nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

@ Balik Kampung April 2011

Sabtu lepas 9hb April, kami sempat balik kampung ibu di Changloon, Kedah nun. Lama sungguh tak dapat balik menziarah, rindu sangat2. Alhamdulillah mak dan ayah sihat. Dapat tengok mereka kat depan mata lagi seronok dari bercakap di telefon saja.

Dalila pulak dah makin besar, dah makin pandai dan sifat ingin tahu tu makin bertambah...so memang nampak dia seronok sangat balik kampung kali ni.
Mana tak nya..dapat tengok ayam-ayam bebas berjalan di laman rumah, dapat tengok kambing dan bagi kambing makan. Kat penang mana nak dapat macam ni. Mari kita saksikan gambar2 yang saya sempat snap.

Happy lari-lari kat laman rumah

suka naik buaian ni

mengendap ibu dan anak-anak ayam di bawah pokok bunga

lari-lari sambil panggil Tok Wan dia kat belakang rumah

sembang dengan Tok Wan dan Tok (Tok ada kat sebelah tu tapi selalu malu bila nampak kamera)

ikut Tok Wan pi tengok kambing. Siap nak suapkan buah pisang kat kambing tu lagi..tapi Abah tak kasi- berani betul dia!!






p/s: saiz kasut selipar Dalila (2 tahun 6 bulan): kalo saiz no.25 memang tak boleh beli/pakai dah sekarang.


Wednesday, December 22, 2010

@ Banjir: Rezeki Selepas Banjir

Masa saya belik kampung saya di Kubang Pasu, Kedah awal bulan lepas. Terkejut sungguh melihat kerosakkan yang disebabkan air banjir tempoh hari. Rumah kedai abang saya, retak teruk didinding dan dilantai, sampai tak berapa selamat untuk dihuni lagi. Jalan raya di kampung pulak memang banyak yang rosak sana sini. Jalan tar merekah sehingga menjadi lubang besar yangg dalam. Bahaya sekiranya memandu di waktu malam..jakan kampung..bukannyer ada lampu jalan...kalo tak sempat break.. alamatnya jatuh lubang lah. Kasihan juga pada petani yang padi mereka tanamannya musnah haritu, ada 2-3 petak sawah yang penuh dengan batu2 yang di bawa oleh kederasan air banjir tempoh hari. "sawah yg ditanam padi jadi sawah batu pulak". Mujur sawah mak ayah saya, tak berapa teruk, setakat perlu tanam semula 1-2 "petak"/bahagian  saja.

Balik rumah haritu dapatlah saya mengintai apa bantuan yang pihak BN kasi,  apa yang pihak PAS kasi kepada mangsa2 banjir tempoh hari..(tak perlulah saya sebut barang2 dan apa makanan2 itu disini yer.).So, nak  ucapankan "jutaan terima kasih" buat yang sudi memberi/membantu. Sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban terutamanya yang berkeluarga besar,

Semapat juga haritu saya ke Pekan Jitra, memang tak sah kalo balik kampung, tapi tak jejak kaki kat Pekan Jitra...macam tak lengkap jer aktiviti balik kampung saya ni...kalo tak ke sana. Sampai jer sana, terlihat ramai orang berebut2 memilih pakaian/barangan yang di lelong. Kakak Ina (SIL) bagitau..kedai banyak buat lelong pakaian lepas banjir aritu..murah2 dan masih cantik2 lagi keadaannya. Mungkin pakaian/barangan yg sempat diselamatkan oleh tokey kedai tu sebelum banjir..agaknyerlah.. Ada baju kurung , tudung, pakaian sekolah (satu helai RM1), kain tuala saiz sederhana..kain ela dan macam2 lagilah. Saya dan Kak Ina tak boleh nak singgah sebab anak  masing tengah tido masa tu. Just leh snap gambar sajelah masa lalu depan kedai yang tengah lelong tu.

dari dalam kereta...kedai tepi maybank Jitra

ramaikan orang kat kedai lelong tu
tak jelas lah pulak tanda harga tu.... baju 10sen kalo tak silap tu.



photobucket

Wednesday, September 1, 2010

@ Balik Kampung (Ogos 2010)

 Siapa ni ?? Dalila ke ni??!!

Salam semua..
Terasa lama sungguh tak menulis disini..Jumaat lepas kami balik kampung side saya di Kedah. Seronok sungguh dapat berjumpa mak dan ayah sambil2 berbuka puasa bersama2 dan makan saki baki buah buahan (pokok sendiri) yang ada..hanya ada dokong dan langsat saja lagi..Alhamdulillah..

Dalila pula, bukan main teruja lagi bila di kampung..suka "tegur" ayam bila dengar ayam berkokok. Ayat yang tak sangka2 Dalila sebut adalah "Ayam...mai la masuk" siap dengan lengguk-lengguk nada lagi.. dia ajak ayam masuk dalam rumah. Kang ayam tu prettt (ter'buang") dalam rumah..kang susah/malas Ibu nak cuci nak oiit..

