nak join? klik banner ni yer

Tuesday, May 31, 2011

@ 1st time main dengan water color

Cerita lama yang baru nak buat entry. Kalo tengok pada tarikh dlm gambar 30 April 2011.
1st time saya buat aktiviti main dengan water color macam ni. Seminggu sebelum tu dah siap beli dah peralatan untuk sesi ni...kat Mydin, Bukit Jambul.

Ibu yang excitet sebenarnya. Tempat yang dipilih..depan rumah MIL. Tak berani nak buat dalam rumah, risau kotor dan nanti ibunya malas nak cuci. Jom layan kelas seni lukis pertama Dalila.

 ibu ajak saya main watercolor hari ni...yey!!
peralatan yang digunakan

 Ibu cakap saya boleh "free style" hari tu. Terus duduk atas latai.

hasil contengan Dalila dan (sikit2 dari Ibu)

Masa 1st time buat dan letak warna dalam pallet warna tu..Dalila memang teruja. Tak pernah tengok "water color" macam tu kan..dengan kertas lukisan bagai. Hihihi.. Sambil1 tu saya sebutkan lah "ini warna ..." "this is ...." menang sepanjang sesi tu saya pastikan juga Dalila pegang berus dan warnakan sambil dia sebut dan tahu warna apa yang sedang dia gunakan. Sambil2 tu saya lukislah "flower" ,"star" ,"fish" dalam lukisannya tu. Saya perhatikan Dalila suka buat "titik2" dan dia sebut sebagai "hujan/rain" dan lagi satu dia suka buat "oval". Tunggu jugak mana tahu dia nak "conteng" or "comot2" kan kertas lukisan tu...tapi tidak. Berhati2 sungguh saya tengok dia mewarna.
siap guna dua-dua belah tangan lagi tu. (Ini karya Dalila yg ke-2)

Dan akhir sekali lukisan dari "tapak tangan Dalila"

Best..syok betul tengok Dalila enjoy sesi aktiviti ni. Sampai nak suruh "stop" pun dia tak mahu.. hihihi. Ada terconteng juga warna di muka dan rambutnya...tapi tak lah banyak.
warna hijau di muka dan dahinya...hihihi.. comel tak?



Friday, May 27, 2011

@ Main Nombor Ekor- Tak Takut Dosa? Tak Rasa Malu ke?

gambar saya google tau! nak cari nahas kalo snap sendiri

Tak kisah lah korang nak klasifikasikan entry ni dalam klasifikasi apa..luahan perasaan ker.. ibu arifa mengomel ke.. janji saya nak share sikit apa yang saya nampak kelmarin.

Kelmarin, lepas habis kerja..plan nak gi kedai gubahan hantaran yang tak jauh dari tempat kerja (belakang SunShine). Berjalan kaki je... senang. Masa on the way ke kadai gubahan tu, terpaksa melintasi 2 deretan kedai. Kat dalam deretan pertama..ada 2 kedai nombir ekor (satu yang selalunya warna kuning dan slagi satu yang ada gambar kuda warna biru). Agaknya time saya lalu tu memang waktu "puncak" kot (atau every time memang macam ni..saya pun tak pasti) punyalah ramai orang masuk keluar kedai tu..saya pun tergerak hati nak toleh..terlihat wajah2 abang2 dan pakcik2 Melayu kat dalam tu..sama sibuk dengan kaum lain. 

Lalu pula di deretan kedai yang kedua, kat sini kedai nombor ekornya warna merah, (nama kedai seakan-akan panggilan untuk "kain selimut yg tebal tu"). ..pun masih situasi sama...ada orang melayu juga. Sedih saya tengok situasi macam ni. Melayu (Islam) main 'nombor ekor'.. kalo bangsa lain tu tak kisah la..sebab biasanya mereka dah kaya raya..dah banyak duit. Heyyy.. korang tak takut dosa ke? tak rasa malu ker? ke sebab ada rasa malu tu yang ada sampai tak buka helmet masa masuk kedai "tu".. kalo korang menang pun, apa yang korang boleh beli?....duit tak berkat..nak bagi makan anak bini ker? nak kirim kat mak ayah kat kampung ke? Daripada dok "melebur" duit kat kedai macam tu..lagi bagus korang bagi sedekah. satu dua ringgit sudah lah...janji ikhlas. Betul tak?

