nak join? klik banner ni yer

Monday, December 12, 2011

@ Gambar Dalila Jalan2 Januari aritu

Nak update blog, tapi tak tau nak tulis citer aper..godek2 folder terjumpa gambar2 lama nih. Gambar masa bulan January 2011 aritu. Kami gi ke Taman Rimba.Gi jalan2 dan ambik2 gambar je.

sedikit gambar buat tatapan semua...

Assalamualikum..

ibu dan Dalila ready to pose!!

kami bercerita-cerita kat atas batu....best!!

indahnya menikmati alam bersama

last pose sebelum balik, muka dah letih dan mengantuk.


p/s: hari ni (12/12/2011) ada orentasi kat school baru Dalila. nanti akan dicerita ok.


Wednesday, November 16, 2011

@ Dia dah pandai nak rahsia-rahsia pulak

Seperti yang selalu orang cakap, anak sulung ni banyak mengajar kita sesuatu pengalaman baru...terutamanya dari segi pe'el anak dan cabaran menjadi seorang ibu muda.
Hihihi..hari ni satu lagi benda baru yang saya belajar/dapat dari anak saya Dalila...dia dah pandai "tak nak kasi beg pack nya di tengok/dicheck oleh kami.

Agak terkejut juga saya dengan perangai Dalila yang baru masuk 3 tahun 2 bulan nih, tak sangka betul budak sebesar ni dah pandai nak berahsia-rahsia. Bila kami mintak nak tengok beg dia tu, boleh pulak dia bawa lari sambil seret beg (yang 2 kali lebih besar dari badan dia) masuk ke bilik nenek dia (my MIL). Siap halang2 kami tak bagi masuk ke bilik nenek dia tu. Apalah yang rahsia sangat tu yer???!!

Beg peck nya tu, selalu di gunakan untuk isi segala keperluannya di rumah pengasuh (baju, pempers dan mainan).  Pagi kelmarin, dia ada mintak DVD Mickey Mouse, dan saya ada bagi dia bawa satu ke rumah pengasuhnya. Malam tadi pulak dia mintak yang lain, katanya yang Mickey Mouse tu hilang (alasan yang paling selalu dia beri..jika dia malas nak cari). So, bila saya nak cari dalam beg, boleh pulak dia "mengelak", tak mahu kasi saya tengok/cari dalam beg dia.

Tapi saya dapat mengagak, apakah "benda" yang dia rahsiakan dalam beg dia tuh..sebab sebelum tu dia ada cakap nak dia nak bawa gula-gula (lebihan gula-gula yang di isi dalam uncang masa majlis kenduri Acu tempoh hari) untuk kawan2nya di rumah pengasuh. Bila dah kena pujuk/slow talk dengan dia, dia serahkan sendiri beg tu kat saya sambil pesan "ibu jangan keluarkan coklat dalam beg tu tau!", "Dalila nak bawa pi rumah Tok Bee"

Dalila..Dalila dah pandai nak rahsia2 dari ibu yer sekarang..




Monday, October 31, 2011

@ Ada "signature"lah kat kasut 'flower girl'

Haaa..semput dada saya bila balik kerja dan tengok kasut yang baru dibeli (kelmarin) pada 26-Oct, hari ini (27-Oct) dah ada banyak "signature" dah.. Punya lah susah nak cari kasut saiz dia yang warna PINK, alih-alih bila dah jumpa dapat "signature" free pulak. Entah mana dia jumpa pen entah lah, mungkin pen my MIL kot, dok guna tulis nama para jemputan untuk kenduri pada kad jemputan.

kasut 'flower girl' Dalila

 close up sikit- nampak contengan ball pen warna hitam tu

kat bahagian dalam pun kena jugak- dua2 side hokeyyyy :(

kat tapak pun ada, tapi mujur sikit je..

Nasib ler dia tak buat conteng kat sekeliling (kat tepi ker, kat belakang ker) kalo tak, macam nak kena beli lain jer lah.

Agak2 korang... kalo sental dengan varnish keluar tak? Hari sabtu ni dah nak guna kasut ni :(




Sunday, October 30, 2011

@ Entry terperam: Tengok Muvee "The Smurfs"

Walaupun citer ni dah lama dan sudah basi..saja nak buat juga entry tentang ni.


