nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, February 18, 2011

@ Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia


Siapa pernah dengar tentang Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia atau Children's Wish Society of Malaysia? Saya sejujurnya tak pernah tahu pun kewujudan persatuan ini. Rasanya ia kurang mendapat publisiti di media massa tidak seperti persatuan2 atau badan2 NGO yang lain.

Saya sendiri baru sedar adanya persatuan ini bila saya sedang menantikan Abah dan Dalila oder makanan di KFC di Giant Bayan Baru. Secara tidak sedar saya terpandang seorang ayah sedang membantu anaknya membeli gula-gula di vending mesin di tepi restoran KFC tu. Tergerak pula hati nak pergi tengok vending machine tu selepas mereka dua beranak tu beredar. Disitu lah saya terbaca tentang Children's Wish Society  (CWS) ni.. sebahagian dari kutipan penjualan gula-gula itu akan didermakan ke CWS ..ada gambar seorang budak  lelaki yang impiannya tercapai untuk bertemu pasukan bola sepak MU.
 beli sambil menderma (contoh gambar saya pinjam Google)



Sekiranya korang pun berminat nak tahu lagi pasal CWS ni boleh klik sini yer..
 dan di 

kat sana ada banyak cerita-cerita gembira yang mana beberapa orang kanak-kanak yang menderita penyakit telah tercapai impian mereka, hasil usaha dari CWS ni. Semoga senyuman kegembiraan itu dapat mengurangkan  sedikit sebanyak penderitaan penyakit yang dialami oleh tubuh kecil itu.. insyaALLAH..


Wednesday, February 9, 2011

@ Telur Ikan Jerung

Saya baru tahu saja telur ikan jerung gini bentuknya.. tertengok kat dokumentari TV1 minggu lepas.. terus buat research sikit pasal telur ikan ni. Unikkan tengok telur ikan jerung ni.. kulit cengkerangnya berpintal2 macam mata gerudi.
hanyut di tepi pantai

saiz telur

baby ikan jerung yang baru nak "menetas"

Tidak semua jerung meiliki telur seperti ini yer kawan-kawan. Jerung yang memiliki telur sebegini adalah "Port Jackson Shark". Lagi satu fakta yang menarik tentang "Port Jackson Shark" adalah, ia membawa telurnya menggunakan mulutnya dan meninggalkan di suatu tempat yang tersembunyi (dicelah2 batu-dasar laut) bagi mengelakkan telurnya itu di makan oleh haiwan2..atau jerung2 pemangsa yang lain.

Telur atau cengkerang yang dah kosong akan di hanyutkan ke tepi pandai dan ianya lebih dikenali sebagai "mermaid's purses" atau "devil's purses". Hihihi...pelikkan..

Jenis-jenis jerung yang lain yang juga bertelur  adalah "Horn Shark" dan "Swell Shark" dan "Cat Shark"


telur swell shark


Ada juga sesetengah jerung yang membawa telurnya dengan cara begini: embrio tergantung di luar badan jerung betina. Jerung "Blue Shark" dan "Hammerhead Shark" membekalkan makanan kepada embrionya melalui placenta yang bersambung dengan badan si ibu.
Blue Shark bersama telurnya

Selebihnya..kebanyakkan jerung2 spesis lain (selain daripada 2 cara yang disebutkan diatas) akan mengeramkan telur-telurnyanya di dalam badan (tanpa placenta). Dan mana-mana anak yang menetas terlebih dahulu akan memakan telur yang masih belum menetas lagi...senang nak cakap dia akan makan adik beradik dia yang lain lah untuk hidup.

So, kalo korang terjumpa cengkerang pintal-pintal macam mata gerudi... kat tepi pantai..jangan pulak korang ingat objek dari makhluk asing pulak yer..itu jerung yang punyaaaa.. bukan man belon yang punya!!!! hihihi


photobucket

Sunday, February 6, 2011

@ Jom Check *#06# kat Handphone


Terbaca entry menarik ni kat blog http://nyonyasabah.blogspot.com/
macam menarik jer nak cuba try test..hihi

