nak join? klik banner ni yer

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

@ Kucing Pun Mencuri..

Terdengar kat berita jam 1.30 TV3 tadi..ada sekorkucing yang mencuri.Punyalah banyak hasil "curian" yang kucing tu buat.. hehehe..lawak jer pulak rasenyer..tak pernah tau lagi kucing pun ada tabiat mcm manusia jugak..
ini Dusty-si pencuri itu...cute kan?

Cerita selanjutnya..


California - Seekor kucing akhirnya dikesan sedang melakukan tindakan pencurian. Kucing tersebut dianggap bertanggung jawab atas kejahatan pencurian tersebut selama tiga tahun ke atas lebih 600 barangan.

Selama ini warga California bertanya-tanya siapa yang mencuri pakaian, patung beruang serta beberapa barang kecil yang terus menerus hilang. Namun pertanyaan itu akhirnya terjawab ketika seekor kucing bernama Dusty selalu kembali ke rumahnya dengan barangan milik orang lain.

Tertangkapnya Dusty hasil kamera khas di malam hari. Kamera itu berhasil merakam aksi kucing pencuri itu saat ia sedang menjalankan kerja pencuriannya.

Pemilik kucing itu Jean Chu dan Jim Coleman mengaku binatang peliharaannya selalu membawa 11 barang berbeza dalam satu malam.

"Dia terus membawa tuala mandi, sarung tangan, kasut, alas kaki, mainan dan masih banyak lagi," ungkap Chu..

Sejumlah lebih dari 600 barang yang hilang dari sekitar lingkungan tempat kucing itu tinggal. Para tetangga mengatakan kucing itu suka mengambil pakaian mandi dan kucing nakal tersebut bahkan tertangkap kamera dengan sarung bra di mulutnya.

Gambar kegiatan malamnya yang terbongkar..

Haa..hambik ko..dah kantol dah.

Yang lawaknyer.. sehinggakan tuan kucing tu keluarkan kenyataan.. " sekiranya anda kehilangan barang, datang lah ke rumah saya.."..kat dalam berita tadi, dah nampak macam garaj sale dah rumah tuankucing tu.. ramai orang datang tuntut barang masing2.. kih..kih..kih..

Dusty..Dusty..wat keja shift malam yer diee selama ini....




Tuesday, February 1, 2011

@ Ubat Tekanan Darah Rendah Saya

Dua minggu yang lalu, dah 2 hari terasa bagai pening2 dan sakit2 di bahagian belakang tengkuk. Minta Abah tolong check kan tekanan darah dengan digital BP test Abah tu. 3 kali check..tekanan rendah. Abah ajak ke klinik panel. Jumpa doktor, doktor pun cakap benda yang saya.. "your BP is very low".


Saya tanya doktor tu..bagaimana nak naikkan BP saya tu..dia cakap...

tak de apa yang boleh dilakukan.. kalau nak pun.. awak drive kereta pusing satu penang, setiap pagi selama seminggu..sure your BP will going up!

Antara percaya atau tidak, tapi saya ada juga tergelak sikit masa tu..sampai doktor tu pun ikut tergelak sama. Hihihi..(lawak juga doktor Sikh ni rupanya)


Mungkinkah sebab Penang ni dah nak jadi macam KL dah..hari2 jalan jem dan dengan sikap pemandu yang "dasyat" tu..boleh buat tekanan darah kita naik.


photobucket

Tuesday, November 23, 2010

@ SIKAT gigi sebelum tidur?

Jangan Lupa Sikat Gigi Malam Sebelum Tidur

Hihihi..kenapalah saya baru perasan tulisan pada ubat gigi ni. Dah banyak dah dapat pek toiletries or goody bag dari Hospital Pantai ni, bila Dalila atau Abah masuk ward sebelum2 ini...tapi baru kali ni saya perasan. :P

 Mungkin sebab saya tak berapa minat menonton filem seberang... perkataan "SIKAT GIGI" memang kelakar bagi saya.. terbayang seolah2 sikat rambut di gunakan pada gigi.. hihihi


hahaha.. okey kawan2 semua..
Jangan lupa SIKAT gigi bila bangun pagi dan sebelum tidur ya!


photobucket

Monday, October 25, 2010

@ Monday Blues? Meh tengok ni



Amboi... sampai macam tu sekali yer.. hihihi

Sekadar lawak pagi untuk menghilangkan "monday blues"

kerja rajin2 yer semua...


photobucket

Tuesday, October 19, 2010

@ Pabila Burung Hantu Terkejut


Reaksi burung hantu apabila TERKEJUT!!

