nak join? klik banner ni yer

Thursday, March 31, 2011

@ Zakat Emas Dan Perak


Ingin saya kongsikan serba sedikit tentang Zakat Emas dan Perak yang saya baca baru-baru ini.
Sesetengah orang tidak tahu yang emas dan perak pada kadar (haul dan nisab) tertentu perlu di keluarkan zakat, dan sesetengah orang pula tahu tetapi tidak tahu cara pengiraan...layak ker tidak barang kemas kita inidi kenakan zakat?
Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun
Nisab pula merujuk kepada beratnya (gram dan kiligram)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah S.W.T, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam. laludiselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (Azab) daripada apa yang kamu simpan itu."
                        (surah At-Taubah ayat 34-35)

Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas dan Perak
kadar zakat emas adalah 1/40 atau 2.5%

Zakat Emas biasa terbahagi kepada dua iaitu:
1. Emas yang di tidak pakai (disimpan saja)
 Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), masa wajiblah di keluarkan zakat sebanyak 2.5%.

formula pengiraan: Nilai emas yang disimpan x 2.5%
contonya: Saya mempunyai barang kemas yang bernilai RM10 000 x 2.5%
Jumlah zakat= RM250

2. Emas yang dipakai
Emas samada dipakai (Sebagai perhiasan)Sekali sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.Walau bagaimanapun jika ia melebihi uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf
Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya. 
        Di Wilayah Persekutuan, kadar uruf yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah sekitar 150 gram atau RM16 410.

formula pengiraan: (Berat emas dipakai - uruf) x Harga semasa emas (1 gram) x 2.5%

andaikan saya bermastautin di W/persekutuan, dan mempunya 200 gram barang kemas,
harga semasa emas utk 1 gram adalah RM109.40.
contoh pengiraan: (200 gram -150gram) x RM 109.40 x 2.5%
Jumlah zakat= RM 136.75

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia: (dari sumber)
1. Kedah = 150 gram
2.  Perlis = 170 gram
3. Pulau pinang = 165 gram
4. Melaka RM5000
5. Johor = 850 gram
6. Negeri Sembilan = 200 gram
7. Selangor = 800 gram
8. Wilayah persekutuan =150 gram
9. Kelantan = tiada uruf
10. Terengganu = 850 gram
11. Pahang = 200 gram
12. Perak = 500 gram
13. Sabah = RM5000
14 Sarawak = 775 gram


rujukan lain berkenaan dengan zakat: safwanz.com
dan www.zakat.com.my.

talian zakat: 1 300 88 5757


semoga hidup kita mendapat keberkatan di dunia dan juga di akhirat. insyaAllah..


Wednesday, March 30, 2011

@ Burung Twitter boleh terbang dalam Blog

Kat blog saya sekarang ni, kalo korang perasanlah..dah ada sekor burung twitter yang berterbangan. Comel tak? Kadang2 di bertenggek kat sana2 sini. Suka pulak tengok aksi burung tu macam tu. hihihi


Kalau korang nak bela juga seekor kat blog korang. Sila pastikan korang ada akaun Twitter dulu yer.. sebab bila kita klik kat burung tu, ia automatik akan link kan ker akaun twitter korang.

Cara nak letak burung ni korang klik kat link bawah ni:
http://www.way2blogging.org/2011/01/how-to-add-animated-flying-twitter-bird.html

pastu isikan ruangan Twitter User Name tu dengan nama akaun twitter korang.
pastu klik kat butang "Generate"
pastu klik pulak butang "Add to Blogger"


lepas tu akan keluar page macam ni.
korang klik lah butang "Add widget"..then letak kat mana korang suka pastu "Save"



