nak join? klik banner ni yer

Thursday, February 3, 2011

@ Tempat Mengurut Saya di Penang

Pernah tak korang rasa sakit-sakit badan..kadang2 rasa macam badan masuk angin..lenguh-lenguh sana..lenguh-lenguh sini. Fikir 2-3 kali juga nak minta tolong cik Abang tolong urutkan..sebabnya tak sampai 10 minit..dia pulak merungut.."dah lenguh tangan Abang ni, yang" last-last sapu minyak angin dan urut2 lah sendiri setakat terdaya. Apa boleh buat cik Abang pun letih juga berkerja.

 bestnyer diurut begini..

Saya nak kongsikan di sini, tempat mengurut atau perkhidmatan mengurut yang pernah saya pergi. Ini bukan rumah urut batin yang selalu masuk tv tu yer.. ini urut di salun kecantikan, halal punya tau. Kedai tu berhampiran dengan kawasan perumahan saya, iaitu di Bayan Baru, Pulau Pinang. Tukang urutnya perempuan, muda lagi dari Indosnesia. Sudah 2 kali ambil khidmat tukang urut kat situ. 1 st time masa lepas melahirkan Dalila...2nd time masa lepas kemalangan kereta bulan Nov 2010 yang lalu.

Kalau untuk mengurut lepas bersalin, badan mesti diurut 3 hari berturut2. Tukang urut tu datang rumah kita pagi-pagi, urut badan kita, bertungku, lepas tu mandi air herba. Semua barang mereka sediakan. Untuk urut badan biasa pula, saya call untuk buat appoiment dahulu, then baru datang ke kedai mereka. RM 30 sekali urut. Memang terasa lah lepas urut tu..tapi esoknya baru terus hilang rasa sengal2 dan sakit2 badan. Terus cergas dan kuat macam Malik Noor..hihihi.

So, sape-sape nak mengurut badan juga boleh call no ni: 04-6452329 Pusat Kecantikan Mutiara Ayu.



photobucket

Tuesday, February 1, 2011

@ Ubat Tekanan Darah Rendah Saya

Dua minggu yang lalu, dah 2 hari terasa bagai pening2 dan sakit2 di bahagian belakang tengkuk. Minta Abah tolong check kan tekanan darah dengan digital BP test Abah tu. 3 kali check..tekanan rendah. Abah ajak ke klinik panel. Jumpa doktor, doktor pun cakap benda yang saya.. "your BP is very low".


Saya tanya doktor tu..bagaimana nak naikkan BP saya tu..dia cakap...

tak de apa yang boleh dilakukan.. kalau nak pun.. awak drive kereta pusing satu penang, setiap pagi selama seminggu..sure your BP will going up!

Antara percaya atau tidak, tapi saya ada juga tergelak sikit masa tu..sampai doktor tu pun ikut tergelak sama. Hihihi..(lawak juga doktor Sikh ni rupanya)


Mungkinkah sebab Penang ni dah nak jadi macam KL dah..hari2 jalan jem dan dengan sikap pemandu yang "dasyat" tu..boleh buat tekanan darah kita naik.


photobucket

@ Nasi Beriani Kapitan dan Istak

Ni antara kedai makan fav Abah, kalo datang makan kat sini mesti order nasi beriani. Restoran Kapitan dalam entry ni, lokasinya kat Lorong Pitt, kat area Lebuh King. Ada satu lagi restoran Kapitan yang paling dekat, kat area Queensbay..(tapi bukan dalam Mall yer) pun sedap jugak.

beryani kapitan

















 istak..perisa peach

Haritu pulak Abah oder istak..1st time tengok minuman ni. Tak tahu pun kewujudan minuman ni sebenarnya. Abah cakap istak ni tak manis macam minuman berkarbonat yang lain.. Ibu tak terasa nak try lah pulak haritu..so, nak ulas lebih2 tak boleh lah pasal istak ni.

Tapi balik search istak ni..ada webside dia tau http://www.istak.com.my/ minuman ni berasal dari negara Iran.
  • produk Istak tidak mengamalkan proses penapaian yang biasa dilakukan bagi menghasilkan arak tetapi menggunakan kaedah yang halal daripada awal hingga akhir
  • Sekiranya minuman malt Istak telah luput tarikhnya sekalipun, ia tidak akan berubah sifat menjadi arak dan memabukkan sebaliknya hanya berubah warna dan rasa
Bagi pendapat saya; bentuk botol dan design istak ni membuatkan saya "terkelu" for 1st time tengok. See..
 istak (gambar yang saya Google)

Huii..suspen jer.. tapi Abah minum haritu tak de lah pening2 pun..boleh drive kereta balik rumah lagi. Hihihi.. tak memabukkanlah istak ni. Buat suspen jer botol dan design pelekat tuh!






photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...