nak join? klik banner ni yer

Thursday, September 30, 2010

@ Majlis Open House & Birthday Party Dalila (25 Sept)

Alhamdulillah... pada 25hb (Sabtu) Sept yang lepas..kami telah mengadakan sedikit 'open house' yang bersemperna menyambut birthday Dalila. Ni 1st time kami buat majlis macam ni. Maaflah sekiranya ada kekurangan di mana2 yer kawan2 merangkap tetamu kami pada hari itu.

 kek bentuk mickey mouse clubhouse
 Majlis haritu mula jam 12tgh hari. Abah punya invitation start jam 12tgh hari - 6 petang..Abah invite kawan2nyer atas nama "housewarming". Saya pulak jemput kawan2 saya memang untuk birthday party Dalila. Memang kawan2 Abah yang datang akan cakap.."kenapa tak bagitau ada birthday girl hari ni"... mungkin ternampak hiasan di dinding rumah kami pada hari itu.


wall deco birthday Dalila

hasil kerja saya dan suami malam sebelum majlis bermula

Birthday girl pulak haritu mood dia memang awal2 dah ke laut dah. Mungkin letih dan tak cukup tidur sejak kami buat peparation uantuk majlis tahlil 23hb aritu. Alahai Dalila..memerap dan tak de mood langsung jadinya on her birthday party. Padahal sebelum2 ni, siap nanyi2 lagi bila cakap pasal birthday party dia.. dia buat gaya nak "tiup lilin" lagi. memang dia excitet sangat. Tak pe..next time, Ibu tak kan buat double majlis macam ni lagi yer sayang.

Antara rakan bloggers yang terawal yang hadir adalah Aten dan Ifa.

bergambar bersama Ifa, Azim dan Aten

hawa yang comel tengah minum dengan Azim

Saya juga berbesar hati kerana dapat berjumpa dengan kak Zura, Dayah, Kak Rozy dan Kak Sara serta Miera. Terima kasih semua.. dapat juga kita bersua di alam nyata ni kan.. thanks for coming!!

Antara gambar yang sempat saya snap petang tu... tak sempat nak snap banyak..nak kena tolong tapaw/bungkus makanan untuk para tetamu pulak...sebagai buah tangan...mujur Miera sudi menolong saya petang tu didapur..Thanks ya Miera!!
sempat pose jap dengan kak Zura

Dayah sekeluarga...baby Mursyid baik jer baring time ibunya makan

Kak Rozy sekeluarga...baby Husna tgh tidur

Kak Sara sedang sembang2 dengan Dayah dan Kak Rozy

Selain kenalan di alam maya... Mija dan Sheela juga datang mereka ini kawan2 saya semasa time study di matrik sampai di USM dulu2. Seronok dapat berborak lama dengan mereka berdua ni... masing2 dah ada seorang anak dah skrg. Oleh kerana mereka datang agak lewat hari tu..saya "tahan" mereka di rumah saya sampai jam 8.30mlm..maaf yer korang :)
Dah sekian lama kami tak bergambar bersama macam ni..

Alhamdulillah.. berjaya juga buat simple birthday party untuk Dalila. Cuma sayang dia xde mood jer haritu. Harap semua tetamu enjoy semua makanan hari tu. Maaf jika tak sempat nak berbual panjang...terutamanya kepada kenalan bloggers saya.  TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR ke majlis kami ni. Kami mohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa majlis berlangsung. Harap lain kali dapatlah kita berjumpa lagi ye.







photobucket

Tuesday, September 28, 2010

@ Majlis Doa Selamat dan Tahlil (23 Sept)

Salam semua..

Terasa begitu lama benar tak update blog ni. Melihat pada bilangan entry untuk bulan ni (Sept) pun, tak sampai 10 entry... maaflah ..tuan tanah teramatlah buzy..malahan double dan triple buzy..sejak nak sambut aidil fitri aritu..10 Sept 2010.

Terima kasih juga kepada kawan2 yang sudi mengucapkan/wish happy birthday untuk Arifa Dalila pada 23 Sept yang lalu. Sayangnya kami berada di rumah di Bertam masa tu..tak dapat nak online sebab saya ni pelanggan strymix..so tak dapat nak reply mahupun nak buat entry khas untuk birthday girl haritu.

