nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

Salam pembuka tahun 2015




 Bismillahhirrahmanirahim.

Assalamualikum. Lama tak menulis blog ni. Rindu nak rakamkan cerita anak-anak disini.

Saya ada buka satu lagi blog baru. Cerita berkenaan bisnes Qaseh Gold. Jemput singah ke blog baru saya tu ya.

QasehGoldPenang

Berniaga pun salah satu amalan Nabi SAW




Thursday, April 28, 2011

@ Mandi Air Daun Peria Pantai

Nama pokok ni Peria Pantai, MIL saya ada tanam depan rumahnya. (Ingatkan "peria pantai" ni tumbuh kat tepi-tepi"pantai" jer hihihi). Tinggi pokok  ni lebih kurang 3m, daunnya kalo sekali tengok boleh kata daun pokok bunga kertas...cuma warna dan permukaan daun agak berkilat yang sedikt berbeza. Pucuk Daun ini selalunya dijadikan sebagai ulam-ulaman bagi orang2 melayu. Baik untuk orang darah tinggi dan kencing manis.

Hujung minggu lepas, MIL suruh mandikan Dalila dengan air daun peria pantai ni. Katanya baik untuk kulit, boleh menghilangkan penyakit yang berkaitan dengan kulit. Dalila tak de masalah apa-apa, tapi bila MIL dah kutip daun tu masuk rumah, saya pun "proses" jer lah daun tu sampai menjadi air hijau.
Proses-prosesnya adalah:

urutkan semua ranting..masukkan daun dalam baldi yang berisi air

ramas daun-daun tadi sehingga mengeluarkan buih/lendirnya

Saya tapiskan/buangkan sisa-sisa daun sebelum mandikan Dalila, sebab saya tahu Dalila tak suka kalo ada benda2 melekat di badannya.

mandi air daun ni sebaik-baiknya pada bilasan terakhir mandian..lepas tu boleh terus lap badan dengan tuala. Tak perlu bilas.

Menurut MIL saya, mandi air daun Peria Pantai ni, boleh mengelakkan sebarang penyakit kulit...misalnya gatal-gatal. Dan ini  merupakan kali kedua Dalila mandi air daun. 1st time dulu masa kat kampung saya, hujung tahun lepas. Dia mandi air daun cili/cabai. Seperti biasalah...dia akan cakap "air green..air green" tak pun "air rumput".. hihihi. Jenuh nak pujuk suruh dia mandi air daun ni, dia lagi suka main "air green" ni jer.







Thursday, March 24, 2011

@ Di x-ray kerana suspect Pneumonia pula..

Sambungan dari entry @ Dalila disuspect bronchitis

Berikutan dari pengambilan antibiotik dan ubat batuk serta paracetamol sejak hari Isnin Dalila warded dan gas neb pada hari Selasa, sepatutunya batuknya dan bunyi "wheezing" semasa Dalila bernafas semakin berkurangan...tapi tidak ada banyak perubahan sehingga hari Khamis (10 Mac 2011). Tambahan pula Dalila mengalami muntah..selepas dia batuk2. (Korang bayangkan..budak sekecil Dalila, umur 2 tahun- batuk sampai termuntah) Kesian Ibu tengok..habis keluar makanan..dah ler dia tak berselera makan sejak sakit ni.

Doktor datang check haritu, mintak nak x-ray badan Dalila, nak tengok keadaan paru-paru Dalila. Kemungkinan Dalila disuspect kena pneumonia pula. Hanya dengan ujian x-ray di paru-paru nya boleh sah kan tahap kesihatan Dalila yang sebenar. Bagi Ibu, takut dan terkejut lah bila dengar Dalila nak di x-ray, Ibu call Abah bagitau Dalila nak kena x-ray secepat yang mungkin. Mintak Abah datang teman, manalah tahu Dalila "bad mood" kat bilik x-ray nnt. Ini 1st Dalila nak kena x-ray, Ibu pun risau..harap2 semua berjalan lancar lah.

Masa Abah sampai kat ward, Dalila baru bangun tidur (jam 12tgh hari). Ibu cepat2 bagi dia makan dan minum pastu bagi dia makan ubat-ubat dia, then cakap kat dia "kita nak turun beli belon...tapi sebelum nak ke kedai belon tu kena masuk kedai lain dulu..boleh kan?" Dia cakap "okey, boleh"..ikut jer...alhamdulillah..mood dia baik w/pun baru bangun tidur. Masa kat bilik x-ray, Ibu tak boleh masuk. 2 orang saja boleh masuk,so Abah teman kan Dalila.

Ibu tunggu kat luar, dalam 10 minit tengok Dalila senyum2 jalan datang kat Ibu. Ibu tanya, "Dalila okey? Dalila buat apa kat dalam bilik tu?" Dia pun riuh ler cerita..cakap dia smile kat dalam tu. Abah cakap, Abah kena pakaikan baju yang kalis x-ray tu. then dudukkan Dalila atas riba dia. Abah cakap lagi, Abah suruh Dalila senyum..ada orang nak ambik gambar kita kat depan tu. Senang jer Dalila bagi kerjasama.. sekejap jer dah siap. Alhamdulillah. Hihihi..pandai Abah, cakap ada orang nak ambik gambar! Dah siap terus Ibu bawa dia beli belon as reward.

Petang tu Doktor datang check lagi..dan bagitau kedua2 paru-paru Dalila okey..tak de apa2. Doktor kata mungkin sebab lelah kot yang buat dia susah nafas dan masih berbunyi serta batuk berkahak lagi tu. Gas neb tu, still diteruskan setiap 6 jam lagi..sehingga kahaknya berkurangan.

So, pada hari-hari seterusnya (Jumaat, Sabtu dan Ahad), Dalila dah tak demam-demam lagi. Mood nak makan dia pun makin bertambah. Batuk pun dah makin hari makin kurang. Malam memang dia boleh tidur nyenyak (sebab tak batuk).  Doktor cakap hari Isnin  (14 Mac 2011) dah boleh keluar hospital...alhamdulillah.. tapi lagi 2 minggu kena datang untuk follow up lagi.

