nak join? klik banner ni yer

Tuesday, February 22, 2011

@ Bila Dalila ikut ke surau

Ni cerita hari Isnin 14hb Feb pulak..esoknyer tu cuti hari Maulidul Rasul.
Abah ajak saya dan Dalila ke Masjid Bayan Baru untuk solat jemaah Magrib dan Isyak. On the way, Abah tiba2 tukar plan ke surau area Sg.Nibung pulak..katanya kita solat kat surau sana hari ni..lepas solat ada ceramah/majlis agama.

Risau juga Dalila lapar or bising kat sana...sebab tak pernah lagi kami stay lama kat dalam masjid/surau..dari Magrib sampai Isya'.. selalunya singgah sembahyang sekejap2 saja. Kali ni, nak sekali dengan dengar ceramah pulak. Jadi, saya bekalkan sedikit air dan biskut serta 1-2 mainan kecil (spongebob dan patrik- beli kat KFC) dalam beg.


Masa solat Magrib..alhamdulillah..Dalila baik jer solat kat sebalah saya.. still dalam saf sampai habis. Cara dan gaya solat tu tak payah ceritalah..macam2 gaya!. Lepas solat magrib..makin ramai muslimah memenuhi ruang solat wanita..ada tua..ada muda ada juga kanak2. So, Dalila suka lah gi salam2 semua tu..hihihi..

Masa ceramah tengah mula...dia nampak dah start nak main dah..dah mula lari2 keliling saya dah..saya pun keluarkan mainan kecil dia tu..dah bagi dia makan dan minum sikit. Mujur dia tak merengek nak menyusu kat situ.. tahu malu kot..ramai org..hihihi..

Masa dah masuk solat Isya'.. kejap jer dia dalam saf sebelah saya..pastu dia berjalan ke depan dan mulalah kira"one..two..three.." sampai ten kat jemaah wanita yang tengah sembahyang tu (memang ada 10 orang jemaah pun). Kira dari saya sampai hujung- siap tunjuk guna tangan dia (yang dalam telekung) lagi.. huhuhu..
 Kat rumah dia dah tak ganggu2 ibu dan abah solat..mungkin sebab tadi tengok saf panjang dan ramai sangat kot..sebab tu dia "kira" tu. Dah habis solat saya pesan kat dia..lain kali tak mau ganggu orang solat yer... dok diam2 sebelah ibu jer.. tak boleh kire2 macam tadi tu...


Moga next time Dalila akan lebih "good girl" kalo ikut Abah dan Ibu solat kat maslid/surau yer sayang..nanti kita boleh solat sama-sama ramai-ramai :)


20 comments:

Huda said...

hehehe..if husna pulak, dia mmg akan diam aje, tp ade pulak budak lain yg kaco pastu dia nangis :)

AshAnas said...

first time kami bawak anas ke masjid ms solat raya puasa. ms tu dia behave je. then bwk lg ms gi solat raya haji... ms ni die asyik ajak balik je, hehe...

Zur@ZaRi said...

mmg baguih la dedahkan anak awal2 ke surau nie.. comey dalila nie=))

Jom Join: "Posing With Ur Love One - Giveaway"

Rugi tak beli?: "Tikar Getah Kanak-Kanak"

=sz= said...

bestnya dalila dah p solat berjemaah kat masjid ye...

DaK CoMoT said...

hehee comel jee...=)

Yastro said...

Insyaallah...sok2 okey la tu...bebudak katakan...

Intan said...

Bagus ajak anak2 ke surau kan Min. Insya'Allah nanti one day dia akan faham juga coz she is still young :)

Gud girl dalila!

Hayati Hamzah said...

comel nye n sejuk hati tengok budak2 pegi surau :)

ibu_Arifa said...

@ Huda: huhu..org dok kacau husna yer..kesian..dah baik2 dok diam..dah jd menangis dah.

@ AshAnas: hihihi..kenapa lah dia ajak balik?tak suka org ramai2 gitu kot..

Izan Ishak said...

agaknya dalila seronok sbb ramai org kan. kalau kat umah abah ngan ibu je. siap kita one to ten pulak tu. comellll!

::nuRuLaDHar:: said...

sweet nye... =)

SyidaGorjes said...

hmmmm.....masih blom berani nak bawak Aqid ke surau...

AnneRaini said...

sweetnye dalila..

:: Zanna :: said...

lain kali jgn ganggu lagi yer dalila.. eheh~~

ibu_Arifa said...

@ Zur@ZaRi: terima kasih..sbb tu la saje nak try bawak ke surau sekali sekala.

@ =sz=: hihi..solat la sekejap kak..pastu main2 kacau org jap.

ibu_Arifa said...

@ DaK CoMoT: terima kasih..

@ Yastro: tu lah..masih kecik lagi..semoga jadi anak yg solehah lah nnt.

ibu_Arifa said...

@ Intan: mudah mudahan k'intan...nak bg pendedahan awal ttg agama buat anak2.

@ Hayati Hamzah: terima kasih. lagi2 kalo tgk yg sama2 ikut sembahyang tu kan...mmg cute sgt2.

ibu_Arifa said...

@ Izan Ishak: hihihi..tu lah agaknyer.. ramai org sampai dia suka kira org kat sana..

@ ::nuRuLaDHar:: : terima kasih sis :)

ibu_Arifa said...

@ Syida Gorjes: hihihi...ok tu aqid tu...dia budak baik :)

@ AnneRaini: terima kasih kak :)

ibu_Arifa said...

@ :: Zanna :: :hihihi..okey aunty...lain kali dalila "good girl" jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...