 Tapi pada malam hari tersebut..Khamis malam jumaat (23 Sept)...kami dah mengadakan majlis Doa Selamat dan Tahlil.. disekalikan kenduri masuk rumah baru di Bertam tu. Kami jemput jemaah di surau berhampiran untuk datang bacakan Tahlil dan Doa Selamat. Majlis bermula selepas solat Isyak. Malam tu, kami telah menempah makanan dari mak Miera.. sedap betul masakan mak dia malam tu.. Alhamdulillah..dah selesai sudah satu majlis pada 23hb tu walaupun dalam keadaan hujan yang lebat.

Nak tengok gambar pada 23hb tu?? Tak banyak yang saya snap..almaklumlah, kenduri di rumah sendiri, cik suami pulak tak de (dia ke surau berjemaah sekali menjemput jemaah surau) lepas solat isyak baru balik. Segan pulak nak snap gambar orang sedang baca tahlil..sebab salah seorang dari tetamu/jemaah yang hadir tu adalah my lecturer kat School Physics kat USM dulu... Dr.Roslan.. memang terkejut beruk  terjumpa dia malam tu..kat rumah aii pulak tu :)

so ni jelah pic sebelum majlis malam tu..

ruang tamu...dah siap untuk majlis

pakai Abaya malam tu.. gambar syok sendiri (ambik sendiri)



p/s: Kami still tinggal "dalam pulau" lagi..tak pindah ke Bertam lagi. Sebab jauh dari tempat kerja Abah. Kenduri dibuat agar diberkati rumah yang kami beli itu disamping ingin berkenal-kenalan dengan jiran2 setaman. Rumah di Bertam tu, adik Abah (a.k.a Acu) yang akan duduk..sebab dekat dengan tempat kerjanya.



photobucket

Saturday, September 25, 2010

@ Arifa Dalila's Birthday Invitation


Salam semua..

Kepada semua kenalan saya yang sedang membaca entry ini, saya ingin menjemput anda semua untuk ke majlis hari lahir anak saya kali ke-2 yang akan berlangsung di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Bagi sesiapa berkelapangan dan sudi hadir sila email ke ibuarifa[at]gmail[dot]com untuk saya kirimkan peta bagi memudahkan anda ke sana.

insyaallah..jam 4 petang Dalila akan potong kek!!




photobucket

Sunday, September 19, 2010

@ Buzy dan Kipas Baru

Assalamuaikum..

Lama betul tak update blog, teramat buzy dengan persediaan nak buat majlis (kenduri kesyukuran dan tahlil 23hb..open house dan birthday party Dalila 25hb). 1st time nak anjurkan majlis..memang banyak benda nak kena 'tengok'..tambah pulak kami tinggal di bahagian dalam pulau..tempat majlis nak berlansung nanti kat area Bertam..kat luar pulau..memang schedule buzy nak jumpa pihak katering dan jemputan 'open house' kenalan2 kami...Ni pun sejak lepas masuk Syawal sampai sekarang, 2 kali jer tidur umah sewa kat Penang ni (PC saya kat dalam umah ni)..huhu..bangun tidur sini..still rasa macam time puasa jer lagi.. :P

Sebenarnyer memang banyak cerita nak tulis disini..cuma tak sempat nak buat entry jer..So sebagai selingan saya nak tunjukkan gambar kipas baru kami di rumah Bertam yang baru dipasalng kelmarin (18 Sept 2010). Mula2 dulu ternampak kipas ni kat blog Kak Gee Ryder. Tak de niat nak beli pun masa tengok kat blog Kak Gee tu...sebab ingatkan mahal. Tapi bila masuk ke kedai lampu di Sungai Petani..(Thanks to zaza yang rekemen beli lampu disini..katanya ada 3 kedai yang murah) Tapi kebetulan masa kami pi SP aritu (16 Sept)..satu kedai jer buka (mungkin sebab cuti Hari Malaysia kot).. masuk dan pilih2 yang mana berkenan..warna pulak tak de stok..kena tunggu sampai minggu depan. Last2 terpaksa ambik yang ni.. nak tunggu minggu depan.. kang tak sampai2 kang..panas pulak tetamu time kenduri nanti. Lagi pun kedai tu siap ada "wayerman" nyer sekali. So..inilah hasilnyer setelah siap di pasang.. kipas siling berlampu.

kipas sekali dengan lampu..RM 338

ni masa speed no.4

ni pulak masa speed slow..dia "kembang" sikit jer..

bila kita off..gini lah jadinyer..