Sekarang ni, alhamdulillah..Dalila dah tak batuk dah..dah tak demam dah dan dah tak dengar apa2 bunyi dah semasa dia bernafas. Alhamdulillah..dah sihat sepenuhnya dah.
Terima kasih kepada kawan2 blog Ibu Arifa yang mendoakan kesihatan Arifa Dalila selama ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian. Semoga anda sekeluarga pun sentiasa di berikan kesihatan yang baik dan ceria..aminnn.


sebagai selingan.. sedikit gambar Dalila semasa di ward haritu.

 tunggu Abah balik solat Jumaat sampai tertidur atas kerusi

petangnya Ibu ajak ambik gambar...siap pose 'angkat kaki' lagi tu

terima kasih yer kepada semua yang mendoakan kesihatan Dalila!!
Dalila sayang aunty2 dan uncle2 semua..



Tuesday, March 22, 2011

@ Dalila Suspeck Bronchitis?

Nak coretkan sikit kisah Dalila tak berapa sihat haritu.

Sebenarnya Dalila start batuk sikit-sikit pada bulan Feb lepas, dia masih aktif cuma kekadang 1-2 kali dengar dia batuk dalam 1 hari. Tambahan pulak dia nampak seakan dah kurang selera makan dan kadang2 ternampak keluar air liur dari mulutnya, tak kiralah sama ada tengah ketawa ker tengah bermain ker..sure kena usik dengan Ibu dan Abah.. hihihi..umur dah 2 tahun setengah..gigi pun dah lama penuh..takkan ada lagi gigi nak tumbuh kot? mana ada space dah?

Sabtu, 19 Feb 2011, terus ajak Abah ke Hospital Pantai, jumpa paed kegemaran Dalila iaitu Dr.Hasanah. Tengok, ada ulser kat atas lidah Dalila (tompok2 bintik2) patut lah asyik keluar air liur dan tak lalu makan jer. 1st time dia jadi macam ni. Doktor bagi ubat. Lagi 2 minggu kena datang lagi.

Tepat-tepat 2 minggu pada tarikh follow up (05 Mac 2011), bangun subuh, Ibu sentuh badan Dalila panas...tak sangka dia boleh demam. Malam tadi okey jer..petang nyer pun siap enjoy main lari2 kejar bola depan rumah lagi. Cepat2 bagi ubat demam. Hari tu dah ler buzy.. ada aktiviti kekeluargaan dengan MIL dan SIL-SIL semua-nak makan buffet kat hotel. Memang plan nak bawa Dalila mandi pantai kat Feringgi terpaksa Ibu batalkan, mandi kat dalam hotel jer lah. Sampai ke tengah malam, suhu badan dia tinggi lagi.. 39oC ++ . Malam tu memang tidor kami dah tak nyenyak dah. Batuk Dalila bertambah kerap dan bunyi agak kuat. Kesian dengar dia batuk, sampai dia minta/merayu nak "anen" (menyusu) tiap2 kali batuk. Ini 1st time dia kena batuk.

Esoknyer Ahad 06 Mac pun demam dia tak reda lagi..38-39o C.. Dengan demam dan batuk tu rasa macam nak ke emergency room jer jam 4pagi tu. Suhu 39.8C. Kasihan... Lemah jer Dalila tidur atas bahu Abah pagi tu. Tapi lebih kasihan lagi kalo dia kena tahan then kena cucuk2 masukkan drip kat tangan tu. Memang berbelah bahagi kami. Kereta dah parking depan Hospital Pantai dah masa tu. Tunggu kejap suhu dah makin turun. Dah nekat, kalo esok still demam macam ni juga..confirm terus jumpa doktor lah. Lagi pun dah 2 hari demam suhu tinggi. Bunyi nafas macam ada kahak jer dalam kerongkong Dalila tu. Kasihan..

Isnin 07 Mac, awal2 pagi, selepas solat Subuh kami dah sampai kat emergency room  Hospital Pantai. Suhu masa tu dah 39.2 C Doktor yang check tu suruh warded. Kami minta tukar ke Dr. Hasanah, paed kebiasaan Dalila. Doktor Hasanah check doktor suspect "bronchitis".  Doktor darah Dalila, Ibu suruh doktor check untuk Denggi juga, risau jer. Alhamdulillah... -ve denggi tapi bilangan darah putih agak tinggi. Mungkin tu sebab demam Dalila teramat tinggi tu.  So malam tu bermulalah kami berkampung kat Hosp. Pantai. Abah pun tidur sana juga yer sepanjang Dalila warded kali ni.

Selasa 08 Mac, demam Dalila still tinggi lagi, batuk masih dengar bunyi kahak, hingus dah jadi warna kuning, sebelum ni jernih jer. Doktor cakap kena guna gas nebulizer untuk cair kan kahak nanti, agar Dalila senang bernafas. 1st time tengah hari tu Dalila kena paksa sedut gas nebulizer tu. Memang menangis sambil larikan muka nak elak "benda" tu lah..dah ler berasap-asap..ada bunyi pulak tu. 1st time bagi dia, 1st time juga bagi Ibu..memang tak pernah guna/pegang benda ni.

Doktor datang melawat waktu petang, doktor sendiri tunjuk macam mana nak guna "benda" corong gas nebu tu, then doktor suruh Dalila pegang sendiri corong tu. Alhamdulillah..dia mahu dengar cakap doktor..dia ikut jer apa doktor suruh..tanpa ada lakonan/drama sedih w/pun sedikit... Bagus anak ibu ni.

Next sesi senang lah kerja nurse, nurse datang isi ubat dalam corong tu, then buka paip gas tu, Dalila dengan baiknyer akan pegang sendiri corong tu sampai habis gas ubat tu. Good girllah Dalila..Nurse pun terkejut tengok dia mahu/sukarela ambik gas nebu tu tau. Ibu siap boleh snap2 gambar dia lagi..okey jer dia pose dengan asap-asap tu. (Dalila panggil asap yer kat gas nebu yang keluar tu)

 sempat senyum sambil sedut asap

 khusyuk nyer..

dengar cakap doktor, nanti doktor bagi sticker tau.



