nak join? klik banner ni yer

Monday, February 28, 2011

@ Cuaca Panas dan Mandi Buih

Panas kan sekarang ni? Tidur malam2 pun kalo tak buka "full" meter kipas tu..sure berpeluh2 tidur. Siang pun dah jarang hujan. Masa2 macam ni..seronok kalo dapat makan cendol atau ABC ..huhuii..best! Batuk..cepatlah ko berambus dari sini.. dah "rindu" nak minum yang sejuk dingin nih..
 *
 *
 *
Ini aktiviti hari Ahad Dalila, Hahaha..Ibu baik hatikan, panas-panas "buka" kolam dalam rumah.. makin syok lah dia berendam.. sampat kecut jari-jari kaki dan tangan. hihihi.. mandi buih lah katakan.

 sampai habis satu botol sabun tu dia picit...


 tengah cari "yellow duck" yang selalu tenggelam



p/s: Mujur beli kolam saiz kecik jer aritu..kalo besar mau Ibu nak join jugak! huhuhu

Friday, February 25, 2011

@ Sepatah Dua kata Dari Dalila

"Selamat berhujung minggu semua kawan2 Ibu!!!"

Assalamualikum ..

Saya Arifa Dalila, nak bagitau yang Ibu  saya tak berapa sihat... dok batuk2 sejak 3-4 hari ni.. dia cakap dia tak berapa ada "mood" dan terkena penyakit "M" untuk update blog dia ni... huhuhu... kesian kat Ibu saya..

semoga cepat sembuh yer Ibu..muahhh!!



coretan anakmu,
Arifa Dalila



Tuesday, February 22, 2011

@ Bila Dalila ikut ke surau

Ni cerita hari Isnin 14hb Feb pulak..esoknyer tu cuti hari Maulidul Rasul.
Abah ajak saya dan Dalila ke Masjid Bayan Baru untuk solat jemaah Magrib dan Isyak. On the way, Abah tiba2 tukar plan ke surau area Sg.Nibung pulak..katanya kita solat kat surau sana hari ni..lepas solat ada ceramah/majlis agama.

Risau juga Dalila lapar or bising kat sana...sebab tak pernah lagi kami stay lama kat dalam masjid/surau..dari Magrib sampai Isya'.. selalunya singgah sembahyang sekejap2 saja. Kali ni, nak sekali dengan dengar ceramah pulak. Jadi, saya bekalkan sedikit air dan biskut serta 1-2 mainan kecil (spongebob dan patrik- beli kat KFC) dalam beg.


Masa solat Magrib..alhamdulillah..Dalila baik jer solat kat sebalah saya.. still dalam saf sampai habis. Cara dan gaya solat tu tak payah ceritalah..macam2 gaya!. Lepas solat magrib..makin ramai muslimah memenuhi ruang solat wanita..ada tua..ada muda ada juga kanak2. So, Dalila suka lah gi salam2 semua tu..hihihi..

Masa ceramah tengah mula...dia nampak dah start nak main dah..dah mula lari2 keliling saya dah..saya pun keluarkan mainan kecil dia tu..dah bagi dia makan dan minum sikit. Mujur dia tak merengek nak menyusu kat situ.. tahu malu kot..ramai org..hihihi..

Masa dah masuk solat Isya'.. kejap jer dia dalam saf sebelah saya..pastu dia berjalan ke depan dan mulalah kira"one..two..three.." sampai ten kat jemaah wanita yang tengah sembahyang tu (memang ada 10 orang jemaah pun). Kira dari saya sampai hujung- siap tunjuk guna tangan dia (yang dalam telekung) lagi.. huhuhu..
 Kat rumah dia dah tak ganggu2 ibu dan abah solat..mungkin sebab tadi tengok saf panjang dan ramai sangat kot..sebab tu dia "kira" tu. Dah habis solat saya pesan kat dia..lain kali tak mau ganggu orang solat yer... dok diam2 sebelah ibu jer.. tak boleh kire2 macam tadi tu...


Moga next time Dalila akan lebih "good girl" kalo ikut Abah dan Ibu solat kat maslid/surau yer sayang..nanti kita boleh solat sama-sama ramai-ramai :)


@ Bawa Dalila Tengok Wayang

12hb Feb haritu...kami tiba-tiba tergerak nak bawak Dalila tengok wayang kat Queensbay Mall. Tak survey pun apa wayang yang sesuai untuk Dalila, Abah cakap "kalo tak de wayang kita jalan2 sajalah kat sana".. Sampai sana tengok ada cerita Yogi Bear pula...rezeki Dalila lah haritu..tapi sayangnyer citer tu "3D" pulak sure kena pakai "spek 3D" tu barulah clear gambarnyer..Tak pelah...saje nak try bawa Dalila tengok "TV besar" macam tu sekali sekala..hihihi..