Dalila  kini makin suka dan berani di tinggalkan bersendirian dengan tok dan tok wan sekarang. Dapatlah saya buat kerja2 rumah apa2 yang perlu. Time nak tidur malam, siap panggil/ajak tok wan dia tidur sekali dengan kami pulak tu.  Kalau sebelum ni..mesti 5-10 minit jer kena tinggal dengan tok atau tok wan, mesti dia bising nak ikut saya buat kerja.

Selepas sahur malam pertama kami tidur di kampung..kambing ayah saya selamat melahirkan seekor lagi anaknya.. menjadikan bilangan kambing peliharaan ayah saya sudah 11 ekor sekarang. Esoknye saya bawa Dalila tengok kambing berhampiran dengan kandang kambing..tak masuk dekat pun.. tengok dari sebalik pagar saja. Mak dan ayah saya tengak sibuk kait buah dokong masa tu. 

 kandang kambing tok wan Dalila
buah dokong yang baru dikait..masih atas tikar





photobucket

Thursday, June 3, 2010

@ Corat Coret 1st time Drive Sendiri Balik Kg

Entah lah..mungkin dalam "mood" excitet sebab baru lepas drive sendiri sejak hampir setahun tak pegang stereng. Alhamdulillah..semuanya selamat. Allah lindungi perjalanan kami :)
Saje nak coretkan pengalaman saya masa 1st time drive jauh masa balik kampung baru2 ni. Buat kenang kenangan bila saya dah terer drive nanti...insyaAllah

LALU TOL
Ni juga merupakan kali pertama saya drive melalui tol, kalo dari Penang nak balik kampung saya, hanya 3 tol yang perlu di lalui.

Tol pertama di Tol Sungai Dua: kena scan jer kad 'touch n go' tu..alhamdulillah.. 1st time-pass!! risau jugak..mana nak kena slow..ambik lorong yang sesuai.. dan pikir nak pijak clutch lagi..risau mati enjin jer kat situ.

Tol kedua di Tol Hutan Kampung: 2nd time fail!!..terbehenti jauh sikit dari peti scan 'touch n go'..so bila hulur tangan..tangan tak sampai.. terpaksa buka pintu baru boleh scan. Panik jugak sebab ada 2-3 kereta kat belakang..terus  tekan clutch dan masuk gear..terlupa pakai semula seatbelt..alamak!!

Tol ketiga di Tol Jitra: 3rd time pun fail!!. lagi..pun sama terbenti jauh terlebih ke kiri dari peti scan tu. hulur tangan tak sampai..tapi kali ni kereta kat belakang tak de..sempat lah pakai semula seat belt dulu.


PANDU LAJU dan TERPAKSA MEMOTONG KENDERAAN
Saya plan dari rumah nak drive slow jer untuk kali pertama drive ni..80kmj jer mula tu. tapi bila dah on the road, banyak pulak lori dan kontena yg besar2 yang di jalan termasuklah diatas highway. Yang potong kereta kita, tak pelah..kita buat tak tau jer walaupun takut2 jugak sebenarnyer.. tapi lori yang bawak agak slow tu pun prob jugak... tak kan nak follow dia pulak..tengok muatan yang ala-ala tunggu masa nak tercicir jer.. terpaksa la saya memotong nyer..hubby pulak sibuk suruh tekan minyak..suruh potong semua lori yg slow2 kat lane kiri!! dasyat tul suami ku..suh pandu laju2 pada 1st time drive ni.
Saya ni berdebar2 lah jugak nak potong kenderaan berat dan panjang macam tu..dah lah kena laju kan..110kmj bagi saya tu dah tahap gaban punya laju dah tuh. Nasib baik semuanya okey.


KAT SIMPANG EMPAT YANG TAK DE LAMPU ISYARAT
Yang ni simpang dekat2 nak ke pekan Jitra. Saya nak belok ke sebelah kanan..tapi jalan sebelah kanan tu muka bumi nya macam naik turun bukit sikit..so kenderaan yang datang dari kanan saya tu akan nampak dalam jarak yang agak dekat (bagi saya +-50m tu kire dekat lah).. teragak2 sikit disimpang tu sampai kena hon. beberapa kali .hihihi...pastu tepaksa lah kasi lah kereta2 kat belakang tu potong saya dulu (sebab saya di barisan paling depan)

Huhuhu..nanti nak drive lagi lah... 
practise makes perfect!!  betul tak kawan2.


Gambar selingan...


Dalila yang takut2 naik mainan token tu di Star Parade.