                                                                             bersambung...

Friday, March 18, 2011

@ Lama Tak Update blog..

Assalamualikum...
Bismillah hirrahma nirrahim..
Lama sunggah saya tak update blog..bukan saya merajuk atau pergi bercuti/holiday kat mana2 yer kawan2.. kesihatan kami terutamanya cik Dalila tak berapa baik 1-2 minggu lepas. Beginilah dah jadi ibu bapakan....apa yang paling merisaukan adalah kesihatan anak-anak, lebih2 lagi kalau sampai tahap kena tahan kat wad. Sedih memang sedih..tapi semua ni kan dugaan dari Allah...kenalah tabah! Dalila pun tabah kan sayang...

Kasihan Dalila baru ni dia warded lagi, kat Hospital Pantai satu minggu ( 7hb Mac sampai 14 Mac). Kali ni sebab demam panas yang tinggi (38.5o- 40oC) dan batuk2 yang berkahak pulak.Sejak lahir, baru kali ni saya tengok Dalila batuk-batuk. Memang kasihan..sampai tak boleh nak tidur nyenyak.dia :( 


Hmmm..nak cerita panjang pun tak de gambar ler nak letak sebab card reader tak de sekarang dengan saya.. Nantilah yer..nak tulis jugak sebagai rujukan/bacaan saya atau Dalila bila dia besar nanti.





Monday, November 22, 2010

@ Negatif Denggi Dan Bilangan Platelet

Keputusan ujian darah Dalila kali ke-2 amat membimbang kan saya dan Abah.  Bilangan platelet darah berkurangan/ turun.. 1st ujian=160..2nd ujian= 139 (pada hari ke-3 di ward (15-Nov 2010)).  Tapi keputusan ujian terhadap denggi masih lagi -ve.  Yang lain semua okey (darah putih dan sbgainya). Walaupun doktor cakap "masih bukan dalam keadaan bahaya" tapi kita sebagai ibu bapa ni, sure risau dan nak anak kita sihat dan kembali ceria macam dulu2. Doktor cakap esok (16hb Nov) nak buat ujian darah  sekali lagi...ujian darah ke-3.

 hari ke-2 di ward..kesian kan tgk Dalila mcm ni.

 hari ke-3 di ward.. masih keletihan lagi

 ruam-ruam yg timbul sejak hari ke-2 masuk ward

Keadaan Dalila pula waktu itu: selalu nampak letih, tak ceria, senyum pun sebab terpaksa, makan dan minum pun teramatlah kurang..nak menetek saja (mujur dia masih fully breastfeed). Doktor meneruskan "masukkan air" melalui drip untuk botol yang ke-2. Ruam2 merah masih jelas kelihatan di seluruh badannya.. family terdekat yang datang menziarah  ada cakap dalila ni kena "campak"...campak yang jenis halus. Saya ada bertanya tentang hal ini kepada doktor... doktor bagitau ini bukan campak.. ini adalah disebabkan "viral infection".

Lepas doktor keluar terus call Abah kat tempat kerja.. bagitau result ujian darah yg ke-2 ni. Risau. Panik. Takut bilangan platelet makin menurun. Saya cepat2 call kawan2 rapat saya, Sheela dan Dina.. minta mereka tolong masakan sup ketam untuk Dalila.  Sebab dah tahu, sup ketam boleh membantu menambahkan bilangan platelet dalam darah. Call jugak family saya di Kedah..minta mereka tolong doakan Dalila cepat2 sembuh. Alhamdulillah, Allah permudahkan.. malam tu jugak Dalila dapat merasa sup ketam dari bantuan Sheela. Thanks Sheela.. semoga Allah memurahkan rezeki Sheela sekeluarga..aminn..

Esok pagi, 16hb ambik darah lagi untuk ujian darah ke-3.. kali ni ambik kat pergelangan tangan kiri pula. Kesian sangat tengok Dalila menangis dan meronta-ronta dalam balutan kain tu. Tahan sikit yer sayang.. uantuk kebaikkan sayang juga ni. Hari tu, Dalila kelihatan dah makin okey.. cergas sikit dari hari sebelumnya.. Tengahhari, doktor datang lagi bagitahu... bilangan platelet dah naik semula, 159. Masih lagi -ve denggi.  Alhamdulillah.. syukur sangat2.  Doktor cakap..tak de apa2 perlu di risaukan lagi.. dan kalo mahu balik rumah pun dah boleh dah. Demam Dalila pun dah makin berkurangan.  Drip untuk air pun dah di stopkan. Suhu tak tinggi lagi. Tapi saya minta nak tinggal lagi kat hospital..untuk sehari dua.. risau kalau2 demam balik lagi. Petang tu, kawan saya, Dina datang hantar sup ketam untuk Dalila. Baik betul Dina dan suaminya..bukan hari tu saja dia datang hantar sup ketam.. esok (17hb-hari raya korban) dan 18hb masa nak discharge pun dia hantar jugak. Thanks Dina dan Yazan.. semoga korang sekeluarga dilindungi dari segala yang tidak diingini...aminn.

17hb Nov..hari raya korban... pagi2 lagi dah dengar takbir raya kat TV. Syahdunyer.. 1st time ni beraya kat hospital. Haritu, doktor Hasanah yang merawat Dalila cuti. Ada doktor Chan yang ganti. Doktor datang periksa Dalila dan bagi ubat ulser untuk tekak Dalila. Alhamdulillah.. petang tu dia terus berselera makan. Doktor Chan pun cakap..kalau mahu balik/ discherge, bagitahu kat nurse saja. Abah cakap.. nak discharge esok.. tapi harini nak ambik ward leave saja. Saya ada tanya pada doktor Chan..tentang bilangan platelet tu.. risau dia kurang semula..doktor Chan cakap..peratusan nak kurang semula tu adalah rendah..melainkan Dalila terkena jangkitan lain semula... dan demam semula. Sekarang sudah lebih 48jam Dalila tak demam. Jadi tak perlu risau dan tidak perlu buat ujian darah sekali lagi. Petang tu ambik ward leave..bawa Dalila jalan-jalan.. dah makin sihat ni..asyik minta "nak jalan-jalan" saja. Kasian kan..dia pun bosan dok dalam hospital lama2.

