nak join? klik banner ni yer

Monday, July 23, 2012

Live update: Dumm..dam..dum dam!!

Hai budak-budak ni. Nak je aku turun gi pulas telinga sorang2. Bom..bangg..bom..bang main mercun. Mengganggu ketenteraman betul. Kalau lah aku ni badan besar, sasa dan femes (apa kaitan femes dalam situasi ni :p) macam "the rock" mau je aku gi bagi warning kat budak2 tu hatta bapa budak yang ligat 'bakar duit' tatkala malam macam ni. Ni baru hari ke-3 puasa bro..relex la.. Takkan hari2 macam ni bising.. Bukan takat orang terkejut..kereta pun dok asyik terrrkejut tau.. Bertambah2 bising.

Bagi yg ada baby macam aku ni, kesian tengok baby terjaga terkejut2. Nasiblah lah, dah terberanak dekat2 orang nak puasa/raya.. Agaknya lah..kalo yang beranak lepas Syawal/raya..aman lah kot yer? Xde bunyi dum dam dum dam macam ni. Entahlah.. Aku, anak first dulu beranak dalam bulan Ramaddan, anak no.2 plak lebih kurang 2 bulan sebelum Ramaddan. Rasanya masa tahun baru cina pun tak sakan bunyi macam ni. Wat malu jer..dah la tiru budaya bangsa lain... ter'hover dari mereka pulak tu..hmm baik gi terawih or tolong siapkan/hidang moreh lepas terawih lagi bagussss!! Tak ganggu orang, pahala pun dapat.



Sunday, July 15, 2012

Live: Adik dan car seat baru



Hari ni, hari ke 47 bersalin, dah 3 hari saya lepas pantang. Malam tadi baru balik ke penang..budget esok nak cari car seat untuk syaakira. Nak train dari awal dia duduk kt situ.

Masa dalila umur 4 bulan dulu dah beli dah car seat tapi yg biasa2 punya..mungkin dia xselesa kt situ or usia 4 bln tu dah kira agak terlewat nak train untuk duduk kat dalam car seat..or kami yg cepat "mengalah" bila dia menangis bila letak kt situ.. (bape banyaknya "or" daa) entahlah... Dalila memang sampai sekarang tak mau duduk car seat :'(

Bila dah ada syaakira ni, memang nekad nak bagi dia biasa dari kecik lagi duduk kt car seat tu. Tadi masuk beli car seat kt butik peekaboo, area bukit jambul tu. Pilih punya pilih..rembat Graco jelah, w/pun xberapa bkenan dengan warnanya. Ciri2 pilihan; boleh adjust seat bagi flat sikit (xde flat mcm tilam tu..kira2 ok dari car seat lama dalila dulu lah) rasa sesuai utk baby syaakirah yang suka tidor ni.

Jom tengok pic syaakira dan car seat baru nya..
" Ibu dan abah harap adik suka yer duk kat situ"


Ibu nak ambik gambar ni..senyum sayanggg!! klik!!




Thursday, June 21, 2012

Pengalaman Bersalin kali ke-2


Hai..nak start citer dari mana yer?..dah lama tak menulis di sini, kaku ler jugak. Hihihi. Okey lah, saya start dari saya preggy lah yer since sebelum ni tak cerita sangat pun sebab tak de masa nak on update blog sendiri.

Pengalaman mengandung anak ke-2.

Masa awal kandungan, my gyne doc cakap ada cyst kat dalam tu, saiz tak terlalu besar, tak perlu nak buang/operate...but she said, hopefully cyst tu akan semakin mengecil. Jika baby membesar dan cyst tu pun membesar juga, then baru lah terpaksa dibuang/operate cyst tu. Saiz kalo tak silap dalam 3cm. Memang bleeding setiap masa..sampailah masuk bulan ke-4 pregnant baru stop bleeding. Cyst pulak dah hilang (mengecut dengan sedirinya). Alhamdulillah. Then baru saya berani "umum" kan pada kawan2 di FB..kawan di office dan family dah lama tahu sebab sejak masuk bulan ke dua preggy, perut saya memang dah "nampak".. tak dapat saya nak supprise!

Alahan?.. kali ni alah juga..muntah2 sampai bulan ke-3. Memang tak boleh bau orang menggoreng sesuatu.. dan makanan yang di goreng dengan minyak yg banyak. Time tu, say "bye-bye" lah pada karipap, cucur pisang dan makanan2 goreng yang lain.. nasiblah family dan kawan2 satu office memahami. Thanks semua!!

Pregnen kali ni saya niat nak bersalin secara normal, dulu masa bersalin Dalila, saya terpaksa emergency czer. So kali ni, larat ke tak larat saya mesti sentiasa aktif. Lagipun pregnen kali ni saya telah kembali berkerja.
Saya ikut apa yg orang pesan, kena banyakkan berjalan lebih2 lagi bila nak dekat due dah. Seriously, time tgh sarat pun larat lagi drive sorang2 p shopping. Boss kat tempat keje pun dah banyak kali suruh "work from home (wfh)" saja, tapi saya degil juga nak mai opis. Nanti duduk rumah, risau tak banyak bergerak, yer lah dapur/toilet semuanya dekat. Kalo kat opis terpaksalah berjalan ke sana ke mari.

Due hosp swasta bagi 6 jun 2012 (ikut kiraan haid) tapi baby since awal preggy lagi ukuran saiz terlebih 1 minggu dari sepatutnya. (cth: baby minggu ke 15, tapi bila scan, tengok ukuran minggu ke 16). Masa buat buku merah di klinik gov, doktor gov bagi due 31 mei 2012..ikut saiz baby.