Tuesday, March 29, 2011

@ Beli barangan SK-II

Tahun 2011 ni usia saya nakan menjejak ke era "3 series"..memang agak gementar sungguh..terasa macam baru jer abis alam persekolahan aritu..tup..tup..umur dah nak 30-an dah. Mak ai!! tolong!.. risau punya risau, entah macam mana, boleh 'terdetik' pulak nak cuba produk SK-II ni. Terbaca kat satu forum yang SK-II ni boleh menghilangkan tompok2 hitam kat muka dan boleh bagi muka kita nampak 'glow' in the dark gitu. Sungguh2 rasa nak try SK-II ni sebab nak jaga kecantikan muka untuk suami. Sebelum ni pun memang saya tak pakai apa pun..cuci muka dengan pencuci muka safi jer..lain2 toner ker ape ker memang tak guna. Dah nak masuk 3 series baru nak gelabah :P

Petang kelmarin ajak Abah gi beli kat Sunshine Square. Plan nak beli yang trial/travel set punya jer... tak pun nak beli yang tengah ada "promotion" jer. Sampai kat kauter SK-II terus bincang dengan promoter tu..siap buat scan kat kulit muka lagi. Bincang punya bincang. Terus saya setuju ambik set promotion ni.
Skin Power Start Program. Harga RM295


Dan beli Facial Treatment Essense (150ml) RM359 dan Facial Treatment UV Protection dengan harga RM218


Promoter tu ada bagi 4 benda ni as free gift...iaitu Facial Treatment Gentle Cleansing Cream, Facial Treatment Gentle Cleanser, Facial Treatment Clear Lotion dan Facial Treatment Mask.
free gift pertama saya dari SK-II

Dapat voucher RM100 so total up bayar kelmarin RM772. Fuhh..clear duit simpanan bulanan saya aritu. Abah gelakkan saja tengok saya beli ni kelmarin. Yer lah..saya tak minta duit dari dia pun. Cuba kalo suruh dia yang bayar..mau dia masam jer pastu..hihihi.

set permulaan saya

Malam tadi 1st time guna...macam dah nampak dah cerah sikit. Yer lah, sebelum nak guna Pitera Essence  tu..kena cuci muka 3 kali dulu..dengan set-set yang berbeza. Lepas ni kena rajin yer sapu2 kat muka.. kalo tak membazir jer beli.


Monday, March 28, 2011

@ Kasut ku disambar orang

Apa perasaan anda bila buka pintu jer tiba2 ternampak kasut anda TIADA di depan pintu, tetapi di gantikan dengan kasut buruk macam ni pulak? Geram kan..
kasut buruk yang ditinggalkan untuk saya

Sapelah yang berkenan kat kasut saya tu?.. baru 2-3 bulan saya beli kasut tu ...walaupun tak mahal sangat tetap sayang sebab hari2 saya pakai kasut tu. huhuhu. Tak sempat nak ucap selamat tinggal kat kasut Bata Confit ku.

Sebenarnya, pagi tu saya masih pakai lagi kasut tu untuk keluar ke market, beli breakfast. Dalam jam 9 pagi saya masuk rumah dan terlupa nak simpan kasut tu kat dalam rumah. Jam 11.30pagi saya buka pintu, nak ke rumah MIL...tengok2 kasut saya dah hilang..dah ditukar dengan kasut buruk ni. Geli tengok, sikit pun saya tak usik kasut buruk tu. Dalila yang sama2 time tu nak keluar rumah pun sibuk tanya "shoes sapa ni Ibu?" "sapa punya shoes ni?" hihihi..dia pun perasan yang ada "kasut orang lain" kat depan rumah kami.


kes kasut hilang mmg biasa ler kan kalo tinggal kat umah flat ni..tapi bagi saya "this is my 1st time".. Sebab sebelum ni, (dah 4 tahun duduk kat flat ni)..memang selalu simpan kasut kat dalam rumah. Kali ni, rezeki dengan kasut tu tak panjang agaknyer..boleh cuai pulak.adehh!


Saturday, March 26, 2011

@ Jangan Lupa, Hari ni jam 8.30 mlm, Earth Hour!