langkah2nya:
  1. Ambil handfon anda, lepas tu tekan *#06#
  2. Lepas tu akan terpapar nombor siri 15 digit kan.
  3. Perhatikan angka ke-7 dan ke-8 pada nombor siri itu.
  4. contohnya: x x x x x x ? ? x x x x x x x
  5. sekiranya bernombor 02 atau 20: telefon anda di buat di UAE (Emirates), kualiti: sangat tidak baik
  6. sekiranya bernombor 08 atau 80: telefon anda di buat di German, kualiti: sederhana baik
  7. sekiranya bernombor 01 atau 10: telefon anda di buat di Finland, kualiti: baik
  8. sekiranya bernombor 00: telefon anda dikilangkan di tempat asal jenama tersebut, kualiti: SANGAT BAIK
  9. sekiranya bernombor 13: telefon anda diperbuat di Azerbaijan, kualiti; sangat tidak baik dan memudaratkan kesihatan.
1st time tau benda macam ni.. saya dah check kat handfon saya....alhamdulillah 01.


lagi satu perkara yang dulunya pernah tersebar melalui email tentang *#06# ni adalah...

sekiranya handfon kita hilang atau dicuri orang.. pihak telco (syarikat pembekal perkhidmatan GSM and seperti 012,019,013, 017, 016) dan berikan nombor siri handfon anda itu. Mereka berupaya mem"blok" penggunaan handfon itu walaupun sim kadnya telah ditukar. Jadi telefon ada tidak boleh digunakan langsung..so kalo pencuri tu nak jual pun sure tak laku kan. Handfon kena "blok" dan sim kad pun kena "blok" jugak.. padan muka pencuri tu.



kesahihan kedua2 benda ni saya pun tak sure sangat.... tapi just saje seronok2 nak check dan share dengan kawan2 semua jer..
kalau ada yang terkena "handfon kualiti yang tidak baik" lepas cuba taip kod tadi tu..maafkan saya yer. entry  "just for fun" jer..lagi pun saya tak sure sama ada *#06# tu boleh guna kat handfon jenama lain atau tidak.. me and my asben guna Nokia jer


Tuesday, January 18, 2011

@ Saya Dah daftar "Heartbeat"


Rasanya rata-rata blog dah daftar/pasang iklan "Heartbeat" ni kan. Suka dengan warnanya yg pink-pink gitu..gerak2 kat dalam blog ni. Katanyer boleh "menambahkan pendapatan" juga...hihihi. Sambil2 berhobi (tulis blog) boleh juga buat duitkan..

Heartbeat ni kena daftar macam nuffnag juga, then kena letak banner macam nuffnang jugak.

cara nak join adalah:..
1. daftar disini Heartbeat.my atau mana2 banner heartbeat kat blog saya
2. klik kat myHB Affiliate (saya biasa klik kat link di footer page tu)
3. ambik kod banner kat "Get A Code" terpulanglah nak letak 1 atau 2 atau kesemua banner tu di blog anda.
selamat mencuba!!


Update!!!
iklan Heartbeat ni tak jejaskan status Gliterati kita kat Nuffnang
Hooyehh.. suka..suka..
lagi pun nampak cute sangat kat blog saya ni..




photobucket

@ Dah ada "sesuatu" di bawah my header

Sebenarnyer, kat bawah header blog tu tak ada extra ruang tapi saya telah "adakan" sebab nak letak "sesuatu". Ni kes terpengaruh dengan rakan2 bloggers yang lain dah ni..hihihi. Nanti kita citer bab "sesuatu" tu yer..

Sekarang nak citer macam mana nak "tambah" ruang kat bawah header tu dulu.



Tak susah pun nak tambah "extra ruang kat bawah" tu. Begini cara yang saya buat tadi.

Design > Edit HTML >
guna find (tekan ctrl dan F) cari perkataan ini: <div id='content-wrapper'>
 then tukarkan perkataan "no" menjadi "yes"

 contoh seperti ini:

pastu " save template"

try check semula kat "Page Element"
sepatut nya anda akan dapati ada "add a gedget" di bawah header tu.
Contoh seperti di bawah:



so boleh lah korang nak letak apa2 gambar atau iklan kat bawah header korang tu.




sumber rujukan : http://tips-for-new-bloggers.blogspot.com/2007/02/add-page-element-to-blogger-header-and.html



photobucket

Tuesday, January 4, 2011

@ The Right Brain vs Left Brain test


The Right Brain vs Left Brain test ... do you see the dancer turning clockwise or anti-clockwise?

