nak join? klik banner ni yer

Tuesday, January 10, 2012

@ Hari Pertama Dalila Di School.

Perghhh..memang excitet bila nak citer bab Dalila masuk school ni, yer lah sejak saya mengandungkannya, sampai dia dilahirkan dan sehingga usia dia nak masuk 3 tahun, SAYA TIDAK BERKERJA a.k.a suri rumah sepenuh masa. Sepanjang tempoh itu, saya berjaya menyusukan Dalila dengan 100% susu ibu dan melihat di membesar di depan mata sendiri. Bayangkan bertapa rapatnya kami berdua... dan sehingga pada bulan Mei 2011 saya kembali bekerja semula. Barulah saya mula "beranggang" sedikit dengannya, sebab Dalila dihantar ke rumah pengasuh yang tinggal berhampiran dengan rumah kami.

Memanglah perasaan ketika menghantar dalila ke rumah pengasuh tak se'excitet seperti perasaan Dalila masuk sekolah.. sebab kalo Dalila meragam di rumah pengasuh, my MIL boleh singgah2 tengok sebab dekat je dengan rumah. Skrg pulak, school Dalila ni kat Sg. Ara, tak de sedekat sangat dengan rumah,  lagi pun kat school nanti, Dalila akan belajar secara formal, pakai uniform, ada buku latihan bagai dan yang lebih penting dia akan belajar bergaul dengan quantity rakan yang lebih ramai, tak de dah orang yang nak fokus kat dia sorang2 macam sebelum ni. Ini bermakna, Dalila akan belajar berdikari bila di scholl nanti... fuhh..nervesnyer rasa... harap2 semua berjalan lancar.aminnn.

Jom kita tengok gambar masa orentasi kat school Dalila hari tu.

Tarikh: 12 Dis 2011
Tempat: Nur Cemerlang, Sungai Ara.
Masa: Jam 8-10 pagi.

muka on the way ke school,  masih mengantuk

Nampak tak kami?

Hari tu, bangun tido dia tak mau mandi, dah puas pujuk dah, last sekali lap badan je lah. pastu pulak tak mau pakai uniform pulak..lagi sekali kena proses "pujuk-memujuk"..alhamdlulillah berjaya!!..so, hari tu sampai agak lewat (8.30pg), aktiviti dah mula- Dalila masih berkepit dgn Ibu lagi.

teacher a.k.a madam sedang ajar keadah phonic

gambar2 dalam kelas...kelas: smart junior

Ibu bapa dibenarkan masuk ke kelas pada haritu, so ambiklah kesempatan melihat seluruh kawasan tadika Dalila ni, kat mana dia tidur, kat mana mandi, sebab plan nak hantar Dalila "full day" start January 2012 ni. Cuma bulan  Dec 2011 ni je, ambik halfday nak tengok okey ke tak Dalila kat sana.

Kami ada perasan, Dalila macam resah gelisah je dengan tempat baru dia tu...kami cuba pujuk..cakap "ada itu".."ada ini"..sambil tunjuk2 apa yang ada dalam school dan kelasa dia nanti. Tapi dia masih cakap "tak mahu ke school" jugak, mujur time tu parent2 lain dah ramai balik, dah dekat jam 10pagi dah.. then tiba-tiba Dalila menangis sikit2. Kami dan beberapa teacher pujuk. saya bawak dia main kat laman school tu, main2 kat "rumah" sebab tahu dia suka main kat "rumah" tu kalau kat pasaraya. Yesss..berjaya..Dalila  dah stop crying. siap seronok main kat "rumah" tu lagi. Alhamdulillah..


Sebelum balik, kami bawak Dalila sekali lagi masuk ke kelas dia, bersalam dgn semua teacher kat sana. So sempat bergambar dengan guru kelas dia, madam Asmah.
 ---------------habis cerita hari orentasi-------------

Esoknya (13 Dec 2011), Dalila akan secara rasaminya belajar kat sini. Risau giler..harap-harap dia tak menangis ke aper ker nanti. Parent dah tak dibenarkan masuk/melepasi gate tadika dah hari tu, setakat hantar dan terus balik/ gi kerja je.

Seperti kelmarin, kami sedaya upaya pujuk dia bangun dan mandi..dia tak mahu mandi..terpaksa lap badan saja. Kali ni dia tak menangis lagi bila kena suruh pakai uniform. Sampai school, kami nampak ramai perent yg dok tunggu anak mereka kat gate school. Dan dengar ada sorang murid sedang menagis kat dalam kelas. Harap2 tak de lah "berjangkit" kat Dalilah nanti. Teacher dia datang jemput kat gate, pegang tangan Dalila dan tolong bawakan beg dia, then bagi Dalila join kawan2 sekelasnya. Alhamdulillah dia okey..mau ikut arahan teachernya tu.. dalam 20minit jugak kami berdiri kat gate school dia aritu, then baru dia perasan kami masih tak ke tempat kerja, masih memerhatikannya kat situ. Dalila suruh kami ke tempat kerja...siap buat isyarat tangan suruh kami pergi lagi. Hihihi...sukanya ibu, anak ibu boleh berdikari macam ni. kelmarin (hari orentasi je dia ada menagis sikit)

Hihihi, sepanjang 1 minggu pertama, Dalila ke school dengan tak mandi pagi, balik tengah hari baru dia mau mandi. Mujur minggu ke 2 dia dia dah mahu mandi pagi. Masa tidur Dalila pun dah berubah..dah makin tidur awal. Paling lewat pun jam 10 dah mengadu kata mengantuk dah, dah ajak masuk bilik tido dah. Seronok dengar cerita dia "buat apa kt school" tiap2 hari. Cikgu kata Dalila ni "cakap pandai", dalam kelas kalo tanya soalan dia mahu jawab..allhamdulillah gembira ibu dengar. Belajar rajin2 yer sayang.





10 comments:

Unknown said...

comelnya dalila pakai uniform sekolah....kiut sgt...:)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

color full gitu baju tadika dalila..cantik

Ummi Hanie said...

comel sgt dalila...as usual ;)

dah ke taska yer ... mcm ank sy,Munirah ... ;)

cume utk safety,better min jgn letak lokasi ank n details dlm blog ... coz we don't know if there r psychos out there .. maaf ye , skdr mengingatkn diri sndiri juge ;)

ibu MZW @ farah idayu said...

Wah...semakin comel anak dara ni...bestnyer ade pre school camtu..belajar dan nursery sekali..

mama salmi said...

same goes dgn aliff. 1st day je nangis2. 2nd day dah laju je masuk school tak toleh pun mamanya yg tercangak kt blkg tu..hehe.. good girl dalila! :)

miera said...

dah besar dalila...dah g school.cmna la alieya nnt..tahun depan ingat nak hantar alieya g school..harap2 alieya ok la..

Bukan Bidadari said...

Sekolah rajin rajin yer dalila... hehehe

deena said...

wah dalila dah pegi skol..dh pndai pn ...msti best ramai kwn2 kn

rynas said...

wah dah masuk sekolah good girl lah Dalila tak menangis

Ummi Salsabila said...

baguslah dalila.tak nangis pun.Aufa nanti camnelah.tahun depan baru sekolah.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...