nak join? klik banner ni yer

Friday, September 4, 2009

@ Tag dari Aten

Salam...hari ni nak selesaikan TAG dari ATEN..ada 2 tag sekaligus nih..

Tag 1: OH SUAMI ku OH SUAMI ku..

1. Nama suami anda...
Nama dia mohd Fadli

2. Umur suami hati..
Umur tahun ni baru 31 tahun

3. Insiden pertemuan...
Kitaorg jumpa masa Ibu baru kerja dgn company Motorola...masa tuh dia suruh sorang pakcik yg sama department dengan Ibu untuk tanyakan nama Ibu..pakcik tu pulak berpura2 "kekonon"nya TERsalah org...siap tanya nama semua...pas dapat nama Ibu...dia start YM-YM..gitulah ceritanyer...

4. Kelebihan dia di mata anda...
Banyak kelebihanyer...nak citer semua panjang berjela pulak...antaranyer..
1st time dulu suka sebab dia sedikit "berisi"--so, Ibu akan "sentiasa" nampak "kecik" bila Ibu berjalan dengan dia...hihihi..peace Abang!!
Sekarang nih suka sebab dia amat mengambil berat hal2 rumah tangga...hal2 berkaitan arifa dalila...sampaikan kalo Arifa Dalila demam..dia lah yg berjaga...bergilir2 dgn Ibu...bukannyer dia bantai tidur or tgk tv jer..

5. Harapan...
semoga dia akan sentiasa menjadi suami dan abah yg penyayang, bertanggungjawab dan penyabar melayan karenah anak isteri abang nih...

6. Gambar suami anda...
Tengok kat atas header blog tu yer...(suami ku pemalu...tak suka Ibu letak gambar dia dlm blog)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tag 2: Siapa Aku?

1) Nama2 Timangan Anda:
menn, min,

2) Anda Seorang Yang:
suka jalan2, suka shopping (meskipun window shopping jer..) suka pokok2, suka kumpul stem.. cepat terasa kalau org cakap2 hal2 berkenaan dgn keluarga...banyak lah..apa lagi nak taip nih??

3) Insan Teristimewa? Describe Apa Yang Membuatkan Dia Terlalu Istimewa Dimata Anda:
Mak dan ayah di kampung...suami dan anakku, Arifa Dalila.

4) Lagu Kesukaan Anda:
Semua lagu saya suka...pop, rock, balada,..mahupun nasyid.

5) Makanan Kesukaan Anda:
Laksa ->lagi 1 bulan baru boleh makan...sabar jer lah..
Mee goreng, kue tiew goreng/sup/tom yam


6) Warna Kesukaan Anda:
Pink dan biru serta maroon.

7) Sikap Yang Membuatkan Anda STRESS:
kalo TERpaksa bercakap dgn org yg..
  • suka tengking2..org yg suka cakap dgn nada suara yg kuat2.
  • suka nak menang jer..padahal dia yg buat salah.
  • suka jaga tepi kain org...cerita kisah org lain sana sini.
  • org yg berat sebelah...org yg tak bersikap ADIL.
  • org yg suka memperbesar2kan cerita...kire suka jadi "nasi tambah" lah nih.
  • org yg TAK dengar apa yg kita cakap..tp bila dia cakap..benda remeh pun dia nak kita dengar...
memag stress kan kalo kena "deal" dengan org cam nih...mintak simpang lah kan..

8) Tiga Benda Yang Mesti Ada Dalam Beg Anda:
Duit, kad yg penting2, handphone.

9) Kali Terakhir Anda Menangis Dan Kenapa:
Tak ingat lah...rasanyer bila terasa hati dgn asben kot.

10) Tag 7 Rakan Anda:

tak tau nak tag sape..so, sape2 yg rajin nak buat..SILA BUAT LAH yer..



Thursday, September 3, 2009

@ Nak tengok TV..

Hehehe..bila baca entry di blog QQ dan MamaQaisara tadi terus jer rasa mcm nak tulis jugak entry topik yg sama..

