nak join? klik banner ni yer

Monday, December 20, 2010

@ 2 kaki, 9 inci

Sekarang tinggi Dalila dah 2 kaki 9 inchi, atau pun dalam 'sentimeter'nya adalah 84cm. Umur dah hampir 2 tahun 3 bulan, dan still menyusu badan lagi. Memang terasa sungguh "kepanjangan"nya tiap2 kali dia baring atas riba untuk menyusu...terutamanya bila menyusu dalam kereta.


Rasanya fizikal Dalila ni ikut fizikal saya masa saya kecik2 dulu....kurus dan tinggi. Kalau di imbas semula memori lama, saya antara 1 ,2 pelajar yang "terpaksa" menjadi pelajar terakhir ketika dalam barisan/beratur dalam perhimpunanan semasa sekolah rendah dulu. Masatu rasa sungguh tak "best" sebab tak leh join kawan2 lain curi2 sembang, sebab kat belakang kita dah ada pengawas. Aduyaiii..

Satu jer perkara yang sering berlaku bila dia dah makin tinggi ni... selalu terhantuk dahi/kepalanya. Bukan saja di rumah, tapi di shopping komplek juga.. kadang2 dia suka berlari2 tepi2 rak barang.. tengok2 dah benjol dah dahinya tu.. pandai pulak dia tak menangis masa terhantuk kat luar rumah gitu.

 Anak2 korang pulak macam mana?badan ikut korang ke ikut hubby korang?


photobucket

Thursday, December 16, 2010

@ Result "Double Line" untuk 6 minggu Saja :(

 Kalo ada yang perasan, sejak awal bulan Dis ni, blog saya ni agak sepi jer.. tak berupdate seperti selalu. Nak tahu kenapa? sebabnya saya baru mengalami keguguran, kandungan yang tidak disangka-sangka..setelah bulan lepas, yang begitu banyak dugaan buat kami sekeluarga (eksident kereta dan Dalila warded).

Bila di kira2 kem,bali..saya telah hamil semasa terlibat dalam kemalangan kereta tempoh hari, 2 hari selepas kemalangan pulak..saya pergi mengurut, satu badan sakit2 lepas eksident tu. Masa sedang menjaga Dalila di hospital haritu memang teringin sesangat nak makan asam dan sewaktu dengannya. Tak terpikir pulak yang itu petanda nak yang saya tgh preggy.. Masa di hospital..teramat lah stress bila blood count darah Dalila "menurun" pada ujian darah Dalila yang kedua. Sedih sampai nangis2 call family dan kawan2 yang terdekat. Bila dah boleh keluar hospital..memang terasa "lain sikit" kat badan ni..antaranya sakit bawah perut yan teramat..sakit kepala..selalu pening2.. tapi waktu tu (minggu tu) saya sedang menantikan "kedatangan sahabat baik" tiap2 bulan..sebab biasanya paling lewat pun 1-2 hari saja.

1 malam sebelum nak bertolak ke BP, saya bgtau Abah..yg period saya dah lewat beberapa hari.. terus beli pregncy test.. result..ada "double line" kat test kit tu. Esok pagi baru bagitau Abah..Abah suka dan tak sangka. Malamnya kami bertolak ke BP. Dalam bas, saya usahakan agar Dalila tidak duduk atas perut saya. Kadang2 boleh..kadang2 tak boleh elak juga..sebab dia tak mau langsung nak duduk dengan Abahnya.
Kat BP pun saya tak buat apa2 kerja sangat..sebab kekadang terasa pening dan sakit bawah perut saja. So, banyak rehat2 kat bilik/rumah sajalah.