Esoknya 18hb Nov. Doktor Hasanah datang melawat semula. Dia pun cakap harini dah boleh discharge. Dalila pun dah sembuh, dah aktif dan ruam-ruam merah kat badan dah hilang. Makan pun berselera.
 gambar b4 discharge.. nak makan tengah hari dulu

 bunga penghias bilik kami.
 Nov 2010..ini kali ke-2 masuk hospital ni.

Terima kasih kepada Doktor Hasanah..dan doktor Chan yang telah merawat Dalila.. termasuk juga nurse2 di Hospital Pantai. Terima kasih atas bantuan anda semua. Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan2 blogger yang sama-sama mendoakan kesihatan Dalila. Hanya Allah saja dapat membalas budi baik anda itu.



p/s: satu page yg ada menerangkan tentang platelet untuk pesakit denggi
http://translate.google.com.my/translate?hl=en&sl=ms&tl=en&u=http%3A%2F%2Fwww.mail-archive.com%2Fsahabatinteraktif%40yahoogroups.com%2Fmsg06343.html&anno=2

photobucket

Friday, November 19, 2010

@ Dugaan ke-2 Bulan ini

Kalender bulan Nov yang "padat"

Ini mungkin dugaan buat kami sekali lagi.. dugaan anak jatuh sakit/atau tidak sihat selepas dugaan kami terselamat dalam kemalangan tempoh hari..(kemalangan pada 6hb Nov.) Tapi Alhamdulillah..Dalila dah sembuh dan kembali ceria seperti biasa sekarang..dah boleh discharge dari Hospital Pantai dah kelmarin (18hb Nov)

Esoknya,selepas kemalangan pada hari Sabtu 6hb yang lepas...Abah dah bertolak ke KL dengan menaiki bas..Abah mesti pergi juga sebab urusan kerja...memang sebab "last minit" so tak boleh minta orang lain ganti. Abah kena pergi seminggu..dari 7hb Nov..sampai 13hb Nov. Ni 1st time kami berjauhan dengan Abah dalam jangkamasa yang agak lama...biasanya sebelum2 ni..paling lama pun 3 hari saja.

Dalila okey juga..tak lah sampai menangis cari Abahnya.. saya pula selalu pesan "Abah gi keja".. so dia tau..abah dia tak de kat rumah..mesti abah dia gi keja. kadang2..dia terdengar orang lock/tekan alarm kereta yang seakan2 bunyi alarm kereta Abah dia...dia akan tanya.."Abah dah balik dah?"...saya cepat2 jawab.. "orang lain tu"..dia pun cakap balik "..orangg..(bunyi agak pelat)" Dia tak tahu kot..yang keta Abah kat bengkel dah.


Demam tanpa Abah disisi

Hari pertama Demam
Dalila start demam masa waktu subuh 10hb Nov. Panas yang teramat..39.+ C..saya cuba bagi suhu dia turun. Lap2 badan dia dengan tuala basah. Dah Tengah hari..Dalila dah lemah sangat2 dah.. bangun pun kejap jer..pastu terus baring semula atas katil. Terus saya call kawan saya Sheela minta tolong dia hantarkan kami ke Hospital Hope selepas dia habis kerja (jam 5ptg). Kebetulan waktu tu..Sheela cakap bagitau dia memang free..dan bosnya kasi dia keluar awal..dalam jam 3.30ptg..kami dah sampai kat Hospital Hope Sungai Ara. Masuk jumpa doktor..doktor cakap kemungkinan suspect denggi...lagi sekali saya bagitau hari ni (10hb) 1st day Dalila demam..lagi pun kalo nak admit ke ward...saya nak mintak admit ke Hospital Pantai.. sebab lagi dekat dengan rumah...suami pun tak de kat penang sampai 13hb ni..(dan yang penting..kat Hospital Pantai ada perkhidmatan makanan... tak delah susah saya nak 'cari makan' masa jaga Dalila di ward nanti). Doktor bagi ubat paracetamol yang masuk ikut "bawah" .. tapi doktor pesan kalo esok masih panas..better admit Dalila.

Thanks a lot to Sheela sebab hantar kami ke Hope petang tu.
.......................................

Hari ke Dua Demam
Esoknya (11hb Nov) Dalila masih demam lagi.. kebetulan kawan saya, Dina tahu Dalila tidak sihat kelmarin.. Jadi saya pun dah siapkan beg pakaian saya dan Dalila..kekonon ready nak admitlah hari tu. Dina dan suami serta anaknya Balqes datang lebuh kurang jam 12 tgh hari..nak bantu hantar kami ke Hospital Pantai. Mereka tunggu sampai selesai...lebih kurang jam 3.30 ptg baru settle semua..Jumpa doktor Hasanah..doktor yang biasa rawat Dalila kat Hosp. Pantai. Doktor check dan suruh kami balik rumah dulu..sebab katanya kalo denggi.. ujian darah paling berkesan hanyalah pada hari ke-4 demam dan seterusnya. So, terpaksalah balik ke rumah dulu..tunggu hari ke-4 demam baru datng semula.. kat rumah tiap-tiap 5-6 jam saya masukan ubat  (voltron) pada Dalila.. lepas tu dia okey dan berpeluh dan cergas semula..cukup 5-6 jam pastu.. suhunya kembali panas semula. .. 39.+ C berlarutan macam tu juga sampai hari ke-3..

Thanks a lot to Dina dan Yazan sebab tolong hantar ke Pantai pagi tu
...........................................

