Alhamdulillah... pada 25hb (Sabtu) Sept yang lepas..kami telah mengadakan sedikit 'open house' yang bersemperna menyambut birthday Dalila. Ni 1st time kami buat majlis macam ni. Maaflah sekiranya ada kekurangan di mana2 yer kawan2 merangkap tetamu kami pada hari itu.
kek bentuk mickey mouse clubhouse
Majlis haritu mula jam 12tgh hari. Abah punya invitation start jam 12tgh hari - 6 petang..Abah invite kawan2nyer atas nama "housewarming". Saya pulak jemput kawan2 saya memang untuk birthday party Dalila. Memang kawan2 Abah yang datang akan cakap.."kenapa tak bagitau ada birthday girl hari ni"... mungkin ternampak hiasan di dinding rumah kami pada hari itu.wall deco birthday Dalila
hasil kerja saya dan suami malam sebelum majlis bermula
Birthday girl pulak haritu mood dia memang awal2 dah ke laut dah. Mungkin letih dan tak cukup tidur sejak kami buat peparation uantuk majlis tahlil 23hb aritu. Alahai Dalila..memerap dan tak de mood langsung jadinya on her birthday party. Padahal sebelum2 ni, siap nanyi2 lagi bila cakap pasal birthday party dia.. dia buat gaya nak "tiup lilin" lagi. memang dia excitet sangat. Tak pe..next time, Ibu tak kan buat double majlis macam ni lagi yer sayang.
Antara rakan bloggers yang terawal yang hadir adalah Aten dan Ifa.
bergambar bersama Ifa, Azim dan Aten
hawa yang comel tengah minum dengan Azim
Saya juga berbesar hati kerana dapat berjumpa dengan kak Zura, Dayah, Kak Rozy dan Kak Sara serta Miera. Terima kasih semua.. dapat juga kita bersua di alam nyata ni kan.. thanks for coming!!
Antara gambar yang sempat saya snap petang tu... tak sempat nak snap banyak..nak kena tolong tapaw/bungkus makanan untuk para tetamu pulak...sebagai buah tangan...mujur Miera sudi menolong saya petang tu didapur..Thanks ya Miera!!
sempat pose jap dengan kak Zura
Dayah sekeluarga...baby Mursyid baik jer baring time ibunya makan
Kak Rozy sekeluarga...baby Husna tgh tidur
Kak Sara sedang sembang2 dengan Dayah dan Kak Rozy
Selain kenalan di alam maya... Mija dan Sheela juga datang mereka ini kawan2 saya semasa time study di matrik sampai di USM dulu2. Seronok dapat berborak lama dengan mereka berdua ni... masing2 dah ada seorang anak dah skrg. Oleh kerana mereka datang agak lewat hari tu..saya "tahan" mereka di rumah saya sampai jam 8.30mlm..maaf yer korang :)
Dah sekian lama kami tak bergambar bersama macam ni..
Alhamdulillah.. berjaya juga buat simple birthday party untuk Dalila. Cuma sayang dia xde mood jer haritu. Harap semua tetamu enjoy semua makanan hari tu. Maaf jika tak sempat nak berbual panjang...terutamanya kepada kenalan bloggers saya. TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR ke majlis kami ni. Kami mohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa majlis berlangsung. Harap lain kali dapatlah kita berjumpa lagi ye.
37 comments:
Birthday girl walau x de mood..dia tetap ayu... :) hepi besday dalila
Happy birthday 2nd dalila..maaf kami xdpt mai.jauh..:)
comel kek dia.aufa pun mnt si tikus tu.hehe.
wah bestnye!
kalau aqid dtg, mesti dia nak makan telinga mickey tu.
cantik kek busday girl
ala,mana pic beday girl..dalila tak pandang kamera la..hihii..
cantik kek dalila..hiasan pun ok..pandai gak ko berhias..cantik la..hantar la kek tu kat sini..huhuu
wei,asal aku nampak ko berisi skit dalam pic ni..hihi..berisi ada makna ke..(jgn mare ye..)
ala tolong bungkus mkanan ja. =)sama2 kak min..nnt leh jumpa lg ler...hi.hiii.
kak min,sorry yer tak dapat hadir last2 minit.. hubby balik kerja lambat,dah balik kerja cepat2 nak balik kg plak..ada hal sikit... sorry yer
Happy birthday Dalila.. Semoga menjadi anak yang solehah.. Cantik sangat kek tu..
terima kasih min kerna menjemput....dpt jua kita bposing kan...hikss....
mano gamba b'day girl...
