nak join? klik banner ni yer

Sunday, June 6, 2010

@ Nak ke Kenduri Tapi Sesat Pulak

Kelmarin 5hb Jun..cuti am..so ada lah jemputan kenduri kan.. Kami sepatutnya menghadiri 2 undangan majlis perkahwinan saudara terdekat side Abah kelmarin. Tapi satu kat KL dan satu kat Sungai Petani. So, nampaknyer..terpaksa memilih untuk ke majlis yang terdekat lah..yg di Sungai Petani tu.

Plan dan janji2 dengan Kak Long (Kakak Abah) nak jumpa kat mana2 tepi jalan..selepas solat zohor..memandangkan Kak Long ada banyak jemputan kenduri lain hari tu...so Kak Long satu family keluar awal. Tup..tup..ada hal lain pulak yang terjadi..then we all terpaksa jumpa kat rumah kenduri jer.

Abah memang tak ingat sangat jalan area Sungai Petani ni..harap kat GPS saja. Selalu masa raya pun..dok follow Kak Long jer kesini ..sebab suaminyer jenis mudah ingat jalan. So..nak di pendekkan cerita...cik GPS kami ni tak jumpa pulak nama taman umah kenduri tu..puas jugak kami pusing cari..sampai jam 5 ptg..last2..kami berhenti parking kat tepi Tesco Sungai Petani..call kak Long bagitau yang kami nak balik dah.. Kirim salam jer kat Cik Yah.. kami nak balik sebab tak jumpa taman tu.

Suami Kak Long (a.k.a Abang Zaki) pun dengan kesiannyer datang menjemput kami di Tesco. Sampai ka rumah kenduri pun ..orang dah nak simpan2 barang dah..dah punggah2 meja dah.
Huhuhu...makan pun tak selesa..kat belakang kita ada lori dok angkut2 meja dah.

Keluar rumah jam 2.30ptg dari Penang... sesat sampai jam 5.. sembang jap-pong pang pong pang kat rumah kenduri..bertolak balik dari rumah kenduri jam 6.30ptg gitu. Singgah pulak rumah Kak Long kat Bertam, untuk solat Asar..Pas magrib baru balik Penang... letihnyer

letih macam nak tidur macam ni jer....zzZZzzz

letih duduk dalam kereta jer satu petang.. sebab apa? sebab SESAT..kalo tak sesat sure sampai sana awal..so bole h balik awal.


p/s: nak tau sebab apa tak jumpa nama taman tu...sebab kat map GPS dia tulis "Taman Cendana Indah" tapi kat map dalam kad jemputan tulis "Taman Cendana Emas".. banyak pulak taman Cendana XXXX..kat area situ. tu yg letih tu.

Photobucket

Friday, June 4, 2010

@ Painting Da' Rainbow Giveaway


Nampak giveaway ni kak blog Kak Nadnye..macam senang jer nak join..

sape2 nk join jugak boleh klik SINI.

Tarikh tutup: 30 Jun 2010


Photobucket

@ Plan Nak Makan Kari Kepala Ikan yg Gagal

Kejadian ni berlaku hari Ahad 30 Mei yang lalu. Acu (adik Abah) yang dapat kerja di sebuah bank di Alor Star, nak belanja makan KARI KEPALA IKAN makan tengah hari nyer. Semua adik beradik Abah datang kecuali suami Fauziah (papa Fa'iq) kerana menemani Fa'iq yang ditahan di GH kerana demam sejak 3 hari lepas.

So, haritu plannyer nak makan di Restoran Pan Mutiara lah..sebab kat situ memang terkenal dengan kari kepala ikan yang best. Sebelah jer dengan IKIM. Sampai jer kat sana, tengok ada pulak sepasang pengantin tengah dok ambik gambar depan restoran tu. "Ada orang buat kenduri kawen kat sini gamaknyer ni?" Abah gi tanya kat pekerja restoran yg sedang jaga parking tu, katanyer.."Minta maaf yer cik, hari ni semua meja "full book" untuk majlis kenduri kawen.. kalau nak, boleh datang balik lepas jam 7malam." Huhu..ada jugak saya gurau kat Abah.."Jom la buat2 kenal dengan pengantin tu..masuk dan angkat tangankat pengantin tu..leh makan free" hihihi

pan mutiara..curry house Penang

depan restoran tu...ramai..

