nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label jumpa bloggers. Show all posts
Showing posts with label jumpa bloggers. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

@ Beraya di rumah Zaza

Maaf yer..tetiba baru perasan ada entry tak di publish kan pulak aritu. Cerita ni masa raya ke-5 yang lalu. Kami ke rumah zaza..kenalan blog saya dan dia jaga banyak membantu saya sewaktu saya melakukan persiapan untuk kenduri tempoh hari. Thanks zaza!

Rumah zaza tak jauh pun dengan rumah kami kat area Bertam tu..rumah dia di tepi jalan dan sebelah sek saja. Sampai di umah zaza, terus terbau masakan yang sedap. Zaza ni memang pandai dan rajin masak. Kalau korang baca blog zaza..mesti korang ternampak entry resepi yang dia dah cuba. Bestkan..

Dalila dan Hanin pulak mula2 macam tak berapa leh "geng" lagi. Tapi lama2.. masa main kat luar rumah..haa. ambik ko.. sampai tak mau balik Dalila tu..sampai kena paksa dukung masuk kereta.

Jom tengok gambar yang sempat saya snap..

 Dalila suka bermain dengan Hanin

tgh main lari-lari masa ni...stop sbb kami risau terjatuh

zaza a.k.a mamaHanin dan saya



photobucket

Thursday, September 30, 2010

@ Majlis Open House & Birthday Party Dalila (25 Sept)

Alhamdulillah... pada 25hb (Sabtu) Sept yang lepas..kami telah mengadakan sedikit 'open house' yang bersemperna menyambut birthday Dalila. Ni 1st time kami buat majlis macam ni. Maaflah sekiranya ada kekurangan di mana2 yer kawan2 merangkap tetamu kami pada hari itu.

 kek bentuk mickey mouse clubhouse
 Majlis haritu mula jam 12tgh hari. Abah punya invitation start jam 12tgh hari - 6 petang..Abah invite kawan2nyer atas nama "housewarming". Saya pulak jemput kawan2 saya memang untuk birthday party Dalila. Memang kawan2 Abah yang datang akan cakap.."kenapa tak bagitau ada birthday girl hari ni"... mungkin ternampak hiasan di dinding rumah kami pada hari itu.


wall deco birthday Dalila

hasil kerja saya dan suami malam sebelum majlis bermula

Birthday girl pulak haritu mood dia memang awal2 dah ke laut dah. Mungkin letih dan tak cukup tidur sejak kami buat peparation uantuk majlis tahlil 23hb aritu. Alahai Dalila..memerap dan tak de mood langsung jadinya on her birthday party. Padahal sebelum2 ni, siap nanyi2 lagi bila cakap pasal birthday party dia.. dia buat gaya nak "tiup lilin" lagi. memang dia excitet sangat. Tak pe..next time, Ibu tak kan buat double majlis macam ni lagi yer sayang.

Antara rakan bloggers yang terawal yang hadir adalah Aten dan Ifa.

bergambar bersama Ifa, Azim dan Aten

hawa yang comel tengah minum dengan Azim

Saya juga berbesar hati kerana dapat berjumpa dengan kak Zura, Dayah, Kak Rozy dan Kak Sara serta Miera. Terima kasih semua.. dapat juga kita bersua di alam nyata ni kan.. thanks for coming!!

Antara gambar yang sempat saya snap petang tu... tak sempat nak snap banyak..nak kena tolong tapaw/bungkus makanan untuk para tetamu pulak...sebagai buah tangan...mujur Miera sudi menolong saya petang tu didapur..Thanks ya Miera!!
sempat pose jap dengan kak Zura

Dayah sekeluarga...baby Mursyid baik jer baring time ibunya makan

Kak Rozy sekeluarga...baby Husna tgh tidur

Kak Sara sedang sembang2 dengan Dayah dan Kak Rozy

Selain kenalan di alam maya... Mija dan Sheela juga datang mereka ini kawan2 saya semasa time study di matrik sampai di USM dulu2. Seronok dapat berborak lama dengan mereka berdua ni... masing2 dah ada seorang anak dah skrg. Oleh kerana mereka datang agak lewat hari tu..saya "tahan" mereka di rumah saya sampai jam 8.30mlm..maaf yer korang :)
Dah sekian lama kami tak bergambar bersama macam ni..