Dalila pulak asyik memerap nak minta  saya dukung, dia tak mahu Abah dukung... macam tu lah sampai dah balik sini dan sampai hari pertama (30 Nov) saya "keluar darah".. petang selepas mandikan Dalila.. (jugak nak di dukung masuk kebilik yer).. tiba-tiba terasa ada keluar sesuatu.. check tengok...ada darah sikit.
Esoknya 1hb still keluar lagi darah dari pagi sampai petang.. gi check kat doktor.. cakap "dah tak nampak kantung dah dalam rahim". Doktor bagi pilihan sama ada nak ambik ubat bagi cepat habis keluar saki baki darah, atau nak buat DnC atau nak tunggu lagi 1 minggu baru datang check semula. Saya cakap nak tunggu lagi 1 minggu..mana tahu darah ni akan stop dan baby dah okey ker(saya harap lah...mana tahu.. ada keajaiban berlaku ker..nampak kantung baby pulak minggu depan).. doktor suruh saya berpantang macam biasa. Darah yang keluar itu juga dikira sebagai darah nifas. saya ingatkan..janin yang masih baru macam saya ni, yang keguguran macam ni (<8 minggu) boleh dianggap seperti darah haid semula..tak payah pantang segala bagai lah.

Saya balik berpantang di kampung halaman saya di kedah..senang, ada mak ayah dan kakak ipar boleh tolong jaga makan minum saya dan Dalila kt sana. Saya pun bukannya reti sangat apa yang boleh di makan..dan apa yang tak boleh di makan semasa pantang ni.. lagipun, orang cakap pantang orang keguguran ni lagi teruk dari pantang orang bersalin.. tak boleh terlalu sejuk sangat,tak boleh terlalu panas sangat. risau nanti susah nak "lekat" lagi. kalau pantang orang bersalin..nak selalu panas jer badan tu...bertungku bertanggas segala bagai.

Lepas seminggu, datang check lagi..dah confirm tak de kantung dah dalam rahim saya. Buat prenency test lagi kat klinik..sah dah prenent...result dah jadi 1 line dah. Doktor cakap tak perlu buat DnC lagi darah dah tak keluar dah lagi.

Hmm..itu lah sebabnya saya menyepi sejak awal bulan Dis ni. Saya balik berpantang di kampung. Kalu ikutkan due baby tu..Dalila akan dapat adik pada 28 Julai 2011 nanti..tapi apakan daya.. bukan daya saya nak melawan kuasa Allah..semua ini ujian bagi Allah lagi buat kami sekeluarga. Saya redha..



ps: sedih jugak..sebab memang target nak baby 2011.



photobucket

Tuesday, December 14, 2010

@ 1st Time Naik Bas Express

(Entry yang sepatutnya di publish hujung bulan Nov aritu, tp kabel kad reader pula ada yg pinjam..)

Dalila memang excitet bila kami cakap akan "gi jalan-jalan naik bas". Mungkin dia tak mengerti lagi situasi "naik bas express", tapi suka sebab cakap "nak gi jalan-jalan". Hihihi.. Sebenarnya bukan Dalila sorang yg excitet, Ibunya pun excitet plus risau jugak..sbb bukan nya sekejap perjalanan ke BP.. paling lama hampir 10 jam baru sampai. Macam-macam saya risau..Risau dia menangis dalam bas, risau dia tak selesa, risau dia boring dan nak minta turun dari bas.... haii.. risau segala bagai lah...1st timelah katakan.

Nak tengok aksi Dalila malam masa menanti bas kat terminal bas express Sg. Nibong. Terminal bas ni betul2 sebelah dengan tapak Pesta Pulau Pinang.

masa mula2 sampai.. lebih kurang jam 9mlm

Bas dah sampai.. pakai "uniform" dulu..risau sejuk. beli sweater yang ada hood..nak elak sejuk kepala.

cute lah anak ibu pakai sweater ni!

Dalam bas lebih kurang 2-3 jam jer dia mau pakai sweater tu. Pastu dia suruh bukak...suruh simpan. Tunggu dia terlena baru saya buat sweater tu sebagai selimut..cover mana yang boleh. Sepanjang perjalanan tu..alhamdulillah..Dalila okey.. tidur sambil menetek jer.. ada sekali dua juga dia merengek tak selesa..sempit kot-tidur atas riba saya. Sampai ke BP lebih kurang jam 6.30 pagi. Turun bas pun mujur dia tak "bad mood", alhamdulillah..risau juga kalau2 dia "bad mood" dengan 1st time pengalaman berjalan jauh naik bas macam ni.
Bagus anak Ibu..nanti kita gi jalan2 lagi yer sayang..

photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...