gambar masa tengah beratur nak beli pop corn..

buat "peace" gaya Dalila

lagi sekali pun tak jadi jgak "peace" dia tu :)

1st time bagi Dalila masuk tengok wayang. Mula-mula  tu je dia mahulah pakai spek 3D tu (size orang dewasa).. sambil tengok wayang ..sambil makan pop corn.. tapi lama2 tak selesa..dia tak mau pakai. Mujur sampai habis wayang juga Dalila mau stay kat dalam panggung tu. Hihihi..risau dia bising nak ajak keluar jer..hihihi..kan gelap kat situ.

sempat lagi nak pose masa masa nak kuar wayang

yogi bear- 1st wayang Dalila


sumber gambar iPhone4 Abah

Friday, February 18, 2011

@ Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia


Siapa pernah dengar tentang Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia atau Children's Wish Society of Malaysia? Saya sejujurnya tak pernah tahu pun kewujudan persatuan ini. Rasanya ia kurang mendapat publisiti di media massa tidak seperti persatuan2 atau badan2 NGO yang lain.

Saya sendiri baru sedar adanya persatuan ini bila saya sedang menantikan Abah dan Dalila oder makanan di KFC di Giant Bayan Baru. Secara tidak sedar saya terpandang seorang ayah sedang membantu anaknya membeli gula-gula di vending mesin di tepi restoran KFC tu. Tergerak pula hati nak pergi tengok vending machine tu selepas mereka dua beranak tu beredar. Disitu lah saya terbaca tentang Children's Wish Society  (CWS) ni.. sebahagian dari kutipan penjualan gula-gula itu akan didermakan ke CWS ..ada gambar seorang budak  lelaki yang impiannya tercapai untuk bertemu pasukan bola sepak MU.
 beli sambil menderma (contoh gambar saya pinjam Google)



Sekiranya korang pun berminat nak tahu lagi pasal CWS ni boleh klik sini yer..
 dan di 

kat sana ada banyak cerita-cerita gembira yang mana beberapa orang kanak-kanak yang menderita penyakit telah tercapai impian mereka, hasil usaha dari CWS ni. Semoga senyuman kegembiraan itu dapat mengurangkan  sedikit sebanyak penderitaan penyakit yang dialami oleh tubuh kecil itu.. insyaALLAH..


Friday, February 11, 2011

@ Bergambar Dalam Perpustakaan Bergerak

Ini kali ke-2 saya dan Dalila naik/masuk library bergerak ni. Nak pulangkan buku-buku yang di pinjam 2 minggu lepas sambil tengok2 buku-buku baru yang berkenanan untuk di pinjam lagi. Kali ni saya bawa 'mykid' Dalila untuk mendaftarkan Dalila sebagai ahli perpustakaan. Semoga Dalila rajin dan suka membaca buku yer sayang..

cantikkan perpustakaan ni..bas baru ni :)

Kali ni saya sempat ambil gambar Dalila dalam bas "perpustakaan bergerak".. Dalila siap pose kat rak buku lagi..hihihi..

Jom layan gambar dia kejap..
malu2 sebab kerana kerani kat dalam tu suruh di "senyummmm..."

dah pandai bergambar dah sekarang

tengah memilih buku-buku di rak..

So, hari tu saya tak pinjam pun buku untuk saya..tapi saya ada "request" buku untuk dibawa lagi 2 minggu. Dalila pulak nak pinjam buku2 ni..tapi kat depan kerani tu Dalila cakap.."bayar dulu..bayar dulu.." bila letak buku kat kaunter..hihihi..(asal kaunter jer..bayar!.. tak semua kaunter tu "kena bayar tau sayang)
buku yang Dalila nak pinjam.. suka betul dia baca



Thursday, February 10, 2011

@ Nak kurang kan Berat sikit

Morning semua..saya dalam proses nak kurangkan berat blog saya ni.. huhuhu.. berat hatinya nak "remove" sesuatu dari blog ni... semua saya sayang!!!

tak pe lah..demi memastikan kawan2 semua dapat masuk ke blog saya dengan selesa..dan loading pun lebih cepat... saya pejam kan jer sebelah mata nih.. huhuhu..

antara yang dah saya remove:
  • widget twitter
  • 1-2 benda kat sidebar blog saya
  • gambar saya dan dalila kat footer blog.
  • widget jam/kalender

so sekarang ni BERAT BLOG SAYA: 215.25kb
target dapat 150kb pun dah okey dah..



tengoklah nanti... berapa berat blog saya selepas terpaksa "diet"


