nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label support. Show all posts
Showing posts with label support. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

@ Keluh Kesah Tukang Pendaftar SPR


Hari minggu yang lalu, semasa kami tengah berjalan2 didalam pasaraya, kami di hampiri oleh seorang perempuan melayu, usianya lebih kurang pertengahan 40-an. Di pendekkan cerita beliau memujuk kami untuk mendaftar sebagai pemilih di kauter SPR yang ada disitu, kami saya dan suami yang sudah lama mendaftar, beritahu kepada makcik tadi tu. Tapi makcik tu secara sepontannya bercerita tentang kerjanya dan mengambarkan betapa "kritikalnya" keadaan Pulau Pinang sekarang. 

Apa yang ingin disampaikan oleh makcik tu, (yang dia maksudkan "kritikal") adalah bila mana tiap2 hari dia menerima pendaftaran yang setinggi ini (sambil menunjukkan ibu jari dan jari telunjuk yang yang dijarakkan seolah2 menyukat- lebih kurang 3-4cm)..dan semuanya adalah dari golongan bukan melayu. Pendaftaran bagi kaum Melayu pula amatlah menyedihkan. Patutlah mulanya tadi makcik ni merayu saya dah suami untuk mendaftar sebagai pemilih.

Katanya lagi.."apalah nasib kita orang Melayu nanti..kalau semua politik dikuasai oleh orang bukan Melayu". Sedih dan risau juga saya mendengar keluhan hati makcik tu, tapi apa boleh buat..tak dapat saya nak bantu apa2.. nak daftarkan Arifa Dalila..tak layak lagi..belum cukup umur lagi..sabar jer lah makcik. 
Lepas sembang dengan kami, makcik tu terus lagi, merayu sorang demi seorang pelanggan Melayu yang lalu berhampiran dengan kaunter pendaftarannya itu.

So korang semua dah daftar ke belum sebagai pemilih? saya dah!
jika belum korang boleh buat secara online di sini : http://www.spr.gov.my/
untuk semak status pendaftaran korang pula, klik disini:http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/ 




Saturday, March 26, 2011

@ Jangan Lupa, Hari ni jam 8.30 mlm, Earth Hour!

26 Mac 2011
8.30malam -9.30malam

Tiap2 tahun, saya sungguh teruja nak "join" kempen ni.. 60+ Earth Hour.. sebab apa? sebab kempen ni senang jer nak "join". ..hanya pastikan lampu2 dan suis2 peralatan elektrik yang tak penting di "off" kan saja. Kalau rajin lagi, boleh lah tanggalkan soket tu dari plag nyer sekali...hihihi. Alah..bukannya lama pun.. paling sekejap 60 minit (1 jam ) saja. 

Masa kempen Earth Hour tahun2 sebelum ni, kami berkumpul di rumah MIL atau ke pasaraya (beli barang rumah), so rumah kami dah pastikan totally light off dan switch off semuanya dah sebelum keluar. Aci tak gitu?hihihi

Korang pulak macam mana? Apa korang buat jam 8.30malam -9.30malam nanti ...tak kan tidur awal kot...hihihihi.

Friday, February 18, 2011

@ Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia


Siapa pernah dengar tentang Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia atau Children's Wish Society of Malaysia? Saya sejujurnya tak pernah tahu pun kewujudan persatuan ini. Rasanya ia kurang mendapat publisiti di media massa tidak seperti persatuan2 atau badan2 NGO yang lain.

Saya sendiri baru sedar adanya persatuan ini bila saya sedang menantikan Abah dan Dalila oder makanan di KFC di Giant Bayan Baru. Secara tidak sedar saya terpandang seorang ayah sedang membantu anaknya membeli gula-gula di vending mesin di tepi restoran KFC tu. Tergerak pula hati nak pergi tengok vending machine tu selepas mereka dua beranak tu beredar. Disitu lah saya terbaca tentang Children's Wish Society  (CWS) ni.. sebahagian dari kutipan penjualan gula-gula itu akan didermakan ke CWS ..ada gambar seorang budak  lelaki yang impiannya tercapai untuk bertemu pasukan bola sepak MU.
 beli sambil menderma (contoh gambar saya pinjam Google)



Sekiranya korang pun berminat nak tahu lagi pasal CWS ni boleh klik sini yer..
 dan di 

kat sana ada banyak cerita-cerita gembira yang mana beberapa orang kanak-kanak yang menderita penyakit telah tercapai impian mereka, hasil usaha dari CWS ni. Semoga senyuman kegembiraan itu dapat mengurangkan  sedikit sebanyak penderitaan penyakit yang dialami oleh tubuh kecil itu.. insyaALLAH..