Hari ke-4 Demam
Hari tu 13hb Nov, Abah dah sampai rumah jam 4 pagi. Bukan main syok Dalila dapat jumpa Abahnya..tak tidur sampai jam 7pagi. Main2 dengan Abahnya. Saya pula, sepatutnya akan menduduki ujian mTest (KPLI) di Sek Men Bukit Gambir pagi itu. Tapi di sebabkan Dalila masih demam..dan Abah pula baru sampai dari KL.. tak sampai hati nak tinggalkan Dalila pada Abah sorang2..dah lah test tu habis jam 12.. mesti lewat nak sampai sebab nak kena call teksi bagai. (kan kereta kami kat bengkel-eksident) Lagi pun appoiment dengan doktor Hasanah kat hosp. Pantai sampai jam 1 petang jer..(hari Sabtu dia halfday)

Pagi tu, Acu (adik Abah) datang hantar kami ke Hosp. Pantai. Doktor check..dan terus suruh admit ke ward.
Boleh pulak semua ward yang single dan 2 bedded penuh hari tu. Terpaksa masuk yang 4 bedded.
 Dalila masih mampu tersenyum masa 1st day mula2 masuk ward

 muka demam dan lepas kena ambik darah

 tangan kanan dah di masukkan drip... still mau senyum lagi tu.


Mujur malam esok dah ada 1 bilik yang kosong...single bed kat tingkat 3..exclusive suite...Abah ambik bilik ni sebab guna insuran company dan insuran Dalila.. ingatkan mahal.... yer lah nama pun exclusive suite kan.. rupa2nya RM 180 per night. Kalo 2 bedded RM 150 per night jer pun.

Pada pagi 14hb...doktor datang bagitau keputusan ujian darah Dalila...Alhamdulillah.. -ve denggi. darah Dalila semua okey. Doktor syak kemungkinan ni "viral infection"..  Dalila pula dah naik banyak ruam merah2... kecil2.. kat seluruh badan termasukkan  ke muka... tapi tak gatal2. Malam pertama di ward.. suhu badan Dalila 41.5C.  Esoknya pagi 15hb ambik darah lagi..kat tangan kiri pulak.. result darah kali ke-2 ni tak berapa membuatkan hati saya dan Abah tenang!




....to be continued


photobucket

Tuesday, October 19, 2010

@ Panadol Cold


Kelmarin saya rasa  perit tekak... badan pun rasa sengal2 sikit..risau tanda2 nak demam selsema saja. Yang paling risau kalo jangkit kat Dalila lah..dia tu bukan suka makan uabt dan TERAMAT SUSAH nak kasi makan ubat.

Abah ada belikan saya ubat panadol ni..panadolc iaitu "panadol cold". 1st time saya try panadolc ni..sebelum2 ni kalo tak sihat saya telan panadol biasa tu jer. Makan jer panadolc ni ada rasa kurang sikit sejuk2 kat badan...rasa sakit tekak pun makin kurang..badan cepat berpeluh@ kebah.

Kat belakang bungkusan panadol ni ada tulis UNTUK MELEGAKAN:
  • deman
  • sakit badan
  • sakit tekak
  • hidung tersumbat dan berair
 Ada lagi satu jenis panadol lain iaitu "panadol cold&flu". Saya belum pernah try lagi yang ni. Mungkin tak jauh beza dengan penadolc cuma ada extra untuk flu saja. Dari apa yang saya dag search..(kat sini) ianya tak boleh dimakan untuk orang mengandung atau yang sedang plan untuk mengandung. mungkin sebab itu  kot ubat ni adalah "ubat kawalan" - perlu kebenaran dari farmasis terlebih dahulu sebelum boleh dibeli.




photobucket

Monday, August 9, 2010

@ Suara Pun Dah Macam Itik dah

Salam semua,

Harini puan rumah masih lagi tak berapa sihat. Demam selsema sejak hari Jumaat malam lagi. Dok bersin + sakit kepala + sakit tekak saja dari aritu. Dah pergi ambik ubat dengan doktor semalam, dia bagi ubat selsema (biji) warna kuning tu..yang sekali makan terus mengantuk tu...huhuhu..heaven jap rase.. leh tido dengan nyenyak malam tadi. hihihi..


Bangun pagi tadi mukus (chewahh!!..guna istilah mukus tu..kang guna perkataan "lagi satu tu", ada pulak yg tak lalu makan nanti :P) dah kurang banyak dah..cuma suara jer dah macam itik donald duck dah.  

Alhamdulillah, ujian dari Allah.

 



photobucket

Friday, July 16, 2010

@ Pep Smear dan Cerita Scar Cesarean

Saya pagi Khamis kelmarin ke Pearl Maternity Hospital, Sg.Ara untuk buat test pep smear. Hospital ni jugaklah tempat Dalila dilahirkan, memandangkan disini doktor (bidan)nyer adalah doktor perempuan, Islam iaitu doktor Rosita... jadi tak de lah rase "segan" atau malu sangat bila membabitkan pemeriksaan di tempat2 sulit ni..

Kali ini merupakan kali ke-2 saya buat ujian ni. Kali pertama dulu ketika (2007) sebelum mengandungkkan Dalila. Dah dekat 3 tahun lepas. Patutnyer perlu buat 1-2 tahun sekali kan.


Prosesnyer sekejap saja, dan tak rase sakit..cuma akan rasa ketika "benda" iaitu alatan yang di masukkan kedalam situ saja untuk diambik sample tisunyer. Sekejap saja pun. Kos yang kena untuk ujian pep smaer adalah RM25. Result ujian ini akan di pos..mungkin dalam 2-3 hari jugak kot.

Korang dah buat ke ujian pep smear ni?