Turun "tanda"

28 Mei 2012
Isnin, niat nak ke opis lah hari tu, sebab ada benda nak di settle kan dengan senior sebelum saya cuti panjang tapi disebabkan kesian kat mr suami yang baru balik kerja jam 4 pagi (dia pun tengah kritikal dengan 1 projek jugak..dah final stage dah) dan keadaan kaki yang bengkak, terus malas nak drive ke opis sorang2. SMS kat boss mintak "wfh" hari ni. Sempat buat kerja dalam 1 jam, then terasa nak ke toilet. Tengok kat pantis dah ada calitan darah coklat, sebesar saiz 2 jari. "Hari ni ke nak bersalin? macam tak ready je lagi.. (ikut ready, memang sampai bila pun tak ready..sebab takut time sakit nak bersalin sebenarnya :P )
Bagi tahu mr suami, suami bagi tahu MIL. Saya cepat2 inform kat boss dan beberapa orang yang saya sedang contact pagi tadi. Semua suruh saya cepat2 ke hospital. Tapi saya belum ada rasa apa2 sakit lagi. Call tanya hospital, disebabkan rumah saya agak dekat dengan hospital, nurse nasihatkan tunggu sehingga kontraksi makin kuat/rapat 5 minit-5 minit, baru datang hospital.

Saya mintak nak jalan-jalan kat depan kawasan parking, kekonon nak mudah lah bersalin kejap lagi. Sambil berjalan call inform mak dan kakak ipar kat kampung. Mundar mandir jalan kat situ sampai dekat jam 12tgh hari, still tak ada rasa sakit apa2. Mr suami panggil masuk rumah, segan katanya jiran2 dok tengok saya ulang alik berjalan2 kat situ. Tunggu punya tunggu..sampai jam 4 ptg, masih tak rasa apa2 kontraksi. Ajak mr suami ke check kat hospital. Doktor check kat bawah tu dan cakap, laluan dah buka 3-4cm, dah boleh admit ward dah sekarang. Terkejut juga tapi still mintak nak kuar gi makan dulu kejap. Lengah punya lengah, dari petang tadi, jam 9 mlm baru saya register nak admit ward.

29 Mei 2012
Bukaan masih 3-4 cm, dah saya masih relex tanpa rasa apa2 sakit. Doktor cadangkan saya induce untuk mempercepatkan bukaan dan rasa kontraksi atau dia mahu pecahkan air ketuban sekarang. Saya menolak, saya tahu sakit gilerr bila kena induce dan bila air ketuban dipecahkan( time Dalila dulu dah rasa). Kalo boleh saya nak, biarlah "semulajadi".. bila baby ready nak kuar..baru bagi baby keluar. Mintak kat doktor nak balik dan tunggu sakit di rumah saja, doktor agak keberatan tapi membenarkan saya discharge juga pagi tu..yey!

Malam tu siap gi shopping kt Giant lagi. Alah..belum sakit lah katakan..kemana pun boleh :P MIL dan mak kat kampung dok asyik ulang tanya, "tak rasa apa2 sakit ke lagi".. "belum mak..nanti sakit saya bagitahu mak ye"

30 Mei 2012
Tak sangka tarikh ni baby pilih nak keluar. Jam 4 pagi bangun nak buang air kecil macam biasa, tengok darah coklat tu masih keluar/ada. Lepas kencing terus rasa kontraksi, cepat2 rekod dalam handfon, tengok sakit dah 7 minit-7minit dah, tunggu lah lagi..sampai jam 5 pagi. Sakit dah datang setiap 4 minit- 4 minit dah, tapi sekejap-sekejap. Kejut mr suami bangun. Dia kejut MIL sambil saya alas perut dengan roti. Mana tahu, kot2 jadi beranak ke jap lagi.

Masa Azan Subuh kami bertolak ke hospital. Sampai sana nurse check kat bawah, sudah buka 6cm. Sudah boleh ke labour room. Alamak, cepat2 saya mintak ubat tahan sakit, tapi nurse tak boleh bagi sebab bukaan sudah 6 cm. Masa di labour room, saya diajar teknik nak meneran. Masa anak 1st langsung tak tau nak teran, tu yang last2 emercency czer tu. Nurse pecahkan air ketuban, ada sedikit najis baby bersama air ketuban tu. Satu lagi masalah ialah masa kontraksi saya sangat singkat, 1 minit je. So agak susah untuk saya nak teran, dalam satu nafas yang panjang. Bila doktor dah sampai, nurse di minta masukkan ubat (melalui drip) untuk panjangkan tempoh kontraksi. Lepas tu, hambik ko, sakit kontraksi yang lama, sampai rasa nak give up nak beranak cara normal -time tu! Nak mintak oprate je rasa.

Sakit belakang bagai nak patah tulang belakang, mintak suami tolong urut belakang. Sambil time sakit tu nak teran bagai nak berak, dalam keadaan baring pulak nak teran berak.. punya lah susah nak buat. Last2 doktor kata kepala baby dah dekat sangat dah ni, doktor suruh saya push sungguh2 sambil dia guna vaccum untuk bantu baby keluar. Alhamdulillah..baby girl saya selamat dilahirkan tepat jam 8 pagi.

 panass dari oven!!
keluar2 dah celik mata dah

Nama: Arifa Syaakirah
D.O.B: 30 MAY 2012
Berat: 3.45kg
Tempat: Pearl Maternity Hospital, Penang







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...