Huhuhu..harap kipas ni dapatlah menyejukkan para tetamu nanti..insyaallah..


p/s: lama tak balik rumah sendiri..banyak betul baju nak kena basuh dan lipat!! waa..waa.. ada sape2 nak tolong?


photobucket

Tuesday, September 14, 2010

@ e-Kad RAYA untuk Semua- STICKY MODE


***STICKEY MODE until 14 Sept 2010***


Salam lebaran semua,
Saya mewakili keluarga saya mengmbil kesempatan ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR dan BATIN

kepada semua kawan2 dan kenalan2 diluar sana termasuk juga kepada pengujung BLOG IBU ARIFA yang dikasihi semua. Ampun dan maaf kan kami sekiranya ada terkasar bahasa, tersinggung rasa atau terkurang di mana-mana...sama ada  sengaja atau tidak sengaja sepanjang perkenalan kita ini.

Untuk rakan2 blogger saya semua..sudikanlah menerima e-kad raya saya ini..sebagai pengganti diri semperna lebaran yang bakal manjelang nanti. Kami akan balik bercuti raya di Kedah pada hari raya ke-2 sehingga ke-4. Raya pertama dan raya ke-5, ke-6 (dan seterusnya) kami beraya di Penang.

photobucket

Wednesday, September 8, 2010

@Berbuka Puasa Bersama 2 family Bloggers

Tarikh dan Hari: 4 Sept 2010 (Sabtu)
Tempat: Restoran Aidys, Bertam (Pulau Pinang)
Kahadiran: 1. Family kami
                  2. Family Miera
                  3. Family Aten (lewat)

Wah..intro entry dah macam buat minit meeting zaman sekolah dulu2 jer. Sebenarnyer nak cerita pasal majlis berbuka puasa kami bersama dengan family Miera dan family Aten aritu. Tak de plan awal pun dengan mereka ni, just saya call mereka berdua sehari sebelumnya...untuk mengajak berbuka puasa bersama. Kebetulan 'ada hal' nak ke sana (Bertam).

Kami berjanji temu di restoran yang telah Miera booking. Sampai sana jam 7ptg, semua makanan telah dihidang. Family Aten sampai lewat sikit, sampai selepas waktu berbuka puasa. So, silalah tengoklah antara gambar2 yang saya ambik haritu. Sorry..tak berapa terang..guna kamera biasa plus kedai tu pun memang guna cahaya lampu romantik saja.

menu hari tu

lagi gambar makanan

Suka nyer tengok senyuman Alieya tu..

Hawa yang baru sampai bergambar dengan Alieya dan Dalila

Dalila sedang sembang2 dengan Hawa

Alieya senyummm..aunty nak ambik gambar ni..

Dalila buat pose apa tu sayang?

Tiga anak dara yang telah dipertemukan hari itu.

Gambar gathering berbuka puasa tahun ni..best!!




photobucket

Tuesday, September 7, 2010

@ Koleksi e-Kad Raya 2010

http://alinalan.blogspot.com/http://ummsyuhada.blogspot.com/ ###~Entry ini akan diupdate dari semasa ke semasa~###

e-kad ni tak disusun mengikut susunan yer kawan2..mana yg saya  sempat singgah, saya terus klik "save image as" jer..

daripada MommaMia

daripada Nadiah

 daripada Farra Dhelina

daripada mama Tisya

daripada Miera

daripada Kak Izan

daripada MamaSara

daripada Wansteddy

daripada Kak Yong

daripada Ummi Eisya

daripada mamaRifqy


daripada Aten


Ade kad raya sape2 yang saya tertinggal?? ..sila bagitau yer..nanti saya datang ambik..


photobucket

Friday, September 3, 2010

@ Ibu Hantar Dalila kat Majalah Pa&Ma

Bulan lepas saya rasa ramai kawan2 blogger yang hantar gambar puteri2 mereka kat webside Majalah Pa&Ma. Saya ada jugak intai2 webside tu..ternampak bahagian "Selamat Hari Jadi".. terus rasa nak hantar gambar Dalila untuk segment tu.. alah..saje nak buat kenangan birthday Dalila kali ni..ingat nak 'print screen' lah kalo penyertaan saya diterima.