Persediaan awal sebelum ujian pep smear:
  • Digalakkan datang untuk ujian selepas haid kering ataupun peringkat pertengahan pusingan haid.
  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) 2 hari SEBELUM berjumpa doktor kerana dikhuatiri ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
Sumber rujukan:  www.sabah.org.my


Tentang scar Cesarean:

 Selepas habis proses ujian pep smaer saya ada bertanya pada doktor tentang parut C-section saya yang kadang2 terasa GATAL.. bukan 100% diatas garisan parut tersebut, kadang2 di keliling tepi2 parut tu.

 saya: Adakah rasa gatal itu normal?
doktor: ya, normal..tapi tidak semua parut c-section akan rasa gatal.
 bukan aii punya ok..ambik foto kat cik google


saya: kenapa boleh jd gatal?
doktor: ada beberapa sebab, kemungkinan disebabkan parut awak tu "parut yang masih hidup".. so lebihan 'isi' yang tumbuh diatas parut tu boleh jadi lagi besar lagi.  Ada sesetengah orang parut C-section nyer cantik saja..hanya 1 garis saja. Itu menunjukkan badannyer "healing" pada kadar yang sepatutnyer.. dan tidak terlebih healing sehinggakan muncul "isi" seperti itu. (lebih kurang beginilah penerangan doktor td..banyak telan semut..so ingat2 lupa)

saya: apa perlu/boleh dilakukan sekiranya rasa gatal?
doktor: tak boleh lakukan apa2..just kena tahan saja. sekiranya digaru maka proses penyembuhan (secara semulajadi) sekali lagi akan berlaki di kawasan tersebut.. dan mungkin akan menyebabkan "isi" tu tumbuh lagi besar.

so, kesimpulannyer..kalo gatal tu tahan or letak bedak sajalah.. ke korang ada cadangan lain? sila bagitau / kongsi dengan saya ye.



photobucket

Monday, July 5, 2010

@ Denggi: Result Ujian Darah Kali ke 2

Kawasan area rumah kami ni sejak dahulu lagi memang "black area" denggi... Pernah sekali dulu ada saya buat entry pasal fogging di kawasan rumah saya kan.. tapi apa boleh buat, rumah MIL disini dan lagi pun DEKAT dengan tempat kerja Abah.

Mungkin faktor musin hujan sekarang ni menyebabkan nyamuk aedes makin "galak" membiak..dan sudah beberapa bulan kawasan ini tak de fogging. Oh ya!..sebut pasal fogging teringat pula cerita ni, masa di hospital haritu...selepas doktor beritahu darah Dalila +ve denggi, nurse ada minta butiran dan pengesahan alamat kami untuk buat diisi dalam borang report denggi untuk dihantar ke Jabatan Kesihatan.

Keesokkan paginya...datang seorang pegawai lelaki dari Jabatan Kesihatan untuk berjumpa kami berikutan kes demam denggi Dalila ni. Saya tak berkesempatan mendengar perbualan dari pegawai tersebut dengan Abah sebab Dalila ajak saya bermain kereta mainan di lobby. Bila dah selesai semua, Abah cakap "dia tanya dimana dan alamat yang telah kita pergi sejak dari 2 minggu lepas".." lelaki tu datang buat soal selidik jer". Tapi dia cakap mereka akan buat fogging di kawasan rumah kami dan di kawasan alamat2 yang telah Abah berikan tadi.

Ujian darah kali ke-2

Pada pagi hari ke-3 Dalila di hospital..saya nampak tangan sebelah kanannya yang dipasang drip tu dah membengkak...membengkak sampai seluruh satu lengan kanan. Terus saya beritahu nurse yang bertugas, terus dia stopkan air drip tu. Bila doktor sampai, doktor cakap nak ambil darah Dalila sekali lagi untuk diuji dan sekali tukar port tiup drip tu ke tangan kiri pula. Sayu sangat dengar suara Dalila memanggil "ibu..ibu..ibu" nak suruh saya tolong dia semasa doktor nak ambik darah tu. Seperti biasa, result ujian darah akan siap bila petang nanti.
 selepas "ambil darah"..tangan kanan dah tak berbalut lagi.. im free now!
senang Dalila nak makan minum

Dalam jam 3 petang, doktor datang bagitau keputusan ujian darah tadi pagi.. katanyer darah Dalila dah negatif (-ve) denggi, alhamdulillah... cuma kuantiti darah putihnyer yang belum normal lagi, 17+ lagi..sebab itu lah Dalila masih lagi demam tinggi lagi kadang2...sebab masih ada kuman lain lagi dalam darahnya. So, doktor sekarang kata, kita hanya perlu merawat demam Dalila sahaja sekarang..cirit birit tu kesan dari antibiotik..nanti akan hilang sendiri bila habis antibiotik..cuma perlu bagitau nurse/doktor sekiranya terlampau kerap dan banyak cirit birit.

Hari ke tiga ni Dalila dapat merasa sup ketam yang dibuat oleh MIL dan Kak Lah dan Abang Din (abang saya) yang datang menziarah dan memasakka sup ni. Sedap tul sup ketam ni...opps!! katoi pulak saya tumpang makan sekaki :P Saya pun dah pernah dengar yang sup ketam ni baik untuk pesakit Denggi. Kita ikhtiar sajalah apa yang orang cakap baik dan boleh menyembuhkan.
Kan dia sedang cirit birit, dah tu ada ulser sikit pulak dalam mulut..vitagen satu botol kecik tu pun tak leh nak habis..air jus buah pun dia minum sikit2 saja.. Risau kurang air jer kat badan Dalila nanti. Nurse suruh try bagi air 100 plus, budak demam2 ni kadang2 tak de selera makan/minum katanya.. mungkin air 100 plus ni boleh mambantu buang panas dalam badan dan mungkin Dalila suka. Terus saya call Abah suruh beli air 100 plus ni..kasi kat Dalila dengan dicampur sedikit air suam. Memang betul..dia suka minum air ni (kan saya tak pernah bagi air kaobonat lagi kat dia...so suka lah dia dapat minum kali ni)

Antara gambar2 di hari ke 2-3..setelah balutan di tangannya di buka. Bila tangan sebelah tu dah "free" Dalila nampak lagi happy..ada lah 1-2 kali dia nak kacau/tarik tiup drip kat tangan kirinya tu.