If clockwise, then you use more of the right side of the brain and vice versa. Most of us would see the dancer turning anti-clockwise though you can try to focus and change the direction; see if you can do it.

LEFT BRAIN FUNCTIONS
uses logic, detail oriented, facts rule, words and language, present and past, math and science, can comprehend, knowing, acknowledges, order/pattern perception, knows object name, reality based, forms strategies, practical, safe

RIGHT BRAIN FUNCTIONS
uses feeling, "big picture" oriented, imagination rules, symbols and images, present and future, philosophy & religion, can "get it" (i.e. meaning), believes, appreciates, spatial perception, knows object function, fantasy based, presents possibilities, impetuous, risk taking


saya mula2 tengok menang nampak girl tu pusing arah ikut jam.. tenung lama2 puan asyik arah ikut jam ajer.. tapi bila tengok kat kaki girl tu jer.. sambil mata tengok pada tulisan di bawah gambar..dah boleh buat girl tu pusing arah lawan jam dah..

korang nampak girl tu pusing arah mana? lawan jam ker ikut jam..

photobucket

Tuesday, November 9, 2010

@ Aku yang dah ANGRY


 Eh, nak citer pasal aku yang tengah ANGRY  hokey...apasal gambar buat "best" pulak..aiseh..

jap..

cari  gambar lain jap

*

*

*

*

*

okey

dah jumpa

ggrrrmmm..

Pasal apa saya angry sangat ni? sebab dah lama saya bersabar.. dah lama sangat saya bertahan...pasal benda ni..dah dah lama juga saya buat "pejam mata" dengan benda ni.. so sekarang, dah tak tahan lagi.. siap buat entry lagi yer.. padan muka mereka yang terbabit...haaa....baru ko tahu.

Saya marah bila tiap2 kali saya check email saya terutamanya kat "SPAM" ada jer email dari MAYBANK. Geram betul...sebab SELALU SANGAT DAPAT email dari MAYBANK. Saya memang ada acc Maybank, tapi tak aktif pun..sbb tak pernah guna. Rasanya RM50 jer kot kat dalam tu. Tapi bila tiap2 kali buka email yahoo..dan asyik ada jer email dari Maybank.... menyusahkan hidup jer.. kalo lupa nak delate..penuh lah "spam" yahoo saya..


email 1st dari en. jacktickle (cara: saya letak cursor pada link email 1st)


email 2nd dari Jonvanatta pulak


email 3rd dari Fare208318


Dalam satu hari 3 email...bayangkan kalo saya tak check email...seminggu..sebulan.. tak ke hangin nak delate bagai.

Bank2 lain tak de pulak saya dapat email tipu mcm ni... apasal maybank saja ek?
 Dulu, pernah saya terbaca dalam blog kawan2 kita juga..yang dia telah kehilangan wang RM 1000 lebih disebabkan telah mengklik link pada email dari Maybank ini. Lagi  sekali ini kerja..sang hacker/pencuri yang bijak IT. Sejak itu sampai sekarang, saya tak pernah buka pun email dari Maybank ini. Terus saya delate.


Ketahuilah bahawa maybank tidak pernah menghantar email menyuruh kita mengupdate apa-apa butiran peribadi di Internet termasuklah password atau no pin. Memang tak ada. Semua kerja-kerja untuk update hanya boleh dilakukan di kaunter bank sahaja. Kat tempat lain memang tak boleh!.
Jadi jangan percaya dan jangan memberikan apa-apa butiran kepada pihak yang mengaku sebagai maybank. Jangan juga anda mengklik apa-apa link dalam email yang mencurigakan. Kalau anda ingin membuat transakri melalui Maybank2U pastikan anda masuk ke website yang betul.. bukan mengikut link dari mana-mana email atau pun website sesiapa… walau pun website terbabit hampir 100% sama macam website asli maybank.



lagi cerita berkaitan email Maybank..tengok sini yer..
http://arsyadmaster.com/blog/hati-hati-dengan-email-maybank/



................update..........................
entry ni di buat malam tadi,
bangun jer pagi ni.. check email...dapat lagi 2 email dari Maybank..
HAMPEH tul lah..


photobucket

Monday, November 8, 2010

@ Tip-tip mengatasi password di "hack"

Pernah bebarapa bulan yang lalu, saya dapat email dari dari pihak Yahoo.. yang menyatakan akaun email Yahoo saya telah cuba "di buka" / login oleh seseorang..  Pihak Yahoo..meminta saya untuk mem"verify" semula password email saya itu..sape lah yang punya kerja ni, aku yang tak punya harta pun ko nak hack ker?