26 Mac 2011
8.30malam -9.30malam

Tiap2 tahun, saya sungguh teruja nak "join" kempen ni.. 60+ Earth Hour.. sebab apa? sebab kempen ni senang jer nak "join". ..hanya pastikan lampu2 dan suis2 peralatan elektrik yang tak penting di "off" kan saja. Kalau rajin lagi, boleh lah tanggalkan soket tu dari plag nyer sekali...hihihi. Alah..bukannya lama pun.. paling sekejap 60 minit (1 jam ) saja. 

Masa kempen Earth Hour tahun2 sebelum ni, kami berkumpul di rumah MIL atau ke pasaraya (beli barang rumah), so rumah kami dah pastikan totally light off dan switch off semuanya dah sebelum keluar. Aci tak gitu?hihihi

Korang pulak macam mana? Apa korang buat jam 8.30malam -9.30malam nanti ...tak kan tidur awal kot...hihihihi.

Thursday, March 24, 2011

@ Di x-ray kerana suspect Pneumonia pula..

Sambungan dari entry @ Dalila disuspect bronchitis

Berikutan dari pengambilan antibiotik dan ubat batuk serta paracetamol sejak hari Isnin Dalila warded dan gas neb pada hari Selasa, sepatutunya batuknya dan bunyi "wheezing" semasa Dalila bernafas semakin berkurangan...tapi tidak ada banyak perubahan sehingga hari Khamis (10 Mac 2011). Tambahan pula Dalila mengalami muntah..selepas dia batuk2. (Korang bayangkan..budak sekecil Dalila, umur 2 tahun- batuk sampai termuntah) Kesian Ibu tengok..habis keluar makanan..dah ler dia tak berselera makan sejak sakit ni.

Doktor datang check haritu, mintak nak x-ray badan Dalila, nak tengok keadaan paru-paru Dalila. Kemungkinan Dalila disuspect kena pneumonia pula. Hanya dengan ujian x-ray di paru-paru nya boleh sah kan tahap kesihatan Dalila yang sebenar. Bagi Ibu, takut dan terkejut lah bila dengar Dalila nak di x-ray, Ibu call Abah bagitau Dalila nak kena x-ray secepat yang mungkin. Mintak Abah datang teman, manalah tahu Dalila "bad mood" kat bilik x-ray nnt. Ini 1st Dalila nak kena x-ray, Ibu pun risau..harap2 semua berjalan lancar lah.

Masa Abah sampai kat ward, Dalila baru bangun tidur (jam 12tgh hari). Ibu cepat2 bagi dia makan dan minum pastu bagi dia makan ubat-ubat dia, then cakap kat dia "kita nak turun beli belon...tapi sebelum nak ke kedai belon tu kena masuk kedai lain dulu..boleh kan?" Dia cakap "okey, boleh"..ikut jer...alhamdulillah..mood dia baik w/pun baru bangun tidur. Masa kat bilik x-ray, Ibu tak boleh masuk. 2 orang saja boleh masuk,so Abah teman kan Dalila.

Ibu tunggu kat luar, dalam 10 minit tengok Dalila senyum2 jalan datang kat Ibu. Ibu tanya, "Dalila okey? Dalila buat apa kat dalam bilik tu?" Dia pun riuh ler cerita..cakap dia smile kat dalam tu. Abah cakap, Abah kena pakaikan baju yang kalis x-ray tu. then dudukkan Dalila atas riba dia. Abah cakap lagi, Abah suruh Dalila senyum..ada orang nak ambik gambar kita kat depan tu. Senang jer Dalila bagi kerjasama.. sekejap jer dah siap. Alhamdulillah. Hihihi..pandai Abah, cakap ada orang nak ambik gambar! Dah siap terus Ibu bawa dia beli belon as reward.

Petang tu Doktor datang check lagi..dan bagitau kedua2 paru-paru Dalila okey..tak de apa2. Doktor kata mungkin sebab lelah kot yang buat dia susah nafas dan masih berbunyi serta batuk berkahak lagi tu. Gas neb tu, still diteruskan setiap 6 jam lagi..sehingga kahaknya berkurangan.

