nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label gigi. Show all posts
Showing posts with label gigi. Show all posts

Friday, March 19, 2010

@ Dalila dan Berus GiGi

Perkembangan gigi Dalila sekarang..seusia umurnyer yg dah 1 tahun 5 bulan ni, dia dah penuh semua gigi dihadapan, jumlah semua gigi Dalila sekarang dah 16 batang, dan dalam proses nak tumbuh gigi garham ke-5 skrg..dok meleleh air liur jer skrg bila tgh main dgn Ibu dan Abah.. jenuh Abah mengelak dari terkena titisan air liur tu..hihihi..kena Ibu..Ibu okey jer.


Buat masa ni, dah 2 kali Ibu bawa Dalila p jumpa doktor gigi kat klinik gov. 1st time saje nak check gigi utk usia 1 tahun..(entry nyer kat SINI)...dan yg 2nd time nak pi sapu florida paste kat gigi Dalila..(entry ni pulak kat SINI.)


Nak tengok Dalila gosok gigi tak? Dia gosok pun ikut mood dia, kadang2 tak mau..tp hari2 Ibu kena paksa gosok dgn kain. Caranya: basahkan kain lampin, balut jari Ibu dgn kain tu, dan gosok permukaan gigi tu. Selalunye, Dalila akan menagis dan meronta2-tanda tak suka. Dulu2..memula Ibu perkenalkan berus gigi, dia suka, boleh nganga sendiri luas2 kasi Ibu berus giginyer.. Tapi skrg tidak lagi..kasi dia kasi pun, kejap jer..boleh lah Ibu berus kena 1 batang gigi jer kot..pastu.. dia cakap.. "dah..dah...dah"

Ni gambar terbaru, smlm Ibu ambik..

Ni dia tgk gosok gigi tp sambil tgk tv dan sambil2 "makan" ubat gigi tu.. dok minta Ibu tambah lagi bila habis kat berus tu. rasa sedap kot.


kadang2 dia gigit2 batang berus gigi tu jugak


Hanya berus gigi dan ubat gigi ini yg akan dia guna.. yg lain buat sedekah kat org jer sbb dia tak mau guna.


close up sikit..TENGOK!!..sampai dah ada 3 lubang bulu berus tu dah tercabut. Baru jer beli bulan lepas.



Doktor gigi kata aritu, tak berapa di galakkan kanak2 guna berus gigi org dewasa, tp daripada dia tak mau gosok gigi langsung, doktor gigi cakap "dibolehkan"..asal hang mau gosok sudahlah nak oii..

Berus gigi mesti sama warna dan jenis dgn berus Ibu...yg ada gambar bear2 ker karton2 ker dia tak heran pun.

Ubat gigi Ibu sapukan "hanya calit2" gitu jer..tak sampai sebesar biji kacang pun..sbb tau Dalila nak "makan" dan akan minta tambah lagi dan lagi pastu..




Photobucket

Sunday, February 21, 2010

@ Dalila jumpa doktor GiGi kali ke-2

Bila Dalila dah byk gigi nih..kena fikir pasal gigi dia pulak. Gigi Dalila dah nak masuk gigi yg ke 14 dan 15 dah skrg. Kalo tgk dari depan, gigi Dalila hanya tinggal 2 ruang kosong jer lagi nk penuh kedua2 rahang atas dan bawah. Rajin2 gosok gigi yer sayang...

Baru2 ni, Ibu ada nampak kat gigi depan-atas, ada sedikit tompok2 putih di hujung gigi Dalila tu. Pergi monthly checkup kat Klinik Bayan Baru baru2 ni (17 Feb 2010), kebetulan nurse bahagian pergigian sedang buat penerangan pasal Penjagaan Gigi Anak. Terus Ibu tanya pasal tompok2 putih di hujung gigi tu. Nurse suruh datang hari Jumaat (19 Feb 2010) untuk letak florida kat kawasan tompok tu, untuk mengelakkan gigi cepat pecah/retak.. untuk kuatkan semula struktur gigi tu.