Cerita pasal hack-hack ni..teringat saya pada seorang bloggers yang saya kenali dengan nama Kak Ina, rasanya dah lebih setahun dia dah tak mengupdate blognya..gara2 blognya telah di hack oleh seseorang.. "orang" itu siap buat entry kutuk2 kak Ina dan keluarga Kak Ina. Ada entry yang dah ter'publish dan ada lagi yang sempat kak Ina "delate". Bahaya kan hackers ni...macam2 boleh terjadi hanya kerana kebijaksanaan nya yang telah di salah gunakan... sayangkan :( rugi jer



Salah satu cara hacker menembus account kita adalah dengan cara meneka password. Hacker menggunakan script yang dapat memasukkan puluhan password tiap saat untuk mencuba masuk ke dalam account kita.
Cara hacker meneka password kita biasanya dengan:
1. Dictionary attack, yaitu dengan menembak menggunakan kata-kata dalam kamus, dan dikombinasikan dengan angka-angka atau karakter.
2. Brute force attack, yaitu dengan mencuba semua kombinasi, mulai dari aaaa sampai zzzz, sampai beberapa karakter.
3. Personal information attack, dengan cara memasukkan data-data peribadi seperti nombor telefon, tarikh lahir, nama kekasih/isteri/anak, poskod, dan sebagainya.
Password yang sangat lemah akan sangat mudah dihack dengan cara ini.
Contoh password yang sangat lemah misalnya:
* 123456789,000000,123456,asdfg, qwerty, asdf, ini karena mudah sekali orang menekan kombinasi ini di keyboard.
* password, mypassword, dan lain-lain yang menggunakan kata-kata dalam kamus (semua bahasa).
* tarikh lahir, nama pakwe/awek, dan lainnya yang merupakan data diri orang tersebut.
Password yang lemah, bisa ditembusi dalam waktu yang lebih cepat, misalnya:
* menggunakan semua huruf kecil.
* menggunakan kombinasi kata dan angka, misalnya isuhangat10, blalang71.
* mengganti huruf dengan karakter, misalnya s@y@ng
Bagaimana password yang kuat dan sukar ditembus hacker?
1. Merupakan kombinasi dari huruf besar, huruf kecil, nombor, dan karakter.
2. Panjang lebih dari 10 karakter.
3. Tidak menyertakan kata-kata dalam kamus.
Password yang kuat harus mudah diingat oleh pemiliknya.
Contoh password yang kuat: 1mAu$1Juta
Cara mengingatnya:
* 1 = kata “saya” diterjemahkan dalam bahasa Inggeris (I).
* mAu = mau
* $ = wang
* 1Juta = Juta
Contoh password kuat yang lain: linA–>10+me,,,
Cara mengingatinya:
* linA= misalnya nama orang spesial buat Anda: lina
* -> = panah identiti dengan adalah
* 0+ = lambang awek
* 1 =bererti nombor satu atau paling
* me = ganti nama buat aku
* ,,, = untuk mengganti (…) biasanya mudah diteka.

Beberapa tips lain:
1. Jangan menggunakan password yang sama untuk berbagai macam aplikasi, misalnya password email anda sama dengan password friendster. Ini bererti:
* seseorang yang dapat menhack password friendster anda, boleh juga menhack password email anda. Sementara di mata hacker menghack password friendster lebih mudah daripada menghack email Yahoo.
* admin atau “orang dalam” friendster tahu password Anda, dia juga boleh memasukkan password tersebut ke email Anda.
2. Jangan mengklik link di email yang menyatakan anda harus memverifikasi password anda. Email ini dikirim oleh hacker.
3. Jangan memasukkan password disite selain dari site sebenar. Misalnya jangan memasukkan password yahoo di site friendster untuk alasan apapun (misalnya import address book).
4. Sebelum login ke email atau yang lain, pastikan URL di browser anda benar. Misalnya mail.yahoo.com bukan mail.yahoo-ltd.com atau yahoo-verify.com atau yang lain.
5. Untuk rekening online seperti maybank2u, CIMB clicks, paypal, sebaiknya anda tidak menekan password anda menggunakan keyboard (karena hacker bisa membaca keyboard Anda dengan program keylogger). Gunakan On Screen Keyboard, Charakter Map, atau copy paste dari notepad .