Tapi satu hari kelmarin godek2 tak reti jugak nak masuk segment "selamat Hari Jadi" tu. Last2 saya submit saja gambar Dalila kat segment "peraduan Bayi Bulan ini" kelmarin. Pagi tadi buka tengok penyertaan saya diterima..tapi segment ni kena undi2 pula..tak de niat pun nak masuk contest kat web side tu.. dah lah main undi2 pulak tu...confirm kalah awal.

Kalau sape2 free.. klik SINI untuk ke webside Majalah Pa&Ma tu..

saya tak mengharapkan sebarang undian.. tapi kalo ada yang sudi mengundi.. saya ucapkan Jutaan Terima Kasih :)

Arifa Dalilah
Perempuan
23/09/2008




photobucket

@ Jika Ikut Kalender Islam...Dia Sudah 2 tahun

Ya..jika diukutkan kiraan kalender Islam..Dalila sudah genap 2 tahun sekarang. Dalila dilahirkan pada hari Isnin 23 Sept 2008 besamaan 23 Ramdhan. Senang saje nak ingat kedua2 tarikh birthday Dalila sebab kebetulan ianya sama.

Hihihi..tengok!! Saya siap tukar background blog lagi ni..sempernah birthday Dalila dan birthday saya aritu. Seperti yang pernah sadikt saya ceritakan dalam entry yang lalu...saya akan mengadakan sedikt jamuan untuk birth Dalila nanti. Memandangkan 23 Sept 2010 tahun ini..adalah pada hari Khamis..maka pada malamnya kami akan mengadakan sedikit kenduri Doa Selamat sekali dengan kenduri masuk rumah baru kami di Bertam, Kepala Batas. Dan pada 25hb Sept 2010 hari Sabtunya baru mengadakan jamuan sambutan Hari Lahir Dalila dan juga Open House semperna raya/Syawal nanti.

Saya baru mula menjemput kawan2 di dalam list facebook saya..sebab ada aplikasi "Events" yang senang untuk menjemput orang..(bagi yang belum ada facebook saya..nanti tinggalkan email facebook anda kat sini ok..kita tambahkan kenalan, eratkan ikatan) 
Jemputan di dalam blog belum lagi saya lakukan, insyaALLAH.. selepas raya nanti akan saya lekatkan kad jemputan untuk ke Birthday Party Dalila nanti di sini.

Okay lah..cukup2 lah citer pasal bulan depan punya aganda. Sebenarnya kelmarin saya siap bawa Dalila pi studio untuk ambik gambar tau..dia sejak dari umah sporting habis..pakaikan segala akseseri pun nakk saja.. tak tanggal2..(kalo dulu..say sorry ler untuk aksesorry tu yer). Tapi bila sampai di kedai gambar dengan layanan jurugambar yang tak mesra kanak2..terus Dalila nangis! sampai kesudah dia tak mau bergambar kt situ. Sayangnyer..

Tapi nak tengok tak gambar yang baru diambil 31hb Ogos aritu. Lucu tengok aksi dia malam lepas berbuka puasa... dia sendiri ambik tudung dan pakai sendiri (ya!..sejak minggu ni mood dia asyik nak pakai tudung saja) my MIL yang baru lepas solat terus panggil saya suruh ambik gambar Dalila..(sebab saya sedang tengok tv kat depan)

amboi..anak Ibu nie..sopannyer

pose sambil tengok my MIL yang sedang berdiri

sayang gambar ni..blur2.. dia tak habis2 gerak nak pose!

lepas tu masuk bilik- ambik spekmata hitam PakSu dia..pose lagi!!

spekmata yang besar dari tuannyer.. dia punya spek ada dalam kereta.

dah makin pandai nak bergaya Dalila sekarang ni..ibu lah yang paling suka




photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...