Tuesday, January 25, 2011

@ Sape pernah dengar Citer En. Lepat?

ni kuih lepat pisang..sedap dimakan petang2 gini

Bukan lepat kuih yang saya nak konsikan di sini...tapi En.Lepat atau nama penuhnya En. Ismail Ariffin. Sungguh kasihan bila membaca kisahnya di sini: 

Kisah beliau pernah keluar kat majalah Mastika, tapi saya dah lama tidak membaca majalah tersebut. Kisah Raja Bahrin tu saya tahu lah juga sikit. 

Sebagai seorang ibu, saya pun turut merasa simpati atas kehilangan anak yang di alami oleh En. Lepat ini. Sudah 13 tahun kes beliau masih belum bertemu jalan penyelesaiannya. Apa yang dikhuatiri sekarang, adalah isu agama anaknya itu. 

Alangkah bagusnya kalau terdapat mana2 pihak dapat membantu sedikit sebanyak dalm kes En. Lepat ini. Buakn isi politik yang ingin saya tekankan disini..tapi isu perikemanusiaan (agama anak yang terbabit) serta kasih sayang antara seorang ayah dan anaknya. Mungkin kes ini boleh jadi ikhtibar dan renungan buat kita bersama.


photobucket

Thursday, January 20, 2011

@ Ada Penipu Blogwalking?!!

Terkejut juga saya bila  baca entry ni kat beberapa blog tadi.. terus naik seram sejuk dan rasa nak marah pun ada. Pada mulanya memang saya sendiri tak faham dengan apa yang dikatakan "Tipu Blogwalking" nih, tapi bila baca kat 2-3 blog..dan mereka dah terangkan "bagaimana diorang lakukan" dan "cara kita nak mengatasi dan menangani dari penipu-penipu cyber ini".. barulah saya faham.

Blog-blog yang ada menceritakan mengenai topik ini adalah:
1. Pendekar Berkuda
2. Belalang Hijau Perisik
3. Ozzy
4. Anak Ulu Cheka
5. Angin Malam

So saya kongsikan disini dari sudut pemahaman saya yer..

Apa yang dikatakan "Penipuan Blogwalking"?
Biasanya kita perlu blogwalking (singgah dari satu blog ke satu blog yang lain, sambil membaca entry dan meninggalkan link blog kita di ruangan "komen" ataupun di CBOX dan ShoutMix dengan harapan tuan punya blog tu akan singgah semula ke blog kita kan? Untuk nak naikkan traffic kita.

Tetapi bagi kes Tipu Blogwalking ni, mereka tak datang pun ke blog kita..tapi hanya menggunakan bantuan software komputer untuk buat kerja-kerja "blogwalking" ni. Maka akan terselitlah link blog mereka di ShoutMix dan CBOX kita tu (hasil kerja komputer tu). Kita yang jujur ni pulak, nampak ada orang singgah blog kita..secepat yang mungkin nak balas jejak tetamu kita tadi tu.. ye tak? Tapi sebenarnya bagi kes "Tipu Blogwalking" ni, traffic hanya one way saja.. kita saja yang dok bagi traffic kat blog mereka ni.