Saya bukan nak jadi ustazah hari ni, tapi sekadar ingin ingat mengingati sesama saudara. Fikir-fikirkan lah apa akan jadi jika anak2 muda/remaja pun melihat dan mencontohi "tabiat buruk" ini. Atau, perlukah dinantikan/diwujudkan undang2 yang khusus bagi mengatasi perkara in? Hmmm ..saya rasa, apa yang penting.. semuanya mesti datang dari dalam diri kita sendiri. Malu dengan Allah serta malu dengan diri sendiri dan masyarakat.


sekian wasaallam.




maaf jika ada pihak2 yang ter'panas'.


Thursday, May 26, 2011

@ sarapan

(Entry yang sepatutnya saya publishkan pagi kelmarin..tp atas masalah teknikal terpaksa di 'tarik balik'. )


Sarapan fav saya di tempat keje. Set B, RM 2. Roti bakar, sosej, dengan telur 'fully cook'. Sedapp..

alhamdulillah..kenyang!


Esok Jumaat..
sarapan adalah percuma (mee, bihun dan kueteaw goreng)
yey! suka! suka! (tick "Like" ala2 kat FB)


korang pulak, sarapan apa pagi ni?


Tuesday, May 24, 2011

@ Beli "Mama, saya lapar.."

Dah lama saya teringin nak memiliki buku ini, tapi tu lah...kadang2 tidak teringat langsung tentang buku ini, bila dah ada dalam kedai buku. Selalu asyik di bahagian "buku-buku Dalila" sahaja..apalagi kalo bukan Dora dan Mickey Mousenyer tu. Petang Ahad lepas, akhirnya berjaya juga saya beli  buku ni di MPH Book Store di Gurney Plaza. Harga 19.90 satu. Saya baru baca sedikit..tapi betul2 terasa buku ni memang bagus! Terutamanya bagi saya yang mempunyai masalah anak yang kurang selera makan..time nak makan jer macam2 alasan yang Dalila bagi. Harap2 dapatlah membantu menambahkan selera makan Dalila tu nanti..ameen!

Saya nak review panjang2 pun tak habis baca lagi..tapi setakat ini..saya boleh kata "buku ni bagus" sebab Kak Wardina ada kongsikan bagaimana dia mendidik anak2nya...dan beberapa nasihat yang bersesuaian terutama nak menangani kerenah terutamanya dlm bab pemakanan anak2 kita di alaf baru ini.



Monday, May 23, 2011

@ Aktiviti Pagi (Sabtu-Ahad) Saya

Dah lama saya tak buat aktiviti ni... rindu sangat nak buat
Nak edit-edit gambar guna photoshop
Bangun Subuh pagi sabtu dan ahad baru ni..
tengok kat luar macam mendung nak hujan jer..
saya terus buat kerja ni
tak de lah terer pun
takat syok sendiri jer..
bila lama tak buat..mesti lupa step..
Kena buka/tengok balik tutorial kat internet.
Nak tengok tak hasil pagi sabtu-ahad saya baru2 ni..
jangan kutuk yer..
saya budak baru belajar..



























































Gambar yang tak berapa lama yang di beri nafas baru...
okey tak? korang suka "tone warna" yang bagaimana? yang nampak vantage stail ke, yang nampak kebiru-biruan/kemerah-merahan/ keungu-unguan ker..atau yang nampak fresh ker?
Edit saya ni banyak gunakan  "Selective Color Option"..
(Image > Adjusments > Selective Color Option)


Wednesday, May 18, 2011

@ Cara saya upload gambar melalui iPhone ke blog

Assalamualikum semua,

Bagi menjawab pertanyaan Dina, "bagaimana saya upload gambar ke blog, menggunakan iPhone?" Hihihi..macam terer jer saya ni..saya pun tak berapa pandai lagi dengan appilikasi-aplikasi dalam iPhone ni. Tapi kalo ditanya cara saya upload gambar/update blog saya..kebanyakkannya saya guna apps "BlogSpace". BlogSpace boleh dicari (guna iPhone) dan terus download, save dalam iPhone kita tu. Free saja..

Review saya terhadap BlogSpace:
1. Gambar cepat upload ke blog, tak perlu tunggu lama.
2. Butang2 yang "BlogSpace" sediakan yang mesra pengguna..senang nak "preview, upload, publish" dan sebagainya.
3. Yang tak bestnya, saiz gambar tu..besar 'gedabak' bila dah upload..hihihi..tak semua saya suka gambar besar2 kat blog, terutamanya gambar saya le (acik malu youuu..). So, dah upload besar2 tu dah tak leh edit saiznyer dah.. huhuhu.

So, ada sesiapa yang guna aplikasi lain tak untuk update blog/upload gambar melalui iPhone? Best tak guna appikasi tu? Meh la kongsi ramai2.