Ala..besnya dapat jupe kawan lame..kalau dekat konpem saya menjoinkan diri gak..:)
cantiknyer kek..
appy besday dalila...semoga panjang umur n murah rezeki....seronokkan dapat jumpa rakan blogger kat alam nyata...
uiks mija pn ade..nape dalila mcm pelik je tgk mija..ekkekekee:p jauh bebeno kalu idak bole daku terjah:p
pewitt..zura pn ade..hehe..bstnye la tgk kek tu..cantek
Terima kasih tn umah atas invitation, sowi ek dalilla ammi sata tak sempat buy present for u..anyway, we had a lovely time ;)
tak banyak pun gambar arifa ni??? yg ader satu tu pun tak pandang kamera...
btw memang nampak meriah...kek pun cantik!!!
hepi 2nd besday dalila... aunty tak dpt pegi aritu, kalau buat kat rumah tok belah ibu mungkin aunty ngan kak ayra bleh pi...
cantiknyer kek...
Maaf banyak2 Min. tak ada rezeki nak berjumpa. Memang dah plan baik dah nak p sbb kebetulan ada follow up check up kat Penang. Tapi itulah, kita sekadar merancang. Adlin kena admit hosp. Muntah, cirit birit, demam. Semalam (Rabu)br discaj.huhu..
Takpelah. Harap nnti adalah rezeki nk berjumpa.
tkasih sbb sudi jemput..seronok jumpa kawan2 dan dalila yg cute itu......
jelesnye.... maaf sgt2 kak min xdpt pergi hr tu... shira mmg x ke mana2, ckp ngn hubby nk gi la umah kak min. dia ok... pastu kbetulan plumber nk dtg repair paip kt umah baru. janji pagi, sudahnya petang baru dia dtg... tensi betul... hr tu kitorg dok umah je la....
hepy belated besday utk Arifa yer...sowi akak dh lupa majlis nie..kalau idak dpt pegi..
Selamat hari lahir dalila.. Sorry tak dapat pegi sbb kami di KL..
p/s: Tahniah utk ibu arifa, sbb berjaya fully bf sampai dalila 2 tahun!! So, dah stop ke bf ni?
TO EMA: Terima kasih Ema..ayu?? mcm nak kena piat telinga jer birthday girl aritu..buat peel tgh ada majlis mcm tu.
TO UMMI SALSABILA: Terima kasih US.. kek tu tempah khas sebab skrg ni dia tgh mood suka dgn kartoon tu...saya follow jer.
TO SYIDA: hihihi...telinga mickey tu dah kami sedekahkan kat jiran umah sebelah (utk telinga kanan) kat sedara yg dtg memalam (utk telinga kiri)..hihi..patung2 mickey mouse kat kek tu yg mmg jd perhatian budak2 time majlis..terutamanya dalila lah.
TO MAMA TISYA: Terima kasih mama tisya.
TO UMMI EISYA: mmg tak de satu pun dalam simpanan aku, gambar dalila yg pandang kemera time birthday party tu, dia nak ambik kamera aku lagi adalah..dah siap jatuh terburai dah (batri terkeluar) dah aritu. so tunggu gambar dari kameraman lain jer lah. (tak pun ko tgk kat blog kak zura)
kek tu aku tempah RM60 jer.sedap pulak tu.tak sempat nak simpan utk pos kat ko lah..mlm tu jugak habis org potong bawak balik.
aku nampak berisi ker?hihihi..muka aku mmg bulat pun sejak dulu..badan tu mungkin sbb lepas raya lah nih..aku pulak suka sapu kuih raya MIL aku..kih..kih..kih kang tak habis pulak (alasan)
TO MIERA: Insyaallah Miera..kalo ada apa2 plan kat sana nnt..kak min call ok..ajak 2-3 lagi kenalan blogger kita yg lain.