SEMAKIN SUSAH IBU NAK MENONTON TV sekarang nih

Apa yang buat Ibu cakap macam tu? haa..tengok lah aksi2 anak dara Ibu nih..
cepat jer memanjat ke rak tv tuh..

memulakan 'kerja' nyer..

Ibu atau Abah apa lagi...terus cepat2 tekan butang "off" di remote ASTRO tuh....nak kasi tv tu "off"...risau rosak jer mata budak kecik nih...dok tengok tv dekat2 sgt.

muka ala2 nak minta simpati...sbb tv dah "off"

Bila tv dah "off"..pandai pulak dia tekan butang pada tv tu..(yg Ibu bulatkan pada gambar tu) dia nak kasi TV tu.."on" balik kot..
Kadang2 bila tak 'ON' jugak...dia duduk terus tekan2 butang2 pada dekoder ASTRO...sure menjadi ('ON) punyalah tv..

Geram-geram sayang jer tgk perangai dia skrg nih..

KALAU REMOTE ASTRO PULAK

Dia memang sukalah...kadang2 buat ala2 telefon...halooo?? ..halooo?? dia letak kat telinga remote tuh..pandai pulak jah kan remote tuh dari Ibu bila Ibu minta balik...nak tukar balik channel bila dia tertekan butang remote tuh..entah ape2 tah yg dia tekan..kadang2 baik tutup Tv daripada dok berebut remote dgn dia...


alahai sayang Ibu nih...kang tak pasal2 rumah kita ada dua pulak remote astro ni kang....

p/s: tapi kalo sesetengah iklan yg dia suka tuh...panggil pun buat tak dengar jer tau..khusyuk sgt tgk iklan tuh..
antara iklan yg dia suka:
  • iklan yg ada kanak2/ baby....cth: iklan susu, iklan holick.
  • iklan yg ada Uncle AZnil....cth: iklan tom-tom bak...iklan macam2 aznil.
  • iklan yg ada benda bergerak2...cth: iklan NTV7..ada bola2 purple timbul2 tu

Wednesday, September 2, 2009

@ Buzy + pening seorang Juri Contest..


Hari ni baru berkesempatan mengisi form juri Contest Jom Bermain Air Bersama.. yg dianjurkan oleh kak Yong tempoh hari..maaf yer kak Yong..terlambat sebab demam..pastu balik kg..pastu borang juri TER 'hilang' pulak...
Memang pening jugak menilai kesemua para peserta contest kali nih..semuanyer hebat2 belaka.. tip2 yg mereka sertakan pun memang bagus2 semuanyer..seronok tengok wajah2 anak2 peserta yg tersenyum keceriaan bila dapat bermain air. Ibu beri markah mengikut kehendah yg penganjur minta saja okey...kalau ada terkurang/terlebih..harap dimaaf kan lah yer.

Teringat pulak kepada anak2 sedara Ibu yg bermandi di Pantai Batu Feringgi pada Nov 07 yang lalu..masa tu diorg sedang cuti sek..kebetulan pula abang Ibu yg no3 datang dari Kelantan..dia ada urusan di Kem tentera di Taipeng....so, Ibu pun calling2 lah Abang Ibu no.2 yg ada di Lunas tuh..untuk turun ke penang..kita wat picnic kat batu Feringgi..jemput lah tgk gambar2 yg sempat Ibu ambik masa tu..
tengok lah..betapa seeronoknyer dua org sepupu ni bermain air


Mereka berdua ni..sangat2 rapat..menagis2 bila kena berpisah bila tiap2 kali cuti raya dah habis..yg kanan tu dari Kelantan...yg kiri tu di Lunas...beza umur 1 tahun jer yg buat mereka rapat..sekarang masing2 dah darjah 2 dan darjah satu dah.


aktiviti tanam2 dlm pasir cam ni..mesti ada kan...hihihi


bersama kakak2 ipar ku...rindunyer nak ketemu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...