==============================================================
paling ideal berat blog adalah tidak lebih 100kb. sob...sob..separuh lagi tuh nak cecah angka tu...
Nak check BERAT BLOG korang.. Klik SINI yer..


kalau nak baca tentang BERAT BLOG ni..korang boleh ke blog ni yer: http://khairulhisyambox.blogspot.com


Wednesday, February 9, 2011

@ Telur Ikan Jerung

Saya baru tahu saja telur ikan jerung gini bentuknya.. tertengok kat dokumentari TV1 minggu lepas.. terus buat research sikit pasal telur ikan ni. Unikkan tengok telur ikan jerung ni.. kulit cengkerangnya berpintal2 macam mata gerudi.
hanyut di tepi pantai

saiz telur

baby ikan jerung yang baru nak "menetas"

Tidak semua jerung meiliki telur seperti ini yer kawan-kawan. Jerung yang memiliki telur sebegini adalah "Port Jackson Shark". Lagi satu fakta yang menarik tentang "Port Jackson Shark" adalah, ia membawa telurnya menggunakan mulutnya dan meninggalkan di suatu tempat yang tersembunyi (dicelah2 batu-dasar laut) bagi mengelakkan telurnya itu di makan oleh haiwan2..atau jerung2 pemangsa yang lain.

Telur atau cengkerang yang dah kosong akan di hanyutkan ke tepi pandai dan ianya lebih dikenali sebagai "mermaid's purses" atau "devil's purses". Hihihi...pelikkan..

Jenis-jenis jerung yang lain yang juga bertelur  adalah "Horn Shark" dan "Swell Shark" dan "Cat Shark"


telur swell shark


Ada juga sesetengah jerung yang membawa telurnya dengan cara begini: embrio tergantung di luar badan jerung betina. Jerung "Blue Shark" dan "Hammerhead Shark" membekalkan makanan kepada embrionya melalui placenta yang bersambung dengan badan si ibu.
Blue Shark bersama telurnya

Selebihnya..kebanyakkan jerung2 spesis lain (selain daripada 2 cara yang disebutkan diatas) akan mengeramkan telur-telurnyanya di dalam badan (tanpa placenta). Dan mana-mana anak yang menetas terlebih dahulu akan memakan telur yang masih belum menetas lagi...senang nak cakap dia akan makan adik beradik dia yang lain lah untuk hidup.

So, kalo korang terjumpa cengkerang pintal-pintal macam mata gerudi... kat tepi pantai..jangan pulak korang ingat objek dari makhluk asing pulak yer..itu jerung yang punyaaaa.. bukan man belon yang punya!!!! hihihi


photobucket

Tuesday, February 8, 2011

@ Makan Besar di Restoran China-Muslim

Pada 3hb Feb aritu..cuti CNY..kami pun ambik kesempatan nak gi makan besar kat restoran Chinese-Muslim restoran kat kawasan kedai2 area D' Piazza.. Bayan Baru. Ni baru 1st time makan kat restoran ni...Abah nak try makan kat sini sebab kawan2 opisnya cakap SEDAP. So hari tu kami bertiga ajak my MIL dan adik Abah yang paling bongsu, Asyraf makan sekali kat situ.

banner besar CMR (chinese muslim restoran)

pintu masuk restoran

Masuk restoran, ada 2-3 family Chinese tengah makan besar kat situ..teruja bila tengok mereka oder kambing..cantik jer isi kambing tu kat dalam pinggang hidang tu. Hihihi. Family Melayu pun ada jugak tau..ingatkan kami jer time2 CNY ni..
Boss tengah pilih makanan (saya pengaruh suruh ambik kambing-berjaya!)

Dalila pun sibuk juga nak pilih menu

Sebab 1st time kami datang makan kat sini...saje lah nak try makanan istimewa ataupun  makanan yang paling ramai orang oder kat restoran tu..so kena lah minta pendapat pelayan restoran tu. Banyak yang dia cadangkan tapi antaranya yang kami oder..
kambing saiz kecik..saiz besar risau tak habis pulak makan


ikan kukus

sup ayam berherba

terung (nama menu ni saya terlupa)

sotong goreng tepung

Makan kat situ sambil2 di layani oleh tauke empunya restoran. Barulah kami tahu yang resoran tu dimiliki oleh 2 orang rakan kongsi...sorang berbangsa Melayu, dan sorang lagi berbangsa Cina. Kedua2 mereka datang berbual2 di meja kami. Macam2 mereka cerita..terutamanya dari segi nak dapatkan logo "halal" dari Jakim...tukang masaknya diimport khas dari Xinjiang, China yang juga beragama Islam.
sebelum nak keluar restoran..sempat bergambar dengan taukey2 restoran

Waktu perniagaan CMR buat masa ni adalah untuk makan lucnh dan dinner saja... so kalau korang nak datang kena plan ngam2 yer..karang makan tergesa-gesa pulak..kedai dah nak tutup.


