Terasa sedih sangat tadi, bila Ibu bercakap di telefon dgn mama Fa'iq. Sayu sangat bila dengar suara mamanya itu menerangkan perkembangan terkini anak sulungnya itu. Bagi Ibu yg mendengar pun, dah bagai luluh rasa hati. Terasa berat dan sesak saja dada Ibu, kerana sungguh sama sekali tidak menyangka apa yg menimpa pada kanak2 yg baru berusia 3 tahun itu. Tak dapat nk bayangkan bagaimana perasaan Fauziah dan Fathul bila menerima takdir/ujian yg menimpa keluarga mereka skrg. Hari ini, Fa'iq di sah kan mengidap lukimia.
Sebenarnyer Fa'iq ni adalah anak saudara sebelah Abah, mama Fa'iq adalah adik Abah. Anak sulung dari 3 org adik beradik. Fa'iq seorang kanak2 yg aktif (berjalan-berlari-melompat sana sini), amat2 petah bercakap, kalau jumpa dengan Fa'iq nih, memang jenuh lah nak melayan berbual dengannya. Fa'iq juga sungguh 'bersemangat' berat badannyer.. dan amat berselera tiap2 kali makan. Mamanyer sungguh risau sebab Fa'iq yg baru berusia 2 tahun badan dah 18kg masa tu.
Kesihatan Fa'iq kalau tak silap Ibu, mula terganggu dalam awal tahun ini (dalam bulan May-Jun 2009). Bila dia asyik mengadu sakit kaki dan tak boleh berdiri dan berjalan. Deman pun 'on-off' -'on- off' saja..hari ni demam, esok baik. Dah beberapa kali dia dimasukkan ke ward di GH, haritu..hampir sebulan lebih kena tahan dlm ward. Tapi doktor cakap tak ada apa2 tapi mungkin disebabkan saraf. Tak terbayang rasanya Ibu bila teringat saat2 nurse ingin mengambil darah di tangan Dalila aritu.. amat sakit rasanya bila kanak2 seperti Fa'iq yg tiap2 kali bila masuk ward entah berapa kali terpaksa melakukan prosedur tuh.. pernah MIL yg menemani Fa'iq hari tu bagitau, nurse tak jumpa urat sebelah tangan kiri..tukar pulak ke tangan kanan... kesiannyer Fa'iq...cepat2 sembuh yer sayang..
Selain tak mampu berdiri dan berjalan dengan sendiri, jari jemari Fa'iq juga membengkak dan sakit bila disentuh. Sebelah kakinya juga akan bergerak2/bergetar sendiri sesekali sekala. Kasihan sangat bila melihat Fa'iq yg ingin bermain dgn sepupunya tiap2 kali kami berjumpa di rumah MIL. Yer lah, dia hanya mampu majadi pemerhati saja, sedangkan sepupu2nya riang berlari dan berkejar-kejaran riuh satu rumah MIL Ibu.
Selain dari perubatan moden..Fa'iq juga telah mencuba/berikhtiar dgn beberapa tempat yg menawarkan perubatan tradisional secara Islam (sehinggakan pernah di bawa berjumpa dgn anak didik Ustaz Harun Din). Tapi semuanya memberitahu.."tiada apa2".. Fa'iq kadang2 baik selepas rawatan..lepas tu mula sakit2 balik.
Pada Sabtu yg lalu 7 Nov, Fa'iq dah mampu berdiri dengan sendiri tanpa sokongan, w/pun hanya sekejap saja..tetapi kemampunya dan semangat untuk kembali berdiri dan berjalan seperti sediakala, amat2 kami banggakan. Hari Isninnyer Fa'iq akan ke ward lagi untuk diambil tulang sumsum dan air tulang sumsumnyer. Dan hari ini 11 Nov telah mengkhabarkan berita sedih ini berkenaan keputusan dari ujian tulang sumsum itu... iaitu disahkan mengidap lukimia. Fa'iq telah di jadulkan untuk menjalani kimo pada Isnin minggu depan di GH.
Sedihkan... seorg kanak2 lelaki yg cerdas, lincah dan aktif tiba2 mengidap leukimia. Semoga Fauziah dan Fathul banyak2 bersabar dan tabah menghadapi ujian kali ni.. berat mata memandang... berat lagi bahu memikul.
Sama2 lah kita doakan agar Muhammad Fa'iq cepat sembuh...amin...amin..amin
16 comments:
kesian nya fa'iq.. sedih la klu denga budak2 kecik sakit..