So, hari Jumaat kami dtg lah jumpa doktor gigi utk 2nd time..(yg 1st time jumpa ada cerita kat entry ni)..Doktor just letak sikit jer florida tu..bentuk mcm ubat gigi...tapi warna oren-kecoklatan. Doktor hanya boleh sapu kat gigi bahagian depan jer..sbb Dalila meronta2 tak mau buka mulut. Aduss..kuat woo dia menangis dalam bilik tu haritu.

Lepas sapu florida paste tu..doktor cakap Dalila tak boleh makan selama setengah jam..tapi nk minum susu takpe (boleh). Nurse pesan next 6 month kena datang checkup gigi Dalila lagi. Hihihi..


DAN SEDIKIT

Gambar Selingan/Iklan yg tiada kaitan dgn tajuk entry

aksi Dalila sembahyang


shh..dia tgh sujud tu.. siap letak kain sembahyang Ibu kat atas badan dia tu..hahaha


sudah habis sembahyang...aminn..



Photobucket

Friday, January 8, 2010

@ Ibu Check GiGi Pulak

Hujung Dis 09 lepas Dalila yg checkup gigi, tapi pada 3 January lbaru2 ni giliran Ibu pulak memberanikan diri untuk di periksa gigi. Dah lama bebenor tak jumpa dentis. Dulu2, time belajor kat USM, tiap2 6 bulan mmg buat appoiment dgn dentis. Mana tak nyer, desasiswa Ibu tu amatlah dekat dengan Pusat Kesihatan USM. Kalo sapa2 yg pernah study kt USM sure dapat bayangkan cam mane dekatnyer Desasiswa Gemilang dgn klinik kesihatan ni. Hari2 sure lalunyer kalo nk ke kuliah...lagi pun "Free" saja.. Eh, apa dah ko merepek citer USM plak daahh!!

Pas abis belajar, memang tiap2 tahun ada niat/ azam nk gi check gigi tapi selalu tak pergi2 jugak. This is my 1st time jumpa dentis "berbayar" sejak dari habis belajar dulu2..hehehe..punyalah lama *malu...malu* Ibu tak rase sakit gigi pun, tp just nak check saja mana tau ada yg dah berlubang ker..yg perlu di tampal ker..baik jumpa sebelum rasa saki gigi...betul tak?

Ibu pilih klinik gigi area2 umah Ibu, mmg tak pernah p lagi klinik ni, so tak tau lah dentis dia tu macam mana...harap2 tak lah garang. Dah siap daftar semua, terus Ibu di panggil masuk ke bilik pemeriksaan tu. Tengok2 doktornyer adalah seorg lelaki Indai yg agak berusia.(tua) Dah dia check gigi2 Ibu, dia cakap ada satu gigi garham perlu di tampal. Bila dentis tu nak pasang alatnya (yg bentuk mcm jarum-pendek lebih kurang sebesar lidi) pada peralatannyer tapi 3-4 kali tak berjaya...sampai kena panggil akak kat kaunter tu masuk tolong pasangkan jarum tu...dalam fikiran Ibu masa tu..."alamak..mata doktor ni kurang nampak ker?" habis lah aku!

So, semasa proses dilalukan, Ibu sedaya upaya membuka mulut luas2 bg memudahkan kerja doktor tu. Dah siap semua (tampai 1 lubang) sekali dgn "cuci gigi" Ibu kena bayar RM120. mahal ke murah?


Photobucket

Tuesday, December 29, 2009

@ 1st Checkup Gigi Dalila

Rabu minggu lepas, sewaktu datang checkup biasa Dalila untuk umur 14 bulan, Ibu ada mintak nurse check kan gigi Dalila (sbb dah tumbuh banyak batang dah) dan ingin meminta nasihat dalam bab penjagaan gigi anak ni...tetapi nurse cakap kena ke bahagian pergigian di tingkat. Dah naik ke tingkat atas...mak aiii!!! ramainyer org. So, nurse suruh datang hari Isnin sbb selalu tak ramai org.