So, pada hari-hari seterusnya (Jumaat, Sabtu dan Ahad), Dalila dah tak demam-demam lagi. Mood nak makan dia pun makin bertambah. Batuk pun dah makin hari makin kurang. Malam memang dia boleh tidur nyenyak (sebab tak batuk).  Doktor cakap hari Isnin  (14 Mac 2011) dah boleh keluar hospital...alhamdulillah.. tapi lagi 2 minggu kena datang untuk follow up lagi.

Sekarang ni, alhamdulillah..Dalila dah tak batuk dah..dah tak demam dah dan dah tak dengar apa2 bunyi dah semasa dia bernafas. Alhamdulillah..dah sihat sepenuhnya dah.
Terima kasih kepada kawan2 blog Ibu Arifa yang mendoakan kesihatan Arifa Dalila selama ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian. Semoga anda sekeluarga pun sentiasa di berikan kesihatan yang baik dan ceria..aminnn.


sebagai selingan.. sedikit gambar Dalila semasa di ward haritu.

 tunggu Abah balik solat Jumaat sampai tertidur atas kerusi

petangnya Ibu ajak ambik gambar...siap pose 'angkat kaki' lagi tu

terima kasih yer kepada semua yang mendoakan kesihatan Dalila!!
Dalila sayang aunty2 dan uncle2 semua..



Tuesday, March 22, 2011

@ Dalila Suspeck Bronchitis?

Nak coretkan sikit kisah Dalila tak berapa sihat haritu.

Sebenarnya Dalila start batuk sikit-sikit pada bulan Feb lepas, dia masih aktif cuma kekadang 1-2 kali dengar dia batuk dalam 1 hari. Tambahan pulak dia nampak seakan dah kurang selera makan dan kadang2 ternampak keluar air liur dari mulutnya, tak kiralah sama ada tengah ketawa ker tengah bermain ker..sure kena usik dengan Ibu dan Abah.. hihihi..umur dah 2 tahun setengah..gigi pun dah lama penuh..takkan ada lagi gigi nak tumbuh kot? mana ada space dah?

Sabtu, 19 Feb 2011, terus ajak Abah ke Hospital Pantai, jumpa paed kegemaran Dalila iaitu Dr.Hasanah. Tengok, ada ulser kat atas lidah Dalila (tompok2 bintik2) patut lah asyik keluar air liur dan tak lalu makan jer. 1st time dia jadi macam ni. Doktor bagi ubat. Lagi 2 minggu kena datang lagi.

Tepat-tepat 2 minggu pada tarikh follow up (05 Mac 2011), bangun subuh, Ibu sentuh badan Dalila panas...tak sangka dia boleh demam. Malam tadi okey jer..petang nyer pun siap enjoy main lari2 kejar bola depan rumah lagi. Cepat2 bagi ubat demam. Hari tu dah ler buzy.. ada aktiviti kekeluargaan dengan MIL dan SIL-SIL semua-nak makan buffet kat hotel. Memang plan nak bawa Dalila mandi pantai kat Feringgi terpaksa Ibu batalkan, mandi kat dalam hotel jer lah. Sampai ke tengah malam, suhu badan dia tinggi lagi.. 39oC ++ . Malam tu memang tidor kami dah tak nyenyak dah. Batuk Dalila bertambah kerap dan bunyi agak kuat. Kesian dengar dia batuk, sampai dia minta/merayu nak "anen" (menyusu) tiap2 kali batuk. Ini 1st time dia kena batuk.

Esoknyer Ahad 06 Mac pun demam dia tak reda lagi..38-39o C.. Dengan demam dan batuk tu rasa macam nak ke emergency room jer jam 4pagi tu. Suhu 39.8C. Kasihan... Lemah jer Dalila tidur atas bahu Abah pagi tu. Tapi lebih kasihan lagi kalo dia kena tahan then kena cucuk2 masukkan drip kat tangan tu. Memang berbelah bahagi kami. Kereta dah parking depan Hospital Pantai dah masa tu. Tunggu kejap suhu dah makin turun. Dah nekat, kalo esok still demam macam ni juga..confirm terus jumpa doktor lah. Lagi pun dah 2 hari demam suhu tinggi. Bunyi nafas macam ada kahak jer dalam kerongkong Dalila tu. Kasihan..

