nak join? klik banner ni yer

Thursday, July 21, 2011

@ Doa Dengar Cakap Dalila

Dalila kadang2 ada jugak timenya, dia buat tak mo dengar cakap/kata saya, lebih2 lagi sejak saya kembali berkerja sekarang. Saya nak cerita tentang kejadian Dalila berdoa minggu lepas.


Sabtu lepas, ketika masing2 (saya dan Dalila) sedang hampir nak selesai bersolat Zohor, Dalila bangun datang duduk mengadap saya, di hujung sejadah saya. Dan ketika saya sedang berdoa selepas solat, Dalila pun angkat tangan seperti biasa untuk sama2 berdoa, tetapi saya terdengar Dalila berdoa begini....

Ya Allah...bagi Ibu dengar cakap Dalila..

3-4 kali dia ulang cakap macam tu. 

Hampir nak tergelak saya dengar tau. Hihihi..
Benarlah bagai di kata..anak selalu ikut/tiru apa saya yang kita cakap/sebutkan. Haaa..lepas ni haruslah beringat jika nak tuturkan sesuatu depan anak. Sebab...kadang2 bila saya terlalu marah pada Dalila, saya akan cakap..benda yang lebih kurang sama.

sambil beristighfar...
"Ya Allah, kau lembutkan lah hati Dalila agar mendengar cakap Ibunya"

sekarang, Dalila berdoa balik, minta saya dengar cakap dia pulak! Adushhh...



Thursday, July 7, 2011

@ Sunset di Bayview dan Arifa Dalila

Sambungan dari cerita percutian kat di Bayview haritu yer..

Dah penat berandam dalam kolam setelah akhirnya berjaya memujuk Dalila supaya keluar dari kolam.. kami naik makan2 kat bilik kejap then tengok jam dah nak dekat jam 6.30 petang, terus teringat nak tengok sunset pulak. Ajak Abah, huh! dah tak mahu dan tak larat dah dia nak turun, so saya keluar berdua jer lah dengan Dalila kat tepi pantai, tepi hotel tu.

Subhanallah.. cantik sungguh permandangan sunset hari tu. 1st time lah Dalila tengok sunset tepi pantai macam ni. Saya yang tak berapa terer/mersa lagi dengan Cik C (D40) ni pun kire pakai snap jer lah. Nak kena banyak praktis/latihan lagi nih dengan Cik C ni. Korang nak tengok? Haa.. jom tengok!


cantik kan...

ada bot pulak kat tengah tu..

alamak!! gambar tak ikut turutan..tengok ikut saiz matahari lah yer..

Cemana? cantik tak?.. dalam kamera jer nampak macam ni. Kat luar tak delah gelap sangat pun. Tak azan magrib pun lagi. Balik bilik tunjuk kat Abah..Abah cakap cantik. Wah..bangga jap..ni dalam tak berapa pandai adjust butang2 kamera tu nih..ekekek...kalo dah terer sure lagi syok snap kan.

Jom lah layan lagi gambar... sambil2 menikmati sunset nan jingga tu, sempat lah saya snap gambar anak saya, Dalila. jom tengok gambar pulak jom. Lucu pulak saya rasa tengok dia beraksi depan kamera petang tu.

 Terus pakai baju tido jer petang tu


Masa ni saya suruh Dalila kekonon tengok sunsetlah, saya nak ambik gambar dia..
tengok ??!!
cemana dia pose kat saya??!!

tegak jer macam tiang : P hahaha

oooo..Dalila menyakat ibu yer...

haaa..cam ni baru lah sporting!

aik!!?? aksi apa ini? Dalila..Dalila..






Tuesday, July 5, 2011

@ Bersantai di Bayview, Batu Feringgi

Ni cerita awal bulan lepas, masa cuti hari "keputeraan Agung". Last minit punya plan sebenarnya ni...tiba2 jer  malam sebelum tu terasa nak bawak Dalila mandi kat hotel. Mujur Abah "on" jer. Pagi sabtu tu jugak kami gi walk-in cari hotel. Nasib baik 1st try dah dapat, maklumlah time tu tgh cuti sekolah. Kami stay kat Bayview, Batu Ferringgi. Masa sampai kat lobbi hotel, ada majlis sambut En. Khari Jamaludin (Ketua Pemuda). Ada majlis berkaitan dengan UMNO kat hotel tu rupanya. Sempat la tengok dia "live" haritu.. tapi tak ambik gambar pun. acik malu..huk..huk..huk..

Dapat check-in jam 2 petang. ..jam 3.30ptg kami dah kat dalam kolam untuk kanak2 dah. Ni 1st Dalila mandi kat dalam kolam tau. Excitet tak terkatalah. Sampai tak mahu keluar dari pool.  hihi.. jom layan gambar pulak.
masa mula2 turun...tgk..rambut pun tak basah lagi
aiii..berjalan ker berenang tu sayang..relek jer tu..

Dah terer apung dah sikit2.. dgn bantuan baju renang tu dan pelampung
tengok dia tengah pedal/kayuh tu.. dah nak tak bagi ibu pegang dia hokey..

dapat tunjuk ajar dari Abah pulak :P
Abah bawak Dalila berenang kat kolam dewasa pulak..
kaki dah tak sampai nak jalan2, so 100% Abah kena guida la kat sini.


dan akhir sekali
pose dari ibu dan anak yg syok berendam
-
-
-

-
-
-
-

-
-




Friday, July 1, 2011

@ Aku Yang Rajin: Join Tropicana Twister Contest

Hihihi.. lagi entry "aku yang rajin" yer kawan2. Kali ni saya rajin nak join contest Tropicana Twister. Sebab contest tu tak memerlukan slogan and memang banyak botol a.k.a "label" seperti yang di syaratkan, kat rumah saya ni. So, apa susah2..potong, isi borang, beli stem dan pos kan jer lah. Nak-nak pulak opis saya memang dekat dengan pos office. Senang nak cakap..memang mendorong kerajinan ku lah.

 label tropicana oren...ada lah dlm 20 keping

borang penyertaan

Jom lah kita join sama2. Contest ni bermula 9 Mei - 31 July 2011. Senang saja syarat2nya.. 2 label minuman tropicana saiz 1.5ml untuk 1 borang. Kalo ada label yang botol kecil punya...korang hantar 4 keping label untuk satu borang. Jangan lupa jawab 4 soalan mudah yang perlu dijawab (tanda tick"je) sebelum korang pos borang tu ye. Tak menang hadia utama,  menang hadiah mingguan pun jadilah. 

So, untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.tropicanatwister.com.my/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...