Okey begitulah tips-tips agar password kita sulit dibocori hacker. Semoga dengan tips ini account kita selamat dan terhindar dari kebocoran.


photobucket

Tuesday, November 2, 2010

@ Kampung Saya Sudah Dilanda Banjir

gambar dari cik Google

Malam tadi saya dapat panggilan dari Abang kandung saya yang tinggal satu kampung (rumah lain-lain) dengan mak ayah saya. Mereka tinggal di Kedah, dalam dearah Kubang Pasu. Alhamdulillah..semua sihat. Abang bagitahu..air dah masuk rumahnya tengah hari tadi. Masa kakak ipar saya keluar gi ambik anak sulungnya (darjah 3) di sekolah... air tak naik lagi..balik jer dari sekolah, dah hampir paras lutut dah. Habis kerpet dan  buku/majalah terapung dalam rumah..termasuk sekali tong gas memasak tu..pun dah tebalik habis dah.  Lantai simen depan kawasan pintu rumah dah "terangkat/tertanggal" dah dari tanah. Kasihan family abang saya...

Petang tu jugak mereka satu keluarga dah berpindah ke rumah mak ayah saya/kami yang agak tinggi (rumah kampung)...sebab air dah sampai paras pinggang dah. Rumah mak ayah kami tak pernah lagi di masuki air banjir, paling dasyat pun air akan sampai ke pintu pagar rumah saja...alhamdulillah.

Sekarang ni..kampung saya dah terputus hubungan/jalan dengan kampung sebelah menyebelah dah..langsung tak nampak jalan tar dah.. dah semacam laut dah. Mujur abang ada menyimpan stok makanan yang mencukupi untuk di makan sepanjang musim hujan ni. Cepat2 lah berlalu wahai sang hujan.. kesian anak2 sedara ku tak dapat ke sekolah.

Dari apa yang saya baca di web jabatan meterologi malaysia..Kedah diramal akan hujan lagi sampai ke hari Isnin depan (8 Nov 2010).

Berikut adalah AMARAN HUJAN LEBAT yang saya perolehi di laman web Jab Meteriologi.
_________________________________________________________________________________
AMARAN HUJAN LEBAT
(PERINGKAT MERAH)
Dikeluarkan pada: 7.40 petang 01/11/2010

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)

Ditingkatkan daripada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikeluarkan pada 8.45 malam, 31/10/2010.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli), Perlis dan Kedah (Daerah Kubang Pasu dan Padang Terap) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

KEMASKINI
I) Ditingkatkan daripada Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir (Peringkat Kuning) pada 8.45 malam 31/10/2010.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Kedah (Daerah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010.
II) Ditingkatkan daripada Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir (Peringkat Kuning) pada 1.25 petang, 31/10/2010

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat serta keadaan berangin yang turun di Terengganu (Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu) dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 3 November 2010.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.
_______________________________________________________________________________

** ada lagi sambungannyer..tapi saya nak copy yang ni saja. Nak baca lagi korang klik kat  webside Jab. Metreologi yer.. kat bahagian "Amaran Cuaca" kat sebelah kanan-atas.


Masuk webside Jab. Meteriologi ni teringat masa saya nak dapat interview pegawai kaji cuaca time tengah 7 bulan preggy kan Dalila dulu2..banyak saya study kat webside nih.. Tapi apakan daya ..bukan rezeki saya kat sini..tak dapat nak kerja under MOSTI. Kalau korang nak tahu.. pegawai kaji Cuaca ni working hours nya 12 jam-12 jam tau. Tapi tak pe lah kan..asalkan  keje dgn Goverment.



photobucket

Wednesday, July 14, 2010

@ Nak sihat ikut cara Rasulullah?

Amalkan tip2 dibawah ini..


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan
sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi
hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau
mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan
berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa.
Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan
tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara,
sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu
tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk
menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah
sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir,
pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting
untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan
hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah
belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan
jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka
berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan  
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi
kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta
tawakal kepada Allah SWT


7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga ke'stabilan hati & kesihatan jiwa, serta mental maka menjauhi iri
hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.