Isnin 07 Mac, awal2 pagi, selepas solat Subuh kami dah sampai kat emergency room  Hospital Pantai. Suhu masa tu dah 39.2 C Doktor yang check tu suruh warded. Kami minta tukar ke Dr. Hasanah, paed kebiasaan Dalila. Doktor Hasanah check doktor suspect "bronchitis".  Doktor darah Dalila, Ibu suruh doktor check untuk Denggi juga, risau jer. Alhamdulillah... -ve denggi tapi bilangan darah putih agak tinggi. Mungkin tu sebab demam Dalila teramat tinggi tu.  So malam tu bermulalah kami berkampung kat Hosp. Pantai. Abah pun tidur sana juga yer sepanjang Dalila warded kali ni.

Selasa 08 Mac, demam Dalila still tinggi lagi, batuk masih dengar bunyi kahak, hingus dah jadi warna kuning, sebelum ni jernih jer. Doktor cakap kena guna gas nebulizer untuk cair kan kahak nanti, agar Dalila senang bernafas. 1st time tengah hari tu Dalila kena paksa sedut gas nebulizer tu. Memang menangis sambil larikan muka nak elak "benda" tu lah..dah ler berasap-asap..ada bunyi pulak tu. 1st time bagi dia, 1st time juga bagi Ibu..memang tak pernah guna/pegang benda ni.

Doktor datang melawat waktu petang, doktor sendiri tunjuk macam mana nak guna "benda" corong gas nebu tu, then doktor suruh Dalila pegang sendiri corong tu. Alhamdulillah..dia mahu dengar cakap doktor..dia ikut jer apa doktor suruh..tanpa ada lakonan/drama sedih w/pun sedikit... Bagus anak ibu ni.

Next sesi senang lah kerja nurse, nurse datang isi ubat dalam corong tu, then buka paip gas tu, Dalila dengan baiknyer akan pegang sendiri corong tu sampai habis gas ubat tu. Good girllah Dalila..Nurse pun terkejut tengok dia mahu/sukarela ambik gas nebu tu tau. Ibu siap boleh snap2 gambar dia lagi..okey jer dia pose dengan asap-asap tu. (Dalila panggil asap yer kat gas nebu yang keluar tu)

 sempat senyum sambil sedut asap

 khusyuk nyer..

dengar cakap doktor, nanti doktor bagi sticker tau.



                                                                             bersambung...

Friday, March 18, 2011

@ Lama Tak Update blog..

Assalamualikum...
Bismillah hirrahma nirrahim..
Lama sunggah saya tak update blog..bukan saya merajuk atau pergi bercuti/holiday kat mana2 yer kawan2.. kesihatan kami terutamanya cik Dalila tak berapa baik 1-2 minggu lepas. Beginilah dah jadi ibu bapakan....apa yang paling merisaukan adalah kesihatan anak-anak, lebih2 lagi kalau sampai tahap kena tahan kat wad. Sedih memang sedih..tapi semua ni kan dugaan dari Allah...kenalah tabah! Dalila pun tabah kan sayang...

Kasihan Dalila baru ni dia warded lagi, kat Hospital Pantai satu minggu ( 7hb Mac sampai 14 Mac). Kali ni sebab demam panas yang tinggi (38.5o- 40oC) dan batuk2 yang berkahak pulak.Sejak lahir, baru kali ni saya tengok Dalila batuk-batuk. Memang kasihan..sampai tak boleh nak tidur nyenyak.dia :( 


Hmmm..nak cerita panjang pun tak de gambar ler nak letak sebab card reader tak de sekarang dengan saya.. Nantilah yer..nak tulis jugak sebagai rujukan/bacaan saya atau Dalila bila dia besar nanti.