So, Kelmarin 28 Dis 09 Ibu pun datang ke klinik kesihatan Bayan Baru sekali lagi untuk checkup gigi Dalila. Pada mulanya, Ibu agak mesti just jumpa nurse saja (mcm checkup bulanan yg biasa2 tu) dan penerangan tentang penjagaan gigi pun nurse yg beritahu. Almaklumlah klinik kerajaan...kan PERCUMA. Dah selesai daftar di kauter pergigian (hanya perlu bawa my-kid atau surat beranak baby sahaja) terus Ibu dianggil masuk ke bilik. Rupa2nya pendapat awal Ibu tadi tu salah! Dalila akan di check mcm kita org dewasa check gigi..kena baring atas kerusi khas tu semua. Dan kita akan terus berurusan dgn doktor gigi.

Seperti yg dijangkakan..Dalila sure tak mau baring sendirian atas kerusi tu..so Ibu kena baring bersama dia lah. Bila doktor ekjas kerusi nak bagi kebelakang sikit/terlentang sikit terus dia menangis ..cakap mm.. mau..mmm mau (maksudnya=tak mau) sambil geleng2 kepala. Terus menangis pastu...hehehe..Doktor suruh Ibu angkatkan bibir Dalila untuk dia lihat giginye. Dia cakap cantik gigi Dalila :)
Pastu, siap lah 1st checkup gigi Dalila tadi, sebelum keluar sempat Ibu bertanyakan tentang tabiat penjagaan gigi Dalila skrg:

  • Dalila memang suka dengan berus gigi, cakap jer "jom gosok gigi atau dah gosok gigi ker belum" sure dia akan cari berus gigi atau tunjuk kat mana Ibu selalu simpan berus gigi. TETAPI bukan berus gigi kanak2 punya..dia nak berus gigi Ibu punya. Ayooo.. Kalo kita tak kasi dia menangis meraung..kalo kasi yg kanak2 punya dia tak mau.. Bila dapat berus gigi Ibu tu (selepas Ibu rendam dan bilas dgn air panas yer kawan2..) terus Dalila gigit2 berus tu dan buat gaya org gosok gigi..(tp gigi depan jer) Dah 3 batang Ibu beli berus gigi kanak2 yg cantik2 (ada bear2) tapi still nak yg Ibu punya juga. Pada hal yg bear tu dia yg pilih kat shopping complex..so Ibu tanya lah doktor: dia jawab tak pe berus guna org dewasa punya tetapi bagi berus yg baru dan dari masa ke semasa cuba ajar dia guna berus gigi kanak2 tu jugak..untuk elakkan gusi anak terluka dan lebih sesuai dgn saiz mulut anak yg kecil. Dan memudahkan kita untuk menggosok bahagian2 gigi yg dalam..spt gigi garham.
  • Sejak bila kita perlu mula untuk memberus giginya? Doktor kata sejak dari awal kelahiran anak walaupun giginya belum tumbuh. Caranya: basahkan sapu tangan/kain lembab dan balutkan pada jari kita, lapkan pada gusi, lidah dan lelangit. Cara ini adalah untuk membiasakan bayi dgn sesuatu didalam mulutnya agar dia tidak takut bila tima masa untuk memberus gigi kelak. Bila umur bayi dah masuk 6-7 bulan, dan giginya sudah mulai tumbuh, barulah di perkenalkan berus gigi kepadanya.
  • Sejak umur berapa perlu guna ubat gigi? doktor jawap sejak anak dah pandai meludah..selalunya umur setahun mcm tu. Buat permulaan, cuba ubat gigi yg TANPA FLORIDA..sapu sikit saja pada berus...bila lama2 anak dah pandai memberus baru letak sebesar biji kacang.
  • Jika anak kita sedang tidak "selesa" atau sakit bila gigi nk tumbuh, apa yg kita perlu lakukan? Jawb doktor adaalah berikan teether agar dia dapat mengigit2nye. Jika badan anak terasa panas, berikan syrup panadol.
  • Sejak umur berapakah perlu bawa anak kita untuk berjumpa doktor gigi dan lakukan rutin checkup gigi? Doktor tu bagitau sejak anak berusia 1 tahun agar dia dah biasa di periksa giginya oleh doktor gigi.
  • Jika anak lambat tumbuh gigi, sebelum usia 1 tahun..perlukah kita risau?..doktor cakap tak perlu risau kerana lain2 budak lain2 tahap perkembangannya.

