Dah lama saya teringin nak memiliki buku ini, tapi tu lah...kadang2 tidak teringat langsung tentang buku ini, bila dah ada dalam kedai buku. Selalu asyik di bahagian "buku-buku Dalila" sahaja..apalagi kalo bukan Dora dan Mickey Mousenyer tu. Petang Ahad lepas, akhirnya berjaya juga saya beli buku ni di MPH Book Store di Gurney Plaza. Harga 19.90 satu. Saya baru baca sedikit..tapi betul2 terasa buku ni memang bagus! Terutamanya bagi saya yang mempunyai masalah anak yang kurang selera makan..time nak makan jer macam2 alasan yang Dalila bagi. Harap2 dapatlah membantu menambahkan selera makan Dalila tu nanti..ameen!
Saya nak review panjang2 pun tak habis baca lagi..tapi setakat ini..saya boleh kata "buku ni bagus" sebab Kak Wardina ada kongsikan bagaimana dia mendidik anak2nya...dan beberapa nasihat yang bersesuaian terutama nak menangani kerenah terutamanya dlm bab pemakanan anak2 kita di alaf baru ini.
1 comment:
ada tips ke..nak cari gak la..
Post a Comment