Alhamdulillah.. berjaya juga buat simple birthday party untuk Dalila. Cuma sayang dia xde mood jer haritu. Harap semua tetamu enjoy semua makanan hari tu. Maaf jika tak sempat nak berbual panjang...terutamanya kepada kenalan bloggers saya.  TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR ke majlis kami ni. Kami mohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa majlis berlangsung. Harap lain kali dapatlah kita berjumpa lagi ye.







photobucket

Wednesday, September 8, 2010

@Berbuka Puasa Bersama 2 family Bloggers

Tarikh dan Hari: 4 Sept 2010 (Sabtu)
Tempat: Restoran Aidys, Bertam (Pulau Pinang)
Kahadiran: 1. Family kami
                  2. Family Miera
                  3. Family Aten (lewat)

Wah..intro entry dah macam buat minit meeting zaman sekolah dulu2 jer. Sebenarnyer nak cerita pasal majlis berbuka puasa kami bersama dengan family Miera dan family Aten aritu. Tak de plan awal pun dengan mereka ni, just saya call mereka berdua sehari sebelumnya...untuk mengajak berbuka puasa bersama. Kebetulan 'ada hal' nak ke sana (Bertam).

Kami berjanji temu di restoran yang telah Miera booking. Sampai sana jam 7ptg, semua makanan telah dihidang. Family Aten sampai lewat sikit, sampai selepas waktu berbuka puasa. So, silalah tengoklah antara gambar2 yang saya ambik haritu. Sorry..tak berapa terang..guna kamera biasa plus kedai tu pun memang guna cahaya lampu romantik saja.

menu hari tu

lagi gambar makanan

Suka nyer tengok senyuman Alieya tu..

Hawa yang baru sampai bergambar dengan Alieya dan Dalila

Dalila sedang sembang2 dengan Hawa

Alieya senyummm..aunty nak ambik gambar ni..

Dalila buat pose apa tu sayang?

Tiga anak dara yang telah dipertemukan hari itu.

Gambar gathering berbuka puasa tahun ni..best!!




photobucket

Wednesday, February 24, 2010

@ Our 1st Gathering -SusuIbu.com dan RH.com

Pada 20hb Feb yang lalu..Ibu sekeluarga telah menghadiri satu gathering yg diadakan di Taman Belia,Pulau Pinang. Gathering ni di anjurkan oleh SusuIbu dan RH.com. Memang meriah gathering ni..lagi pun ini adalah gathering pertama yg kami sertai.

Mula2 sampai sana, Dayah lah org pertama yg Ibu jumpa..kalo tak jumpa Dayah ni..sure kami balik umh semula sbb xnampak pun sape2 yg pakai baju hijau (warna tema hari tu hijau) yg berkumpul. Lagi pun Ibu tak kenal dan x pernah berjumpa lagi dgn mana2 blogger yg akan hadir di gathering hari tu.

Bila sampai tempat/tapak perjumpaan..baby 1st yg Ibu kenal adalah Imran..anak Mamanoa. Lepas kenal anak baru Ibu kenal Mamanoa..hihihi. Tak lama pastu, Shira dan keluarganya pun sampai. Dapatlah Dalila bermain dgn Anas (anak Shira) dan Imran haritu.

Bersama Shira dan Anas (ditengah) dan Mamanoa dan Imran (di kanan)

Sebenarnyer Ibu mcm sedey sikit..tak dapat nk tumpukan 100% perhatian kat Dr.Balkees- LC dan pead dari Hospital Pantai. Time tu dah dekat jam 2ptg..si Dalila dah letih + mengantuk + tak selesa kepanasan dah.. habis naik ruam kat leher dia. Sambil pujuk2 Dalila tu sempat lah Ibu berkenalan dgn sorang lagi blogger iaitu Kak Sara. (sayangnyer..xsempat nk ambik gambar dgn Kak Sara)

Disebabkan tak dapat nk tumpukan 100% perhatian, maka tak banyak info yg boleh Ibu kongsikan disini..paham2 jer lah..budak kecik ni baru dapatkaki..bukan mau dok diam..

Sila singgah ke blog Dayah, Shira dan Kak Sara untuk membaca lagi cerita2 pasal Gathering SusuIbu zon UTARA ni.

Sempat juga Ibu bergambar dgn blogger2 yg ada disana..jom layan gambar haritu..

bersama Dayah dan anak sulungnyer..

Tak sangka hubby Dayah adalah cousemate Ibu kat USM dulu..patutlah mcm pernah lihat jer hubby Dayah ni.

