nak join? klik banner ni yer

Saturday, August 1, 2009

@ i'm back!!


Assalamualaikum..
Lama benar tak online rasanya.. rindu sangat nk tengok blog kawan2 dan blog sendiri . Email pun sama jugak..dah dekat 30 jer email dlm inbox yg baru masuk..ada email dari friendster, facebook, email dari kak yong (sbb jadi juri contest main air kt blog dia tuh), dan bestnye bila baca satu email yg beritahu Ibu adalah antara pemenang giveaway..Alhamdulillah.. tp maaf lah penganjur...saya baru jer online- jd lambat lah reply email ni. Ibu tak online sbb ada prob sikit dgn pc nih..harini (Sabtu) baru sempat p cari 'ubat' kat kedai pc depot.

Kat sek ada internet gak..tp slow..malas nk menunggu lama. Lagi pun hujung bulan nih, banyak kerja sikit sbgai guru tingkatan...nak kena 'tutup' buku kedatangan murid..naik juling mengira kedatangan pelajar untuk bulan Julai dalam petak2 kecil tuh..nasib baik tak sampai 30 org pun pelajar dalam tingkatan Ibu ni. Tp still banyak kena kire sbb ramai yg 'ponteng'...boleh pulak dalam sepanjang bulan (Julai)..sekali jer dia hadir...

Nanti malam sikit..pas Arifa tidur...Ibu singgah dan tinggal jejak kat blog kawan semua ok :)



Monday, July 27, 2009

@ Hari pertama dan kedua di sek

Hari jumaat lepas merupakan hari pertama Ibu melapor diri di sek menengah tu. (korang tak yah tahu yer sek menangah mana..kang femes lak blog Ibu nih) Dalila dah dihantar ke rumah MIL pagi tu..okey jer dia dgn MIL.. tak meragam pun nak ikut Ibu dan Abah naik kereta.. alhamdulillah lah.. Sampai sekolah jam 7.30 pagi. Pergi cari pejabat sekolah tu..mujur di tingkat 1 saja. Jumpa kerani..kerani suruh jumpa pen.kanan sek..bila Ibu tgk nama dan wajah dan pakaian-bertudung labuhnya tuh..seiras cikgu Ibu sewaktu sek menangah dulu2..cikgu tu ajar matematik..form 5. Tapi buat biasa2 jer lah..terlalu awal nak tanya benda2 macam tu kan..

Dapat jadual mangajar..ganti cikgu H yg cuti bersalin. Sah lah Ibu kena ajar matapelajaran Kemahiran Hidup form 3 dan Sivik form5. Form 3 kena ajar 4 kelas, form 5 pun 4 kelas jugak..hohoho.. pening makcik pasni Pas jumpa pen.kanan..kena gi cari cikgu Ketua Bidang pulak...cari sujek Kemahiran Hidup (KH) dulu..pastu kena cari guru Ketua Panitia pulak..lepas dengar penerangan darinya..kena cari cikgu KH yg mengajar/menggantikan cikgu H-sebelum kehadiran Ibu)

Macam gelak jer bila dgr kena KH form3 kena ajar 2 aliran..dua kelas ERT dan dua kelas lagi Perdagangan. Yang ERT tu..cikgu panitia tu ckp sambung topik"cara membuat kek" adoi!! makan kek Ibu tau lah..buat- sekali pun TAK PERNAH :P.. tak pe2 relex..nanti Ibu bg teori jer lah kot dlm kelas. Yang kelas perdagangan tu..Ibu baru ajar Konsumerisme..tulis nota suh diorg salin jer...hihihi..