::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku
dengan sifat sifat mahmudah...::


shering is caring!! bye..


photobucket

Friday, June 11, 2010

@ Esok (Sabtu)- aktiviti Samak dan Cuci Rumah Bertam

Minggu ini sebenarnya kami sekeluarga agak buzy..Abah sampai ambik cuti dari hari Isnin sampai Rabu. Major projek kami adalah "Cuci dan Samak rumah kami di Bertam". Alhamdlulillah dengan bantuan rakan blogger yang tinggal di Kepala Batas iaitu Zaza...saya diperkenalkan kepada Kak Mas, yang pernah membersihkan rumah Zaza suatu ketika dulu. InsyaAllah, esok (Sabtu) ni nanti, rumah kami di Bertam tu akan dicuci dan disamak berikutan owner pertama sebelum kami adalah perempuan Cina(bujang)..walaupun dia tidak memelihara anjing..tapi untuk menghapuskan perasaan was-was..lebih baik disamak kesemuanya...betul tak?

Dah lama beli rumah di Bertam, Kepala Batas ni..cuma tak de masa nak pi jenguk selalu. Harap pada kak Long Abah yang di sebelah rumah tu sajer tolong2 tengokkan. Tetapi baru2 ni..Acu (adik Abah yang kerje Asistan Manager Bank) kena tukar ke area Bertam, so nak kasi Acu duduk rumah ni lah nanti. Tak payah dia susah2 nak menyewa lagi. 
(Entry lain tentang rumah Bertam ini di SINI)

So, sebagai persediaan proses menyamak esok.. ini ada beberapa info tentang menyamak rumah yang saya google kan:

Info Pertama:

CARA MENSUCIKAN NAJIS MUGHALADZAH

Hendaklah disuci 7 kali pada air yang mengalir.

Yang pertama atau yang terakhir air itu hendaklah bercampur dengan tanah atau pasir yang suci. Dasarnya ialah hadith Abu Hurairah yang bererti :- " Jika anjing minum dalam bekas salah seorang diantara kamu, maka ciculah 7 kali." Muslim.

Sabda Rasulullah SWA bererti :- " Sucinya bekas air seorang diantara kamu kalua dijilat oleh anjing ialah dicuci tujuh kali, yang pertama atau yang terakhir dengan tanah." Muslim.

Umumnya air bercampur tanah diguna pada air basuhan yang pertama.
simbahan/cucian pertama atau yg terakhir, tapi elok kita simbah pada kedua2nya i.e simbahan pertama dan kedua... kemudian bilas ngan air bersih pula..
                                                SUMBER: blog Mama Auni Firdina


Info Kedua
 soalan: 
saya nak pindah rumah sewa.tuan tu kata dulu ada orang india bela anjing.perlu ke samak satu rumah?

jawapan: 
Dalil hadith hanya khusus kepada bila anjing menjilat bejana hendaklah dicuci tujuh kali dalam salah satunya dgn tanah. Manakala di zaman salaf, pernah anjing masuk ke dalam mesjid Nabawi dan Nabi SAW tidak pernah memerintahkan para sahabat menyamak mesjid (Qardhawi, Fiqh Thaharah).

Maka memadai seluruh lantainya di basuh hanya menggunakan detergen lantai atau sabun dari menyamak lantai dan dindingnya dengan tanah. Ini lebih menghampiri kebenaran kerana Islam itu mudah dan tidak dijadikan dalam agama itu suatu kesempitan.

Dalilnya: ” Allah mengkehendakki untukmu kemudahan dan tidak mengkehendakki kesukaran.” AQT 2: 185 WA
                                                          SUMBER: soaljawab.wordpress

 --------------------------------------------------------
maka, pada pandapat saya, cara menyamak untuk rumah saya ini nanti akan bermula dari dapur sampai ke lantai ruang tamu bermula dengan bilasan 1 atau kedua menggunakan air tanah..dan disusuli dengan 5 lagi bilasan air yang diambil terus tari paip...(mula semula dari dapur ke ruang tamu) Dan tidak perlu disamak pada dindingnya. (betulkan saya kalo saya silap ye kawan2)

Tanah yang akan digunakan untuk proses menyamak ini kami beli dari nursery pokok bunga. Beli tanah yang berwarna perang kemerah-merahan. (cadangan dari Zaza)
 *
*
*
*
*

 sebagai selingan..sila tengok pic Dalila kat laman rumah di Bertam tu..