Siapa yang melakukannyer?
Berikut adalah nickname yang selalu guna kat ShoutMix dan ShoutBox:
Saya copy paste dari blog2 pencerita topik diatas.
  1. Newbie
  2. Kasim Ahmad (BulanPurnama | MariLompat)
  3. Innovator - 
  4. Joe -
  5. Fashion Girl
  6. Sembang Kosong
  7. Popolita
  8. Cilupbah
  9. Anggur
  10. Melati Putih
  11. Cahaya Cinta
  12. Suhaisweet
  13. GetMovie124
  14. Umar Yang Cute
  15. Blur a.k.a Jiwa Kacau -
  16. Syamsid - 
  17. Joe a.k.a Faizol-1

Ada perasan nickname ni tak? Pernah BANYAK KALI beberapa nickname tu singgah di blog saya tau.. geram jer. Nak cepat kaya tapi cara menipu.


Nak tau cara mereka tertangkap?
Korang klik kat blog Belalang Hijau .. dan  Blog Pendekar Berkuda siap brader tu dah print screen dah..agar kita mudah faham.


Cara NAK ELAK JADI MANGSA mereka?
Korang DIGALAKKAN menggunakan ShoutMix berbanding CBOX kerana ShoutMix ada "Website Lock". So, baik ler korang tukar chatbox korang tu daripada korang free-free dok munyumbang duit kat si penipu cyber ni.
Dah tukar follow step kat ShoutMix macam yang di tunjukkan kat link di sini, blog Pendekar Berkuda


Saya dah aktifkan "Website Lock"
..harap2 lepas ni tak de lah yang kaut untung sorang2 lagi..


photobucket

Wednesday, April 28, 2010

@ Hati2 yer Kawan2 Peniaga On9 Semua

Kelmarin semasa dok blogwalking sambil2 tengok online bizz kawan2.. saya menjengah di blog Sweet Pinky Stuff..dulu pernah nak beli baju Dalila kat sini. Terbaca pulak satu entry yang agak menggemparkan..Kes PENIPUAN yang telah melibatkan ramai mangsa.

Laporan polis telah dibuat terhadap perempuan yang bernama Amira ni. Tunggu je lah balasannyer.. Korang sila Klik SINI yer untuk mengetahui cerita ni secara detail.. sambil2 tu saya tolong promote blog akak yang ditimpa musibah ni. Senarai blog2 yang terlibat pun ada ditulis termasuk juga blog si Amira tu..

Berhati2 yer kawan2 yang ada bisness. Mintak kita semua dijauhkanlah dari benda2 yang begini kan. Beringat sebelum kena betul tak?




Photobucket

Thursday, November 12, 2009

@ Fa'iq..cepat sembuh yer sayang

Terasa sedih sangat tadi, bila Ibu bercakap di telefon dgn mama Fa'iq. Sayu sangat bila dengar suara mamanya itu menerangkan perkembangan terkini anak sulungnya itu. Bagi Ibu yg mendengar pun, dah bagai luluh rasa hati. Terasa berat dan sesak saja dada Ibu, kerana sungguh sama sekali tidak menyangka apa yg menimpa pada kanak2 yg baru berusia 3 tahun itu. Tak dapat nk bayangkan bagaimana perasaan Fauziah dan Fathul bila menerima takdir/ujian yg menimpa keluarga mereka skrg. Hari ini, Fa'iq di sah kan mengidap lukimia.

Fa'iq.. semasa maghadiri jamuan bitthday Dalila-Sept yg lalu.

Sebenarnyer Fa'iq ni adalah anak saudara sebelah Abah, mama Fa'iq adalah adik Abah. Anak sulung dari 3 org adik beradik. Fa'iq seorang kanak2 yg aktif (berjalan-berlari-melompat sana sini), amat2 petah bercakap, kalau jumpa dengan Fa'iq nih, memang jenuh lah nak melayan berbual dengannya. Fa'iq juga sungguh 'bersemangat' berat badannyer.. dan amat berselera tiap2 kali makan. Mamanyer sungguh risau sebab Fa'iq yg baru berusia 2 tahun badan dah 18kg masa tu.

