nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

@ makan rebung tengah hari ni

Alhamdulilah, dapat makan gulai rebung hari ni kat tempat keje. Sedap. Selalunya nak makan masakan rebung sedap2 mesti kat kampung sendiri kat kedah. Fresh dari pokok lagi.


RM3 sekali dgn ikan goreng sekor.

Selamat menjamu selera semua... Nak rase sikit tak gulai rebung ni?

Wednesday, March 2, 2011

@ Pati Ikan Haruan

Ikan haruan.. ada sesetangan kita tak suka makan ikan haruan/ ikan darat kan? Mungkin sebab bau hanyir ikan tu kot. Saya makan semua ikan darat..mak ayah saya orang bendang/pesawah padi. Kadang2 balik dari sawah...mereka bawak balik ikan juga. Rezeki.

Tapi kalo nak citer bab pati ikan haruan pula..saya ada sikit pengalaman. Saya dah minum beberapa jenis/jenama pati ikan haruan yang ada terjual di pasaran secara di pasaraya. Orang cakap pati ikan haruan ni, memang bagus untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. 1st time dulu minum Pati ikan haruan Polleney.. kotak warna hijau. Rasanya...tak tergambar dek kata2..tapi sebab terpaksa, untuk kesihatan..saya telan juga. 

Jenama ke-2 yang terkini saya cuba adalah MasPati Ikan Haruan dengan Gamat..beli yang ni sebab nampak tanda HALAL nya yang besar gitu. Rasanya? Lagi 'dasyat'..mungkin sebab ada gamat kot. Tapi lagi baik ada sekali dengan gamat macam ni..sebab gamat pun bagus untuk sembuh luka jugakan.

Dalam pantang masa bersalin kan Dalila 2 tahun lepas (saya emergency ceserian), saya tak minum pati ikan haruan yang cecair macam ni. Saya makan pil pati ikan haruan jenama Lisa Formula. Senang, tak payah kerut2 muka nak tahan nafas masa nak telan. Sup ikan haruan yang fresh pun makan jugak tapi agak susah nak cari ikan haruan kat sini. So, ambil yang pil je lah time tu.
Hihihi...Pilihan masing2 lah kan..mana yang rasa baik untuk diri sendiri.

Korang bagaimana pula? Makan tak pati ikan haruan..



Tuesday, February 8, 2011

@ Makan Besar di Restoran China-Muslim

Pada 3hb Feb aritu..cuti CNY..kami pun ambik kesempatan nak gi makan besar kat restoran Chinese-Muslim restoran kat kawasan kedai2 area D' Piazza.. Bayan Baru. Ni baru 1st time makan kat restoran ni...Abah nak try makan kat sini sebab kawan2 opisnya cakap SEDAP. So hari tu kami bertiga ajak my MIL dan adik Abah yang paling bongsu, Asyraf makan sekali kat situ.

banner besar CMR (chinese muslim restoran)

pintu masuk restoran

Masuk restoran, ada 2-3 family Chinese tengah makan besar kat situ..teruja bila tengok mereka oder kambing..cantik jer isi kambing tu kat dalam pinggang hidang tu. Hihihi. Family Melayu pun ada jugak tau..ingatkan kami jer time2 CNY ni..
Boss tengah pilih makanan (saya pengaruh suruh ambik kambing-berjaya!)

Dalila pun sibuk juga nak pilih menu

Sebab 1st time kami datang makan kat sini...saje lah nak try makanan istimewa ataupun  makanan yang paling ramai orang oder kat restoran tu..so kena lah minta pendapat pelayan restoran tu. Banyak yang dia cadangkan tapi antaranya yang kami oder..
kambing saiz kecik..saiz besar risau tak habis pulak makan


ikan kukus

sup ayam berherba

terung (nama menu ni saya terlupa)

sotong goreng tepung

Makan kat situ sambil2 di layani oleh tauke empunya restoran. Barulah kami tahu yang resoran tu dimiliki oleh 2 orang rakan kongsi...sorang berbangsa Melayu, dan sorang lagi berbangsa Cina. Kedua2 mereka datang berbual2 di meja kami. Macam2 mereka cerita..terutamanya dari segi nak dapatkan logo "halal" dari Jakim...tukang masaknya diimport khas dari Xinjiang, China yang juga beragama Islam.
sebelum nak keluar restoran..sempat bergambar dengan taukey2 restoran

Waktu perniagaan CMR buat masa ni adalah untuk makan lucnh dan dinner saja... so kalau korang nak datang kena plan ngam2 yer..karang makan tergesa-gesa pulak..kedai dah nak tutup.


