nak join? klik banner ni yer

Wednesday, June 29, 2011

@ Aku Yang Rajin: Tukar Header Blog

Hihihi...malam tadi saya dilanda kerajinan. Tetiba rasa nak tukar header blog pulak. Nak try yang transperent pulak. Hihihi..okey tak? Saya guna photoshop. Senang je nak buat ni...tak perlu pening2 nak buat/fikir blackground dan yang penting, step last sekali time nak save, korang kena save lah dalam .PNG file. Kalau guna JPEG... maka akan jadi putihlah warna blackgroundnya tu.

 cantik tak header baru saya ni? simple je kan..

babai header lama...jasa mu kami kenang!




Monday, June 27, 2011

@ Aku Yang Rajin: Pakai Inai

Tetiba time ke kedai runcit (kepunyaan mamak) kat area umah, ternampak pulak inai tiub ni. Terus beli RM2.50 satu. Dah lama saya tak pakai inai dijari..rasanya sejak ada Dalila kot.  Sampai rumah terus pakai/guna. Saya buat depan Dalila....hairan Dalila tengok saya pakai inai. Dia cakap "wanginya...wanginya.." bila saya nak pakaikan dia tak mahu pulak.

Haa...nak tengok? Tak de lah seni sangat pun...comot2 jer tp still suka nak deko2 kat tangan sendiri.. suka hatilah cantik ker tak..



tara!!!



saya pakai 3 jari saja..sebab rasa tak best brand ni...bau tak macam yang dulu2 saya pernah guna.. yang ni bau macam paste "water color". Banyak pewarna agaknya brand ni.

Dulu zaman sekolah2, memang mak rajin pakaikan inai kat saya. Maklumlah anak perempuan sorang ni jer. Boleh katakan tiap2 kali raya...sure saya pakai inai. Mak saya memang rajin giling inai dengan batu giling dia tu. Pastu siap balut dengan kain then ikat satu-satu jari pulak sebelum saya nak tidur. Alahai rindu pulak kat mak.." Sayang mak...terima kasih mak.."
 




Friday, June 24, 2011

@ menghilangkan rasa mengantuk

Hihihi..hari ni beli gula2. Buat simpan kt opis. Kot-kot mengantuk leh masuk mulut. Korang nak gula- gula ni meh la ambik kat meja saya yer...



ada gula-gula sugus, hudson's dan torrone barley.
meh la ambik satu dua.

Wednesday, June 22, 2011

@ makan rebung tengah hari ni

Alhamdulilah, dapat makan gulai rebung hari ni kat tempat keje. Sedap. Selalunya nak makan masakan rebung sedap2 mesti kat kampung sendiri kat kedah. Fresh dari pokok lagi.


RM3 sekali dgn ikan goreng sekor.

Selamat menjamu selera semua... Nak rase sikit tak gulai rebung ni?

Tuesday, June 21, 2011

@ Dah Tempah/Beli Baju Raya untuk tahun ini?

Tak sempat tul nak update blog. maaf yer kawan2 semua..lama saya tak meziarah ke blog korang semua. Agak buzy sikit sejak dah kerja ni.
Hmmm..dah nak dekat puasa dah kan.. sekejap jer rasa tahun 2011 ni. Puasa sebulan pastu dah nak raya dah pulak. Korang dah hantar/dah beli baju raya ke untuk tahun ni? Saya dah siap hantar kain untuk di tempah untuk raya tahun ni. Kali ni try tukang jahit lain pulak. Tukang jahit tahun lepas tu macam rasa tak best pulak. Jahit tak kemas.

Kami tahu ni beli kain untuk baju raja di Jakel, Alor Setar. Walaupun saya memang asal dari Kedah, tapi tetap tak pandai jalan2 kat Kedah. Pakai GPS pun tak jumpa2. Mujur ada Shira yang pandai bagi guide ke Jakel tu. Thanks Shira! Guide guna sms je pun tepat dan padat.

Tahun ni kami pilih warna tema purple-pink. Abah buat baju melayu (purple-sebab xmau pakai pink :( ), saya baju kurung pahang dan Dalila baju kebaya moden. Hihihi.. nak sedondon punya pasal terpaksa lah tempah..lagi pun setahun sekali jer kan.. untuk hari raya ke-2 dan seterusnya, kami beli jer nanti.. dekat2 nak raya beli pun sempat lagi. Hihihi..tahun ni duit raya untuk anak2 sedara saya mewah la sikit dari tahun lepas. Mak su dah kerja sekarang, dalam ang pau sure bagi lebih la kat korang.


ade sape pakai warna pink-purple jugak raya tahun ni? kita buat geng bas sekolah raya nanti...ekekeke





Wednesday, June 8, 2011

@ Boing: getah ikat rambut

Tak sampat nak update blog sejak kembali berkerja dan tinggal di rumah MIL ni. Banyak story mori tapi tak sempat nak buat entry. Huhuhu. So, another short entry guna hp, dan Penang free wi-fi.



Nak kongsi dengan korang tentang getah ikat rambut ni. Brand Boing. Biasalah, dah ada anak perempuan ni, mesti nak ada aksesori bagai, termasuk juga aksesori di bahagian kepala. Rambut my Dalila dah makin panjang, so harus di ikat agar kemas dan tidak panas. Plus Ibunya pun rajin nak men'tocangkan then letak sepit bagai sebenarnya..hihihi.

Kalau korang suka guna getah rambut jenis 'getah' mcm dalam gambar diatas tu, saya nak syorkan jenama Boing ni. Tahan lasak, ikat lama2 then esok pakai lagi, lusa guna lagi pun still okey. Tak mudah putus or kendur/rosak. Harga 1 paket pun dlm RM1 je.

Okey lah..itu jer. Nanti tulis lagi dah xjadi short entry la pulak..ngee ngee.. Okey semua...daaaaaaaaaa.

Wednesday, June 1, 2011

@ Wordless Wednesday: Gaji Pertama ku

Dah satu 1hb hari ni.. ekekek...saya suka..sebab gaji saya dah masuk malam tadi. Sekarang dok tersenyum2 fikir nak shopping apa dengan duit gaji sendiri nih. 4hb ni Jusco members Day pulak...memang kenalah dengan "status poket" plus mood nak bershopping ni.. Apa yang saya nak shopping ek?

shopping baju saya dan baju Dalila

 shopping kasut dan bag..  ngeee..ngee..


perfume..wuhuuu..


Hihihi..amboi..syoknyer daku berangan2..Tapi semua setelah ditolak bahagian untuk mak ayah. Kasi berkat sikit duit gaji pertamaku ini. Alhamdulillah.. syukur kurniaan mu Ya Allah..



errr..ada sape2 nak teman shopping tak? hihihi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...