Kesihatan Fa'iq kalau tak silap Ibu, mula terganggu dalam awal tahun ini (dalam bulan May-Jun 2009). Bila dia asyik mengadu sakit kaki dan tak boleh berdiri dan berjalan. Deman pun 'on-off' -'on- off' saja..hari ni demam, esok baik. Dah beberapa kali dia dimasukkan ke ward di GH, haritu..hampir sebulan lebih kena tahan dlm ward. Tapi doktor cakap tak ada apa2 tapi mungkin disebabkan saraf. Tak terbayang rasanya Ibu bila teringat saat2 nurse ingin mengambil darah di tangan Dalila aritu.. amat sakit rasanya bila kanak2 seperti Fa'iq yg tiap2 kali bila masuk ward entah berapa kali terpaksa melakukan prosedur tuh.. pernah MIL yg menemani Fa'iq hari tu bagitau, nurse tak jumpa urat sebelah tangan kiri..tukar pulak ke tangan kanan... kesiannyer Fa'iq...cepat2 sembuh yer sayang..
Tangan kirinya nya yg bengkak dan sakit.. badannyer skrg dah semakin kurus.

Selain tak mampu berdiri dan berjalan dengan sendiri, jari jemari Fa'iq juga membengkak dan sakit bila disentuh. Sebelah kakinya juga akan bergerak2/bergetar sendiri sesekali sekala. Kasihan sangat bila melihat Fa'iq yg ingin bermain dgn sepupunya tiap2 kali kami berjumpa di rumah MIL. Yer lah, dia hanya mampu majadi pemerhati saja, sedangkan sepupu2nya riang berlari dan berkejar-kejaran riuh satu rumah MIL Ibu.

Selain dari perubatan moden..Fa'iq juga telah mencuba/berikhtiar dgn beberapa tempat yg menawarkan perubatan tradisional secara Islam (sehinggakan pernah di bawa berjumpa dgn anak didik Ustaz Harun Din). Tapi semuanya memberitahu.."tiada apa2".. Fa'iq kadang2 baik selepas rawatan..lepas tu mula sakit2 balik.

Pada Sabtu yg lalu 7 Nov, Fa'iq dah mampu berdiri dengan sendiri tanpa sokongan, w/pun hanya sekejap saja..tetapi kemampunya dan semangat untuk kembali berdiri dan berjalan seperti sediakala, amat2 kami banggakan. Hari Isninnyer Fa'iq akan ke ward lagi untuk diambil tulang sumsum dan air tulang sumsumnyer. Dan hari ini 11 Nov telah mengkhabarkan berita sedih ini berkenaan keputusan dari ujian tulang sumsum itu... iaitu disahkan mengidap lukimia. Fa'iq telah di jadulkan untuk menjalani kimo pada Isnin minggu depan di GH.


Sedihkan... seorg kanak2 lelaki yg cerdas, lincah dan aktif tiba2 mengidap leukimia. Semoga Fauziah dan Fathul banyak2 bersabar dan tabah menghadapi ujian kali ni.. berat mata memandang... berat lagi bahu memikul.


Sama2 lah kita doakan agar Muhammad Fa'iq cepat sembuh...amin...amin..amin



Photobucket

Thursday, October 29, 2009

@ Tolong Doakan utk baby Akma

Assalamualikum,

Di sini Ibu nak minta tolong kawan2 Ibu semua untuk sama2 MENDOAKAN kesihatan baby yg bernama SHARIFAH AKMA DAMIA, anak salah seorang kenalan blogger Ibu yg bernama Fiza. Baby Akma kini sudah ditahan di dalam ward sejal 26 Oct yang lalu kerana KEKURANGAN DARAH BEKU atau Darah Kuning dalam badan. Yang sedihnyer umur baby Akma hari ni baru 39 hari.


Jadi, Ibu ingin memohon jasa baik kawan2 blogger semua untuk sama2 MENDOAKAN kesihatan baby Akma ni, akan kembali sihat dan dijauhi perkara2 yg buruk. Berilah kata semangat dan sokongan kepada Fiza sekeluarga. Kasihan Fiza, masih dalam berpantang lagi sekarang.

Untuk mengetahui kisah berkenaan baby Akma..silalah klik DI SINI.

Segala usaha baik anda semua..Ibu dahulukan dgn ucapan jutaan TERIMA KASIH.