TO ZIE FAUZI: Tak pelah..kak min dapat sms Zie aritu..cuma buzy dan hp tak leh nak replay sms jer..sbb tu kmin tak balas.
TO SHAZA: Terima kasih Shaza. Suka kan tgk kek tu..nak makan pun sayang tau aritu..hihihi
TO ZURA: sama2 kak zura. nasib baik kak zura ambik no.fon dari Mija..mmg 1-2 hari sblm majlis Min tak online FB. yer! ada jugak pic kenangan jumpa kak zura..kat penang tak pernah selisih pun kan.
TO IBU BATRISYA: tulah birtdah girl bad mood..sampai saya sendiri xde pic dia..serius! nanti saya try minta pic dalila dari kawan2 yang datang.
TO CIK YAH: hihihi..jeles ker cik yah..datang lah penang..leh kita aturkan perjumpaan..dulu Aini(Brutal) datang..kami siap kuar mkn2 lagi dgn Sheela.
TO FIRAHADIFA: Terima kasih.. nanti saya bgtau kat tukang buat kek nih..sure dia suka punya :)
TO ZAIDAH: Terima kasih kak Zai. seronok kak..lebih2 lagi kalau dah kenal blog dia tu dah lama..mmg banyaklah yang nak sembang..hihihi
TO SUZIEY: Mija ada Zura pun ada.. hihi..dalila tgk Mija mcm tu sebab suka tgk Mija smile kot..
TO AMMI SARA: sama2 kak sara. tak pelah..asal kak sara sudi datang pun kami dah suka dah..
TO IBUDAMIA: mmg satu xde satu pun gambar dalila yg tengok kamera dalam simpanan saya..nanti saya try minta kat kameraman lain..nak jugak letak pic birthday girl.
TO IBU AYRA: hihi..kalo buat kat umah tok nanti..leh jumpa dgn Ayra pulak yer.. best2.
TO AZIE: Terima kasih..nanti kita jumpa kat sini..kak min tempah kek dari tukang kek ni yer..leh mkn ramai2
TO SUHANA: Tak pe lah kak..sedih jgk baca sms kak Ana aritu..ttg Adlin mcm tu..harap dia dah betul2 sembuh yer..maaf min tak reply sms haritu..teramat buzy dan hp rosak susah nak sms.
TO DAYAH: Maaf lah..kalo tak sempat nak sembang lama dengan Dayah aritu..tapi tgk Dayah dah makan dan sembang2 dengan bloggers yang lain tu..dah lega dah..1st time majlis..tuan rumah kelam kabut ler sikit.
TO ASHANAS: OOO..kami tunggu2 jgk shira satu family nak datang..tp tak muncul2 pun..lagipun dah petang hujan pulak..dok rase sbb hujan lah Shira tak jadi singgah umah aritu. Tak pelah..ada rezeki nnt kita jumpa yer..
TO GIEYANA: Amboi..sampai hati lupa kat majlis kami..sob..sob..patutlah akak tak dtg aritu..ingatkan nak suruh jd kameramen jap.
TO KAKLONG NUZULA: Terima kaish kaklong. Saya still full BF lagi..tak reti nak stop mcm mana..kesian pun ada bila dia datang selak2 baju..cakap nak "anen"..lagi pun 2-3 minggu ni dia tak lalu mkn nasi..kesian pulak nak stop BF lagi. bila selera dia dah ok..baru nak stop kot.
tq kak min jemput ifa.sedap la nasi merah tuh.smpai skrg terasa sedapnya.kek pun sedap gak.thn depan jemput lg na....hehehehe
bestnya..
happy bday girl!!
comelnye kek dalila..nmpk pun sedap
alhamdulillah dah selesai majlis doa selamat + bday dalila ye...
tahun depan blh potong kek ngan "adik" plak ye..hehehe
thx min jemput akak..best jumpa kawan2 kat situ..
Belated besday sweetheart...
Kek tu RM60 jek? murah,...cantik
1hb baru jek sambut besday najlaa, nak order kek mikimos tp kat sini mikimos cam x ori la bentuknya...so order kek yg ade muke sndiri hehhee
http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/2010/10/birthday-najlaa.html
Post a Comment