Mana sempat nak tunggu sampai jam 7 malam..So, Abah pun bawalah ke sebuah kedai lain..kedai makan dalam kawasan hutan bakau. Sampai situ, kebetulan makan kat situ dah habis awal pulak. Last2 Acu cakap "Kita makan di pizza jer lah" yer lah dah dekat jam 3 petang ni..tak makn tengah hari lagi..kejap lagi dia pun nak balik Alor Star dah..dan Kak Long nak kena Ashraf balik matrix.

Last2 makan pizza dalam Giant-depan umah kami jer..hihihi.. Saya tak kisah jer..sebab saya tak berepa gemar sangat kari2 nih.. sekali sekala saya makan lah jugak.

 gambar makan di pizza yer..sebelum makanan sampai..

Acu, Faqihah dan Kak Long..peace!!

 Fauziah dan Quiyyum yang comel

tak de gambar semasa atau selepas makan..sebab semua budak2 dah meragam dah..dah mengantuk sebab letih bermain...pantang jumpa sepupu2 mereka nih..


p/s: merasa assistan manager bank belanja makan kali ni..alhamdulillah..semoga dimurahkan rezeki mu dik.

Photobucket

Thursday, June 3, 2010

@ Corat Coret 1st time Drive Sendiri Balik Kg

Entah lah..mungkin dalam "mood" excitet sebab baru lepas drive sendiri sejak hampir setahun tak pegang stereng. Alhamdulillah..semuanya selamat. Allah lindungi perjalanan kami :)
Saje nak coretkan pengalaman saya masa 1st time drive jauh masa balik kampung baru2 ni. Buat kenang kenangan bila saya dah terer drive nanti...insyaAllah

LALU TOL
Ni juga merupakan kali pertama saya drive melalui tol, kalo dari Penang nak balik kampung saya, hanya 3 tol yang perlu di lalui.

Tol pertama di Tol Sungai Dua: kena scan jer kad 'touch n go' tu..alhamdulillah.. 1st time-pass!! risau jugak..mana nak kena slow..ambik lorong yang sesuai.. dan pikir nak pijak clutch lagi..risau mati enjin jer kat situ.

Tol kedua di Tol Hutan Kampung: 2nd time fail!!..terbehenti jauh sikit dari peti scan 'touch n go'..so bila hulur tangan..tangan tak sampai.. terpaksa buka pintu baru boleh scan. Panik jugak sebab ada 2-3 kereta kat belakang..terus  tekan clutch dan masuk gear..terlupa pakai semula seatbelt..alamak!!

Tol ketiga di Tol Jitra: 3rd time pun fail!!. lagi..pun sama terbenti jauh terlebih ke kiri dari peti scan tu. hulur tangan tak sampai..tapi kali ni kereta kat belakang tak de..sempat lah pakai semula seat belt dulu.


PANDU LAJU dan TERPAKSA MEMOTONG KENDERAAN
Saya plan dari rumah nak drive slow jer untuk kali pertama drive ni..80kmj jer mula tu. tapi bila dah on the road, banyak pulak lori dan kontena yg besar2 yang di jalan termasuklah diatas highway. Yang potong kereta kita, tak pelah..kita buat tak tau jer walaupun takut2 jugak sebenarnyer.. tapi lori yang bawak agak slow tu pun prob jugak... tak kan nak follow dia pulak..tengok muatan yang ala-ala tunggu masa nak tercicir jer.. terpaksa la saya memotong nyer..hubby pulak sibuk suruh tekan minyak..suruh potong semua lori yg slow2 kat lane kiri!! dasyat tul suami ku..suh pandu laju2 pada 1st time drive ni.
Saya ni berdebar2 lah jugak nak potong kenderaan berat dan panjang macam tu..dah lah kena laju kan..110kmj bagi saya tu dah tahap gaban punya laju dah tuh. Nasib baik semuanya okey.


