nak join? klik banner ni yer

Wednesday, October 7, 2009

@ Ada Darah Dlm Air Besar Dalila

Sebenarnya dah 4-5 hari lepas Ibu perasan ada mcm lendir (mukus) merah2 seperti darah di dalam air besar Dalila. Lerdir tu tak de lah besar sgt, mcm sebesar setengah jari kelingking kita jer..boleh dikatakan seperti nipis2 mcm ala2 darah haid pd pad tu. Hal ini mungkin rentetan dari Dalila tercirit-birit/terbanyak berry pada hari sebelum appoiment untuk 1 tahun injection hari tu. Sekali dia berry, kadang2 ada..kadang2 tak de plak darah tu..kalo ada-hanya 1-2 lendir kecil saja. Tengok Dalila pun tak meragam, aktif mcm selalu, tak de dehidrate pun. time dia SEDANG BERRY--dia tak menangis2 pun, TIME BASUH BERRY pun ok jer--suka jer main air.. so Ibu tak berapa binmbang lah pada awalnyer. Ingatkan...nanti2 dia baik sendiri lah tuh..

Tapi malam tadi, jam 8.45mlm, ajak Abah bawak Dalila gi check kat Hope Children Hospital, kt Sg. Ara. Risau sebab tak baik2 lagi, still ada lendir darah jgk untuk berry jam 5 ptg td. Lagi pun..esok Rabu Dalila ada appoiment untuk injection yg dua "terlepas" minggu lepas (gara2 nurse tak mo bukak botol ubat tu)..risau ada kesan pulak bila berry berdarah nih.

Mujur org tak ramai kat hospital tu, cepat jer boleh jumpa doktor..Doktor check semua..Dalila ok..sihat tak demam. Doktor tanya warna lendir darah yg keluar tu..ala merah pink kecoklatan gitu...sekali dalam najis. So, doktor syak ada jangkitan kuman dalam usus Dalila. Doktor bg antibiotik, serbuk garam, dan mutivitamin (prebiotik) untuk bunuh bekteria jahat dalam usus Dalila tuh.

Doktor tu bagitau, hal ini mungkin disebabkan tabiat bayi yg suka memasukkan benda2 ke dalam mulut mereka, atau bayi dah termakan benda2 yg tercemar..So, kepada kawan2 Ibu semua yg ada anak yg lebih kurang sebaya umur Dalila, hati2 la yer.. tengok apa benda yg mereka suka main, jgn bg main sebarangan benda..nanti diaorg masukkan dalam mulut..risau! Doktor tu bgtau lagi, kalo bayi yg minum formula milk...kena bancuh kasi cair2 sikit susu tu..kalo yg BF teruskan mcm biasa.



Nasib lah Ibu selalu belek2 apa yg dalam pempers dan CD Dalila tu...tgk apa yg dia makan tu hadam ker tak..bila dia keluar (berry).

p/s: hari ni punya appoiment nk inject kat kinik gov..terpaksa di tangguhkan lg 1 minggu. Kasi baik yg ni dulu baru nk g inject.


Tuesday, October 6, 2009

@ Sampainya Hati mereka

Mula dapat email video ni masa dekat2 nak raya aritu, mula2 tgk terus menggigil lutut tgk org buat mcm tu kat baby. Kenapalah kejam sgt diorg nih.. kesian baby2 tuh.








Dah lah Ibu nak kerja lagi pasni...
Mintak lah dijauhkan benda2 sebegini kepada anak2 kita yer..

Monday, October 5, 2009

@ Rumah Kami di Bertam

Assalamualikum..(dua beranak bagi salam sebelum masuk rumah)

Kali ni nak citer umah yg kali beli di Bertam Perdana.. Selalu pergi sana tp tak pernah/terlupa bawa kamera, tapi raya ke-6 hari tu Ibu pergi sana lagi-ada kamera dlm beg, so boleh lah kawan2 semua tgk umah kami ini. Rumah teres 1 tingkat.
Sebenarnya kami selalu ke Bertam ni sebab ke rumah Kak Long Abah a.k.a Mak Long kpd Dalila tinggal disana. Dan pada pertengahan 2007, jiran sebelah rumah Kak Long tu bgtau nak pindah sebab nak berkahwin (so, kire nak stay ikut husban dia lah). Jiran a.k.a tuan punya rumah tu seorg perempuan Cina bujang tinggal sorg2 di rumah tu. Bila dia bgtau dia nak pindah...rasa mcm sayang pulak kalo tak beli sbb SEBELAH RUMAH KAK LONG. Nanti kalo ada apa2 majlis/kenduri..senang sikit buat kat sini, kawasan pun luas.
Kalau sesiapa yg tidak tahu, dimanakah letaknya Bertam, ia di dalam kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang, yg dulu2 tu kawasan Pak Lah tu.. Skrg kami tinggal (menyewa rumah) di kwsn Bayan Baru kerana dekat dengan tempat kerja Abah. Buat masa skrg, rasanye tak plan lagi nak pindah sana sebab:
  • Rumah tu belum samak lagi- tuan punya umah tu dulu Cina perempuan bujang.
  • Lebih jauh dari tempat kerja Abah- kalo pindah tiap2 hari kena berulang lintas jambatan pulau pinang tu...tol jambatan tu lagi..minyak lagi...masa lagi..
So, Kak Long dan suaminya yg rajin tengok2kan rumah tu skrg.

Yg sliding door hitam tu, pintu rumah kami, yg grill petak2 tu pintu rumah Kak Long. Abah dan Dalila buat apa di laman rumah Mak Long tu?
Mari kita tengok bahagian dalam rumah pula.

Ruang tamu
Lampu dan kipas di runag tamu

Dalam bilik tidur...tu pintu tandas dalam bilik :P

Ruangan dapur

Dalila berjalan dlm rumah baru...target ke arah plag pulak. bahaya!!
NAK MINTA PENDAPAT- Kalau korang semua nak samak tak rumah yg sebegini; beli dari seorg Cina, bujang, tak bela anjing, cuma dikhuatiri memasak makanan menatang 'tu' saja di rumah itu...kalau perlu samak..kena samak keseluruhan rumah atau bahagian dapur saja?
p/s: Ibu tahu ramai jugak geng2 bloggers yg tinggal area Kepala Batas nih.. nanti kami p sana lagi, leh lah kita jumpa ya :)
************************************************************************************
Hari Sabtu yg lalu, dari pagi sibuk bersiap nak gi konvo adik Ipar asben di UUM. Dari pagi bgun memasak, (nasi goreng je) buat kuih (lempeng je) untuk buat bekalan masa tunggu abis majlis konvo disana. Sampai rumah semalam pun dah dekat jam 10 mlm dah..tak sempat nak update blog.
Hari Ahad pulak...ke 2 jemputan rumah terbuka. Malam gi Queensbay pulak...jumpa kawan Abah -ex mrsm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...