nak join? klik banner ni yer

Saturday, December 12, 2009

@ MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest

Dah nak dekat tarikh tutup dah ni..Disebabkan tak mau rasa 'kempunan' nak join juga last contest yg dianjurkan oleh MomBloggersPlanet bagi tahun 2009 ni. Untuk bulan Dis 09 ni bertemakan "Cutes Baby Smiling". Mari kita tengok gambar Dalila yg Ibu pilih..





Nama: Arifa Dalila Mohd Fadli
Tarikh Lahir: 23 Sept. 2008


Kenapa Ibu suka tengok Arifa Dalila SENYUM :)

  • Kerana bila dia senyum, pasti anak Ibu ini berasa GEMBIRA, dia rasa SERONOK, dia rasa SELESA (cthnya dgn persekitarannya), maka senyumannya itu akan membahagiakan hati Ibu.
  • Kerana bila tengok senyuman manisnya itu dapat menghilangkan rasa sedih, geram, marah dan juga penat melakukan tanggungjawab serta tugas2 seharian. Bak kata org2 tua "senyum itu umpana penawar"
  • Kerana dengan senyumannya itu, Ibu rasa kasih sayang kami, antara Ibu dan anak semakin rapat dan erat. Semakin bertambah-tambah sayang Ibu pada Arifa Dalila.
  • Kerana bila dia tersenyum, akan kelihatan gigi2nyer dah dah nak masuk 11 batang sekarang...makin manis bila tersenyum nampak gigi2 gitu.
  • Kerana menunjukkan anak Ibu ini sihat dan cergas pada hari itu. Kalo tengok dia menangis, sure ada something lah kan...sakit perut ker..
  • Kerana pada pendapat Ibu, itu adalah salah satu cara komunikasi yg baby/anak kita dapat tunjukkan untuk memberitahu perasaannya pada kita. So, dapat lah kita tahu kehendak/kemahuannya bila melihat dia tersenyum pada kita.

Jom kita memeriahkan contest ini...jom :)



Contest ini adalah anjuran: MomBloggersPlanet


Dan hadiah2 menarik bagi pemenang pula di taja oleh:



Photobucket

Wednesday, December 9, 2009

@ MOBS End of Year Contest



Sekali lagi Ibu nak join contest yg di anjurkan oleh MOBS ni, contest yg lalu bukan rezeki Ibu, tapi Ibu still berminat jugak nk join untuk MOBS End of Year contest kali ni.

Tema kali ni adalah : The Best Family Photo

Sila klik pada banner di atas atau di side bar blog ini untuk mengetahui maklumat lanjut dan syarat2 contest.





Maka, gambar yg paling ibu suka dan ingin dipertaruhkan adalah:





Marilah sama2 kita sertai contest ni, terdapat BANYAK hadiah2 yg ditawarkan... melebihi 1.5K



Photobucket

Tuesday, December 8, 2009

@ Optional & 'Wajib' injection Dalila

Nak tulis sikit pasal injection Pneumococcal yg Dalila kena ambil setakat ini. Seperti yg telah Ibu katakan dalam entry sebelum ni, Ibu mmg tidak tahu yg ada OPTIONAL immunisation untuk baby, maklumlah pas bersalin- mmg monthly full checkup kat klinik gov dekat umah Ibu ni je. Lagi pun semua kakak2 ipar dan sepupu Dalila tak ambik 'optional' injection ni- so tak de lah yg bercerita. Ibu tahu ni pun bila baca kat blog kawan2 je..


Kronologi injection--bermula usia 10 bulan

18 July 09, 1st injection untuk Pneu Dalila dah umur 10 bulan mase tu. Ambik di klinik Kids-career, Sg.Dua -RM 306 termasuk ubat demam. Next 2nd injection (selang 2 bulan dari tarikh 1st inject) so, pada 18 Sept 09 nnt.

Pada 23 July ada checkup 10 bulan di klinik gov. Dapat tarikh appoiment 7 Okt 09 untuk injection MMR- untuk baby usia 1 tahun. Ibu pun beritahu nurse yg tarikh berkenaan agak dekat dgn tarikh injection 2nd vaksin Pneu yg telah Ibu dapat dari klinik private tempoh hari-(18 Sept). Jadi nurse pun nasihatkan Ibu tangguh dulu ambik vaksin Pneu tu dan ambik dulu injection untuk MMR ni..nasihat nurse lagi, perlu 'jarakkan' 1 bulan untuk ambik apa2 vaksin..maksudnyer..kita hanya boleh di inject (vaksin) 1 kali untuk satu bulan saja..(korang paham ker ayat ni??)


Pastu awal bulan Oct kan Dalila kena admited kat Pantai Hospital...(kisahnyer di sini)..so kena tangguh lagi nk ambik injection MMR tu... and finally 21 Oct baru gi ambik MMR tu. Kena 'jarak' 1 bulan seperti yg dinasihatkan, so kire2 lebih kurang 21 Nov baru boleh ambik injection lagi.

Then, agak buzy plak time dekat2 san lepas raya korban tu. So, 6hb Dis- Ahad lepas baru gi ambik 2nd injection Pneu tu...delay dah 5 bulan dari 1st injection..so doktor kata kena re-schedule balik injection ni... so yg inject 6hb tu di kire 1st injection balik.



Maka, dinasihatan pada yg seperti Ibu-(yg checkup Fulltime kt klinik Gov saja) dan yg ada baby atau akan ada baby lagi nnt..kena plan betul2 injection antara yg WAJIB dan OPTIONAL ni.. nnt delay2..kesian kat si anak tu pulak.



p/s: semalam 7hb Dis 09- 1st time Dalila terjatuh sampai pecah/berdarah bahagian dalam-bibir bawah. Mungkin terkena gigi/tergigit masa terjatuh. Luka agak besar-darah banyak keluar. Ibu dah lah tak leh bau hanyir darah tu...Jatuh tak tinggi pun, dia nak panjat kotak 'baby coat' yg Abah letak di ruang tamu untuk di bawa ke rumah kami di Bertam.
Mungkin dia letih bermain si rumah MIL kot sampai nak panjat kotak serendah tu pun boleh ter 'miss'..pujuk + bagi susu kejap terus terlena.


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...