So, review saya bagi restoran ni...perghhh..sedap..pasti akan datang makan lagi..next plan nak oder itik goreng pulak. Lama dah tak makan itik.

Kalau korang nak datang makan kat sini..cari D' Piazza. restorannya mengadap jalan ke arah PISA.
jalan depan restoran tu, ada signbord ni (kiri-bukit gedung, kanan-PISA)



Sunday, February 6, 2011

@ Jom Check *#06# kat Handphone


Terbaca entry menarik ni kat blog http://nyonyasabah.blogspot.com/
macam menarik jer nak cuba try test..hihi

langkah2nya:
  1. Ambil handfon anda, lepas tu tekan *#06#
  2. Lepas tu akan terpapar nombor siri 15 digit kan.
  3. Perhatikan angka ke-7 dan ke-8 pada nombor siri itu.
  4. contohnya: x x x x x x ? ? x x x x x x x
  5. sekiranya bernombor 02 atau 20: telefon anda di buat di UAE (Emirates), kualiti: sangat tidak baik
  6. sekiranya bernombor 08 atau 80: telefon anda di buat di German, kualiti: sederhana baik
  7. sekiranya bernombor 01 atau 10: telefon anda di buat di Finland, kualiti: baik
  8. sekiranya bernombor 00: telefon anda dikilangkan di tempat asal jenama tersebut, kualiti: SANGAT BAIK
  9. sekiranya bernombor 13: telefon anda diperbuat di Azerbaijan, kualiti; sangat tidak baik dan memudaratkan kesihatan.
1st time tau benda macam ni.. saya dah check kat handfon saya....alhamdulillah 01.


lagi satu perkara yang dulunya pernah tersebar melalui email tentang *#06# ni adalah...

sekiranya handfon kita hilang atau dicuri orang.. pihak telco (syarikat pembekal perkhidmatan GSM and seperti 012,019,013, 017, 016) dan berikan nombor siri handfon anda itu. Mereka berupaya mem"blok" penggunaan handfon itu walaupun sim kadnya telah ditukar. Jadi telefon ada tidak boleh digunakan langsung..so kalo pencuri tu nak jual pun sure tak laku kan. Handfon kena "blok" dan sim kad pun kena "blok" jugak.. padan muka pencuri tu.



kesahihan kedua2 benda ni saya pun tak sure sangat.... tapi just saje seronok2 nak check dan share dengan kawan2 semua jer..
kalau ada yang terkena "handfon kualiti yang tidak baik" lepas cuba taip kod tadi tu..maafkan saya yer. entry  "just for fun" jer..lagi pun saya tak sure sama ada *#06# tu boleh guna kat handfon jenama lain atau tidak.. me and my asben guna Nokia jer


Saturday, February 5, 2011

@ Main Basikal di PISA

Petang kelmarin kami ke PISA (Penang International Sports Arena). Saje nak bawak Dalila main2 basikal roda tiganya kat sana. Sejak beli basikal tu, ini kali kedua main basikal jauh dari rumah. 1st time dulu masa Dalila umur 1 tahun lebih..kat USM.

Banyaknyer orang datang beriadah kat sekeliling komplex bagunan Pisa ni..terutamanya yang datang berjoging lah. Kami parking betul2 depan "main stage" Pisa kat bahagian luar.

 jom main basikal sama-sama
(gambar gaya Dalila yang ambik sendiri jer gambar :P )


 main basikal pinknya

Huhuhu..cik Dalila ni main basikal pakai dress yer..kami dah suruh tukar pakai seluar..tapi dia tak mahu.. dia lebik SIBUK nak bawak beberapa mainannyer bersama dan nak tidurkan Mickey Mouse dia dulu sebelum nak kuar rumah. Pening kepala layan anak yang tengah banyak akal ni.

aksi lari2 Dalila 

Tak lama pun main basikal tu, dia lebih suka main lari2 kat kawasan lapang kat stage tu.. ajak naik tangga lah..turun tangga lah...jump..jump lah.. Tapi tak sangka pula bila time kami nak balik, berlambak pulak warga negara asing kat situ, Indonesia,Bangladesh.. kalo mula2 datang tadi ada lah nampak 5-6 orang jer. Tapi time nak balik tinggal kami jer orang Malaysia kat situ..segan pulak lalu depan orang ramai gitu. Rajin juga mereka beriadah yer.

Dan gambar selingan terakhir a.k.a ibu pun nak interprem jugak :P

Dalila tak tengok kamera..dok tengok orang main badminton kat tepi tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...