Pernah tak korang rasa sakit-sakit badan..kadang2 rasa macam badan masuk angin..lenguh-lenguh sana..lenguh-lenguh sini. Fikir 2-3 kali juga nak minta tolong cik Abang tolong urutkan..sebabnya tak sampai 10 minit..dia pulak merungut.."dah lenguh tangan Abang ni, yang" last-last sapu minyak angin dan urut2 lah sendiri setakat terdaya. Apa boleh buat cik Abang pun letih juga berkerja.
bestnyer diurut begini..
Saya nak kongsikan di sini, tempat mengurut atau perkhidmatan mengurut yang pernah saya pergi. Ini bukan rumah urut batin yang selalu masuk tv tu yer.. ini urut di salun kecantikan, halal punya tau. Kedai tu berhampiran dengan kawasan perumahan saya, iaitu di Bayan Baru, Pulau Pinang. Tukang urutnya perempuan, muda lagi dari Indosnesia. Sudah 2 kali ambil khidmat tukang urut kat situ. 1 st time masa lepas melahirkan Dalila...2nd time masa lepas kemalangan kereta bulan Nov 2010 yang lalu.
Kalau untuk mengurut lepas bersalin, badan mesti diurut 3 hari berturut2. Tukang urut tu datang rumah kita pagi-pagi, urut badan kita, bertungku, lepas tu mandi air herba. Semua barang mereka sediakan. Untuk urut badan biasa pula, saya call untuk buat appoiment dahulu, then baru datang ke kedai mereka. RM 30 sekali urut. Memang terasa lah lepas urut tu..tapi esoknya baru terus hilang rasa sengal2 dan sakit2 badan. Terus cergas dan kuat macam Malik Noor..hihihi.
So, sape-sape nak mengurut badan juga boleh call no ni: 04-6452329 Pusat Kecantikan Mutiara Ayu.




