Hari kedua di sek (Isnin 27/7/09)

Hari ni sampai lewat..punch kad dah kaler merah dah..lewat 4 minit.. ada perhimpunan pulak depan tu...aisyehh..lambat kat trafik light kat simpang empat tu lah...jem.. kelas ari Isnin Penuh giler..break pun 1 waktu jer. Dah lah sampai2 PK HEM nak jumpa...pasai apa lah pulak nih..dah lah hari ni jadual 'pack'..masuk kelas form 3..buat2 cam reti lah ajar nak buat adunan kek dan biskut..(ikut buku je..bukan memandai2) pastu bagi nota sikit..siap. Kelas paling "dasyat "hari ni adalah mengajar form 5( kelas no 6..iaitu 2nd kelas tercorot-semua ada 8 kelas form 5) Haaa..punya lah ramai pelajar cina (lelaki) kelas ni...sembang bagai kat pasar lah dgn irama/melodi diorg tu..Ibu/cikgu masuk bukan nak heran...Ibu dah siap p dekat2 dah tegur suruh keluarkan nota..cakap Ibu nak bagi suruh salin nota Pendidikan Sivik. Diorg buat tak tau jer..sembang gitu jgk.. Cikgu baru lah katakan..muda plak tuh..mana mereka nak takut.. pelajar perempuan melayu ada lah 3 org dalam kelas tu..yg tu lah penyejuk hati ibu selama 2 waktu dlm kelas tu.

Dah abis kelas menagajar...ke office lak..kena cari PK HEM tu plak..Ibu disuruh ambil alih kelas yg cikgu H dulu- jadi guru tingkatan form 5 (kelas paling last-tercorot)..dah plak ada sorang pelajar nak kena buang sek..dia dah 78 hari (bukan berturut2-sejak januari) ponteng sek. Dah kena urus plak surat2 menyurat/ call parent budak lelaki melayu nih. Settle semua..sekali kena 'date' plak dengan Pengetua..sejak masuk mengajar..lum pernah lagi bersembang/perkenalkan diri dgn pengetua lagi..sampai lah jam 3.30 ptg..terus call teksi..balik umah MIL ambik Dalila..

Pam susu sambil sebelah lagi menyusukan Dalila..dapat lah 3.5 oz lebih..alhamdulillah..kat sek tadi pun pam jugak..dapat 3.5oz jugak..Ni dia dah tidur ni..so sempat lah update blog Ibu yg dah mula nampak bersawang nih.

aktiviti hari Ahad lepas..bawak Dalila jejalan di taman



Thursday, July 23, 2009

@ Alhamdulillah..Dapat kerja

Tadi pagi, selepas checkup Dalila (untuk baby 10bulan) kat klinik kerajaan... Ibu dan Abah ker PPD..nak hantar borang permohonan GSTT ( guru sandaran tak terlatih)..dekat sek ren keb Balik Pulau. Sebaik saja bagi borang tu pada kerani kat situ, mereka check2 dokoment yg Ibu lampirkan..mereka suruh Ibu masuh satu bilik..untuk inteview..

ALHAMDULILLAH...Mungkin sebab REZEKI kot kerana pada saat itu SEDANG ADA 1 kekosongan, mereka tanya sama ada mahu tak terima tawaran ni sebab kontrak mengajar hanyalah 1 BULAN sahaja. Sek Menengah yg dimaksudkan itu pun tak berapa jauh dgn area rumah Ibu...kire kalau kena drive sendiri pun- jln nya tak "sesak nafas" lah sgt. Kalau tak terima tawaran ni, mungkin Ibu terpaksa menunggu lagi..mingkin berbulan2 lagi.

Selepas berbincang dgn Abag..Ibu setuju utk TERIMA TAWARAN itu. Tapi apa yang mengejutkan Ibu, Ibu diminta untuk melapor diri pagi esok. Katanya kena mengajar 2 matapelajaran untuk student form 3 dan form 5. Tapi rasanya esok, sure pengetua akan rombak balik nih.. takkan lah guru GSTT kena ajar student nak PMR&SPM..? Kita tunggu tgk saja lah esok macam mana.. Dalila Abah suruh tinggal di rumah MIL sekejap sementara menunggu Ibu balik kerja. Kesian Dalila.. tp mujur dah ada 6 frozen susu Ibu yg Ibu dah stanby hujung bulan lepas (gara2 nak ambik lesen kereta)

Doakan semua berjalan lancar yer esok..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...