nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

@ Boing: getah ikat rambut

Tak sampat nak update blog sejak kembali berkerja dan tinggal di rumah MIL ni. Banyak story mori tapi tak sempat nak buat entry. Huhuhu. So, another short entry guna hp, dan Penang free wi-fi.



Nak kongsi dengan korang tentang getah ikat rambut ni. Brand Boing. Biasalah, dah ada anak perempuan ni, mesti nak ada aksesori bagai, termasuk juga aksesori di bahagian kepala. Rambut my Dalila dah makin panjang, so harus di ikat agar kemas dan tidak panas. Plus Ibunya pun rajin nak men'tocangkan then letak sepit bagai sebenarnya..hihihi.

Kalau korang suka guna getah rambut jenis 'getah' mcm dalam gambar diatas tu, saya nak syorkan jenama Boing ni. Tahan lasak, ikat lama2 then esok pakai lagi, lusa guna lagi pun still okey. Tak mudah putus or kendur/rosak. Harga 1 paket pun dlm RM1 je.

Okey lah..itu jer. Nanti tulis lagi dah xjadi short entry la pulak..ngee ngee.. Okey semua...daaaaaaaaaa.

Tuesday, May 24, 2011

@ Beli "Mama, saya lapar.."

Dah lama saya teringin nak memiliki buku ini, tapi tu lah...kadang2 tidak teringat langsung tentang buku ini, bila dah ada dalam kedai buku. Selalu asyik di bahagian "buku-buku Dalila" sahaja..apalagi kalo bukan Dora dan Mickey Mousenyer tu. Petang Ahad lepas, akhirnya berjaya juga saya beli  buku ni di MPH Book Store di Gurney Plaza. Harga 19.90 satu. Saya baru baca sedikit..tapi betul2 terasa buku ni memang bagus! Terutamanya bagi saya yang mempunyai masalah anak yang kurang selera makan..time nak makan jer macam2 alasan yang Dalila bagi. Harap2 dapatlah membantu menambahkan selera makan Dalila tu nanti..ameen!

Saya nak review panjang2 pun tak habis baca lagi..tapi setakat ini..saya boleh kata "buku ni bagus" sebab Kak Wardina ada kongsikan bagaimana dia mendidik anak2nya...dan beberapa nasihat yang bersesuaian terutama nak menangani kerenah terutamanya dlm bab pemakanan anak2 kita di alaf baru ini.



Wednesday, May 18, 2011

@ Cara saya upload gambar melalui iPhone ke blog

Assalamualikum semua,

Bagi menjawab pertanyaan Dina, "bagaimana saya upload gambar ke blog, menggunakan iPhone?" Hihihi..macam terer jer saya ni..saya pun tak berapa pandai lagi dengan appilikasi-aplikasi dalam iPhone ni. Tapi kalo ditanya cara saya upload gambar/update blog saya..kebanyakkannya saya guna apps "BlogSpace". BlogSpace boleh dicari (guna iPhone) dan terus download, save dalam iPhone kita tu. Free saja..

Review saya terhadap BlogSpace:
1. Gambar cepat upload ke blog, tak perlu tunggu lama.
2. Butang2 yang "BlogSpace" sediakan yang mesra pengguna..senang nak "preview, upload, publish" dan sebagainya.
3. Yang tak bestnya, saiz gambar tu..besar 'gedabak' bila dah upload..hihihi..tak semua saya suka gambar besar2 kat blog, terutamanya gambar saya le (acik malu youuu..). So, dah upload besar2 tu dah tak leh edit saiznyer dah.. huhuhu.

So, ada sesiapa yang guna aplikasi lain tak untuk update blog/upload gambar melalui iPhone? Best tak guna appikasi tu? Meh la kongsi ramai2.





Wednesday, March 2, 2011

@ Pati Ikan Haruan

Ikan haruan.. ada sesetangan kita tak suka makan ikan haruan/ ikan darat kan? Mungkin sebab bau hanyir ikan tu kot. Saya makan semua ikan darat..mak ayah saya orang bendang/pesawah padi. Kadang2 balik dari sawah...mereka bawak balik ikan juga. Rezeki.

Tapi kalo nak citer bab pati ikan haruan pula..saya ada sikit pengalaman. Saya dah minum beberapa jenis/jenama pati ikan haruan yang ada terjual di pasaran secara di pasaraya. Orang cakap pati ikan haruan ni, memang bagus untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. 1st time dulu minum Pati ikan haruan Polleney.. kotak warna hijau. Rasanya...tak tergambar dek kata2..tapi sebab terpaksa, untuk kesihatan..saya telan juga. 