main kat kepala katil

Dah boleh makan suap sendiri

muka dan tangan comot dengan ubat ...nangis2 sampai terlena

Malam yang terakhir, untuk last ubat antibiotik yang dimasukkan melalui drip (yang terpaksa pasang semasa Dalila tidur) tiba2 Dalila terjaga dan menagis dengan kuatnyer sambil cakap sakit2 kat tangan yang ada drip tu. Kami mula2 tu pujuk2 dulu dalam 30 minit jugak dok pujuk tapi dia dok menagis bagitau "sakit..sakitt" lagi. Rupa2nya..tangan Dalila (kawasan ada drip) tu dah bengkak.  Terus panggil nurse stop kan air antibiotik tu. Abah suruh buka semua balutan tu..risau kot2 ada apa2 kecerdaan lain ker. 

kesian tengok tangan Dalila yang bengkak tu

keluar semula air dari tempat jarum drip tu setelah segalanya di buka

Lepas kejadian tu, terus saya tak boleh tidur..risau esok Dalila terpaksa "di cucuk" lagi sekali untuk dimasukkan drip tu lagi. Rasa tak sanggup dengar Dalila menangis lagi panggil minta tolong "ibu..ibu.." Bila doktor datang check jam 9 pagi nyer ..doktor cakap dah boleh balik dah hari ni. Demam pun dah tak berapa tinggi dah sejak 1-2 hari lepas. Alhamdulillah...

6 hari saya berkampung di hospital, masuk hari Jumaat pagi..keluar hari Khamis tengah hari. Memang letih, bukannyer nyenyak tidur kat sana..selang 2jam, nurse akan masuk ambil suhu badan Dalila. Macam tu lah dari pagi sampai malam. Yang best kat hospital ni, doktor datang jumpa kita di dalam wad 3 kali sehari. Kalau kat Hospital Pantai dulu..2 kali jer. Lagi satu- time nak bagi ubat pun, nurse boleh tolong bagikan. Huhuhu.. syukurlah kalo anak korang jenis senang nak makan ubat. Tak payah paksa, pegang kaki dan tangan dan picit pipi semua. Dah lah ubat yang melalui oral (mulut) ada 3 jenis..(2 ubat cirit, 1 ubat demam).
(Rasenya sebab kami dok "paksa" ni jugak buat jarum dripnya tersumbat dan meyebabkan tangan Dalila bengkak begitu.)


depan hospital..sebelum nak berangkat balik rumah..bye-bye

Terima kasih saya ucapkan kepada doktor2, nurse2 serta kesemua pekerja di Hospital Hope Children, di Sg, Ara ni. Layanan yang baik serta kerjasama anda semua amat-amat saya hargai. Cuma satu jcadangan yg nak saya berikan-- kalau ada disediakan servis makanan lagi senang, tak de lah terpaksa membeli makanan dari luar tiap2 hari. hihihi

.


photobucket

Friday, July 2, 2010

@ Kami Menyepi aritu sebab: Dalila +ve DENGGI

Kami "menghilang" aritu bukan pergi bercuti di mana2 pun. Cuma menemankan Dalila di wad saja. Tak sangkan betul dia +ve denggi. Syukurkan semuanya dah pulih dan sihat dah sekarang.
Admitted :25 Jun 2010
Discharge: 1 July 2010

Dalila mula demam sejak pagi Selasa 22 Jun, kami sangkan demam biasa, sebab dia memang aktif saja, yang bezanya pun badannya yang panas serta kurang selera untuk makan dan minum. Bagi dia makan syrup PCM (paracetamol). Kejap jer dia dah baik..dah tak panas dah..tapi 5-6 jam pastu dia demam balik. Demam "on-off-on -off" gitu sampai hari Rabu..Hari Khamis 1 hari dia langsung tak demam. Tapi pagi2 sebelum subuh hari Jumaat 25 Jun...badannyer teramatlah panas..saya raba belakang badan Dalila ada naik ruam sikit.. tapi masa tu tak terfikir langsung..yang ruam tu adalah tanda2 Dalila terkena demam denggi. Tuam kepala Dalila dengan tuala lembap sementara menunggu solat subuh dan menunggu hari siang untuk bawa Dalila ke klinik.

Kami merupakan 1st patien di Hospital Hope Children (di Sg.Ara) pada pagi Jumaat itu. Jumpa doktor..doktor check semua badan..dan doktor suruh admit ke wad..sebab risau/suspect denggi sebab demam dah sampai hari ke-4 dan ada ruam2 kecil di belakang badan terpaksa masukkan ubat melalui "bawah" sebab suhu dah nak dekat 40oC dah.
 ruam di belakang badan...tak berana nampak sangat pun. kecik2 jer macam dot-dot pen jer.

Kali ni adalah 2nd time Dalila admitted (sebelum ni di Hospital Pantai) Ini 1st time Dalila masuk wad kat Hospital Hope ni..sebelum2 ni just datang checkup dan ambik ubat  terutamanya bila waktu tengah2 malam sebab hospital ni beroperasi 24jam.

Hari pertama di wad dan keputusan ujian darah
Selepas masuk ke bilik/wad..doktor ambil darah Dalila untuk diuji samada +ve denggi atau tidak. Kesian Dalila bila dengar dia menjerit dan menangis semasa proses nak ambil darah tu. Doktor ambil kat tangan kanan Dalila, dan terus pasang port/tiub untuk masukkan drip. Doktor cakap result darah Dalila-nanti petang baru boleh tahu. Kasihan sangat melihat Dalila dan kedua2 belah tangannya dibalut bagi mengelakkan tangan kirinya membuka tiub drip di tangan kanan.