Tuesday, May 10, 2011

@ Gambar Dalila dalam Majalah Mami Baby

Terlebih dahulu nak ucapkan "terima kasih" buat blogger ZieFauzi yang bagitahu gambar Dalila ada kat dalam majalah Mami Baby minggu lepas. Ya, memang saya ada hantar gambar Dalila kat majalah ni..saja suka2mencuba nasib, setelah melihat 2-3 orang blogger kita (terutamanya Anje dan MamaZhafran) buat entry berkenaan dengan ini. Tak sangka pulak akan terpilih pada bulan May sebab saya hantar guna pos biasa saja...pakai setem 60 sen pada bulan awal Mac lepas.

cover depan majalah Mami Baby bulan Mei- Sari Yanti

Gambar Dalila terpilih dalam ruangan "Percutian Ceria bersama FIFFY".. terima kasih Fifffy

gambar asal yang dihantar

Syukur alhamdulillah...suka giler saya sebab 1st time tengok gambar anak sendiri kat majalah. Hihihi..gambar ni di ambil semasa kami ke Taman Rimba di Teluk Bahang, Pulau Pinang. 1st time bawa Dalila datang sini, tengok pokok-pokok...redup dan nyaman jer suasana.




Monday, May 9, 2011

@ Saya dah ada 2 mug KitKat :)

Hihihi.. Dah 2 minggu berturut-turut saya beli kitkat. Sebab boleh dapat mug free yang cantik. Warna merah terang lagi you.. I like!!.. Boleh bawa ke tempat keje saya nanti.



Ni lah hasil koleksi saya sejak 2 minggu ni. Cantik tak?




Mesti beli pek kitkat yang ada label mcm ni yer baru boleh dapat.. 
1 pek kitkat = 1 mug



sapa suka makan kitkat jugak..angkat tangan/keyboard!!!!
hihihihi...jangan marah ye..


Friday, May 6, 2011

@ salam jumaat semua!!

Wah, cepatnya dah masuk hari jumaat. Hari jumaat, kami xperlu pakai baju uniform.

Harini saya pakai baju kurung coklat-oren. Ada sape2 yang pakai tema coklat tak hari? Hihihi.. gambar sebelum keluar rumah.



Byee.. Nak gi kerje dulu..

esok cutiii... yeay!

Wednesday, May 4, 2011

@ Keluh Kesah Tukang Pendaftar SPR


Hari minggu yang lalu, semasa kami tengah berjalan2 didalam pasaraya, kami di hampiri oleh seorang perempuan melayu, usianya lebih kurang pertengahan 40-an. Di pendekkan cerita beliau memujuk kami untuk mendaftar sebagai pemilih di kauter SPR yang ada disitu, kami saya dan suami yang sudah lama mendaftar, beritahu kepada makcik tadi tu. Tapi makcik tu secara sepontannya bercerita tentang kerjanya dan mengambarkan betapa "kritikalnya" keadaan Pulau Pinang sekarang. 

Apa yang ingin disampaikan oleh makcik tu, (yang dia maksudkan "kritikal") adalah bila mana tiap2 hari dia menerima pendaftaran yang setinggi ini (sambil menunjukkan ibu jari dan jari telunjuk yang yang dijarakkan seolah2 menyukat- lebih kurang 3-4cm)..dan semuanya adalah dari golongan bukan melayu. Pendaftaran bagi kaum Melayu pula amatlah menyedihkan. Patutlah mulanya tadi makcik ni merayu saya dah suami untuk mendaftar sebagai pemilih.

Katanya lagi.."apalah nasib kita orang Melayu nanti..kalau semua politik dikuasai oleh orang bukan Melayu". Sedih dan risau juga saya mendengar keluhan hati makcik tu, tapi apa boleh buat..tak dapat saya nak bantu apa2.. nak daftarkan Arifa Dalila..tak layak lagi..belum cukup umur lagi..sabar jer lah makcik. 
Lepas sembang dengan kami, makcik tu terus lagi, merayu sorang demi seorang pelanggan Melayu yang lalu berhampiran dengan kaunter pendaftarannya itu.

So korang semua dah daftar ke belum sebagai pemilih? saya dah!
jika belum korang boleh buat secara online di sini : http://www.spr.gov.my/
untuk semak status pendaftaran korang pula, klik disini:http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/ 




Monday, May 2, 2011

@ entry testing-testing

Salam sejahtera semua.
Ni 1st entry, testing tulis guna iphone.

Nak test sekali upload pic dalila jgk ni.


Gambar fresh dr queensbay mall.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...