Jenama ke-2 yang terkini saya cuba adalah MasPati Ikan Haruan dengan Gamat..beli yang ni sebab nampak tanda HALAL nya yang besar gitu. Rasanya? Lagi 'dasyat'..mungkin sebab ada gamat kot. Tapi lagi baik ada sekali dengan gamat macam ni..sebab gamat pun bagus untuk sembuh luka jugakan.

Dalam pantang masa bersalin kan Dalila 2 tahun lepas (saya emergency ceserian), saya tak minum pati ikan haruan yang cecair macam ni. Saya makan pil pati ikan haruan jenama Lisa Formula. Senang, tak payah kerut2 muka nak tahan nafas masa nak telan. Sup ikan haruan yang fresh pun makan jugak tapi agak susah nak cari ikan haruan kat sini. So, ambil yang pil je lah time tu.
Hihihi...Pilihan masing2 lah kan..mana yang rasa baik untuk diri sendiri.

Korang bagaimana pula? Makan tak pati ikan haruan..



Monday, November 8, 2010

@ Potato Spring

 potato spring

Sape dah try ni? sedap jugak kan. Saya dah try sekali bulan lepas..kat pasar malam sungai Ara. Punyalah ramai orang menunggu nak beli benda ni. Saya dah siap tawaf 2 kali kat pasar malam tu pun orang tak surut2 lagi. Last2 sebab nak try jugak, saya pun join juga kumpul depan gerai brader yang jual potato srping ni.

Kalo tak silap RM2 satu cucuk. Terdapat perisa BBQ, tom yam, cheese, dan sweet corn. Sambil dok menunggu tu, sempatlah saya melihat cara menghasilkan potato sping ni. Ada mesin khas nak potong kentang tu. Kire setiap oarang dapat makan 1 biji potato lah untuk 1 cucuk.




review saya: rasanya sedap tapi saya tak berapa gemar....sebab saya jenis tak berapa suka makan makanan bergoreng cengini. Tapi hubby saya suka makan. Korang yang belum try.. cepat2 lah try.. mana tahu korang suka.



photobucket

Wednesday, October 27, 2010

@ Semakin Sikit Rambutku yang Gugur

 Saya terbaca tentang shampoo ni di blog Mel a.k.a IbuMika (kemungkinan blog masih lagi dlm "private" mode lagi). Thanks Mel sebab share kat blogmu tentang shampoo ni.

Biasanya dalam seminggu..2 atau 3 kali saya shampoo rambut...suka shampoo sebab rambut wangi, licin dan ringan jer kat kepala. Tetapi bila syampoo selalunya rambut akan banyak gugur, terutamanya bila kita sikat rambut. Ni dah sikat dalam keadaan rambut kering tau..kalau rambut tengah basah sure..segengam rambut kat sikat tu. Mak aii!!. Tapi bila dan guna shampoo ni..memang puas hati! Alhamdulillah..dekat sebulan juga saya menggunakan syampoo ni, dan hasilnya.. memang semakin sikit jumlah rambut saya yg gugur apabila saya menyikat rambut. Bukan tak de rambut yang gugur langsung yer kawan2 ..ada.. tapi SIKIT je helaiannyer berbanding dengan guna shampoo lain sebelum2 ni. Sebelum ni guna Sunsilk>Dove>

 Masa saya beli aritu, jurujual product ni ala-ala tak berapa nak explain sangat pada saya tentang keberkesanan shampoo ni. Tanya sepatah jawab sepatah. Malang betul "dapat" jurujual macam tu. (So, tak dapat ler saya nak jelaskan kat dalam blog ni kelebihan lain shampoo tu.) Dah ler ada 3-4 warna/jenis shampoo kat rak tu. Tak tau nak pilih yang mana satu. Saya tanya kat jurujual tu "yang mana satu shampoo untuk kurangkan rambut gugur?" Dia tunjuk yang ni..yang warna putih ni.

Shampoo dan conditioner L'oreal



Review saya: memang berkesan! dah semakin sikit rambut saya yang gugur.



photobucket

Sunday, October 24, 2010

@ Saya Dah Tengok "Cuti-Cuti Cinta"


Hari Sabtu kelmarin, saya dan Abah gi tengok wayang....berdua. Dalila kami tinggal kat MIL kejap. Show yang kami pilih mula jam 7.50ptg...sebab nak balik awal sebelum Dalila mengantuk dan nak cari *anen"

Nak tau pandapat saya tentang cerita ni? Bagi saya cerita ni kelakar jugak lah.. Saya suka tengok gaya Nora Danish yang comel macam kucing tu bawa watak perempuan kaya yang sombong plus mengada2. Farid Kamil pulak..seperti biasalah..wataknya jadi hero idaman malaya. Part yang suka tengok adalah bila Nora (Eava) dan Farid (Omar Rudy) bergaduh bila mereka berdua terpaksa bermalam di sebuah pulau sehingga menyebabkan Eava mulai jatuh chenta dengan Omar Rudy.

