Siapa pernah dengar tentang Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia atau Children's Wish Society of Malaysia? Saya sejujurnya tak pernah tahu pun kewujudan persatuan ini. Rasanya ia kurang mendapat publisiti di media massa tidak seperti persatuan2 atau badan2 NGO yang lain.
Saya sendiri baru sedar adanya persatuan ini bila saya sedang menantikan Abah dan Dalila oder makanan di KFC di Giant Bayan Baru. Secara tidak sedar saya terpandang seorang ayah sedang membantu anaknya membeli gula-gula di vending mesin di tepi restoran KFC tu. Tergerak pula hati nak pergi tengok vending machine tu selepas mereka dua beranak tu beredar. Disitu lah saya terbaca tentang Children's Wish Society (CWS) ni.. sebahagian dari kutipan penjualan gula-gula itu akan didermakan ke CWS ..ada gambar seorang budak lelaki yang impiannya tercapai untuk bertemu pasukan bola sepak MU.
beli sambil menderma (contoh gambar saya pinjam Google)
Sekiranya korang pun berminat nak tahu lagi pasal CWS ni boleh klik sini yer..
dan di
kat sana ada banyak cerita-cerita gembira yang mana beberapa orang kanak-kanak yang menderita penyakit telah tercapai impian mereka, hasil usaha dari CWS ni. Semoga senyuman kegembiraan itu dapat mengurangkan sedikit sebanyak penderitaan penyakit yang dialami oleh tubuh kecil itu.. insyaALLAH..
11 comments:
sama la..
tak pernah tau pun..
ni baru tau..
thanks for sharing.
samalaaaa...akak pun tak tahu ada pertubuhan tu...
tak diwar2kan atau pun tak perasan kot ;)
tak pernah dengar pun.persatuan macam ni kalau tak diexposed oleh media,kita tak tau.
hehe.. xtaw jgk...
first time dengor..
tq 4 sharing :D
first time gak dgr.
media pun memainkn peranan penting utk menceritakan motif pertubuhan ni kat umum..
Wahhh...Persatuan Impian Mak Kanak-kanak takde org nak buat ke? Heheeee...
tak pernah dgr jugak... kalau di war2kan kat media lagi bagus kan~
k.izan tag min utk join GA ni
http://diariummi.blogspot.com/2011/02/special-giveaway-from-moscow.html
bagusnya kalau ada lagi banyak persatuan camtu ditubuhkan.
tapi kalau banyak, pastu takder orang nak derma pun tak boleh jugak.
kesedaran masyarakat pun kena ada dalam hal ni.
Dear..
thanks for sharing here..
kita pun baru tahu
:)
Kak Intan pon baru tau jugak wujudnya persatuan sebegini.
Mmg bagus dan murni usaha mereka utk mengembirakan kanak2 kecil tu kan :)
Post a Comment