Seperti yang selalu orang cakap, anak sulung ni banyak mengajar kita sesuatu pengalaman baru...terutamanya dari segi pe'el anak dan cabaran menjadi seorang ibu muda.
Hihihi..hari ni satu lagi benda baru yang saya belajar/dapat dari anak saya Dalila...dia dah pandai "tak nak kasi beg pack nya di tengok/dicheck oleh kami.
Agak terkejut juga saya dengan perangai Dalila yang baru masuk 3 tahun 2 bulan nih, tak sangka betul budak sebesar ni dah pandai nak berahsia-rahsia. Bila kami mintak nak tengok beg dia tu, boleh pulak dia bawa lari sambil seret beg (yang 2 kali lebih besar dari badan dia) masuk ke bilik nenek dia (my MIL). Siap halang2 kami tak bagi masuk ke bilik nenek dia tu. Apalah yang rahsia sangat tu yer???!!
Beg peck nya tu, selalu di gunakan untuk isi segala keperluannya di rumah pengasuh (baju, pempers dan mainan). Pagi kelmarin, dia ada mintak DVD Mickey Mouse, dan saya ada bagi dia bawa satu ke rumah pengasuhnya. Malam tadi pulak dia mintak yang lain, katanya yang Mickey Mouse tu hilang (alasan yang paling selalu dia beri..jika dia malas nak cari). So, bila saya nak cari dalam beg, boleh pulak dia "mengelak", tak mahu kasi saya tengok/cari dalam beg dia.
Tapi saya dapat mengagak, apakah "benda" yang dia rahsiakan dalam beg dia tuh..sebab sebelum tu dia ada cakap nak dia nak bawa gula-gula (lebihan gula-gula yang di isi dalam uncang masa majlis kenduri Acu tempoh hari) untuk kawan2nya di rumah pengasuh. Bila dah kena pujuk/slow talk dengan dia, dia serahkan sendiri beg tu kat saya sambil pesan "ibu jangan keluarkan coklat dalam beg tu tau!", "Dalila nak bawa pi rumah Tok Bee"
Dalila..Dalila dah pandai nak rahsia2 dari ibu yer sekarang..
11 comments:
ragam anak-anak ni bila dikenang bole buat kita senyum selalu kan? sweet dalila buat mcmtu.
cute kan....
cute sgt..
so sweet dalila ;)
Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama
dah besar anak dara..cun nyer
dah besar dalila..muka pun dah lain..
omelnyer....
dalila dah semakin cun...
ooo...dalila dah pandai berahsia yer.... hehehe... kecik2 dh pandai....
macam2 kan karenah anak.budak2 sekarang makin pintar.
*dalila makin comel, like her eyes :)
Dalila sangat comel! :D
From: Your Silent Reader :p
Dalila , such a sweet girl :)hugs and kisses...
Post a Comment