Pada 3hb Feb aritu..cuti CNY..kami pun ambik kesempatan nak gi makan besar kat restoran Chinese-Muslim restoran kat kawasan kedai2 area D' Piazza.. Bayan Baru. Ni baru 1st time makan kat restoran ni...Abah nak try makan kat sini sebab kawan2 opisnya cakap SEDAP. So hari tu kami bertiga ajak my MIL dan adik Abah yang paling bongsu, Asyraf makan sekali kat situ.
banner besar CMR (chinese muslim restoran)
pintu masuk restoran
Masuk restoran, ada 2-3 family Chinese tengah makan besar kat situ..teruja bila tengok mereka oder kambing..cantik jer isi kambing tu kat dalam pinggang hidang tu. Hihihi. Family Melayu pun ada jugak tau..ingatkan kami jer time2 CNY ni..
Boss tengah pilih makanan (saya pengaruh suruh ambik kambing-berjaya!)
Dalila pun sibuk juga nak pilih menu
Sebab 1st time kami datang makan kat sini...saje lah nak try makanan istimewa ataupun makanan yang paling ramai orang oder kat restoran tu..so kena lah minta pendapat pelayan restoran tu. Banyak yang dia cadangkan tapi antaranya yang kami oder..
kambing saiz kecik..saiz besar risau tak habis pulak makan
ikan kukus
sup ayam berherba
terung (nama menu ni saya terlupa)
sotong goreng tepung
Makan kat situ sambil2 di layani oleh tauke empunya restoran. Barulah kami tahu yang resoran tu dimiliki oleh 2 orang rakan kongsi...sorang berbangsa Melayu, dan sorang lagi berbangsa Cina. Kedua2 mereka datang berbual2 di meja kami. Macam2 mereka cerita..terutamanya dari segi nak dapatkan logo "halal" dari Jakim...tukang masaknya diimport khas dari Xinjiang, China yang juga beragama Islam.
sebelum nak keluar restoran..sempat bergambar dengan taukey2 restoran
Waktu perniagaan CMR buat masa ni adalah untuk makan lucnh dan dinner saja... so kalau korang nak datang kena plan ngam2 yer..karang makan tergesa-gesa pulak..kedai dah nak tutup.
So, review saya bagi restoran ni...perghhh..sedap..pasti akan datang makan lagi..next plan nak oder itik goreng pulak. Lama dah tak makan itik.
Kalau korang nak datang makan kat sini..cari D' Piazza. restorannya mengadap jalan ke arah PISA.
jalan depan restoran tu, ada signbord ni (kiri-bukit gedung, kanan-PISA)
20 comments:
mesti best kan makanan kat situ..kambing tu nmpk sedap arr..
sodap tul tgk makanan2 tu sumer..adehla..terliur sgguh. ibuarifa banjer kami leh kalo kami ke penang nanti..hehe~
HB kat sini, hidangan macam mantop je...berapa kosnya ni tak pernah try lagik la restoran camni...sedap ek...harus cuba2 ni
ada dgr psl restoren nie gak..nnt leh p try mkn chinese fd kt sini..
sedapnyer....teringin nk pegi sana...
lapar la pulak
fuyo!siap amik gamba dgn owner lagik.
sekali sekala tukar selera mkn chinese food pun ok gak.kat sini pun ada fevret akak,tp tak pernah la ingat nak buat entry.hehhe
pernah lalu jer depan restoran tuh.tapi tak pernah pi pun.. dah kak min kata sedap, kena pi merasa jugak 1 hari nanti..
best2lah menu dia.. dah tergida dah ni.. he..he..
wah..nampak sedap la kak min..nnt nak try juga la..
sori lama tak jengah akak
salam, best nyer tengok kamping tuee. kat shah alam pun ada satu res. cina muslim macam nie. tapi tak p try lagi.
Sedapnya tengok lauk2 tu...
@ fieza79: best...tu lah kalo tgk yg saiz besar lagi dasyat tau.. mmg mcm nak try jer tgk kambing tu.
@ ibu MZW @ farah idayu: okey ..insyaallah..bgatu lah bila nak dtg png..sedap makanan kat CMR ni.
@ ♥ Anje a.k.a Mama_Balqis: sedap Anje..harganya takde lah "dasyat" sangat..kire okey lah dengan makanan yg sedap tu..dtg penang nnt..leh ler try.
@ Gieyana: okey kak Gie..try yer nnt..Min promote ni :)
@ Nur Liyana: jemput lah datang makan kat sini...sedapppp!!!
@ Ema: hihihi..lapar..tergugat yer tgk gambar kat sini..hihihi
first time tgk menu restoren chinese muslim ada kambing juga...selalu ayam or ikan (selalu seafoodla kan dorang suka mkn )
kambing sellau kedai pak arab..
btw,lapo tgk fooides ni..
geram weh tgk gambar kambeng tu!!
@ SyidaGorjes: hihih..1st time makan kat situ dan rasa restoran tu tak berapa femes lagi..so nak tolong promote lah ni..
@ ZiE FAUZi: sedap..sebab tu kak min promote..try lah makan situ zie..
@ Hanis Azla: ..hihihi..sila lah tergoda kat sini jer sis :)
@ miera: jemput lah try..dah sampai sini calling2 yer..
Post a Comment