 Pada 11-Sept bulan lalu, dengan tanpa dirancang..time tengah lalu kat depan cinema, kat queensbay Mall, Abah ajak masuk tengok wayang..kebetulan ada citer kanak-kanak "The Smurfs". Saya ikut je... walaupun dalam hati ada rasa risau juga...risau sejuk kat dalam panggung tuh..sebab...tanpa di rancang = tak bawa sweater lah. Mujur kat dalam tu tak sejuk pun..alhamdulillah.

 gambar2 sebagai selingan.. 
 bergambar depan poster iklan


senyum sikit sayanggg!!

...nak yang pink..nak yang pink!!

terus "peluk" bekas air yang baru..yang lama suruh ibu simpan

Syok jugak citer ni..Dalila pun suka..siap boleh nyanyi2 lagu tema mereka. Alhamdulillah... 
Hihihi..ni dah masuk kali ke-3 Dalila tengok muvee kat panggung. Cukup lah yer untuk tahun ni.



Monday, September 26, 2011

@ My Dalila dah umur 3 tahun

23 Sept 2011 hari tu, Dalila dah genap umur 3 tahun. Tahun ni tak sempat nak buat/rangang apa-apa maljis pun, Ibu dan Abah tersangat2 buzy dengan kerja. Tapi kali ada ambik cuti on that day. Pagi tu bawak Dalila ke "bakal nursery/school" nya tahun dapan. Seperti yang di jangkakan, dia tak biasa dengan situasi school tu. Nangis, langsung tak mau turun dari dukungan Abah pun. Tambah pulak, dia masih mengantuk2 (walaupun kami kejut dia tidur jam 10.30pagi- kekonon nak kasi dia bangun lewat, so kat school nanti tak ngantuk laaa..)

Selepas bawak dia ke school, balik rumah dulu tunggu Abah habis solat Jumaat kat masjid. Lepas tu kami ke Batu Kawan, Abah nak pi bayar booking rumah ka area sana. Masa nak isi dan sain borang booking rumah tu, Abah boleh terlupa dan tertanya pulak tarikh hari tu, than baru teringat...birthday Dalila!! Pemaju yang jual rumah tu kata, "waa..dia dapat hadiah rumah on her bithday, hadiah besar nih" Hihihi.. sebenarnya, tak de rancang pun pasal tarikh tu, disebabkan risau rumah conner lot tu di ambil orang, so alang2 dah cuti- cepat2 lah datang untuk bayar booking.

Ingat nak celebrate lah malam tu, tup-tup dia dah ngantuk sangat2 dah. Balik rumah terus dia zzzZZZZ. So nak ambik kesempatan nak wish happy birthday kat sayang, kasi blog ni, sebagai kenangan bithday dia kali ke-3 ni.



HAPPY BIRTHDAY ARIFA DALILAH

Ibu teramat sayang Dalila, Ibu doakan anak ibu ini sentiasa sihat, dilindungi Allah dari segala mara bahaya. Ibu Syukur dan gembira kerana dapat anak seperti mu. Kamu lah racun dan kamu jugalah penawarnya, jadi  teman bergaduh dan bergurau senda Ibu setiap masa. Bahagia Ibu kerana diberi peluang dapat melihat kamu membesar di depan mata Ibu. Kamu lah penguat semangat Ibu sekarang. Jadilah anak yang solehah, anak yang mendengar segala perintah Allah. Andai sesuatu berlaku pada Ibu, Ibu harap kamu sentiasa tahu yang Ibu amat-amat sayang pada mu, kalau boleh nyawa dan badan Ibu sanggup Ibu gadaikan bagi melihat kamu sihat, selamat dan bahagia.
Happy birthday sayang, happy bithday kali ke-3. I LOVE YOU SO MUCH.



Wednesday, September 21, 2011

@ Nak Angry Bird Juga

Angry bird..macam satu musim kan game ni...tengok kat kedai2 gift mesti banyak nampak karektor Angry bird. Ada merah, kuning, biru..cute pulak tu. Dalila pun dah terikut2 dengan game ni, mula2 tu takat main ka handfon kami saja, lama-lama dia mintak nak main dalam PC kat rumah, dah nangis bagai-Abahnya pun install game ni dalam PC. Ada dua versi lagi, yang RIO dan yang biasa.

Tapi monitor desktop mana sama macam touch screen kat handfon kan.. mula2 tu memang kena mintak kami mainkan untuk dia, lama-lama dia dah pandai dah control mouse sendiri, pandai clik dan seret (tarik) dan lepas bird tu. Yey!

