nak join? klik banner ni yer

Monday, September 26, 2011

@ My Dalila dah umur 3 tahun

23 Sept 2011 hari tu, Dalila dah genap umur 3 tahun. Tahun ni tak sempat nak buat/rangang apa-apa maljis pun, Ibu dan Abah tersangat2 buzy dengan kerja. Tapi kali ada ambik cuti on that day. Pagi tu bawak Dalila ke "bakal nursery/school" nya tahun dapan. Seperti yang di jangkakan, dia tak biasa dengan situasi school tu. Nangis, langsung tak mau turun dari dukungan Abah pun. Tambah pulak, dia masih mengantuk2 (walaupun kami kejut dia tidur jam 10.30pagi- kekonon nak kasi dia bangun lewat, so kat school nanti tak ngantuk laaa..)

Selepas bawak dia ke school, balik rumah dulu tunggu Abah habis solat Jumaat kat masjid. Lepas tu kami ke Batu Kawan, Abah nak pi bayar booking rumah ka area sana. Masa nak isi dan sain borang booking rumah tu, Abah boleh terlupa dan tertanya pulak tarikh hari tu, than baru teringat...birthday Dalila!! Pemaju yang jual rumah tu kata, "waa..dia dapat hadiah rumah on her bithday, hadiah besar nih" Hihihi.. sebenarnya, tak de rancang pun pasal tarikh tu, disebabkan risau rumah conner lot tu di ambil orang, so alang2 dah cuti- cepat2 lah datang untuk bayar booking.

Ingat nak celebrate lah malam tu, tup-tup dia dah ngantuk sangat2 dah. Balik rumah terus dia zzzZZZZ. So nak ambik kesempatan nak wish happy birthday kat sayang, kasi blog ni, sebagai kenangan bithday dia kali ke-3 ni.



HAPPY BIRTHDAY ARIFA DALILAH

Ibu teramat sayang Dalila, Ibu doakan anak ibu ini sentiasa sihat, dilindungi Allah dari segala mara bahaya. Ibu Syukur dan gembira kerana dapat anak seperti mu. Kamu lah racun dan kamu jugalah penawarnya, jadi  teman bergaduh dan bergurau senda Ibu setiap masa. Bahagia Ibu kerana diberi peluang dapat melihat kamu membesar di depan mata Ibu. Kamu lah penguat semangat Ibu sekarang. Jadilah anak yang solehah, anak yang mendengar segala perintah Allah. Andai sesuatu berlaku pada Ibu, Ibu harap kamu sentiasa tahu yang Ibu amat-amat sayang pada mu, kalau boleh nyawa dan badan Ibu sanggup Ibu gadaikan bagi melihat kamu sihat, selamat dan bahagia.
Happy birthday sayang, happy bithday kali ke-3. I LOVE YOU SO MUCH.



21 comments:

Nazz@Purple said...

Happy belated birthday buat dalilah..smoga dia akan terus membesar menjadi anak yg berjaya=).Insyallah..

Ya ALiya said...

happy bufday dalila,semoga jadi anak yg solehah...amin....

kakngah said...

happy birthday sweetie!
dah boleh jadi kakak dah... :P

Bukan Bidadari said...

waaa nak g school dah.... Rasa nak hantar Meen gak tahun depan tp rase mcm kecikk la pulak. hahaha

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Cantik la Dalila ni..hepy 3rd b'day buat Dalila :)

Unknown said...

hepi belated besday buat dalila.. muda 2 bulan dr Aliya.. :)

Ibu Ayra said...

Happy belated birthday arifa dalila...semoga menjadi anak kebanggaan ibu n abah...

ibu MZW @ farah idayu said...

happy belated besday dalila..semakin comellah dia..semoga bertambah bijak..cantik dan jadi kebanggaan keluarga ye syg ;)

p/s:kak min..dalila nmpak semakin berisi la..berapa berat dia skang? hehe..selera tinggi skang ye;)

e.l.i.z.@ said...

eiiii makin comellllllllllll...happy 3rd beday!

wah corner lot..i loikeeeeee

mamamuhammad said...

hppy birthday dalila..!!semoga berjaya dunia akhirat

wah...rumah baru gitu..rumah besar keluarga pun msti besar

ibu_Arifa said...

@ Nazz@Purple: Terima kasih Nazz. aminn :)

@ Ya Alya: Terima kasih Ya. Aminnn.

@ KakNgah: Terima kasih kak ngah. tgklah kalo ada rezeki kami.

ibu_Arifa said...

@ Ema: Hihihi..nak tak nak kena hantar juga, boleh dia belajar dgn teacher kat sana.

@ Intan@Mama Hadif&Hanif: Terima kasih mama Hadif&Hanif. Terima kasih juga sudi singgah sini :)

@ KakYong: terima kasih kak Yong. kim salam kat Aliya ya nanti :)

ibu_Arifa said...

@ Ibu Ayra: Terima kasih kak ros. amin..aminn..aminnn.

@ Farah Idayu: Terima kasih Farah. aminnnn. berisi? ada sikit kot, berat xsure, last month timbang 12kg je.

@ Eliza: Terima kasih Eli. alhamdulillah, ada lah space sikit untuk buat dalila main2 basikal nanti.

@ MamaMuhammad: Terima kasih. Aminn. insyaallah kalo ada rezeki, kami terima saja.

mak encik | SZ said...

selamat ulangtahun dalila comel!

A.H.A.D said...

dah besar anak dara ni...

happy belated bday dalila :)

Anonymous said...

happy belated birthday darling..
wah..mummy nya bz banget nak update entry baru :)

Unknown said...

happy birthday adik comel..
semoga menjadi manusia yg berguna kpd agama dan negara !

[leily.laily] said...

epi belated besday cumel.. =)

Unknown said...

hepi belated besday kat adek yg comel ni...

=)

tiefazatie said...

hepi besday dalila!
moga jd sorg anak yg solehah..

Cik tikah said...

comelnya anak mama! comel sgt.. besar dh dia :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...