nak join? klik banner ni yer

Wednesday, November 16, 2011

@ Dia dah pandai nak rahsia-rahsia pulak

Seperti yang selalu orang cakap, anak sulung ni banyak mengajar kita sesuatu pengalaman baru...terutamanya dari segi pe'el anak dan cabaran menjadi seorang ibu muda.
Hihihi..hari ni satu lagi benda baru yang saya belajar/dapat dari anak saya Dalila...dia dah pandai "tak nak kasi beg pack nya di tengok/dicheck oleh kami.

Agak terkejut juga saya dengan perangai Dalila yang baru masuk 3 tahun 2 bulan nih, tak sangka betul budak sebesar ni dah pandai nak berahsia-rahsia. Bila kami mintak nak tengok beg dia tu, boleh pulak dia bawa lari sambil seret beg (yang 2 kali lebih besar dari badan dia) masuk ke bilik nenek dia (my MIL). Siap halang2 kami tak bagi masuk ke bilik nenek dia tu. Apalah yang rahsia sangat tu yer???!!

Beg peck nya tu, selalu di gunakan untuk isi segala keperluannya di rumah pengasuh (baju, pempers dan mainan).  Pagi kelmarin, dia ada mintak DVD Mickey Mouse, dan saya ada bagi dia bawa satu ke rumah pengasuhnya. Malam tadi pulak dia mintak yang lain, katanya yang Mickey Mouse tu hilang (alasan yang paling selalu dia beri..jika dia malas nak cari). So, bila saya nak cari dalam beg, boleh pulak dia "mengelak", tak mahu kasi saya tengok/cari dalam beg dia.

Tapi saya dapat mengagak, apakah "benda" yang dia rahsiakan dalam beg dia tuh..sebab sebelum tu dia ada cakap nak dia nak bawa gula-gula (lebihan gula-gula yang di isi dalam uncang masa majlis kenduri Acu tempoh hari) untuk kawan2nya di rumah pengasuh. Bila dah kena pujuk/slow talk dengan dia, dia serahkan sendiri beg tu kat saya sambil pesan "ibu jangan keluarkan coklat dalam beg tu tau!", "Dalila nak bawa pi rumah Tok Bee"

Dalila..Dalila dah pandai nak rahsia2 dari ibu yer sekarang..




Monday, October 31, 2011

@ Ada "signature"lah kat kasut 'flower girl'

Haaa..semput dada saya bila balik kerja dan tengok kasut yang baru dibeli (kelmarin) pada 26-Oct, hari ini (27-Oct) dah ada banyak "signature" dah.. Punya lah susah nak cari kasut saiz dia yang warna PINK, alih-alih bila dah jumpa dapat "signature" free pulak. Entah mana dia jumpa pen entah lah, mungkin pen my MIL kot, dok guna tulis nama para jemputan untuk kenduri pada kad jemputan.

kasut 'flower girl' Dalila

 close up sikit- nampak contengan ball pen warna hitam tu

kat bahagian dalam pun kena jugak- dua2 side hokeyyyy :(

kat tapak pun ada, tapi mujur sikit je..

Nasib ler dia tak buat conteng kat sekeliling (kat tepi ker, kat belakang ker) kalo tak, macam nak kena beli lain jer lah.

Agak2 korang... kalo sental dengan varnish keluar tak? Hari sabtu ni dah nak guna kasut ni :(




Sunday, October 30, 2011

@ Entry terperam: Tengok Muvee "The Smurfs"

Walaupun citer ni dah lama dan sudah basi..saja nak buat juga entry tentang ni.


 Pada 11-Sept bulan lalu, dengan tanpa dirancang..time tengah lalu kat depan cinema, kat queensbay Mall, Abah ajak masuk tengok wayang..kebetulan ada citer kanak-kanak "The Smurfs". Saya ikut je... walaupun dalam hati ada rasa risau juga...risau sejuk kat dalam panggung tuh..sebab...tanpa di rancang = tak bawa sweater lah. Mujur kat dalam tu tak sejuk pun..alhamdulillah.

 gambar2 sebagai selingan.. 
 bergambar depan poster iklan


senyum sikit sayanggg!!

...nak yang pink..nak yang pink!!

terus "peluk" bekas air yang baru..yang lama suruh ibu simpan

Syok jugak citer ni..Dalila pun suka..siap boleh nyanyi2 lagu tema mereka. Alhamdulillah... 
Hihihi..ni dah masuk kali ke-3 Dalila tengok muvee kat panggung. Cukup lah yer untuk tahun ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...