So, review saya bagi restoran ni...perghhh..sedap..pasti akan datang makan lagi..next plan nak oder itik goreng pulak. Lama dah tak makan itik.

Kalau korang nak datang makan kat sini..cari D' Piazza. restorannya mengadap jalan ke arah PISA.
jalan depan restoran tu, ada signbord ni (kiri-bukit gedung, kanan-PISA)



Tuesday, February 1, 2011

@ Nasi Beriani Kapitan dan Istak

Ni antara kedai makan fav Abah, kalo datang makan kat sini mesti order nasi beriani. Restoran Kapitan dalam entry ni, lokasinya kat Lorong Pitt, kat area Lebuh King. Ada satu lagi restoran Kapitan yang paling dekat, kat area Queensbay..(tapi bukan dalam Mall yer) pun sedap jugak.

beryani kapitan

















 istak..perisa peach

Haritu pulak Abah oder istak..1st time tengok minuman ni. Tak tahu pun kewujudan minuman ni sebenarnya. Abah cakap istak ni tak manis macam minuman berkarbonat yang lain.. Ibu tak terasa nak try lah pulak haritu..so, nak ulas lebih2 tak boleh lah pasal istak ni.

Tapi balik search istak ni..ada webside dia tau http://www.istak.com.my/ minuman ni berasal dari negara Iran.
  • produk Istak tidak mengamalkan proses penapaian yang biasa dilakukan bagi menghasilkan arak tetapi menggunakan kaedah yang halal daripada awal hingga akhir
  • Sekiranya minuman malt Istak telah luput tarikhnya sekalipun, ia tidak akan berubah sifat menjadi arak dan memabukkan sebaliknya hanya berubah warna dan rasa
Bagi pendapat saya; bentuk botol dan design istak ni membuatkan saya "terkelu" for 1st time tengok. See..
 istak (gambar yang saya Google)

Huii..suspen jer.. tapi Abah minum haritu tak de lah pening2 pun..boleh drive kereta balik rumah lagi. Hihihi.. tak memabukkanlah istak ni. Buat suspen jer botol dan design pelekat tuh!






photobucket

Tuesday, November 30, 2010

@ Buah Pisang Kaki

Saya baru saja kenal buah ni, my MIL selalu beli kat market pagi area rumah kami. 1st time tengok, sangkakan tomato atau terung bulat...ingatkan dia sayur-sayuran. Tapi my MIL cakap tu "pisang kaki".. boleh makan gitu saja, macam buah-buahan biasa yang lain. Pisang kaki?! mana kakinyer? tak de bentuk macam pisang pun? Unikkan bahasa melayu ni.. sebab kalau nama glamor/ komersial bagi pisang kaki ni adalah "Persimmon" fruit...bukannya "banana leg/foot" hihihihi..

Saya juga pernah makan buah ni yang telah dikeringkan. Sedap juga. rasanya Kebanyakknya kaum Cina yang suka makan buah ni.



















ketika masih di pokok

buah pisang kaki

buah pisang kaki yg telah dipotong.. ada biji besar kat dalam

"Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.  Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung " (dari :sumber)

Korang pernah try makan buah ni? Suka tak?



photobucket

Monday, November 8, 2010

@ Potato Spring

 potato spring

Sape dah try ni? sedap jugak kan. Saya dah try sekali bulan lepas..kat pasar malam sungai Ara. Punyalah ramai orang menunggu nak beli benda ni. Saya dah siap tawaf 2 kali kat pasar malam tu pun orang tak surut2 lagi. Last2 sebab nak try jugak, saya pun join juga kumpul depan gerai brader yang jual potato srping ni.