Thursday, March 10, 2011

@ Drama Kemboja Putih


drama: Kemboja Putih (TV3)
waktu siaran: Isnin- Khamis (4.30ptg-5.30ptg)
pelakon utama: Eira Syazira & Fauzi Nawawi
Dah tiga petang saya tengok citer/ drama "Kemboja Putih" kat slot Lagenda di TV3. Baru jer start disiarkan drama ni.. Kelmarin baru episod ke 3. Kelmarin, hero (Fauzi Nawawi) dan heroin (Eira Syazira) dah berkahwin dan watak jahat, Zali (lakonan Ezany) dah buang anak luar nikahnya di tepi jalan. So far..saya suka tengok citer Kemboja Putih ni..Tambahan pulak Eira Syazira yang berlakon, syok jer tengok dia dalam drama, sopan jer dalam tv. Lebih2 lagi dulu2 dia berlakon drama "Cinta Balqis" dulu tu..memang syok layan..
Eira Syazira- heroin cerita ni

So, sape2 yang ada free jam 4.30 ptg... boleh le tengok drama ni ye. Hihihi.. mesti "melekat" macam saya jugak nanti.


***************************************************************
Cakap pasal drama Kemboja Putih ni..teringat pulak kat bunga kemboja putih, dulu selalu tengok kat kawasan perkuburan jer, sekarang ni dah makin kormersial dah bunga ni..dah makin dapat perhatian dan tempat dah kat mana2 lanskap-lanskap. Bau wangi pulak tu. Korang suka tak bunga Kemboja Putih ni?
kemboja putih

Selain kemboja Putih..kemboja yang berwarna merah pun cantik jugak kan. Terutamanya yang ala-ala macam pokok bongsai (renek) tu.. Kalau tak silap, orang bangsa Cina suka tanam pokok ni kan. Ada  lah "orang" bagitau saya dulu, kalo pokok kemboja Merah ni berbunga lebat, menandakan tuan rumah tu makin banyak rezeki dalam erti kata lain tuan rumah tu banyak duit..hihihi. tak pasti pulak apa kaitan pokok ni dengan duit..mungkin sebab tuan rumah tu ada banyak duit sehingga boleh beli baja kat pokok bunga kemboja tu kot..huhuhu.

kemboja merah


Wednesday, March 9, 2011

@ Kucing Pun Mencuri..

Terdengar kat berita jam 1.30 TV3 tadi..ada sekorkucing yang mencuri.Punyalah banyak hasil "curian" yang kucing tu buat.. hehehe..lawak jer pulak rasenyer..tak pernah tau lagi kucing pun ada tabiat mcm manusia jugak..
ini Dusty-si pencuri itu...cute kan?

Cerita selanjutnya..


California - Seekor kucing akhirnya dikesan sedang melakukan tindakan pencurian. Kucing tersebut dianggap bertanggung jawab atas kejahatan pencurian tersebut selama tiga tahun ke atas lebih 600 barangan.

Selama ini warga California bertanya-tanya siapa yang mencuri pakaian, patung beruang serta beberapa barang kecil yang terus menerus hilang. Namun pertanyaan itu akhirnya terjawab ketika seekor kucing bernama Dusty selalu kembali ke rumahnya dengan barangan milik orang lain.

Tertangkapnya Dusty hasil kamera khas di malam hari. Kamera itu berhasil merakam aksi kucing pencuri itu saat ia sedang menjalankan kerja pencuriannya.

Pemilik kucing itu Jean Chu dan Jim Coleman mengaku binatang peliharaannya selalu membawa 11 barang berbeza dalam satu malam.

"Dia terus membawa tuala mandi, sarung tangan, kasut, alas kaki, mainan dan masih banyak lagi," ungkap Chu..

Sejumlah lebih dari 600 barang yang hilang dari sekitar lingkungan tempat kucing itu tinggal. Para tetangga mengatakan kucing itu suka mengambil pakaian mandi dan kucing nakal tersebut bahkan tertangkap kamera dengan sarung bra di mulutnya.

Gambar kegiatan malamnya yang terbongkar..

Haa..hambik ko..dah kantol dah.