Masa raya aritu sempat kami ke Padang besar, punya lah ramai manusia kat sana, ingatkan raya ke3 tak ramai orang, rupa-rupanya sampai berlaga montot lah nak jalan2 :P. Tapi tak pe, dah lama tak jejak sini, sesak2 pun ku redah juga. Dalila dah excitet jerit2 dah bila ternampak patung2 angry bird nih banyak jual kat sana. Minta belikan beg angry bird, bila saya tanya nak warna apa, dia tunjuk yang "yellow". Saya pulak memang niat nak beli kasut yang pakai dalam rumah, tapi nak bawak pakai kat opis. Almaklumlah, opis saya sejuk ya amat, pakai stokin dan kasut gini memang selesa wat kerja.

kasut biru tu dah selamat kat opis saya, mula2 sehari dua saya kerja-dia cari lah jugak kasut angry bird. Dia kata "that is my shoe".."that is my shoe".

Masa kat dalam komplek Padang Besar tu, Abag terjumpa dengan kawan ex-mrsm berseri, sempat lah ambik gambar wat kenang.

Dalila lepas beli terus galas beg tu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
saje nak letak gambar ni, muka bintik2 kena nyamuk raya tahun ni
aik...nak jadi angry bird jugak ke? angry kat nyamuk lah tu.



Tuesday, September 13, 2011

@ Majlis Pertunangan Acu- June 2011

Entry yang lama terperam kat draf, yang baru ku perasan, yang aku belum ku publish lagi..hihihi ya ampunnn..

Majlis pertunangan adik abah  yang no.2, yang kami panggil Acu pada 19 June lepas. Majlis ini berlangsung di rumah kami di Bertam, alhamdulillah semua selamat dan berjalan lancar seperti yang dirancang.

Jom kita tengok gambar2 yang majlis ni, aku lah poyografer bidan terjun hari tu. Main hentam je lah snap. Jom tengok jommmm..
Ni lah Acu, Dalila. "Selamat Bertunang Acu"

Time majlis belum bermula, sempat bergambar dengan kakak2 nya dan juga kakak ipar (akulah tu)

bersama 3 orang anak saudara Acu, awat Dalila wat muncung gitu tu?

cincin pertunangan telah tersarung dijari, tanda diri telah di booking' ngi ..chewah..berpantung lah pulak :P

Yey! Acu dah dapat cincin.. korang ade ke? :p

Insayaalllah, kalau tak ada apa-apa aral, majlis perlahwinan mereka akan berlangsung Nov tahun ini. Selamat menempuh alam pertungan yer Acu....


Friday, September 9, 2011

@ Entry selepas raya...dan beli barang serba PINK.

Assalamualikum semua..
masih dalam mood raya ke? saya dah tak de rasa lagi. mood nak bercuti lagi tu adelah..hihihi. Saya super buzy giler sejak masuk kerja Isnin lepas, bertimbun2 kerja di opis dan bertimbun-timbun baju2 kat rumah yang nanti di basuh dan di lipat. Sampai tak sempat nak update blog and cerita raya. Waaa.. nak kena jadi supermak juga lah ni...zasssss..

Raya tahun ni tak berapa best, sebab mak ikut abang dan kakak ipar sekeluarga ke kelantan, beraya dan jalan2 kat sana. Diorang pergi sejak hari Isnin sampai Khamis, Khamis sampai Jumaat pulak diorang pergi beraya di Songkla dan Yala, beraya kat umah sedara kat sana. So kat umah kampung Kedah hanya ada ayah dan kami sekeluarga saja. Adik beradik lain semua beraya di sebelah mertua masing2.

Kami pulak dah bertolak balik ke Penang pada hari Jumaat, Abah kena hantar adik bongsunya ke Universiti Malaysia Pahang esoknya, awal pagi Sabtu. So saya dan tinggal berdua sajalah dengan Dalila hari Sabtu dan Ahad tu. Boring..then ajak Dalila kuar shopping, kekonon mulanya tu nak beli berus gigi Dalila saja, last2 saya terbelikan ini.... 


laptop pertama Dalila- pink gitu


Dan secara tak sengaja pulak terjumpa baju gown pink... Dalila dok cakap baju princess, baju princess.. Saya berkenan lebih2 lagi tengok ada less 70% pulak..terus ambik kasi Dalila try. Nak tengok? boleh pakai masa kenduri Acu, Dalila diminta jadi flower girl time kenduri kawen Acu nanti. huhuhu.

muat-muat sedang molek saiz ni dengan Dalila (saiz 110)

baju flower girl..tinggal nal cari kasut dan aksesori yang sesuai je lagi pas ni.


Ok tak? Time raya aritu, sempat saya berjumpa dengan 2 family bloggers. Nanti kat next entry saya cerita okey.




Friday, September 2, 2011

@ e-kad Raya 2011 daripada Ibu Arifa, sila ambik yer..