Kalo tak silap RM2 satu cucuk. Terdapat perisa BBQ, tom yam, cheese, dan sweet corn. Sambil dok menunggu tu, sempatlah saya melihat cara menghasilkan potato sping ni. Ada mesin khas nak potong kentang tu. Kire setiap oarang dapat makan 1 biji potato lah untuk 1 cucuk.




review saya: rasanya sedap tapi saya tak berapa gemar....sebab saya jenis tak berapa suka makan makanan bergoreng cengini. Tapi hubby saya suka makan. Korang yang belum try.. cepat2 lah try.. mana tahu korang suka.



photobucket

Wednesday, August 18, 2010

@ Antara Menu Pilihan utk Berbuka Puasa

ayam percik- ayamas

Kadang2, macam blank jer nak fikir apa nak makan time berbuka puasa nanti. Saya yang suri rumah sepenuh masa ni pun, jenuh perah otak..bila dilanda penyakit "malas" nak memasak

Tapi baru2 ni semasa lalu depan kedai ayamas... sesajer jer test  hubby.."jom beli ayam panggang kat ayamas"... tak sangka pulak "jaring" saya mengena aritu..terus hubby masuk simpang kat depan tu, untuk buat u-turn semula ke kedai ayamas.

Sampai depan kedai..hubby masuk beli...saya dan Dalila tunggu kat dalam kereta sebab nampak dah mcm sesak dalam kedai tu. Hubby masuk jer kereta..terus terbau sedap ayam percik.. (beli ayam saja- sekor) Terus Dalila cakap "nak..nak..apa tu..nak..nak.." Saya buka dan cubit sikit untuk Dalila. Suka benar dia makan ayam percik tu.. habis satu bahagian/potong dia makan. Alhamdulilah.. Esoknyer kami beli lagi ayam kat situ..wah..2 hari kami berbuka dengan ayamas..(Sebenarnyer sekali dgn bersahur juga..sbb beli sekor- makan 3 mulut kami jer..lebih simpan untuk sahur)

So, nak cadangkan pada sesape yang suka makan ayam tu.. try lah makan ayam panggang kat ayamas. Beli sekor RM23++.

banner tu tak nampak la pulak..menu baru- ayam warisan

p/s: Dalila dah pandai sebut perkataan "ayamas" dah tau.. nampak kotak ayamas pun dia dah kenal dah..terus sebut.."ayam mash...ayam mash.. nak ayam mash"


photobucket

Wednesday, August 4, 2010

@ Kuih Kacang Potong

inilah kuih kacang potong

Dah lama tak makan kuih kacang potong macam ni. Nampak ada jual kat pasaraya tapi tak terasa nak beli pulak..sebab tau kuih ni MANIS. Tapi hari Sabtu lepas, Abah ajak ke stokis HPA, cakap nak beli kopi radix jer.. last2 dia beli kiuh kacang potong ni satu balang.

Satu balang rm19

Dalam hati saya berkata.."sapelah nak makan kuih manis dan keras macam ni". Nak buat stok raye ker apa nih..??!!



Tapi nak tengok apa yang tinggal..
tak sampai 24 jam kuih ni kat rumah kami...

tingkat atas dah hampir "clear" dah (ada 2tingkat jer)
Dimakan oleh kami ber-3 (saya, Abah dan Dalila)

 Sedap jugak bila sesekali makan kuih ni. Memang sekali rase pasti nak lagilah. Dalila sampai menangis2 kalo tak kasi dia makan kuih ni..Abah tak nak kasi sebab ..risau terlekat celah gigi dia. Lagipun manis..