KAT SIMPANG EMPAT YANG TAK DE LAMPU ISYARAT
Yang ni simpang dekat2 nak ke pekan Jitra. Saya nak belok ke sebelah kanan..tapi jalan sebelah kanan tu muka bumi nya macam naik turun bukit sikit..so kenderaan yang datang dari kanan saya tu akan nampak dalam jarak yang agak dekat (bagi saya +-50m tu kire dekat lah).. teragak2 sikit disimpang tu sampai kena hon. beberapa kali .hihihi...pastu tepaksa lah kasi lah kereta2 kat belakang tu potong saya dulu (sebab saya di barisan paling depan)

Huhuhu..nanti nak drive lagi lah... 
practise makes perfect!!  betul tak kawan2.


Gambar selingan...


Dalila yang takut2 naik mainan token tu di Star Parade.


Photobucket

@ Mamaeja & JJC 1st Giveaway: Cutest Baby With Hat Contest

 Nama Anak: Arifa Dalila
Tarikh Lahir: 23 Sept 2008
Nama Ibu: Pn.Min
Email Ibu: ibuarifa[at]gmail.com

Gambar ni diambil ketika bawa Dalila bersiar-siar di sekitar kawasan perumahan kami. Dalila sedang seronok melihat sepasang kupu-kupu terbang berkejar-kejaran berhampirannya.

Pendapat tentang blog mamaeja:
Saya baru jer masuk blog mamaeja ni.. tahu blog ni sebab ada contest, so tak banyak yang pendapat yang boleh saya berikan lagi TAPI buat masa ni, saya suka blog mamaeja sebab warna pink dan tengok2 gambar Assyura yang sangat COMEL!!



Banner penganjur contest di bawah ini:




Tarikh tutup: 17 Jun 2010

Photobucket

Wednesday, June 2, 2010

@ Dah Dekat Nak Puasa/Raya Dah

Sekejap jer kan..pejam celik dah bulan Jun dah..lagi 6 bulan lagi untuk habiskan tahun 2010 ni. Dalam sibuk2 uruskan rutin harian tu jangan terlupa pula, puasa dan raya dah makin dekat.. dah habis ganti puasa ker belum? Kain untuk buat tempahan baju raya dah cari ker belum? Yerlah..dah jadi Ibu dan family sendiri ni, nak juga nampak cantik dan sedondon masa raya nanti.

Puasa tahun lepas belum sempat ganti lagi, adalah lebih kurang 2 minggu juga.. Asyik bertangguh saja. Harap2 dapat cepat2 di langsaikan "hutang" itu.. ada sapa2 nak puasa ganti jugak nanti ..ajak saya juga yer..hihihi..ada kawan baru best!


Saya dah pun beli kain untuk dibuat baju raya nanti. Beli masa balik kampung haritu kat Gulatis di Star Parade. Kat Penang ni tak de kedai kain yang cantik2..paling hebat pun (yang saya tahu) kat Kamdar di Bukit Jambul.1st time masuk Gulatis memang rambang mata..kain 2 kali ganda lebih cantik dari di Alamoda Sg.Petani.
Warna tema raya kami satu keluarga kali ni adalah hijau torquise untuk hari pertama. Hari raya ke dua dan seterusnya..lum cari lagi..budget nak beli jer baju2 tu. Senang!

Dah ada kain ni, kena cari lah tukang jahitnyer pulak.. kat Penang ni tak jumpa lagi tukang jahit yang sedap pakai bajunyer. Dulu ada jumpa seorang, memang puas hati dengan jahitan dan sulamannya tapi bila ke kedainyer dah di tutup dan no.handfon dah bertukar, saya tak dapat lagi pegantinya. Kat kampung aritu, ada tempah sorang akak tu, tapi dia buat ada sikit "kureng" puas hati kat baju kurung Dalila.. terus risau nak hantar lagi kain padanya. Lambat hantar..kang tukang jahit tak mau terima pulak!
 Agak2..kalo suruh Datuk Siti jahitkan..dia mahu terima lagi tak tempahan? hihihi

Huhuhu.. ada sape2 tau atau ada sedara yang pandai jahit area2 penang ni nanti bagitau saya ek..

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...