Nak jugak tu buat entry cuti raya..hihihi.. bukan apa, kan tahun ni saya dah kembali berkerja setelah sekian lama jadi manager kat umah tu, so harus lah kali ni saya cerita pasal cuti raya saya.
Alhamdulillah company saya, yang baik hati dah keluarkan email; kami akan start bercuti on Isnin 29 hb Ogos sampai Khamis, 1st Sept (cuti ganti untuk cuti 1 Malaysia). So, saya just ambik cuti on 2nd Sept sahajalah nanti, boleh cuti 1 minggu lebihhhhh...yahooo..yabedabeduuuu...
Kami plan balik kampung saya kat kedah pada hari Sabtu 27hb Ogos ni, maybe akan stay kat sana sampai 1 atau 2 hb. Lama kan?.. sebab side family asben tak beraya sangat tahun ni, sebab ada 2 orang ahli keluarga tengah berpantang lepas bersalin..so tahun ni plan raya kat side family saya sajalah.
Asben pulak kena cuti lebih kot, sebab dia kena hantar adik bongsunya sambung belajar, buat degree kat UMP. Hari pendaftaran pada 4hb Sept. Saya dan Dalila tak jadi ikut. Kereta dah penuh. Kalau gi sana jalan2, nak ler follow :P, leh jumpa Fara a.k.a Ummi Eisya & Amani. So sepanjang cuti nanti kemungkinan rumah maya kami ni pun "cuti" lah juga. :(
Korang pulak balik beraya di mana dulu tahun ni? dapat berapa hari cuti raya?
Korang pulak balik beraya di mana dulu tahun ni? dapat berapa hari cuti raya?