Terasa nk join jugak contest yg dianjurkan oleh
MomBloggersPlanet dan untuk bulan Nov ni bertemakan
"Cutest Baby in NATURE". Kebetulan pulak ada pic Dalila masa bawak dia ke taman haritu. Dan ini lah gambar2 yg ingin Ibu sertakan untuk contest kali ni...
Nama : Arifa Dalila Mohd Fadli
Tarikh Lahir: 23 Sept 2008
Umur: 1 tahun 1 bulan
Ini kali pertama Dalila berjalan di atas rumput, selalunya dia berjalan atas lantai saja,
tengok tangan dia tuh.. untuk imbangan badan dia.. kan berjalan atas rumput ni lagi banyak cabarannyer.. Tak pe sayang, practice makes perfect"
Ini pulak kat kawasan parking kereta, juga kali pertama Dalila berjalan di jalan tar, bukan main suka lagi dia. Mujur kami datang awal pagi, mmg tak ramai org lagi masa tuh.. parking pun kosong jer. Senang Dalila nk test skill berjalan dia.
Alamak! Terjatuh pulak, hihihi..maklumlah.. baru dapat lesen 'P'.
Mujur tak menangis. Good girl!!
Pas dah bangun dari terjatuh tu..3-4 round plak dia nak jln sekeling kawasan tu sampai nak ajak balik (masuk kereta) pun dah tak mahu.
Lain kali kia datang lagi yer sayang..Inilah basikal baru saya...cantikkan!
Gambar2 diatas bertarikh 8 Nov 09 dan lokasi taman pun berhampiran dengan rumah Ibu. Sambil2 menemani Abah Dalila berjogging pagi di situ, dan mencuba basikal baru Dalila, Ibu pun dapatlah mendekatkan Dalila dengan 'ALAM SEMULAJADI'. Sambil dia belajar berjalan, sambil dia menikmati suasana tenang dan nyaman serta udara segar di taman. Di sana Ibu perkenalkan Dalila pokok2 yg besar, beri peluang Dalila pegang kulit pokok dan daun2 yg pelbagai saiz, melihat dan mendengar burung2 berkicauan di dedahan pokok. Kadang2, ada juga sang burung juga turun mencari makanan berhampiran dgn kami, so bertambah excitet Dalila melihat dan cuba menghampiri 'bird' itu..hihihi
Pada pendapat Ibu, banyak kebaikkan bila kita membawa anak2 kita enjoy outdoor activities ni. Antaranya adalah:
- Dapat memperkembangkan minda anak kita tu, kalo asyik terperap dalam rumah jer, hanya kenal benda yg ada dalam rumah sajalah..paling tak pun kenal benda/objek/pokok pun dari TV saja..tp kalo kita bawa dia jalan2 di luar sebegini...dia dapat merasai sendiri, dapat kenal sendiri benda/objek/pokok tu, paling syok bagi mereka kalau dapat pegang/sentuh...lagi suka kan. Kalau asyik dalam rumah saja pun, anak2 tentu boringkan.
- Dapat menambah keyakinan diri anak tersebut, untuk berani berdepan dan meneroka dunia luar..selain dari persekitaran harian dalam rumah.
- Dapat penguasaan perkataan baru, lihat + dengar + belajar sebut perkataan baru yg kita ajar bila nampak objek baru.
- Dapat menghayati suasana yg damai, tenang serta udara yg nyaman di bawah rimbunan pepohon kayu dan menikmati bunyi unggas dan burung yg sebenar...bukan seperti yg keluar dari alat mainan di rumah tu.
- Mendapat sesuatu keseronokkan yg baru/ pengalaman yg baru contohnya bila anak2 dapat berjalan dan berlari di dalam kawasan yg luas dan berumput2..atau bila anak2 di bawa untuk mandi di pandai/ air terjun..sudah tentu amat berbeza sekali keseronokkannya berbanding dgn mandi di dalam rumah kan.
- Mendapat vitamin D dari pancaran sinaran matahari...
- Dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, sekiranya kedua ibubapa nya berkerja.. kerana banyak aktiviti/riadah yg boleh dilakukan bersama2 di outdoor nih, paling senang.. berkelah di taman/air terjun/pantai bersama2.
Jika kawan2 pun berminat nak join contest ni juga sila lihat keterangan lanjut di sini okey.
MomBloggersPlanet Contest Page:
(Klik pada banner ni)
Hadiah2 menarik contest ni adalah tajaan
Ini pulak gambar selingan ker sokongan yg di ambil pada bulan Julai yg lepas, semasa gambar ini di ambil, Dalila tak boleh berdiri tanpa sokongan lagi.. Kami bawa dia bersantai2 tepi tasik sambil menikmati kehijauan pepohon dan melihat unggas2 yg berterbangan di sekeling kawasan tersebut. Kire still dalam tema " BABY IN NATURAL" jugak kan...hihihi
Terima kasih Abah, sbb tolong ambik gambar yg cantik2 ni..sayang Abah!!