar..bawa Dalila tgk trak bomba...


gambar sekadar hiasan


p/s: Untuk pengutahuan kita semua..sila lah jenguk2 web side bomba..bagi mengetahui tip-tip yg berguna untuk kita sebagai ibubapa untuk elak kebakaran dirumah.

Sunday, March 15, 2009

Blossom in Bayan Baru

Hari ni kejut Dalila awal..tp hari ni bukan nak gi members day lagi..hari ni dah plan dgn Abah nak gi ambik gambar kat pantai depan Queensbay Mall...kami plan nak gi awal2 pagi sbb tak nak panas..nanti sian kat Dalila pula..peluh2.

Sampai je kat simpang empat depat rumah, abah tak U-turn..abah cakap tukar plan..gi ambik gambar kat tepi Hospital Pantai..yaaalah..kelmarin bukan main banyak org dok kerumun kat kawasan pokok2 situ ambik gambar.Bak kata iklan astro kirana.."IA BAGAIKAN SATU FENOMENA.."....bunga2 di pokok itu sungguh lebat, seakan-akan bunga SAKURA jer..kami yang kuar rumah jam 8 pun (lokasi +- 2km dari rumah)...sampai dah ada beberapa kereta dah sedang ambil gambar...siap dengan jubah konvo pun ada...huh..dasyat!! Ibu arifa..melaporkan dari tempat kejadian..hehehe...



Ni lah antara gambo2 yg sempat kami ambik...(sila abaikan wajah tembam ibu tu ok..) org ramai sgt...menati giliran nak pose bawah pokok2 tu..masa nak balik..datang lak satu group pengantin cina..sekali dgn flawor2 girl nyer sekali...huh..meriah la bayan baru sekarang...semuanya gara2 bunga SAKURA MALAYSIA ni..

Friday, March 13, 2009

Jom Join TheLilCaliph.com Contest

Assalamualikum dan selamat sejahtera pada blogger2 semua..
Ibu terjumpa ada satu contest yang menarik telah dianjurkan oleh TheLilCaliph.Com untuk para blogger semua.


Hadiah yang ditawarkan amat menarik sekali iaitu:


GRAND PRIZE merupakan percutian 4H3M ke PHUKET ATAU BALI (Pilihan Anda!). Dan 2 bloggers akan memenangi percutian 3H2M ke LANGKAWI, REDANG ATAU TIOMAN ISLAND.

Bagi sesiapa yagng belum pernah dengar tentang TheLilCaliph.Com ni, ia merupaka sebuah KEDAI ONLINE yang banyak menjual barangan keperluan ibu-ibu dan bayi.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari : TheLilCaliph.Com .


Tarikh tutup contest pada 31 Mac 2009 ini. Sempat lagi kalau kita nak sertai contest ini. Selamat mencuba..... Pastinya anak ibu akan tersenyum sampai nampak gusi jika TheLilCaliph.com memilih ibu sebagai salah seorang pemenangnya..(moga2 jadi kenyataan).Terima kasih TheLilCaliph.com kerana menganjurkan contest yang ada hadiah best macam ni....

Thursday, March 12, 2009

Apa Kebenda Ni?

Disuatu hari Sabtu yg lalu, kami sekeluarga keluar jalan2, plan nak ambik gambar tepi pantai depan Queensbay Mall.(Selalu ke sini sbb dekat je dengan rumah). Sampai disana cuaca masih lagi panas, kami pun masuk parking kt dlm Queensbay Mall..
Sedang best dok ronda2.. kami nampak org ramai sedang berkumpul, sedang melihat sesuatu.. rupanya mereka sedang lihat ni...
mula2 ibu ingat patung..sbb dok keras tak bergerak..tp tiba2 tgk ada budak2 g dekat nak ambik gambar dgn patung tu..dia angkat tangan bagi budak2 tu dok dekat..laaa..org rupanya..ingatkan patung td..kat depat dia..ada mcm bekas isi duit tu..senang la cari duit mcm ni..warnakan jer muka+badan semua kaler silver..duduk keras2..sat gi orang mai kerumun..dapat duit..glamor pun dapat..sbb org ambik gambar jugak..ahks!!..korang jangan sesekali cuba tau..nanti sapa yang malu..haa..bak kata Nabil...lu pikir la sendiri
Ni antara gambar yg sempat ambik ptg tu..tak jd ambik kt tapi pantai..sebab tak sedar dah 6.30ptg dah..dah kena balik laa..

Dalila sedang tengok wau

sedang merap nak di dukung lak

Nak tgk gajah tu...

Ambik gambar kt depan restoran tu..tp kami makan kat tempat lain..

Blog baru ibu arifa

Assalamualikum kawan2 ibu semua..
Terlebih dahulu ibu minta maaf jika perpindahan ibu ke blog baru ni, mendatangkan kesulitan pada kawan2 semua..mulai sekarang (mac 2009) ibu akan beroperasi di sini(http://ibudalila.blogspot.com) dan tidak lagi diblog lama.
Harap maklum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...