Dan di hari itu, waktu tgh break..ketika Shira dan Anas sekeluarga sedang shoot2 ambik gambar...boleh pulak dgn selamberbyer Dalila berpose dpn kamera hubby Shira, segannyer Ibu. Selalunya dia tak mcm ni, mak-mak sedara dia nk ambik gambar dia-dia lari-sembunyi-xbagi kerjasama. Tapi dgn hubby Shira ni dia ok pulak.. dia suka kamera dslr camtu kot..amboi,memilih yer Dalila nih..

Inilah antara pic2 yg di ambik oleh hubby Shira. Ibu ubah kasi warna pic tu terang sikit, biar gempak sikit.




p/s: kami berangkat pulang awal haritu..sbb nk g tgk bapa sedara Abah kat GH pulak pastu.



Photobucket

Friday, February 12, 2010

@ Gathering RatuHati.com dan SusuIbu.com di ZON UTARA

*********************STICKY Mode***********************
new entry?..please scroll down lah
**********************************

ni copy-paste entry dari blog penganjur....Rozy

Salam dan Selamat Sejahtera,

Saya nak ajak kawan2 semua join gathering RatuHati.com dan Susuibu.com Zon Utara.
Details seperti dibawah:-

Tempat : Taman Belia Pulau Pinang
Tarikh : 20/2/2010
Masa : 9pg - hingga abiss segala urusan
Tema baju : Hijau
Menu : Potluck

Agenda
1- Keselamatan Anak di rumah (tertakluk pindaan oleh speaker) by hubby Hana aka ibufarish
2- Babywearing dan cloth diapering by Shida (special topik breastfeeding while babywearing)
3- Breastfeeding talk by Dr Balkees
4- Drive test breastpump (sila bawak pam yg ada tuk ditest kawan2)
5- Lucky Draw (toke lucky draw - Aishah)
6- Exchange Gift (Hadiah utk anak)


Jom lah memeriahkan gathering kali ni...leh kasi nama kat blog penganjur iaitu ROZY


*****************************************************************************
Gathering ni BUKAN khusus kepada ibu2 yg BREASTFEEDING sahaja..yg TAK BREASTFEEDING pun BOLEH JOIN.. untuk dapatkan maklumat yg berguna, mana tahu untuk anak ke-2, ke-3 nanti ker...ada rezeki boleh breastfeed diorang.
******************************************************************************

p/s: Ibu, Abah dan Dalila insyaallah akan join gathering ni..harap2 tak de lah "aral melintang" nnt.



Photobucket

Saturday, December 26, 2009

@ Ke carefour beli Permata Hijrah

Kelmarin cuti hari Natal, lepas Abah gi sembahyang Jumaat, plan nak ajak Abah ke Komplex Bukit Jambul, nak gi tempah baju (alah.. yg kain english cotton hari tu) kang biar lama2 tak muat plak untuk saiz Dalila. Tup..tup plan tiba2 bertukar pulak..nk gi carefour seberang Jaya, nk tengok/beli produk Permata Hijrah.


Dah lama berhajat nk try produk ni sbb Ibu tak berapa suka pakai cermin mata, tapi dah rabun, tak pakai tak boleh lah nak buat kerja. Ibu pakai TERPAKSA bercermin mata ni sejak form 3. Dan dalam keluarga Ibu pula, tak ada seorang pun yg memakai cermin mata..huhuhu


Bila dah besar/dah kerja...ada jugak buat conteks lesn..tp lak boleh pakai lama2 pulak, terasa lens tu melekat jer dgn bole mata..doktor cakap sbb air mata kurang, so mata cepat kering. Kalo nk pakai pun kena standby 'eyemore' dalam handbeg lah..kejap2 kena titiskan eyemore..kalo tak mata jadi merah. Sampai skrg balance conteks len yg beli masa kawen dulu pun ada lagi..kan beli 2 kotak free 1 kotak..


Harap dengan ikhtiar Ibu menggunakan produk Permata Hijrah ni, dapatlah mengurangkan power lens yg tiap2 tahun asyik naik jer..insyaAllah..
Plan awal sejak dari rumah nak lah buat 'test' apa2 kat booth Permata Hijrah tu..tp jangan kata nak buat test apa2...nk jenguk tgk produk pun Ibu tak dapat/ org ramai sgt..Ibu dan Dalila berdiri/tengok dari jauh jer..biar Abah yg berasak2 gi beli..


