nak join? klik banner ni yer

Tuesday, November 24, 2009

@ Berpicnic Di Tepi Pantai Queensbay

Ini bukan entry contest yer kawan2..hihihi :)

Ahad- 15 Nov yang lalu, kami semua mengadakan aktiviti keluarga bersama2, iaitu berpicnic di tepi pantai di belakang Queensbay. Semua adik beradik side Abah hadir dan seawal jam 9.30 pg lagi kami dah ada disana. Picnic kali ni sebenarnya untuk Fa'iq kerana esoknya dia akan dimasukkan ke hospital. Fa'iq kuat yer..


Hari tu, Dalila bangun tidur lewat sikit. Ibu terpaksa kejutkan dia, tukarkan baju dan terus angkat masuk kereta. Sampai2 sana..semua dah ada.. we all breakfast dulu. Hari tu Ibu tak bawa baju untuk Dalila mandi pun, ingatkan kat situ pantainya tak boleh mandi..hehehe. Sampai2 tgk anak2 kak long dan makcik semua sdg syok mandi. Lain kali yer Dalila mandi pantai..


muka blur lagi.. tgk sepupu dia main2 + mandi manda di pantai


Nyenyaknyer baby Qayyum ni tidur..


Melihat Aqif (adik kepada Fa'iq) sedang main bola/cuci bola



Makcik Fauziah sedang bg Fa'iq makan kat belakang tu.




1st time saya pijak pasir pantai ni. yey!!



Lain kali Ibu kasi Dalila mandi jugak yer..



Melihat ombak dan air tu kena kakinye.



Fa'iq yang sedang bermain dgn pasir pantai.



Perkembangan terkini Fa'iq

Fa'iq baru sahaja di operate (pada 19 Nov) di bahagian dadanya untuk diletakkan tiub bagi memudahkan proses memasukkan ubat untuk sesi kimoterapi dilakukan. Ketika Ibu melawatnya pada Sabtu yg lepas, Fa'iq kelihatan sihat cuma di dadanya terdapat balutan selepas pembedahan tu. Tak sampai hati melihat balutan + kesan2 sebegitu di badan seorang anak kecil seperti Fa'iq. Kalau xada apa2 masalah, minggu ini Fa'iq akan menjalani kimo buat pertama kalinya. Kasihan Fa'iq.. Mak Lang dan Pak Lang sentiasa doakan agar Fa'iq cepat2 sembuh yer.. Fa'iq kuat yer sayang..


Sewaktu Ibu melawat Fa'iq di wad hari tu, Ibu ramai kanak2 yg berada di wad situ--yg telah menjalani kimoterapi, mereka semua hanya memakai seluar pendek sahaja. Bukan setakat kipas siling yg terpasang laju, malahan kipas meja di tepi2 katil pun turut dipasang di setiap katil. Ibu pada mula nya agak hairan juga, tidak sejukkah kanak2 ni? tetapi mujur mama Fa'iq beritahu yg dia ada bersembang dgn jiran2 di katil yg berhampiran bahawa "selepas proses kimo, kanak2 akan terasa panas, dan kulit mereka akan "terbakar"-bertukar menjadi sedikit gelap".

Tetapi ada 1-2 kanak yg berbangsa Cina yg ada disitu tidak mengalami apa2 perubahan warna kulit. Mama Fa'iq juga ada bertanya pada ibu yg menjaga kanak2 tersebut, dan dia beritahu yg dia memberi anaknya itu mengamalkan sejenis produk keluaran Elken. kington kalo tak silap nama produk tu..

nak minta pendapat
Bagi sesiapa yg mempunyai ahli keluarga/ kenalan yg telah melalui proses kimoterapi, APAKAH mereka juga akan mengalami proses "kulit menjadi gelap" ini. APAKAH PEMAKANAN / makanan tambahan yg boleh diambil bagi mengurangkan rasa "PANAS"/terbakar ini?
Jika ada yg pernah menggunakan produk Elken (kington) tu, tolong berikan serba sedikit nasihat pada kami yg tidak biasa guna lagi dgn produk tersebut.


(bagi yg masih belum tahu mengenai Fa'iq..Fa'iq baru sahaja di sahkan mengidap luekimia awal bulan Nov 09) cerita lanjut di entry ini.


p/s: gambar anak2 kak long agak cekci, so Ibu tak letak kat sini/blog.



Photobucket

12 comments:

MRS. K said...

dah lama tak pegi penang..padahal lahir & skolah menengah kat penang..hehe

naurah makwa said...

akak,geramnya naura tgk dalila nih.putih gebu!cute sangat.mata dia nice la..hope fa'iq cepat sembuh k..sian dia..

10 said...

amboi... syoknya picnic tepi pantai ni... dalila x dapat mandi ek? len kali ajak ibu dan abah p picnic lg ek...

cian fa'iq... kecik2 dh dapat sakit tu... wat kimo ni mmg kulit akan terbakar ckit... kekadang tu sampe termuntah2... nasihat daripada kak org, dia suruh banyakkan minum air zam-zam. fasal produk elken tu x penah guna sebab tu produk baru... kak org amalkan minum air zam-zam je dan berpantang, ada jugak makanan yg x boleh di makan... alhamdulillah kesihatan dia bertambah baik skrg, kak org wat kimo 3 thn lalu...

so, sama2lah kita berdoa pada Allah supaya dipermudahkan urusan semasa menjalani kimo nanti...

nza said...

comeynya dalila brsantai kt tepi pantai...
Moga Fa'iq cpt pulih....insyallah.

AiNeRzA said...

Bestnyer umah dekat ngan pantai...kami yg dok kat sini asyik tgk port jer...huhuhuh...nanti balik kedah nak singgah la penang...hihihihih

anis said...

alahai ciannye faiq...sorry nak tanye ni faiq sakit ape ye...

Mrs. Adz said...

dalila,dah besar la..suka tengok dalila dah boleh berdiri dan berjalan dengan laju..cute la tu..comel..tapi nape dalila tak mandi..dalila jgn lupa pakai sunblock ye sayang nanti sunburn lak..

pasal kimo tu memang mcm tu..nanti ko tgk la memang ade side effect yang lain lak..kesian ngan faiq tu..yang brg elken tu tak pasti..tapi nanti aku tanya my mum ye coz pernah dgr dia cite

rynas said...

bestnya dalila pg pantai. kalau dia dpt mandi mesti lg best tuh. saya doakan mg faiq cepat sembuh ya...sian faiq kecil2 dh lalui macam nie.

rynas said...

bestnya dalila pg pantai. kalau dia dpt mandi mesti lg best tuh. saya doakan mg faiq cepat sembuh ya...sian faiq kecil2 dh lalui macam nie.

~Ifa~ said...

selamat hari raya aidiladha

~Ifa~ said...

comei la dalila nie.geram tgk.pakai apa pun lawan budak tecik nie.

jefrie said...

Salam,

saya jefri, saya boleh tlg terangkan ttg produk kington tu, boleh call or email me @ jefriez@gmail.com


wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...