Rasenyer ..itu saje yg Ibu tanya kelmarin..seperti biasa doktor gigi akan pesan..jangan beri anak kita makan gula2 kerana selain risau gigi mereka cepat rosak.. kita risau nnt mereka dah terbiasa makan gula2, bila nampak jer gula2 terus minta kita belikan..


Mujur dapat doktor melayu perempuan yg baik hati hari tu...'selesa' dan senang nak tanya soalan2 tentang gigi anak. Dia pun pandai ambik hati Dalila..siap buatkan belon dari rubber glove lagi. Nurse pun sporting gak :)


gambar selingan...senyuman untuk tunjuk gigi


next 2nd appoiment checkup gigi pada lagi 6 bulan pasni.




p/s: gigi dalila skrg dah 8 batang gigi kacip hadapan... + 4 gigi garham atas dan bawah + 1 gigi taring dah mula nk keluar (taring atas, sebelah kanan)




Photobucket

Thursday, August 6, 2009

@ Berus Gigi pertama

Pada 25 Julai lepas, kami sekeluarga singgah ke Mother Care kat Gurney..niat nak cari bekas nak simpan susu perahan Ibu..almaklumlah Ibu kan dah berkerja sekarang..kena pam dan simpan susu perahan buat Dalila minum semasa Ibu gi kerja nnt. Bekas yg kami cari kebetulan baru jer habis stock dan ada jenama lain tapi poket pulak tak berapa berkenan...:P

Tapi Ibu TER berkenan plak kat berus gigi baby nih..jenis yg masuk jari cam ni. Ade sape2 yg pernah guna?..sila beri nasihat ya..Ibu beli sebab Dalila belum ada berus gigi lagi.. Ibu selalu gosok dengan kain lampin, dia meraung-menagis2 tak suka.. Harga berus gigi baby ni pun murah saja RM9.90 sebelum less.


Balik rumah pas basuh dengan air panas...bagi Dalila..suka pulak dia gigit2 benda ni..lembut.. try gosok jugak pada gigi dia..okey lah..better than guna kain lah...w/pun tak boleh nak gosok lama2/semua ke6-6 batang gigi tuh. Biar dia main dgn berus tu sambil ajar cara nak gosok gigi.. hehehe..kelakar jer bila tgk dia cuba nak tiru gosok gigi tuh.

Sama lah bila kita dok sikat rambut dia, puas nak berebut nak ambik sikat dari tangan kita- dia nak sikat sendiri..sudah nya.. gigi sikat keatas tp dok buat gaya2 menyikat rambut sendiri.. hihihi. Apa-apa sajalah sayang..


Wednesday, July 8, 2009

@ Cerita Dalila dah 9 bulan

Ketika entry ini ditulis, umur Arifa Dalila dah menjejak 9 bulan 1 minggu 4 hari. Sepatutnya Ibu akan tulis perkembangan Arifa bila usianya tepat 9 bulan aritu..cuma time tu Ibu sungguh buat2 buzy. Ni kire kebolehan/pencapaian Dalila sejak masuk 8 bulan sampai skrg (6 Julai 09)
  • sudah pandai menyebut 'abbah'..kadang2 je sebut 'abbuu' =ibu lah tuh! bila ibu ajar sebut "ibu" dia balas dgn sebutan "Abbah"

  • suka mengetuk2 2 mainan/benda yg dipegang. Paling selalu dia buat adalah ketuk blok dgn blok...best dengar bunyi "tik..tik..tik.." tu rasanyer kot..

  • Pada usia ni..mainan yg Dalila suka adalah blok-blok dan juga buku kecil Dalila.. rajin dia belek2 buku tu tau...serius Ibu suka bab ni!!

  • Sudah pandai merangkak...makin laju lah dia bila nak ke sesuatu arah/tujuan tuh..

  • Sudah pandai buat "bye..bye.." lambai sajer bila kita sebut "bye-bye" tuh..angkat tangan sambil goyang2 pd orang..