On the way nak keluar carefour..kat parking area. Ibu terjumpa dengan Fatin/aten sekeluarga. Tak sanggah betul boleh terjumpa di sana..hiihihi..tapi kami dah nk cepat, nak kena hantar MIL ker rumah kakak ipar kat Bertam pastu. Sorry ye Fatin, tak sempat nk berbual lama..Lain kali kite jumpa lagi yer Fatin...



p/s: gambar tak de..org ramai giler kat dala carefour tu, Ibu sebelah pegang tangan Dalila, sebelah lagi dok pegang/tolak stroller..bukan dia mau dok diam..lebih2 lagi nampak belon kat booth jualan tuh.. asyik nak..nak jer..

p/s: Dalila skrg asyik mamai jer tidur..boleh mlm tadi dia bercakap (bahasa dia) sambil tunjuk2 sana sini, lama jugak dia buat gitu, Ibu tgk mata dia tertutup lagi..hihihihi...lawak tgk gaya dia gitu.


Photobucket

Monday, September 14, 2009

@ Berbuka Puasa Bersama Aten



Hari Sabtu lepas, Ibu, Abah dan Dalila sempat berbuka puasa dengan Aten sekeluarga di Queansbay Mall. Memang tidak merancang pun sebenarnyer nak jumpa dengan Aten ni..just sms2 cakap dia nak datang penang nak hantar kuih pada Ibu (yg Ibu oder aritu) hari Jumaat sebelumnyer tuh..Hari Sabtu (esoknyer) tu..terus jadi jumpa...ada rezeki nak jumpakan.. alhamdulillah :)

Kami sampai sana pun dah lewat...lebih kurang jam 6.45ptg dah. Abah ada hal kat opis.. cepat2 lah Ibu cari mana2 restoran/tempat yg still kosong time2 cenggitu.. sbb semuanyer sure dah FULL dah.. Bila Aten sekeluarga sampai ..we all sama mencari mana2 tempat untuk berbuka sama-sama.. and finally dapat gak satu meja kat restoran Manhattan tuh.. Ibu tak berapa gemar makan kat sini sebenarnyer tapi dah takde pilihan dah..jam pun dah 7 lebih dah..dah dekat nak berbuka dah pun..belasah je lah kan..

Sambil menanti makanan sampai, boleh lah kami bersembang2.. ketika kami kaum ibu2 dan bapak2 rancak berbual..kami biarkan anak2 kami untuk bermain bersama..mujur Dalila mau berkawan ...risau jugak sbb 1st time jumpa dgn Hawa..Nasib baik Dalila okey hari ptg tu..mau pulak dia berdiri kat lantai sambil pegang kerusi sebelah tuh.. good girl..Ibu suka tau tgk sayang petang tu...tak byk peel..mau berkawan dengan Hawa.. kawan baik2 yer sayang.. Kalo tak- risau Abah ajak balik awal jer nnt. Hawa pulak aktif..bijak Hawa nih..yer lah - usia Hawa kan lagi tua dari Dalila, bam-bam tul tengok pipi dan lengan dia tuh..geram nak picit2 jer tengok banyak isi gitu..

Inilah kawan pertama Dalila selain dari sepupu2nyer..

berdiri sambil pegang kerusi

Hidangan kami dihari itu

Kat situ, kami oder makanan ni..tak ingat lah apa namanyer...1 set pun punya lah banyak jenuh nak abis kan sbb oder 2 set. Sedap!

Antara gambar2 yg sempat Ibu ambik.

Aksi kontoversi (Dalila kiss Aten) yg bisa buat Hawa cemburu..hehehe

Kaum bapa-bapa dan "handbag2" terkini mereka..


Dihadapan tempat pertemuan pertama kami.

Harap2 Atan sudi lah nak jumpa dengan kami lagi pasni.. nak sangat window shopping dgn Aten aritu..tp tak sempat..keluar restoran tu oun dah jam 10mlm dah...kedai2 kat situ pun dah nak tutup dah...lain kali ek..

to Aten:
Thanks yer sbb sanggup hantar kuih tuh sampai ke penang.. dan maaf lah jika ada terkurang kat mana2 ketika pertemuan kita haritu..
suka sangat dapat jumpa Aten tau!!..tu yg rasa nak ajak jalan2 tengok2 barang tuh...tp apakan daya..tak sempat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...