--selingan--

Ni ketika saya nak ambik gambar kuih ni untuk diletakkan dalam blog,
Dalila pun sibuk nak minta makan kuih tu juga..



p/s: kan ada satu lagi jenis kuih yang dinamakan "kuih kacang potong" jugakan.. tapi kuih yang tu jenis ala berdebu sikit kan.. korang pernah tak makan kuih kacang yang tu? tapi still kategori 'manis' jugak lah..



photobucket

Friday, July 30, 2010

@ Paksu Kari Kepala Ikan

Nama restoran ni ni Paksu Kari Kepala Ikan... 
Memang SEDAP lah kari2 dan gulai disini (kata Abah lah).. sebab tu Abah suka bawa kami makan disini. Dekat jer pun dengan kawasan rumah..di Sungai Ara, bertentangan dengan Hospital Hope tu jer.

 kari kepala ikan RM25 satu set (tak termasuk ayam dan sayur spt dlm foto diatas ya!)

Kalau malam2 nak makan nasi campur, boleh lah datang makan disini.

Saya tak berapa berahi sangat makan kari2 ni..tapi disebabkan Abah suka makan disini --bila saya tak masak dirumah.(Kekadang penyakit "M" pun datang sampai rasa muak nak makan masakan sendiri. boleh gitu?)

depan kedai

 selit sikit muka muka anak dara ku dalam iklan kali ni...
Dalila yang suka bila dapat jalan2.


photobucket

Wednesday, July 28, 2010

@ Jeruk Buah

 Jeruk buah..What your flavour?

Beli jeruk buah ni di Medan Suri, Sg. Nibung aritu semasa nak pergi ambik baju raya yang kami tempah kat area2 situ. Sayang nyer..tak siap lagi rupanyer baju kami tu. Dah alang2 dekat situ, saya beli 3 jenis jeruk buah iaitu buah Salak, buah Mempelam dan buang Kedondong atau nama lain buah Ara. Diorg jual 3 pek ni RM10. Saya beli yg dah siap2 pek, sebab nak cepat.. malas nak tunggu sebab ramai pelanggan. Kalau nak minta peking kan yang baru pun boleh dan banyak lagi buah2han yang telah dijerukkan..next time nak try jeruk jambu batu lah..tak pernah try lagi.

 Kalo sape2 suka makan jeruk ni, leh tengok cawangan Pak Ali ni ada kat mana lagi. Sebab jeruk ni orang kita yang buat.


Salak, mempelam dan kedondong

Cara saya menikmati jeruk-jeruk ni: rendamkan kan dalam air suam.. 
Kalau boleh sabar..randam 30 minit, kalau tak sabar, buat 5 minit jer.. nak kasi kurang sikit rasa gula jeruk tu.


Kalau tak silap..(kalau silap minta maaf yer) orang Johor hidangkan juga jeruk buah ni semasa hari raya kan? Kami tak pernah jumpa lagi orang buat macam tu kat area2 utara (penang-kedah-perlis), selalu pun hidang kuih raya dengan kekacang jer.




photobucket

Tuesday, July 27, 2010

@ Kurma Kegemaran Dalila

kurma yang disaluti coklat dan berintikan kacang almond

Ni kurma kegemaran Dalila, Chocodate edaran Yusuf Taiyub. Kurma ni disaluti dengan coklat (sebab tu Dalila suka) dan didalam kurma tu pulak ada kacang almond. Beli jer terus Dalila suruh buka, dia suka makan tapi part kacang almond tu jer dia kasi kat kami, kacang tu dah macam "masuk angin" jer.. mungkin stock lama kot. Nasib baik beli satu jer dan beli pek kecik jer Hari Sabtu lepas.

Kat rumah pun dia dok ulang2 buka peti ais nak makan kurma ni. Tinggal 2 biji jer lagi kelmarin untuk buat saya ambik gambar untuk diletakkan dalam blog...ni  pun sebab saya sorokkan semalam.

Ade sape-sape nak rase jugak chocodate ni?

photobucket

Friday, July 9, 2010

@ Dah Try Oreo Perisa Baru?

Perisa Ice Cream BlueBerry

Kepada penggemar biskut Oreo...anda dah try ke belum perisa baru ini? saya baru jer try..sedap jugak rase macam "mint-mint" sikit.  suka! suka!


photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...