Saya pun terkejut jugak tengok reaksi dia macam tu...scray kan!!


photobucket

Sunday, July 25, 2010

@ Was Killed by Ninjas :P

Semasa saya berjalan2 dialam maya, (surf internet la.) tetiba terjumpa pulak gambar pakcik ni nak minta bantuan. Cuba baca apa yang pakcik tu tulis kat board tu.. 

my father WAS KILLED by NINJAS.
NEED MONEY for KARATE LESSONS.
*
*
*
*
*
*






pastu jumpa lagi gambar sewaktu dengannyer.. tapi yang ni mintak $4 terus.



 Nak duit untuk belajar KARATE?!! (terasa nak gelak guling bila dengar alasan ni)

Hai..apa-apa saja idea kreatif mereka ni nak minta duit kan.. hahaha.. Kelakar jer..
Tak pasal2 NINJA turtle jadi mangsa dalam cerita ini.



photobucket

Tuesday, July 20, 2010

@ Surat Putus Cinta

sedikit lawak pagi sebelum korang mula berkerja.. hihihi

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend MAT SALLEH nya....
Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat... surat tu macam ni
bunyinya....hehehehe:


Hi, my motive write this letter is to give know you something.
I WANT CUT CONNECTION US. I have think about this very cook cook.
I know i clap one hand only. Correctly, i have see you and she together at town
with  eyes myself. you always ask for apology back back. I don't trust you again!!!
My Friend speak you play wood three  . Now i know you correct correct play wood
three. so,i break connection to pull my body from this love triangle.I know this result
i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far
from here. But i always love where also i live....Safe live......


regards

tijah


p/s: (moral di sebalik surat ini,  didiklah sebaik mungkin generasi akan datang agar lebih maju dalam bahasa
ENG dan lebih bermutu dalam BAHASA sendiri).
teringat citer masa saya jadi guru sandaran dulu.. budak sek datang ke bilik guru dan bertanya? "teacher today netball hit how much?" terdiam sebentar bila kena kat batang hidung saya sendiri..kang gelak depan2.. kecik hati pula budak tu..hihihi 
korang paham tak ..apa niat/maksud sebenar budak tu nak tanya tu? 


photobucket

Friday, June 18, 2010

@ Gara-gara FIFA: Dah TER Mimpi David Beckham Dah

Mula2 nak minta maaf dulu kat my Hubby.."jangan marah/jeles yer sayang..i tetap love you tau".


Huhuhu..saya ni bukan lah peminat sport..kat sekolah dulu2 pun tak aktif pun..main sekadar nak cukup syarat jer. Termasuklah kalo bercakap tentang bola sepak..memang zero knowledge langsung! Sapa main team apa.. saya juara tetap game tu ker..memang saya tak ambik pusing.

Sekarng kan FIFA.."cawan dunia" ker apa tuh.. So, TV sebijik je dalam rumah, terpaksalah saya tumpang sekaki dengan my hubby tengok bola dan sekali2 saya tukar jugak channel  jugak.. Tapi entah macam mana..malam tadi boleh pulak saya termimpi si mamat ni... yg kat gambar bawah ni..


Nama mamat ni jer saya kenal/ingat kalo ditanya siapa pemain bola sepak antarabangsa..huhu.. 1st time ni mimpi celebrity ni.. selalu tidur jarang mimpi. Nak tau cam ne Mr.David ni dalam mimpi saya.... (bukan cerita mimpi basah yer kawan2)

saya mimpi saya tengah kat sekolah menengah time tu (pakai uniform sekolah tau)..semua watak sampingan pun muka kawan2 sekolah ku jer. Nak dijadikan cerita pulak, IN REALITYnyer- kitaorang sedang merancang nk re-union time raya nnt..mungkin tu yang leh mimpi guna "pelakon tambahan" kawan2 sekelas saya tuh.. hihihi.
Mr.David ni datang sekolah saya sebab tengah ada hari sukan sekolah, so saya yang kena jaga dia haritu. Saya bawa di ke kelas, duduk2 kat kelas jer..so kawan2 kelas sebelah kire macam jeles lah.. nak jugak ambik gambar dengan Mr. David ni. Saya pun jadilah "kameraman" tak bertauliah kat kawan2 saya tu. Banyak mimpi pun part2 pasal budak sek jeles nak ambik gambar jer... pastu saya bawak dia gi makan cendol :P then TAMAT..(terjaga dah pastu)

huhu..korang pernah mimpi artis/celebrity jugak tak? kongsi lah..

photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...