Photobucket

Monday, May 31, 2010

@1st time Memandu Sendiri Semasa Balik Kampung

Sebelum ni....dok kat sit sebelah jer

Sejak dapat lesen kereta bulan 7 (Julai 2009) tahun lepas..hanya 2-3 kali saja saya pandu kereta. Malas bebenor nak drive, rasanyer lebih suka bersenang lenang sambil bermain2 dengan Dalila di sit sebelah. Tapi semasa cuti Wesak day baru2 ni, Abah suruh saya drive sendiri keretanya dari Penang ke kampung saya di Changloon Kedah.

Memang lah balik guna jalan highway jer pun..tapi memandangkan dekat setahun juga tak memandu... memang berpeluh lah dahi haritu. Kereta Abah ni manual, so agak bimbang dengan "clutch" lah. Mana sama dengan "clutch" si Kancil masa saya belajar dulu.

SMILEY Pictures, Images and Photos

Lagi pun Abah cadang nak belikan 2nd kereta sebab kereta yang sekarang ni dah habis bayar. So, terpaksalah drive jugak pasni. Sepanjang saya drive on the way balik kampung, ada 2-3 kali Dalila merengek nak minta susu.. (saya still fully bresatfeed Dalila lagi sampai sekarang) so terpaksa lah Abahnyer pujuk2 dan bagi Dalila minum air jus dan makan biskut2 dulu. Dalila ni selalu naik kereta, mesti nak "susu".. lebih2 lagi kalo dia mengantuk nak tidur. 

Saya, haritu memang bagi 100% perhatian kat jalan jer..kesian sangat bila dengar dia menangis nak susu..sampai terlena dalam pujukan dan pelukkan Abahnyer. huhuhu..Maafkan Ibu sayang, Ibu terpaksa berkeras..kalo tak sampai ke sudah Ibu tak pandai mandu kereta..

Bertolak dari Penang jam 11pagi ..Alhamdulilah..kami selamat sampai kampung jam 1.30petang. Lenguh kaki kiri menekan "clucth".. Ini lah pengalaman pertama saya pandu sendiri lebih 100km! Tahniah untuk diri saya.. hihihi.. sepajang di kampung memang saya lah pemandu kereta Abah..kemana saja.. terasa sungguh kecil jalan raya di kampung.... dulu tak perasan pun :P

rekod untuk Dalila haritu: Sampai ke petang dia tak mau "kawan" dengan Ibu (saya), nak tidur malam baru dia nak dekat, nak menyusu...merajuk sungguh tuh dengan Ibu haritu..
1st time dia dapat bertahan hampir 12jam tanpa minum susu Ibu...sedihnyer Ibu.


Photobucket

Wednesday, July 15, 2009

@ Balik Kampung (Julai 09)

Hari aritu (Sabtu) plan nak bertolak awal pagi, tapi hujan dah teramat lebat sejak subuh lagi, sok-sek sok-sek dok kemas umah/tgk tv sambil menunggu hujan reda..jam 10 pagi jugak kami baru bertolak dari penang...tu pun hujan renyai2..Ibu tak berani nak drive lah..hujan2 cam ni.

Sampai a/star plan nak cari kedai yg jual filter air Dr.sukida tu dulu.. tp alamat dia agent tu bagi..harap kat cik GPS tapi..cik GPS asben tak dapat cari lak tempat tu. sampai ke negeri mana tah jadinyer cadangan cik GPS ni bila kita org key in address yg diberi. Mungkin sbb kawasan tu baru kot, tak de dlm map GPS lagi. Dah beberapa kali agent tu calling2..tp cam susah jer nak cari time hujan lebat cam ni. Ibu mmg org kedah..tp bukan teror sgt jalan2 kat area A/star nih.

Perut hujan2 nih memang cepat lapar..singgah Radix Fried Chicken (RFC) kat Sahab Perdana. Kami lum pernah makan kat sini lagi. Best lah bila masuk dalam restoran RFC ni..sejuk jer mata memandang... semua org 'tutup aurat' jer..damai jer kat dalam tuh...restoran ni pun bersih!! Menu pun tak jauh beza dengan KFC jer.

Menu Ibu tengah hari di RFC

Muka happy ni sbb Ibu kasi makan wedges

Ibu dan anak di RFC Shahab Perdana, A/star.

Pas makan sambung cari balik..calling2 lagi kakak agent tu.. alhamdulillah..jumpa jugak. akhirnyer..this time kena tukar 3 filter- grey, green, yellow.. dekat2 rm 400 jgk lah. Dah 2 tahun guna filter ni.
Yang di carik-carik

Tak sempat nak g kenduri Ibu Ayra (kawan blog) aritu..sbb .Sampai kampung pun dah jam 4 ptg. Tengok kat dapur dah gugur 3 biji durian..pokok tepi umah.

Durian-durian yg gugur di petang Sabtu itu.

Tengok saiznyer..besar kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...