nak join? klik banner ni yer

Wednesday, September 21, 2011

@ Nak Angry Bird Juga

Angry bird..macam satu musim kan game ni...tengok kat kedai2 gift mesti banyak nampak karektor Angry bird. Ada merah, kuning, biru..cute pulak tu. Dalila pun dah terikut2 dengan game ni, mula2 tu takat main ka handfon kami saja, lama-lama dia mintak nak main dalam PC kat rumah, dah nangis bagai-Abahnya pun install game ni dalam PC. Ada dua versi lagi, yang RIO dan yang biasa.

Tapi monitor desktop mana sama macam touch screen kat handfon kan.. mula2 tu memang kena mintak kami mainkan untuk dia, lama-lama dia dah pandai dah control mouse sendiri, pandai clik dan seret (tarik) dan lepas bird tu. Yey!

Masa raya aritu sempat kami ke Padang besar, punya lah ramai manusia kat sana, ingatkan raya ke3 tak ramai orang, rupa-rupanya sampai berlaga montot lah nak jalan2 :P. Tapi tak pe, dah lama tak jejak sini, sesak2 pun ku redah juga. Dalila dah excitet jerit2 dah bila ternampak patung2 angry bird nih banyak jual kat sana. Minta belikan beg angry bird, bila saya tanya nak warna apa, dia tunjuk yang "yellow". Saya pulak memang niat nak beli kasut yang pakai dalam rumah, tapi nak bawak pakai kat opis. Almaklumlah, opis saya sejuk ya amat, pakai stokin dan kasut gini memang selesa wat kerja.

kasut biru tu dah selamat kat opis saya, mula2 sehari dua saya kerja-dia cari lah jugak kasut angry bird. Dia kata "that is my shoe".."that is my shoe".

Masa kat dalam komplek Padang Besar tu, Abag terjumpa dengan kawan ex-mrsm berseri, sempat lah ambik gambar wat kenang.

Dalila lepas beli terus galas beg tu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
saje nak letak gambar ni, muka bintik2 kena nyamuk raya tahun ni
aik...nak jadi angry bird jugak ke? angry kat nyamuk lah tu.



7 comments:

kakngah said...

masa balik raya haritu, muka adief pun capuk cma dalila kene geget nyamuk..

mamaAliff @ salmi said...

aliff pun sama tgh syok dgn angry birds. tp main kt psp papa dia..kdg2 tu tak jadi time nk lastik tu hehe. tp barang2 blm ada yg beli lg hehe.

Ya ALya said...

suker la yer dalila dapat burung marah tu....

Ibu Ayra said...

patutla bergalas beg angry bird tu time beraya kat jitra aritu...beg baru rupanya...

Wansteddy Tales said...

kegilaan angry bird ni. dulu org opis akak ketagih luxor game. hari2 mengklik2 bebola berpusing tu,. skrg gelaja burung mengamuk pula gara2 akk copy file bg kat semua! hahha

Ujie said...

saya skrg ni pun tgh asyik main Angry Bird...jgn kata budak2..

MisS HoNeY said...

angry bird bestttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...