 Kat belakang yang ada rumput tu laman rumah Kak Long

 Muka masam sebab kena marah sebab tak pakai kasut..dia suka sangat nak main kepala paip ni.

 Masih mood merajuk..bergambar bersama Faqihah..anak Kak Long


Photobucket

Thursday, May 27, 2010

@Penentuan Arah Kiblat: 28 Mei 2010

Saya mendapat tahu berita ini dari dalam kelander Islam di rumah MIL saya..jadi saya terus Google untuk memastikan kesahihannya agar dapt  dikongsikan bersama..




Penentuan Arah Kiblat pada tahun ini  (2010) boleh dilakukan pada:

28 Mei 2010  -jam 5.16 petang

16 Julai 2010  -jam 5.28 petang

kerana pada tarikh dan waktu tersebut..matahari akan tepat berada diatas Ka'abah. Setiap ayang yang lurus pada masa teresebut akan mengarah kearah Ka'abah.

Anda boleh lakukan dengan cara memacakkan kayu atau apa sahaja objek yang lurus diatas permukaan yang rata (tanah rata) dan ambil hujung bayang (A) menghala kearah matahari. Maka bayang (A) itu menunjukkan arah kiblat yang betul.

sumber rujukan:
1. Mutoha.blogspot
2. Persatuan Falak



Photobucket

Thursday, February 18, 2010

@ Dalila Terjatuh di bilik air

Satu lagi kecederaan telah terjadi pada Dalila..

Tempat kejadian: Bilik air, di kampung Ibu.
Tarikh kejadian: 14 Feb 2010, jam 1.45ptg.
Punca kejadian: tergelincir, kepala terhantuk jubin lantai.

gambar ambik lepas jumpa doktor- tak clear sgt sbb Dalila tak mau dok diam. sakit agaknyer bila Ibu dok selak2 rambutnye tu.


Sewaktu di kg Ibu ketika cuti CNY hari tu, Dalila telah terjatuh di bilik air sehingga menyebabkan kepalanya sedikit berdarah. Dalila terjatuh akibat ter'licin dan terlepas pegangan tangan Abah semasa dia mula nak melangkah masuk ke bilik air. Kepalanya berdarah akibat terkena jubin yg di buat agak tinggi yg menjadi pemisah diantara ruang dapur dan bilik air. Kasian Dalila.. :(

Sebenarnyer Dalila sudah pun mandi dengan Ibu sebelum tu, mungkin sebab syok mandi di bilik air di rumah toknyer ni..sbb lebih luas dan air nyer teramat lah sejuk..dia pun nak ikut Abah gi mandi lagi. Ibu masa tu dah sendukkan nasi untuk suapkan Dalila, tetapi Dalila beria-ria nak ikut Abah ke bilik air.

Mula2 langkah jer terus tergelincir...terus menangis kuat. Abah angkat dukung pujuk2 sampai ke buaian di luar rumah. Ibu datang bantu nak pujuk, Abah cek kepala Dalila- ada bengkak/benjol sebesar duit 20 sen, pastu nampak ada garisan darah disitu..lebih kurang 2cm panjangnye.

Kami terus bersiap apa yg perlu utk bawa Dalila ke klinik. Memandangkan hari tu 14 Feb-hari Ahad..dan cuti CNY pulak..banyak klinik yg tutup. Kami bawa Dalila sehingga ke BandarDarulaman, Alhamdulillah..mujur ada sebuah klinik yg buka. Memandangkan kami sampai di klinik lebih kurang jam 2.20ptg..kena tunggu doktor abis break..masa tu dah nampak dah darah keluar dari kawasan bengkak tu..risaunyer..mujur dia dah tak menangis kuat2 dah..kalo tak kami sure lagi panik..

Masa dok tunggu giliran nama di panggil, patien lain pun makin ramai memenuhi ruang menunggu, Dalila dgn aksi seperti biasa nak pergi main jugak di papan gelungsur yg ada dalam klinik tu bila melihat ada 2-3 org kanak2 main kat situ. Mungkin dia dah lupa kesakitan kat kepalanyer tu kot...syok sgt nak main..mak2 budak yg dok teman anak2 diorg main tu sampai risau tgk luka di kepala Dalila dan tgk aksi Dalila mcm budak tak sakit nih. Penuh satu ruang tu dgn suara riang ria Dalila jer..Ibu layan kan jer..asalkan ko tak menangis a.k.a kesakitan dah ler nak..kita tak kasi- dia meronta2 nak gi main jugak.

