nak join? klik banner ni yer

Wednesday, May 4, 2011

@ Keluh Kesah Tukang Pendaftar SPR


Hari minggu yang lalu, semasa kami tengah berjalan2 didalam pasaraya, kami di hampiri oleh seorang perempuan melayu, usianya lebih kurang pertengahan 40-an. Di pendekkan cerita beliau memujuk kami untuk mendaftar sebagai pemilih di kauter SPR yang ada disitu, kami saya dan suami yang sudah lama mendaftar, beritahu kepada makcik tadi tu. Tapi makcik tu secara sepontannya bercerita tentang kerjanya dan mengambarkan betapa "kritikalnya" keadaan Pulau Pinang sekarang. 

Apa yang ingin disampaikan oleh makcik tu, (yang dia maksudkan "kritikal") adalah bila mana tiap2 hari dia menerima pendaftaran yang setinggi ini (sambil menunjukkan ibu jari dan jari telunjuk yang yang dijarakkan seolah2 menyukat- lebih kurang 3-4cm)..dan semuanya adalah dari golongan bukan melayu. Pendaftaran bagi kaum Melayu pula amatlah menyedihkan. Patutlah mulanya tadi makcik ni merayu saya dah suami untuk mendaftar sebagai pemilih.

Katanya lagi.."apalah nasib kita orang Melayu nanti..kalau semua politik dikuasai oleh orang bukan Melayu". Sedih dan risau juga saya mendengar keluhan hati makcik tu, tapi apa boleh buat..tak dapat saya nak bantu apa2.. nak daftarkan Arifa Dalila..tak layak lagi..belum cukup umur lagi..sabar jer lah makcik. 
Lepas sembang dengan kami, makcik tu terus lagi, merayu sorang demi seorang pelanggan Melayu yang lalu berhampiran dengan kaunter pendaftarannya itu.

So korang semua dah daftar ke belum sebagai pemilih? saya dah!
jika belum korang boleh buat secara online di sini : http://www.spr.gov.my/
untuk semak status pendaftaran korang pula, klik disini:http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/ 




4 comments:

mak encik | SZ said...

dah daftar & dah memangkah pun! heeee

ibu MZW @ farah idayu said...

jom pakat ramai2 daftar...risaukan bila org melayu seolah2 wat tak kisah je. takut silap haribulan negara dipimpin kaum bukan islam pulak..minta x jd begitulah.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

BSB dah lama dah....

ibu_Arifa said...

@sz: bagusnyer dah memangkah..saya tak sempat memangkah lagi, hari nak p pangkah tu, tak sihat pulak (dah le tgh preggykan dalila) so xjd nak balik memangkah kat kg.

@ibu MZW @ farah idayu: betul tu farah, yang tu yang kita risau kan. nanti semua hak2 kita..diorg buat tak kisah/abaikan jer. Bab2 adil ni susah nak cari/jumpa sikit zaman2 moden mcm ni. duit lebih berkuasa dari akal betul tak?

@ Be Simple Beb(BSB) - threeQ: bagus!! jgn lupa memangkah juga yer.. wah saya pun tolong promot utk spr jgk..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...