Ya Allah... Kau sembuhkanlah Muhammad Fa'iq daripada penyakit yang dihadapinya...
Kesiannya kat faiq... dah la kecik lg dah dapat penyakit tu... emmm... nak kena kimo lak... alahai kesiannya... hope faiq dan keluarga tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup ini...
bergenang air mata dgr kisah adik fa'iq.... sedih sgt.mcm na la dgn ibu bapa dia yg menanggung nie.moga adik fa'iq cepat sembuh seperti sedia kala.
ifa x leh la dgr kisah tentang budak2 nie msti air mata nk menitis aja.
YaAllah..Cian nye Fa`iq...harap kak Fauziah dan Fathul bersabar dgn ujian ini...miera sentiasa doakan semoga Fa`iq akn cepat smbuh...amin..
auntie ff doakan semoga fa'iq sembuh dan dpt bermain ng sepupu2 kembali...
kepada ibu dan bapa juga seluruh keluarga fa'iq harap byk berdoa tuk kesihatan fa'iq....
kami sekeluarga disini juga akan memanjat kn doa untuk muhammad fa'iq
sedihnya bila bc n3 ttg faiq...moga family faiq tabah hadapi ujian ni..
sedihnya... sian dia... didoakan dia cpt sembuh... ameen...
Ya Allah...berikanlah kekuatan pada adik Fa'iq utk melawan penyakitnya.
Moga keluarganya tabah menghadapi dugaan dari Allah.
hanya mampu mendoakan semoga adik fa'iq cepat sembuh dan aktif serta girang seperti sediakala...
sampaikan salam utk keluarga adik fa'iq. moga tabah hadapi ujian.
alah sedihnye... semoga mereka tabah..
sedihnya baca kisah adik faiq nie. semoga ibubapanya tabah hadapi dugaan. sama2lah kita doakan semoga allah mengurangkan kesakitan adik faiq
kesiannya..moga fa'iq cepat sembuh..
baca cerita ko ni,teringatkan anak sedara sepupu aku..pun sakit luekimia gak..usia dia masa tu 3 tahun..tapi Allah lebih sayangkan dia..hampir setahun dia bertarung dengan penyakit tu..tak silap aku dah 1 tahun dia pergi..memang sedih sangat..aku lak rapat ngan sepupu aku tu..adoi,susah nak cite..aku pernah merasa ape yang ko rasa sebab dia sedara kitakan..allahyarham memang menderita sakit sangat dan masa memula tahu tu,doc cakap mungkin 6 bulan saja..tapi dia dapat bertahan hampir setahun..masa ambil air tulang sumsum tu ko,aku menangis tengok dia sebab dia menjerit panggil mak dia..memang kena bius,tapi tetap rasa sakit..budak 3 tahun apa yang dia tahukan..sampai masa dia sakit tu,dia hantukkan kepala dia kat dinding then cakap, 'ibu,napa hakim sakit mcm ni..hakim tak nak sakit ibu'..masa sepupu aku cite tu,aku pun menangis sama..bila dah jadi ibu,lagi aku faham perasaan dia..
tapi ibu dia rasa biar anak dia pergi dari menderita macam tu..masa dia nak pergi tu..allahyarham hakim tu,baru lepas main ngan adik dia,then cakap nak baring kat riba mak dia..dia cakap penat sangat nak rehat sekejap n nak tido..tapi akhirnya dia pergi atas riba ibu dia masa tu..huh,aku dah menangis dah ni..teringat balik la kisah ni..
aku harap family fa'iq akan tabah dan redha atas ujian Allah ni..sampai salam aku ye family fa'iq ni..juga untuk fa'iq moga dia kuat melawan penyakit tu..
kesian n simpati juga....kita doakan sama agar adik faiq sembur sedia kala
Bila dah ada anak sendiri ni, hati akak cepat betul tersentuh baca cerita2 mcm ni.
Akak doakan Faiq kuat melawan penyakit ni dan semoga Allah beri kekuatan utk parents Faiq utk menghadapi ujian seberat ini..AMIN!
Ya Allah sedihnya baca kisah fa'iq nie...tambah lak sedih bila baca fara nyer comment...uwaaaa!
Intan doakan agar adik fa'iq sembuh dari penyakit dan mendoakan agar keluarga nya di tabahkan hati dgn ujian dari Allah ini...
Post a Comment