Bila dah jumpa doktor, doktor periksa dan cuci luka Dalila tu. Doktor cakap xde apa2 yg serius sbb selalunya kalo jatuh yg jadi benjol dikepala ni selalunya tiada kecederaan dalaman. Lagi pun doktor cakap Dalila aktif saja, anak mata dia pun ok jer dan tak muntah. Almahdulillah... Luka di kepala pun tak de lah dalam sgt dan tak perlu dijahit..lagipun darah di luka tu dah kering. Lega dengar ckp "xperlu kena jahit"..tapi Ibu kena monitor Dalila dalam masa 48 jam. Dalila di bekalkan ubat tahan sakit dan ubat surut bengkak pada ptg tu.

Berikut Ibu sertakan nasihat doktor buat panduan ibu bapa ketika berdepan situasi anak terjatuh.
  1. Sekiranya tiada pendarahan..perhatikan keadaan anak, sama ada kurang aktif atau tidak selepas jatuh..perhatikan juga sama ada mereka muntah atau tidak selepas jatuh. Sekiranya jawapannya"ya" dalam masa 24 jam (selepas jatuh)..cepat2 bawa jumpa doktor.
  2. Perhatikan anak mata anak tu..sekiranya anak mata anak tu besar sentiasa..bermaksud ada sesuatu yg terjadi dan perlu segera berjumpa doktor.
  3. Sekiranya selepas terjatuh..keupayaan pergerakkan anggota badan menjadi kurang dari biasa..contonya..anak yg selepas jatuh tu..hanya menggunakan sebelah tangan saja utk melakukan sebarang aktiviti...so, segeralah berjumpa doktor.

p/s: mana ada ibu bapa yg mau lihat anak sakit, kita dah cuba sedaya upaya kemalangan itu terjadi..tetapi kalau dah takdir..terima sajalah sebagai ujian dari Allah.

p/s: cuti CNY xsempat nak jumpa kak ros a.k.a Ibu Ayra pun..dah Dalila jd mcm ni..xsampai hati nk bwk dia keluar...lain kali yer kak ros.


Photobucket

Wednesday, February 10, 2010

@ Tutorial: Nak Blink2 kan Perkataan

Bagi menjawab pertanyaan KakNgah..caranyer mudah jer..sama mcm buat "strike"


contohnyer: nak blink2 kan perkataan "sayang"

taip..

akan jadi


sayang


semoga dapat membantu....

Photobucket

Thursday, April 16, 2009

Proton Exora

Hari ini 15 April 2009 telah diadakan majlis perlancaran kereta MPV buatan Malaysia yang pertama yg telah diberi nama Exora..(nama sainstifik bagi bunga Siantan..nama kampungnya bunga Jejarum) Nama ini telah dicadangkan oleh seorang guru perempuan dari Changloon, Kedah orang sekg Ibu ni dan beliau telah berjaya mendapat kereta ini sebagai hadiah free.
Dah glamor de amor dah namanya skrg..



sumber : proton-edar


Harga kalau tak silap dari RM 72, 000. Menggunakan teknologi enjin Campro CPS 1.6 L. Rekaannya seakan-akan Toyota Wish. Ibu tak reti nak ulas banyak2.. buat entry ni pun sebagai info buat diri sendiri kalo2 kat interview nanti ditanya "pengetahuan Am" pasal kereta Malaysia terbaru ker.. ada lah juga bahan nak goreng cakap depan orang. Lagi satu..kalo nak buat rujukan senang..tak la tercari2 sbb dah tulis kt blog w/pun sikit jer


Pengeluaran Proton dari 1985- 2009

Maaf yer, graf tu kecik. Dah abis edit dah tu..
Mengikut apa yg TV td bagitau..hanya 18 bulan sahaja diperlukan untuk membina MPV ni.. sekali dengan design semua..dan melibatkan hasil kerja anak tempatan kita. Komponen yg digunakan pun 90% adalah komponen buatan Malaysia.. Ishh..ishh.. cayalah Malaysia.. Tahniah!!..Tahniah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...