nak join? klik banner ni yer

Monday, March 22, 2010

@ Masej "pelik2" dari siapa?

Korang selalu tak dapat masej/sms yg pelik2 dari no yg tidak di kenali? Kalau sms dari Celcom or Maxsi tu kita tahu lah sbb no nyer hanya 5 angka saja cthnyer 22339, 22333 ker. Pernah saya terima sms yang mengatakan ada menawarkan khidmat 'video2 panas' kekononnyer, gambar atau aksi2 yg 'tak masuk dek akal' yg TIDAK AKAN saya ACCEPT walaupun diberi percuma sekali pun. Mcm yg "paling dasyat" yg pernah saya terima dulu iaitu si pemanggil tu siap tahu nama penuh saya lagi (pernah citer kat entry INI).

Kalau sekali sekala tu boleh lah pejam2 mata, tapi kalo selalu tak ke satu koje nak 'delate' msg2 tu


Salah satu sms yg baru saya terima yg agak 'baik' sikit nadanyer adalah:

Sebagai tanda penghargaan di atas kesetiaan anda, nikmati wallpaper dan nada bunyi / video terbaru tanpa yuran pengaktifan! Muat turun x terhad! Balas YA sekarang!

no pengirim sms ni: 017 7258353


Yang hairannyer..macam mana lah "diorg" ni dapat no hp kita ni yer?
Adakah "mereka2" ni hanya meneka saja nombor (so, nasib lah sapa yg dapat sms mereka itu) atau mereka ni ada "org dalam" dengan pembekal rangkaian perkhidmatan telefon?

Pernah juga terbaca di blog kawan2, yg mengatakan sesetengah pemanggil meminta no acc bank kita..kekononnyer nak bank-in kan duit yg TETIBA/tak pasal2 saja kita menang. Terus letak saja kalo dapat panggilan mcm ni yer..


Hai dunia..dunia mcm-mcm cara "org" buat nak CEPAT jadi KAYA kan...



Photobucket

Friday, March 19, 2010

@ Dalila dan Berus GiGi

Perkembangan gigi Dalila sekarang..seusia umurnyer yg dah 1 tahun 5 bulan ni, dia dah penuh semua gigi dihadapan, jumlah semua gigi Dalila sekarang dah 16 batang, dan dalam proses nak tumbuh gigi garham ke-5 skrg..dok meleleh air liur jer skrg bila tgh main dgn Ibu dan Abah.. jenuh Abah mengelak dari terkena titisan air liur tu..hihihi..kena Ibu..Ibu okey jer.


Buat masa ni, dah 2 kali Ibu bawa Dalila p jumpa doktor gigi kat klinik gov. 1st time saje nak check gigi utk usia 1 tahun..(entry nyer kat SINI)...dan yg 2nd time nak pi sapu florida paste kat gigi Dalila..(entry ni pulak kat SINI.)


Nak tengok Dalila gosok gigi tak? Dia gosok pun ikut mood dia, kadang2 tak mau..tp hari2 Ibu kena paksa gosok dgn kain. Caranya: basahkan kain lampin, balut jari Ibu dgn kain tu, dan gosok permukaan gigi tu. Selalunye, Dalila akan menagis dan meronta2-tanda tak suka. Dulu2..memula Ibu perkenalkan berus gigi, dia suka, boleh nganga sendiri luas2 kasi Ibu berus giginyer.. Tapi skrg tidak lagi..kasi dia kasi pun, kejap jer..boleh lah Ibu berus kena 1 batang gigi jer kot..pastu.. dia cakap.. "dah..dah...dah"

Ni gambar terbaru, smlm Ibu ambik..

Ni dia tgk gosok gigi tp sambil tgk tv dan sambil2 "makan" ubat gigi tu.. dok minta Ibu tambah lagi bila habis kat berus tu. rasa sedap kot.


kadang2 dia gigit2 batang berus gigi tu jugak


Hanya berus gigi dan ubat gigi ini yg akan dia guna.. yg lain buat sedekah kat org jer sbb dia tak mau guna.


close up sikit..TENGOK!!..sampai dah ada 3 lubang bulu berus tu dah tercabut. Baru jer beli bulan lepas.



Doktor gigi kata aritu, tak berapa di galakkan kanak2 guna berus gigi org dewasa, tp daripada dia tak mau gosok gigi langsung, doktor gigi cakap "dibolehkan"..asal hang mau gosok sudahlah nak oii..

Berus gigi mesti sama warna dan jenis dgn berus Ibu...yg ada gambar bear2 ker karton2 ker dia tak heran pun.

Ubat gigi Ibu sapukan "hanya calit2" gitu jer..tak sampai sebesar biji kacang pun..sbb tau Dalila nak "makan" dan akan minta tambah lagi dan lagi pastu..




Photobucket

Thursday, March 18, 2010

@ If You are Happy

Kadang2 ker selalu nih memang Dalila suka kacau Ibu time Ibu duduk depan PC, nak blogwalking ker nak FB ker.. mesti ada kurang2.. 3 tangan yg dok "tolong" menekan keyboard, and up Ibu terpaksa sorokkan keyboard bila waktu siang/mlm sblm Dalila tidur. Target seterusnyer..cik tetikus ku ini..skrg dah tak boleh right klik dah. Entah bila nak dapat "bela" cik tetikus yg baru nih..

So, apa Ibu akan buat bila dia nak berblogging sama..Ibu akan buka video youtube, dan mainkan beberapa video lagu kegemaran Dalila..antaranyer lagu "I love you-Barney" "old mc Donald" "ABC song" "Sifat 20" "Baba black sheep" dan "if you are happy-clap your hand"
pastu dia sibuklah dok ikut menyanyi.. siap nari lagi. dah habis satu lagi dia sebut.."nak..nak..nak.." maksudnyer nak lagi lah tu..suruh replay lagi.


Ini adalah salah satu video fav Dalila. "If you are happy, clap your hand"

SILA FOKUS PADA KANAK2 PEREMPUAN YG BERTOCANG 2 DIBARISAN BELAKANG, MEMAKAI BAJU BERWARNA MERAH, sangat comel dan bijak dia menari!




p/s: dek kerana penangan youtube ni..kekadang PC tak "on" pun dia suruh kita "on" kan..nak nyanyi2 lah tuh..

p/s: Ibu dah pernah cuba videokan time Dalila tgh layan video kat youtube nih..tapi TAK JADI sbb bila dia tgk kamera..terus dia control ayu..hihihi

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...