Yang lawaknyer.. sehinggakan tuan kucing tu keluarkan kenyataan.. " sekiranya anda kehilangan barang, datang lah ke rumah saya.."..kat dalam berita tadi, dah nampak macam garaj sale dah rumah tuankucing tu.. ramai orang datang tuntut barang masing2.. kih..kih..kih..

Dusty..Dusty..wat keja shift malam yer diee selama ini....




Thursday, March 3, 2011

@ Setem Dah Naik Harga

Kelmarin, saya ke pejabat Pos, nak pos kan beberapa keping surat. Dah lama tak pos surat menyurat ni. Kalau dulu rajin ler, zaman2 persekolahan dulu. Sebut saja..setem..kad ucapan mahupun kad perayaan dan surat chinta memang dah selalu beli 'stand by' awal2 kat rumah. Tapi sekarang bila dah ada 'banyak kemudahan'.. semua benda tu tak menjadi kepantingan lagi. Nak cakap "Happy Birthday" atau "Happy Thaipusam Day" pun just taip sms jer..lagi senang dan cepat sampai,yer tak! Tepat, Cepat, Padat. Tak perlu intro or ayat berbunga2 lagi.


Huhu..sambut balik citer kelmarin. Kelmarin masa di kauter stem, plan nak beli setem RM0.50 jer..kerani di kauter tu bagitau.."kalo setem nak pos surat, enam puluh sen (RM0.60) sekarang cik" ..terkejut juga saya. Ingatkan masih RM0.30 lagi. Tak sangka dah naik harga sekarang. Ingatkan dah ada email, e-card, facebook semua ni, tak berapa lah yang ramai gunakan 'perkhidmatan pos'..dan harga stem sure macam biasa jer. Terus keluarkan terus duit not warna merah..sebab nak beli 10 keping setem!

Nasib ler zaman dot rajin berutus surat dulu2 setem tak mahal lagi.. kalau tidak memang terpaksa buat muka kesian lah..minta duit lebih dari ayah :P  sebab nak beli setem. 

so kawan2 semua, RM0.60  yer sekarang ni untuk pos surat.



Wednesday, March 2, 2011

@ Pati Ikan Haruan

Ikan haruan.. ada sesetangan kita tak suka makan ikan haruan/ ikan darat kan? Mungkin sebab bau hanyir ikan tu kot. Saya makan semua ikan darat..mak ayah saya orang bendang/pesawah padi. Kadang2 balik dari sawah...mereka bawak balik ikan juga. Rezeki.

Tapi kalo nak citer bab pati ikan haruan pula..saya ada sikit pengalaman. Saya dah minum beberapa jenis/jenama pati ikan haruan yang ada terjual di pasaran secara di pasaraya. Orang cakap pati ikan haruan ni, memang bagus untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. 1st time dulu minum Pati ikan haruan Polleney.. kotak warna hijau. Rasanya...tak tergambar dek kata2..tapi sebab terpaksa, untuk kesihatan..saya telan juga. 

Jenama ke-2 yang terkini saya cuba adalah MasPati Ikan Haruan dengan Gamat..beli yang ni sebab nampak tanda HALAL nya yang besar gitu. Rasanya? Lagi 'dasyat'..mungkin sebab ada gamat kot. Tapi lagi baik ada sekali dengan gamat macam ni..sebab gamat pun bagus untuk sembuh luka jugakan.

Dalam pantang masa bersalin kan Dalila 2 tahun lepas (saya emergency ceserian), saya tak minum pati ikan haruan yang cecair macam ni. Saya makan pil pati ikan haruan jenama Lisa Formula. Senang, tak payah kerut2 muka nak tahan nafas masa nak telan. Sup ikan haruan yang fresh pun makan jugak tapi agak susah nak cari ikan haruan kat sini. So, ambil yang pil je lah time tu.
Hihihi...Pilihan masing2 lah kan..mana yang rasa baik untuk diri sendiri.

Korang bagaimana pula? Makan tak pati ikan haruan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...