Penampilan kumpulan The Fabulous Cats dalam cerita ini pun tak kurang kelakarnya..Lagu tema filem ni pun best sesangat.. cuma part bila dioarng berempat bangun dan menyanyi bersama diatas boat sebelum cerita ni habis tu yang macam agak "tak berapa nak masuk/kena" bagi saya untuk dijadikan penutup cerita ni. Eh..entahlah..ini pendapat peribadi saya saja. Jangan marah yer Abang Ahmad Idham..walau apa pun filem abang memang best!!

So,  kalau korang free2..jemput2 lah ke panggung wayang yer.. tengoklah citer ni. Tak pun "Jangan pandang belakang congkak 2" tu..dua2 ada Nora Danish yang comel tu. Saya kureng sikit komedi seram ni..tak suka terkejut2 dalam panggung tu :P 

Nak baca sinopsisi filem ni.. KLIK SINI yer..



photobucket

Tuesday, October 19, 2010

@ Panadol Cold


Kelmarin saya rasa  perit tekak... badan pun rasa sengal2 sikit..risau tanda2 nak demam selsema saja. Yang paling risau kalo jangkit kat Dalila lah..dia tu bukan suka makan uabt dan TERAMAT SUSAH nak kasi makan ubat.

Abah ada belikan saya ubat panadol ni..panadolc iaitu "panadol cold". 1st time saya try panadolc ni..sebelum2 ni kalo tak sihat saya telan panadol biasa tu jer. Makan jer panadolc ni ada rasa kurang sikit sejuk2 kat badan...rasa sakit tekak pun makin kurang..badan cepat berpeluh@ kebah.

Kat belakang bungkusan panadol ni ada tulis UNTUK MELEGAKAN:
  • deman
  • sakit badan
  • sakit tekak
  • hidung tersumbat dan berair
 Ada lagi satu jenis panadol lain iaitu "panadol cold&flu". Saya belum pernah try lagi yang ni. Mungkin tak jauh beza dengan penadolc cuma ada extra untuk flu saja. Dari apa yang saya dag search..(kat sini) ianya tak boleh dimakan untuk orang mengandung atau yang sedang plan untuk mengandung. mungkin sebab itu  kot ubat ni adalah "ubat kawalan" - perlu kebenaran dari farmasis terlebih dahulu sebelum boleh dibeli.




photobucket

Friday, July 30, 2010

@ Paksu Kari Kepala Ikan

Nama restoran ni ni Paksu Kari Kepala Ikan... 
Memang SEDAP lah kari2 dan gulai disini (kata Abah lah).. sebab tu Abah suka bawa kami makan disini. Dekat jer pun dengan kawasan rumah..di Sungai Ara, bertentangan dengan Hospital Hope tu jer.

 kari kepala ikan RM25 satu set (tak termasuk ayam dan sayur spt dlm foto diatas ya!)

Kalau malam2 nak makan nasi campur, boleh lah datang makan disini.

Saya tak berapa berahi sangat makan kari2 ni..tapi disebabkan Abah suka makan disini --bila saya tak masak dirumah.(Kekadang penyakit "M" pun datang sampai rasa muak nak makan masakan sendiri. boleh gitu?)

depan kedai

 selit sikit muka muka anak dara ku dalam iklan kali ni...
Dalila yang suka bila dapat jalan2.


photobucket

Tuesday, July 6, 2010

@ Review Pad Libresse

Dah tengok video iklan Libresse? Kalo belum.. ini iklan nyer.. versi Kak Adibah Noor.



Oleh sebab teruja dengan iklan Kak Adibah Noor. Saya dengan penuh bersemangatnyer membeli pad jenama baru ini, Libresse. Saya beli jenis Maxi "night wing" sebab biasanya kalo hari 1-2 tu, memang "parah".. sampai ke malam. Saya beli yang pack 6 keping dulu, RM 2.90 (lebih kurang lah).


Balik terus buka bungkusan ni sebab nak tengok ciri2 istimewa pad ni macam yang Kak Adibah cakap tu. "Bahagian belakang yang berbelah dan ditinggikan (supaya pad boleh rapat dengan punggung)" macam dalam video tu.. Untuk mengelakkan kebocoran dibahagian belakang. Tapi tak berapa ketara sangat ciri-ciri yang saya nak tu.  Mungkin jenis lain kot, bukan "night wing" yang saya beli ni kot. Nanti nak try beli jenis yang lain pulak.

dari kiri gambar adalah bahagian "belakang" pad..

Walaupun begitu, "performance" pad Libresse ni still bagus lagi..tak de pun kebocoran di bahagian belakang.


p/s: entry saya sebelum ni tentang pad Libresse di sini


photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...