nak join? klik banner ni yer

Tuesday, August 9, 2011

@ Nak tidur dengan pakai baju raya pulak..

Asssalamualikum semua,
Lama bebeno tak update blog nih, dah jadi kekok dah menulis kat sini :P

Nak story-mory sikit pasal anak saya, Dalila. Hari Ahad lepas, adalah bawak dia gi beli baju raya untuk dia. Dan saya bagi dia pilih sendiri kesemua baju raya dia tuh. Memang dia excitet sungguh. Masuk dalam kereta jer dia nak terus pakai, saya ikut sajalah sebab kat kedai tadi tak test lagi pun baju tu. Mana tahu..ketat ke..leh patah balik tukar. Sampai ke malam dan sampai ke tidur dia tak mau tukar baju raya satu set tu, nasib baik t-shirt dan seluar je..

Kelmarin, awal pagi saya basuh semua baju raya dia, malam tadi lagi sekali dia mintak nak pakai lagi..tapi yang warna lain pulak..so seperti biasa..dia tak mo tukar...nak pakai sampai tidur. Bangun pagi tadi, nak hantar ke rumah pengasuh, adalah dia tanya "boleh pakai baju raya ni ke rumah Tok Bee?" tak payah tukar?..saya cakap pakai jerlah..dah dalila siap bawak tidur dah baju tu malam tadi.

Sampai2 kat pintu rumah pengasuh, dia terus bagi tahu pengasuh "Ini baju raya Dalila" Baju baru beli".
Adehh, Dalila...baju raya orang pakai time raya lah Dalila, bukan pakai sekarang, puasa pun tak sampai 2 minggu lagi.



Thursday, July 21, 2011

@ Doa Dengar Cakap Dalila

Dalila kadang2 ada jugak timenya, dia buat tak mo dengar cakap/kata saya, lebih2 lagi sejak saya kembali berkerja sekarang. Saya nak cerita tentang kejadian Dalila berdoa minggu lepas.


Sabtu lepas, ketika masing2 (saya dan Dalila) sedang hampir nak selesai bersolat Zohor, Dalila bangun datang duduk mengadap saya, di hujung sejadah saya. Dan ketika saya sedang berdoa selepas solat, Dalila pun angkat tangan seperti biasa untuk sama2 berdoa, tetapi saya terdengar Dalila berdoa begini....

Ya Allah...bagi Ibu dengar cakap Dalila..

3-4 kali dia ulang cakap macam tu. 

Hampir nak tergelak saya dengar tau. Hihihi..
Benarlah bagai di kata..anak selalu ikut/tiru apa saya yang kita cakap/sebutkan. Haaa..lepas ni haruslah beringat jika nak tuturkan sesuatu depan anak. Sebab...kadang2 bila saya terlalu marah pada Dalila, saya akan cakap..benda yang lebih kurang sama.

sambil beristighfar...
"Ya Allah, kau lembutkan lah hati Dalila agar mendengar cakap Ibunya"

sekarang, Dalila berdoa balik, minta saya dengar cakap dia pulak! Adushhh...



Thursday, July 7, 2011

@ Sunset di Bayview dan Arifa Dalila

Sambungan dari cerita percutian kat di Bayview haritu yer..

Dah penat berandam dalam kolam setelah akhirnya berjaya memujuk Dalila supaya keluar dari kolam.. kami naik makan2 kat bilik kejap then tengok jam dah nak dekat jam 6.30 petang, terus teringat nak tengok sunset pulak. Ajak Abah, huh! dah tak mahu dan tak larat dah dia nak turun, so saya keluar berdua jer lah dengan Dalila kat tepi pantai, tepi hotel tu.

Subhanallah.. cantik sungguh permandangan sunset hari tu. 1st time lah Dalila tengok sunset tepi pantai macam ni. Saya yang tak berapa terer/mersa lagi dengan Cik C (D40) ni pun kire pakai snap jer lah. Nak kena banyak praktis/latihan lagi nih dengan Cik C ni. Korang nak tengok? Haa.. jom tengok!


cantik kan...

ada bot pulak kat tengah tu..

alamak!! gambar tak ikut turutan..tengok ikut saiz matahari lah yer..

Cemana? cantik tak?.. dalam kamera jer nampak macam ni. Kat luar tak delah gelap sangat pun. Tak azan magrib pun lagi. Balik bilik tunjuk kat Abah..Abah cakap cantik. Wah..bangga jap..ni dalam tak berapa pandai adjust butang2 kamera tu nih..ekekek...kalo dah terer sure lagi syok snap kan.

Jom lah layan lagi gambar... sambil2 menikmati sunset nan jingga tu, sempat lah saya snap gambar anak saya, Dalila. jom tengok gambar pulak jom. Lucu pulak saya rasa tengok dia beraksi depan kamera petang tu.

 Terus pakai baju tido jer petang tu


Masa ni saya suruh Dalila kekonon tengok sunsetlah, saya nak ambik gambar dia..
tengok ??!!
cemana dia pose kat saya??!!

tegak jer macam tiang : P hahaha

oooo..Dalila menyakat ibu yer...

haaa..cam ni baru lah sporting!

aik!!?? aksi apa ini? Dalila..Dalila..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...