Tengah harinya Abah balik rumah kejap-ambik barang/baju dan bawakan makanan tengah hari untuk saya dan Dalila. Lagi sekali terasa begitu sayu hati bila melihat Dalila cuba sedaya upaya nak makan nasi sendiri. Cuna nak pegang sudu nasi sendiri dengan keadaan kedua2 belah tangannya yang berbalut sebegitu. End up dia menangis sebab tak dapat makan dan mengamuk bila saya atau Abah cuba membantu/menyuapkan makanan ke mulutnya. Dah lah dari pag dia tak makan apa2 lagi. (Dalila memang sejak dulu lagi nak makan suap sendiri. Kat mana2 pun dia nak suap makanan sendiri.) Tak lama pastu kami berjaya juga bagi dia makan dengan cara menyelitkan biskut di ibu jarinya...then dia kepit biskut tu dan terus suap ke mulutnya sendiri.
 nak makan suap sendiri jugak tau

Petangnya..doktor datang lagi bagitau result ujian darah Dalila.. positif (+ve) denggi. Macam tak percaya tapi terpaksa menerimanya. Ini adalah ujian dari Allah buat kami pada hari itu. Doktor menasihatkan agar kami tidak terlalu risau sebab denggi ada dua jenis..satu yang merbahaya..dan satu lagi yang tidak merbahaya. Kalau yang merbahaya tu..kuantiti platlet atau darah kuning akan menjadi kurang dan darah putih pun akan berkurang. Tetapi bagi kes Dalila..bilangan platletnya masih banyak dan sel darah putihnya pun bertambah banyak. Doktor cakap kuantiti normal sel darah putih adalah diantara 0-15.. tetapi Dalila pada hari tu adalah 19+. Ini bermaksud, ada kuman dalam badan, dan sel darah putih sedang 'berkerja' melawan kuman tersebut..that why sel darah putih Dalila menjad semakin banyak. Doktor asyik cakap jangan risau jer..sape tak risau bila anak kena denggi...walhal dia demam sikit2 pun kita dah bimbang dah..inikan pulak kena denggi. Aduhai..

Bab time nak kena makan ubat..macam biasa lah Dalila..susah sangat nak telan ubat. Dia dok "puhh..puhh..puhh " jampi  luahkan balik semua ubat yang masuk tu. Habis kena muka dan baju nurse dan serta ibu yang jadi tukang pegang tangan kaki dia. Sampai nurse kat situ dah kenal dengan suara dan peel Dalila dah..Dalila akan cakap " tidak!!..tidak!!" bila nak kena makan ubat..

Doktor masukkan antibiotik melalui suntikan terus di port drip pada tangan Dalila. Yang tak syoknyer.. antibiotik tu akan menyebab kan Dalila cirit birit. Dah lah demam masih tinggi 38oC ++, kena pakai drip untuk masukkan air, cirit birit pulak. Kesian sangat tengok Dalila tak leh nak bergerak jauh2, sebab ada wayar drip tu. Mujur katil di hospital tu rendah jer, tak de lah risau budak terjatuh ker ape ker.. Doktor bagi kelonggaran bila melihat Dalila asyik menangis nak suruh buka wayar drip tu, doktor cakap- pasang drip tu time Dalila dah tidur sahaja. Senang sikit dia bergerak bila dah tak terikat dengan wayar drip itu.

Gambar2 di hari pertama dan kedua di wad.

atas katil..sedang tengok TV..1 bilik ada 2 katil

bersama Barney dan mesin dripnya

tangan yang di balut kedua2nya..untuk mengelakkan Dalila buka balutan di sebelah tangan lagi.
tiup drip ditangan kanan.


balutan ditangan yang sering kali digigit Dalila--dan mesti tiap2 hari tukar sebab rosak.


Adalagi cerita result ujian darah ke-2 yang dilakukan pada hari ketiga..apa pulak resultnya? ok ker tidak lagi.. Nanti saya sambung lagi okey..harini tersangat lah letih..tambah pulak "sahabat baik" berkunjung pulak ni..



Terima kasih diucapkan kepada sahabat blog yang bertanyakan khabar saya semasa di hospital tempoh hari.  Khususnya Aten, Kak Syida dan Ummi Eisya..sorry tak boleh bersms2 sangat kat sana. Abah kerja, Dalila pulak kejap2 cirit jer..tak pun dia dok nangis sebab kena paksa makan ubat jer..dah la tak mau duduk dalam bilik..nak main2 kereta mainan kat luar jer. Sorry yer kawan2..jangan marah yer..


photobucket

Monday, April 19, 2010

@ Cerita ke Alor Star

Hari ni baru sempat Ibu nak update cerita kami ke Alor Star pada Sabtu lepas sewaktu menghantar Acu ke rumah sewa barunya. Kami sampai sana pun dah dekat jam 2.30ptg dah. Tengok rumah memang cantik..rumah teres 2 tingkat. Lagi pun dekat sangat dengan tempat kerja Acu.. senang lah asst.manager ni nak ulang alik ke tempat kerjanyer tiap2 hari. Jimat duit minyak kereta!

Gambar rumah sewa Acu , Ibu tak ambik pun.. kang jadi citer lain pulak  Tapi gambar2 dalam kereta banyaklah.. Nak tengok?
"port" fav. Dalila tiap2 kali masuk kereta

Nakhoda Dalila tgh busy mencari jalan di GPS
Are you ready?

Dah sampai umah sewa Acu.. kami gi makan2 dalam tesco Alor Star.. dekat je

Tesco Alor Star.. dah keluar nak balik baru teringat nak ambik gambar.


Bersama tok dan sepupunya Faqihah(3) dan Fatin(8)

Tiga orang anak dara ni yg dah rasmi dulu katil2 dalam rumah tu.

Kami bertolak balik Penang lebih kurang jam 8.15 mlm..sampai rumah 10.30mlm.. sempatlah Abah nak tengok cite Lost kat astro..



On the way dalam kereta dan sampai ke Penang, Dalila mengadu sakit perut, menangis sepanjang malam.. dekat2 nak subuh Ibu pegang rasa badan dia panas.. demam. Pagi Ahad terus bawa dia ke klinik "Hope" untuk checkup. Doktor cakap Dalila demam dengan sakit tekak.. mungkin sebab cuaca tak berapa "sihat" sekarang ni kot. Petangnyer pulak.. Dalila cirit birit pulak.. dah lah selera makan dia pun tak ade (sbb sakit tekak) so, nak menenen jer lah 24jam. Kalau masih berlarutan..petang ni nak kena bawa check kat hospital pantai pulak lah.

So kawan2..hati2 yer nak bawak anak keluar rumah sekarang ni, dah lah sedang hangat dengan kes H1N1 lagi kan... hati2 yer..



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...