  • Gigi atas pun dah makin cepat nak kuar..dah 4 batang gigi atas. Dek kerana gigi bawah dah ada 2 btg..mmg rasa mcm "kena pisau" jer tiap2 kali nak lepaskan B dari mulut/gigi Dalila yg suka "bergantung" sebelum tidur. Bab kena gigit-tak sah cakap lah...terbeliak biji mata Ibu bila kena gigit tau..:P

  • Yang ni Ibu tak berapa suka....Ibu tak leh dengar ..rasa NGILU jer tiap2 kali.. Dalila suka gigit/ketip gigi sendiri....krip...kripp.. bunyi tuh...risau je gigi tumpuh tak sama nnt..apa yg Ibu buat....Ibu picit kuat2 pipi dia- kasi mulut dia terbuka-so, dia stop kejap ketip gigi dia tuh...eeee...tak tahan--Ibu ngilu!!

  • Dalila suka sgt cuba berdiri sendiri dengan memegang benda/Ibu. Paling selalu bila lepas menyusu (sambil baring-Ibu dlm mode baring lagi) dia akan berdiri sambil berpaut dgn kaki Ibu..lepas tu buat lah aksi2 "lepas tangan" yg mengecutkan perut Ibu...pernah sekali waktu Ibu mengantuk sangat, tp Dalila tak mau tidur selepas menyusu..dia sibuk nak panjat "berdiri" Ibu biarkan dia panjat pegang kepala katil sambil Ibu baring di tepi katil (nak elak dia terjatuh-sbb katil rapat dinding) so, Ibu leh lelap barang seminit dua-cukup lah utk buat hilang mengantukkan.

  • selain suka berdiri, dia suka melompat2 (lompat cara dia lah) terutamanya bila dapat berdiri atau bila ada org angkat bagi dia berdiri (kaki sentuh lantai). Tak yah tunggu lagu..sure terloncat2 seperti menari je aksi nih...lum sempat ambik video lg yg nih.

  • Dalila juga suka main laga-laga kepala (ala-ala sondol2 gitu) selalu dia buat kat Abah dia cam tu..Ibu lak dia selalu main geleng2 kepala...kelakar tgk dia buat geleng2 kepala dia nih.. cam nak tergolek jer tgk badan dia cubu menggeleng kepala tuh..

  • Yang ni paling BEST..tiap-tiap kali Dalila marah/tak puas hati... mulut dia mesti bising berleter..tata ..bubuu... ngem..ngemm.. gugu gaga cam tajuk drama Erra plak tergelak lah Ibu dan Abah dgr Dalila berleter...cara dia tu "bersungguh2 tau"..nak terang apa yg dia nak pada kami...tak henti2 "bercakap"..sayangnyer kami tak paham :(
senyuman dah banyak gigi sekarang!!


time ni gelak2 lah...time nak gosok gigi menagis segala bagai~~adoiii

close up sikit 4 btg gigi atas tu.




Tuesday, June 16, 2009

@ Lagi kisah Encik GiGi

Entry kali ni nak story pasal gigi Dalila lagi.. sebelum ni hanya ada 2 batang gigi bawah jer.. tp hari sabtu lepas (13 June) Ibu terperasan ada putih2 2 garis di gusi ATAS PULAK.. yg peliknya.. TAK tumbuh sebelah menyebelah pulak tu... satu di tengah..dan satu lagi pada bahagian tepi -mcm kawasan gigi taring tu..gambar mmg susah lah nak ambik..kena bagi Dalila terjuntai kepala kebawah-- pastu cucuk2 badannya dgn jari...kasi geli2..sampai dia ketawa..baru senang nak tengok gigi dia tu..

Hari ni makin ketara garisan gigi dia tuh..patut lah dia dah tak berapa mau makan sejak kebelakangan ni.. ada kaitan ker..hehehe Nnt sempat Ibu snap gambar gigi tu..ibu letak kat sini yer..

Gaya merengek tak selesa gusi



Saturday, April 4, 2009

Encik GiGi ~ dah on the way

Gambar ni Ibu snap masa lepas bagi Dalila makan puri pisang emas-lenyek. Nanti ada masa Ibu cerita pasal solid food Dalila pula okey. Tak sempat nak edit/resize gambar lagi..
Perkenalkan..Encik GiGi- 2 batang

Ini lah gigi pertama Dalila..ada 2 batang kat gusi bawah..yg kiri besar sikit dari yg kanan. Gambar ni jer yg jadi..yg lain semua gambar gerak2. Tak muncul sepenuhnya lagi tu hehehe.. ibu masih 'selamat'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...