Photobucket

Thursday, October 22, 2009

@ Berita Sedih dari Sahabat Ibu

Berita ini Ibu dapat dari Zaza, sahabat Ibu dari yg berada di kepala batas, p.pinang melalui entry terkini di blognyer..salah seorg rakan blogger kita (bersahabat dgn Zaza) sudah kehilangan anak sulungnyer (Nur Fatimah) yg telah kembali ke rahmatullah pada hari ni, Khamis, 22 Oct jam 6.20 pagi td. Al-fatihah buat keluaga Kak Khadijah..semoga mereka dikurniakan kekuatan untuk menghadapi dugaan ALLAH ini.

Bagi yg belum mengetahui kisah ini, ibu ceritakan serba sedikit kisah baby yg bernama Nur Fatimah ni. Baby ni baru berusia 3 bulan, telah disahkan terjatuh di nurseri, kerana ada 2-3 tanda di kepalanyer...kemudian koma selama 2 minggu dan hari ni sudah pergi untuk menjadi penghuni syurga.

*************************************************************************************
Untuk membaca cerita selanjutnyer boleh ke blog zaza , dan untuk memberi kata semangat atau mengucapkan ucapan takziah juga boleh ke blog Kak Khadijah.
*************************************************************************************

Ibu nak pinjam kata2 dari blog zaza nih..boleh yer zaza..

" Hantar anak ke nurseri ke, pengasuh ke, atau dalam jagaan sendiri..musibah tetap boleh berlaku kalau Allah dah tetapkan. Yang penting, tawakkal kena tinggi pada Allah..hantar ke rumah pengasuh pun, yang 'jaga' dia adalah Allah.."


Bersyukurlah kawan2 Ibu yg mghantar anak masing2 ke pengasuh, taska, nursery setiap hari kerana anak2 kita sentiasa dilindungi Allah dan semoga kejadian sebegini dijauhkan dari kita semua.
Diharapkan penjaga2 anak kita tu betul2 AMANAH dalam menjaga anak2 kita setiap hati.



p/s: Sedih dan sebak nyer Ibu rasa skrg..w/pun tak pernah bersua tetepi sejak menjadi Ibu, naluri sungguh cepat tersentuh berkenaan baby/anak nih..yer lah selalu kita keluar shopping pun bahagian mana yg kita tuju...sure bahgian pakaian baby/anak kan.. biar mak bapak tak bertukar baju.. asalkan anak dapat berbaju baru dan cantik selalu DI MATA KITA...(Ibu selitkan rasa simpati buat akak Ciutmiut juga..) SENTIASA SIHAT DISAMPING KITA.


Diharap kak Dijah, tabah menghadapi dugaan dr Allah ini. AL-FATIHAH.

Photobucket

Sunday, July 19, 2009

@ Ku menagis..sedihnyer

Seperti biasa, bila Dalila dah tidur.. Ibu pun mula lah 'melawat' rumah kawan2 ibu. Plan lepas 'ronda' umah kawan2 ni..nak update lah blog- citer ptg tadi bawak Arifa Dalila gi injection vaksin pnuemokokal kat klinik swasta. Jalan punya jalan..menyinggah di blog kak Rynas jap..dia cakap dia menangis pas baca citer nih.. Ibu pun nak tau jugak aper citernyer tuh?.. Ibu pun masuk lah link yg Kak Rynas tulis tuh..mulancomey.blogspot.com

Rupa-rupanya..memang betul kisah sedih.. Ibu pun menangis bila baca cerita kak Jie (mulan) nih.. Sungguh berat dugaan Kak Jie kali ni, moga Allah bagi Kak Ujie kekuatan dan kesabaran untuk menumpuh dugaan ni dan melalui hari2 yang akan datang..

Kawan2 Ibu semua..marilah kita sama2 beri semagat pada Kak Ujie dan mendoakan kebaikan buat Kak Ujie sekeluarga, diatas apa yang telah menimpa mereka baru-baru ini.


p/s: tak jadi nak tulis pasal injection Dalila td ptg...mood sedih lagi.. nak menangis lagi nih. Teringat gak kat anak Ibu yg kandungan pertama dulu2..firdaus..Ibu sayang firdaus yer!!!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...