nak join? klik banner ni yer

Thursday, April 28, 2011

@ Mandi Air Daun Peria Pantai

Nama pokok ni Peria Pantai, MIL saya ada tanam depan rumahnya. (Ingatkan "peria pantai" ni tumbuh kat tepi-tepi"pantai" jer hihihi). Tinggi pokok  ni lebih kurang 3m, daunnya kalo sekali tengok boleh kata daun pokok bunga kertas...cuma warna dan permukaan daun agak berkilat yang sedikt berbeza. Pucuk Daun ini selalunya dijadikan sebagai ulam-ulaman bagi orang2 melayu. Baik untuk orang darah tinggi dan kencing manis.

Hujung minggu lepas, MIL suruh mandikan Dalila dengan air daun peria pantai ni. Katanya baik untuk kulit, boleh menghilangkan penyakit yang berkaitan dengan kulit. Dalila tak de masalah apa-apa, tapi bila MIL dah kutip daun tu masuk rumah, saya pun "proses" jer lah daun tu sampai menjadi air hijau.
Proses-prosesnya adalah:

urutkan semua ranting..masukkan daun dalam baldi yang berisi air

ramas daun-daun tadi sehingga mengeluarkan buih/lendirnya

Saya tapiskan/buangkan sisa-sisa daun sebelum mandikan Dalila, sebab saya tahu Dalila tak suka kalo ada benda2 melekat di badannya.

mandi air daun ni sebaik-baiknya pada bilasan terakhir mandian..lepas tu boleh terus lap badan dengan tuala. Tak perlu bilas.

Menurut MIL saya, mandi air daun Peria Pantai ni, boleh mengelakkan sebarang penyakit kulit...misalnya gatal-gatal. Dan ini  merupakan kali kedua Dalila mandi air daun. 1st time dulu masa kat kampung saya, hujung tahun lepas. Dia mandi air daun cili/cabai. Seperti biasalah...dia akan cakap "air green..air green" tak pun "air rumput".. hihihi. Jenuh nak pujuk suruh dia mandi air daun ni, dia lagi suka main "air green" ni jer.







8 comments:

zaidah said...

daunnyer macam daun bunga raya kan....klu untuk demam bleh mandiker air nie min..

Kamsiah said...

mula2 dgr nama dulu,akak igt rupanya mcm buah peria..laa..sekali tgk daun rupanya...akak selalu masak lemak campur keledek dan udang...sedap...dibuat ulam jugak sedap...

intanmaria said...

wah..dalila kecik2 dah mandi air daun2.
baguih la..
:)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

pucuk daun nie boleh buat masak lemakkan?

rynas said...

dah lama tak masuk sini...ohh tak pernah pulak dengar nama pokok nie...boleh ubat kulit yer..

MiJa said...

x penah tau pun wujud pokok nama tu..

アヌム ちゃん~~ said...

Salam.moshi moshi.visit here^^ nice blog.
Feel free to read my new entry @ frommetoyou~
(^____^)

ibu MZW @ farah idayu said...

ibu, daun nih berbau busuk tak? lendir dia melekit2 ker? nak try cari...cam best jek mandi air daun2 nih..hehe~

p/s:macamana dah jadi working mom skang? leh manage time wisely dah? ekeke~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...