nak join? klik banner ni yer

Wednesday, October 6, 2010

@ Dalila dan Mickey Mouse

Nak tulislah sedikit sejarah bagaimana Dalila boleh suka a.k.a fanatik kat karakter "Mickey Mouse". Buat kenang kenangan dia bila besar nanti..

 bergambar pun nak sama2 dengan mickey dia..dah la yang besar pulak tu.

Sebenarnya sebelum ni Dalila tak kenal karton Mickey Mouse pun..dia hanya tau Barney saja..sebab apa? sebab kat tak langgan channel astro yang karton semua tu. Barney pun tgk kat channel 119 (TV9) sahaja. Tapi bila dah habis musim "world cup" aritu.. Abah cakap nak terminate channel sport..sebab tak tengok sangat pun..nak dekat world cup lagi nanti baru nak 'masukkan' balik :P Dah bunag "sport" saya minta masukanlah channel "karton" sebab nak kasi Dalila tengok dan tak kacau saya semasa saya buat kerja dapur. So, tanggal 17 Ogos 2010..secara rasminya Dalila dah terdedah dengan semua channel karton kat astro tu.

Cerita karton yang paling saya suka adalah "Shaun the Sheep"..memang kelakar betul lawaknya tu. Dalila pulak lama2 tersangkut kat cerita Mickey Mouse Club House..Special Agent Oso pun dia layan jugak sikit2. Ranking ke-2 selepas Mickey Mouse Club House adalah.."Dora the Explorer" dan "Go..Go..Diego". Siap boleh nyanyi2 dan menari2 lagi kalo nampak ke-3 cerita fav dia nih..bukan tu saja..nampak barang yang ada gambar 3 karton ni..kat pasaraya sure nak suruh kami beli...

Kesiannya melihat dia macam tu.. masa bulan puasa aritu Abah pun ajak ke toy r us..belikan patung Mickey Mouse. Masuk jer kedai tu terus dia ambik dan dukung 2 patung Mickey dan Minnie yang besar..sampai terseret2 kaki mickey kat lantai. Dah dapat 2 patung tu...saya ajak Abah ke butik Mom Care..nak tengok baju dan kasut raya Dalila. Tup..tup kat situ pun ada jugak patung Mickey Mouse..cuma saiz kecik dan boleh bercakap dan  menyanyi..dah dia merengek nk si mickey yang kecik tu pulak!! Aduhai...pening kepala dok memujuk..dah la patung yg beli kat toy r us pun ada kat tangan lagi..nak lagi yang lain pulak..last2 belikan jelah jugak...pastu terus ajak Abah balik..tak sanggup kalo nanti  dia menangis nak patung mickey yang ke-4 dalam satu hari..mak aii!!!

 hari pertama mereka...main2 masa dalam kereta

sibuk menyusun..sebab tak muat tempat duduk


ini lah koleksi Mickey Mouse dan Miniey Mouse Dalila
yang paling besar tu lah yang selalu kena "tinggal" sbb panjang sgt (24")


so, semperna birthday Dalila haritu..saya pun order kek Mickey Mouse Club House ni lat blog Dapur & Oven ni..terima kasih pada Jeri sebab sangat kreatif...cantikkan :)
kek yang menjadi perhatian kanak2 masa birthday aritu



p/s: ini lah antara pengorbanan/usaha yang dapat Ibu dan Abah berikan buat mu sayang..harap bila besar nanti..kamu akan menjadi anak yang solehah, mendengar nasihat, menjaga kami di hari tua kami serta mendoakan kami setelah kami tiada nanti...aminnn

photobucket

19 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

dalila suka mickey ek...tantek kek dalila tu...balqis pun suka mickey...selalu panggil miki "KIMAUS"...maksudnya mickey mouse....

Unknown said...

bestnye arifa dpt 3 sekaligus :)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

ooo....patut la minat mickey skrg...hehe....

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Beruntungnya dalila ekk.. apa nak je dapat..hhihi..paling comel tang kek mickey yang sangat kreatif tu. like it!!

YatieJay said...

Hah?! Kena paw dgn dalila 3 mickey sehari sekaligus? Takpe, demi anak punya pasal kan? Asalkan dia bahagia.

Naufal pun dah pandai paw akak dgn husb kalau gi jalan. Biasanya section toys la yg paling kitaorg elak, tapi dia dah tau so tiap kali sampai kat tesco/giant dia dah berlari ke tempat mainan. Paling2 belikan ultraman kecik berharga kurang RM10...jadik laaa...

mak encik | SZ said...

olololo...tomeinya dalila pki tudung tu betul2 mirip muka min...

Ummi Shira (AshAnas) said...

tu la, cantik kek dalila tu....

anas blum kenal kartun lg... hehe...

waniewadec said...

sib baik jumpa 3 je...takpe...anak kesayangan ibu & ayah

Syida said...

banyaknye koleksi dia.
dulu akak pun ada banyak.sampai sekarang pun ada lagi, tapi simpan dalam kotak je.takkan nak bagi aqid?tak seswai.

Kak Mahh said...

comelnya Dalila

Kak Mahh said...

comelnya Dalila

rynas said...

cantik sangat kek tuh...

♥Cik Puan♥ said...

memang minat betul nie,,,

Ummi Eisya&Amani said...

hihi..bestnye dah ada 2 orang kwan ye..eisya pun suka gak mickey..tapi eisya tak suka yang besar..takut dia kata..hari tu nak beli yang besar,di tak nak..yang kecik gak dia nak..untung wit ummi dia..hihiii

chekna said...

my ziyad pun suka tengok mickey mouse clubhouse tu, tp bila tang mainan, still kereta jugak yg dia cari... hehehe..........

10 said...

tu dia... sehari ja dpt 3... bertuah badan... suma comei...

Farra Dhelina said...

oh suka mickey..patut la kek pon suka mickey...

ctk sgt kak kek mickey ni

Unknown said...

Salam..nk ty akak beli kt mana mickey mouse tu?

Unknown said...

Salam..nk ty akak beli kt mana mickey mouse tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...