nak join? klik banner ni yer

Tuesday, September 28, 2010

@ Majlis Doa Selamat dan Tahlil (23 Sept)

Salam semua..

Terasa begitu lama benar tak update blog ni. Melihat pada bilangan entry untuk bulan ni (Sept) pun, tak sampai 10 entry... maaflah ..tuan tanah teramatlah buzy..malahan double dan triple buzy..sejak nak sambut aidil fitri aritu..10 Sept 2010.

Terima kasih juga kepada kawan2 yang sudi mengucapkan/wish happy birthday untuk Arifa Dalila pada 23 Sept yang lalu. Sayangnya kami berada di rumah di Bertam masa tu..tak dapat nak online sebab saya ni pelanggan strymix..so tak dapat nak reply mahupun nak buat entry khas untuk birthday girl haritu.

 Tapi pada malam hari tersebut..Khamis malam jumaat (23 Sept)...kami dah mengadakan majlis Doa Selamat dan Tahlil.. disekalikan kenduri masuk rumah baru di Bertam tu. Kami jemput jemaah di surau berhampiran untuk datang bacakan Tahlil dan Doa Selamat. Majlis bermula selepas solat Isyak. Malam tu, kami telah menempah makanan dari mak Miera.. sedap betul masakan mak dia malam tu.. Alhamdulillah..dah selesai sudah satu majlis pada 23hb tu walaupun dalam keadaan hujan yang lebat.

Nak tengok gambar pada 23hb tu?? Tak banyak yang saya snap..almaklumlah, kenduri di rumah sendiri, cik suami pulak tak de (dia ke surau berjemaah sekali menjemput jemaah surau) lepas solat isyak baru balik. Segan pulak nak snap gambar orang sedang baca tahlil..sebab salah seorang dari tetamu/jemaah yang hadir tu adalah my lecturer kat School Physics kat USM dulu... Dr.Roslan.. memang terkejut beruk  terjumpa dia malam tu..kat rumah aii pulak tu :)

so ni jelah pic sebelum majlis malam tu..

ruang tamu...dah siap untuk majlis

pakai Abaya malam tu.. gambar syok sendiri (ambik sendiri)



p/s: Kami still tinggal "dalam pulau" lagi..tak pindah ke Bertam lagi. Sebab jauh dari tempat kerja Abah. Kenduri dibuat agar diberkati rumah yang kami beli itu disamping ingin berkenal-kenalan dengan jiran2 setaman. Rumah di Bertam tu, adik Abah (a.k.a Acu) yang akan duduk..sebab dekat dengan tempat kerjanya.



photobucket

13 comments:

♥Cik Puan♥ said...

ooo akak still duduk umah lama la yer...kalau kat bertam dekat sikit leh kita jumpa kalau azie balik kg,

A.H.A.D said...

congrats dh umh baru :)
tringat masa kak gee keje kt bertam dlu dkt pgr hehe

& hepi belated bday dalila syg..sory aunty xdpt dtg..jauh noo hehe

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

tahniah masuk umah baru..

Syida said...

alhamdulillah everything goes well.....

Zaidah said...

ciannyer dia....kenapa tinggal kat dalam pulau lagi....bila nak pindah rumah baru tu....

p/s happy besday dalila...semoga panjang umur n dimurahkan rezeki

Unknown said...

happy birthday to arifa...semoga menjadi anak yg solehah dan mendengar kata..

alhamdulillah....selesai sudah majlis yer...semoga majlis tersebut dapat membawa keberkatan dan kegembiraan kepada ibu arifa sekeluarga...

Pija Madzlan said...

Alhamdulillah, sudah ada rumah sendiri maka lapanglah sikit dada kan dengan aset yang ada :)

maya amir said...

abaya tu ape ek? wahh bestnye bile masuk rumah sendiri kan?:)

YatieJay said...

Aiseh....terlepas nak wish utk Dalila on 23-Sep. Syukurlah majlis berjalan lancar.

Nway "Semoga Dalila membesar anak yg bijak, solehah dan baik"

p/s : akak sukalah kipas Min tu....mcm jakun lak tengok kipas mcm tu...hehee...

10 said...

mana baju abaya? tu nmpk tudung saja...

mak encik | SZ said...

mana besday girl nya? menyorok ye...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

tahniah gk masuk umah br ye min...lupa nk wish plak...hehe...

rynas said...

selamat sudah...bila nak masuk umah baru?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...