*******ENTRY STICKEY MODE until 2hb Sept 2011*******

Saya mewakili keluarga saya nak ambik kesempatan disini nak ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

kepada SEMUA yang kawan-kawan lama dan kenalan baru saya, sama ada diluar sana mahupun di alam maya. Ampun dan maaf saya pinta sekiranya ada terkasar/tersingging/terkurang di mana-mana sepanjang perkenalan kita ini.

Bagi kenalan di alam maya, saya sediakan khas e-kad raya untuk anda. Sila ambik yer, jangan segan2 yer. Yang 1st time singgah blog ni pun, saya nak kasi kat korang jugak. Jangan nak ngelat tau..sila ambik e-kad ini sebagai tanda persahabatan kita.















selamat bercuti dan selamat hari raya semua.....


p/s: kad tahun ni, tak sempat nak suruh Dalila pose dengan baju kurung raya, sebab saya dah sorokkan baju tu, kang dah pakai susah nak suruh dia buka balik.


Wednesday, August 24, 2011

@ Cuti Raya

Nak jugak tu buat entry cuti raya..hihihi.. bukan apa, kan tahun ni saya dah kembali berkerja setelah sekian lama jadi manager kat umah tu, so harus lah kali ni saya cerita pasal cuti raya saya.


Alhamdulillah company saya, yang baik hati dah keluarkan email; kami akan start bercuti on Isnin 29 hb Ogos sampai Khamis, 1st Sept (cuti ganti untuk cuti 1 Malaysia). So, saya just ambik cuti on 2nd Sept sahajalah nanti, boleh cuti 1 minggu lebihhhhh...yahooo..yabedabeduuuu...

Kami plan balik kampung saya kat kedah pada hari Sabtu 27hb Ogos ni, maybe akan stay kat sana sampai 1 atau 2 hb. Lama kan?.. sebab side family asben tak beraya sangat tahun ni, sebab ada 2 orang  ahli keluarga tengah berpantang lepas bersalin..so tahun ni plan raya kat side family saya sajalah.

Asben pulak kena cuti lebih kot, sebab dia kena hantar adik bongsunya sambung belajar, buat degree kat UMP. Hari pendaftaran pada 4hb Sept. Saya dan Dalila tak jadi ikut. Kereta dah penuh. Kalau gi sana jalan2, nak ler follow :P, leh jumpa Fara a.k.a Ummi Eisya & Amani. So sepanjang cuti nanti kemungkinan rumah maya kami ni pun "cuti" lah juga. :(

Korang pulak balik beraya di mana dulu tahun ni? dapat berapa hari cuti raya?



Sunday, August 21, 2011

@ Persiapkan raya kami tahun ini

Hari ni dah 21 hari puasa, cepat je kan..dan tak lama lagi dah nak sambut raya dah. Bgai mana persiapan nak sambut raya korang? Dalila awal2 dah  saya cari, tinggal 1-2 helai baju je beli bulan puasa ni, buat bertukar2 masa menziarah rumah sedara nanti. Kasut Dalila tak beli lagi, tapi saya dah survey dah kat mana nak beli, nak buat sekali pakai masa kena jadi flower girl untuk kenduri Acu nya nanti. Cuma Dalila dok minta saya belikan dia tudung, dia memang suka bertudung, bangun pagi nak ke rumah pengasuh pun bertudung (yer lah tengok saya bertudung siap2 nak pi kerja, dia pun nak pakai tudung jugak). Pengasuh pun ada feedback, yang lepas mandi pun Dalila bising nak pakai balik tudung dia tu...

Persiapan raya saya dan suami: Baju sama tema, yang di tempah dah siap minggu lepas. 1st time hantar kat tailor ni, alhamdulillah murah :) 1 set baju melayu sekali seluar, 1 kurung pahang, 1 baju kurung Dalila dan 1 dress Dalila, total RM130 saja. Baju raya ke-2 dan ke tiga dah saya beli minggu lepas, cuma tudung je yang tak sempat cari lagi. Harap2 hari ni (Ahad) sempat lah nak beli tudung2 raya ni, port fav saya bab-bab pakaian ni kat Komplex Bukit Jambul sajalah. Kasut raya? kasut raya bagi saya "optinal" ada pun tak pe, tak ada pun okey je, yang ada sekarang ni pun baru bulan lepas beli.
Tukar duit raya: tak berapa nak risau, adik abah, Acu kerja kat bank. Dah pesan lah berapa RM yang nak ditukar. Cuma nak cari sampul duit raya lah lagi, nak yang lain2 sikit, senang nak asing2 kan mengikut "isinya".


Kuih raya: beli jer, tak de masa nak buat or senang nak cakap malassss sebenarnya. Huhuhuhu.. Asben tak berapa nak makan sangat pun.

Persiapan raya blog: wah..ada jugak ke persiapan raya blog? ya..ada.. tapi tak  sempat nak tukar2 cat umah pun. Cuma e-kad ucapan Selamat Hari raya dah siap saya design kelmarin. Mana tahu kot-kot tahun ni  pun masih ada lagi sesi bertukar2 kat ucapan macam tahun2 yang lepas kan..cuma tahun ni saya design sangat2 simple. Tak sempat nak snap gambar Dalila berbaju kurung ker aper ke.. Tak pe lah, janji ada dan janji ikhlas sudah lah kan.




Friday, August 19, 2011

@ Lagi kelahiran di bulan Ramadhan Family kami.

 Dalila masa hari ke-2


 cucu Ramadhan pertama -Arifa Dalila

Huh, memang mengimbau kenangan tul lah, bila bercakap bab kelahiran dalam bulan Ramadhan/puasa nih. Saya melahirkan Dalila pada 23 Ramadhan yang kebetulan bersamaam 23 Sept 2008. Time nak masuk bulan puasa, doktor dah awal2 suruh saya cari dan makan kuih raya, kang time dah berpantang, teringin pulak nak makan. Mujurlah sekarang ni memang banyak kuih raya a.k.a kuih tunjuk kat pasaraya. Sempat lah merasa 3-4 jenis jugak tahun tu.

Ramadhan tahun ni pulak, my MIL terima lagi 2 cucu perempuan. Kak Long asben telah selamat melahirkan anak-3, prempuan, pada 2 Ramadhan manakala adik asben, Fauziah telah pun selamat melahirkan baby ke-4 mereka, perempuan juga, pada tarikh 12 Ramadhan yang lalu. Tak sempat nak pergi ambik gambar new born ni lagi. Melawat pun kejap je sebab Dalila tak sihat time tu.
Kedua2 baby dan mak baby ada kat Bertam sekarang ni, berpantang kat sana sekali. Senang MIL nak jaga semua sekali serentak.


Wednesday, August 17, 2011

@ Jadi tukang bancuh air kami

Dalila sekarang memang ternanti2 waktu berbuka puasa. Bukan sebab dia berpuasa tahun ni, sebab dia suka nak membatu saya sediakan air minuman untuk berbuka puasa. Saya selalu bagi dia bantu saya tuangkan air pati/rebina ke dalam jar dan pastu jadi tukang kacau air. Memang syok lah dia boleh bantu saya. Kejap2 mintak nak kacau air tu lagi dan lagi. Abah sampai rumah, dengan beriya2 nya dia akan bagitau tadi dia bantu Ibu. Hihihi..

Sehinggakan adalah satu petang tu, dia tertidor, almaklumlah, dia kurang sihat sejak dua menjak ni, bila dia dah bangun, cepat2 dia tanya "siapa bantu Ibu buat air tu?" "Abah bantu?" "Abah bantu Ibu ka tadi?" dia ulang tanya lagi. Abah pun cakap lah "kelmarin Dalila bantu, hari ni Abah pulak bantu". sedangkan yang sebenanya Abah sampai umah dah lepas waktu berbuka dah pun. Risau Ibu buat kerja sesorang ke sayang, moga sifat kerajinan ni akan kekak sampai Dalila dewasa ye sayang.





Sunday, August 14, 2011

@ Cara nak combine "daisypath" dalam satu column

Malam tadi, sempat saya melawat blog usang ni sekejap. Ternampak message dari missjiwang87 yang bertanyakan tentang bagaimana saya combine kan "daisypath" saya dalam satu kolum.

Begini caranya:

1. Setelah anda buat apa yang patut di webside http://daisypath.com/, dan dah dapatkan kod HTML nya, masuk Design > Page Element > > Add a gedget > HTML/Java script.

2.Anda akan nampak page seperti ini: betul tak?
untuk menbuatkan kombine kan daisypath dalam satu kolum, korang mesti kombinekan juga kod HTMLnya,  caranya; copy paste kan kod HTML daisypath korang di bahagian content, tapi korang mesti jarakkan (tekan enter je..sebelum nak paste lagi) dengan koding HTML ke-2 dan seterusnya. Contoh seperti koding saya ni:


dan hasilnya akan jadi begini:


3. Dah siap, jangan lupa save ye. Selamat mencuba..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...