nak join? klik banner ni yer

Monday, October 31, 2011

@ Ada "signature"lah kat kasut 'flower girl'

Haaa..semput dada saya bila balik kerja dan tengok kasut yang baru dibeli (kelmarin) pada 26-Oct, hari ini (27-Oct) dah ada banyak "signature" dah.. Punya lah susah nak cari kasut saiz dia yang warna PINK, alih-alih bila dah jumpa dapat "signature" free pulak. Entah mana dia jumpa pen entah lah, mungkin pen my MIL kot, dok guna tulis nama para jemputan untuk kenduri pada kad jemputan.

kasut 'flower girl' Dalila

 close up sikit- nampak contengan ball pen warna hitam tu

kat bahagian dalam pun kena jugak- dua2 side hokeyyyy :(

kat tapak pun ada, tapi mujur sikit je..

Nasib ler dia tak buat conteng kat sekeliling (kat tepi ker, kat belakang ker) kalo tak, macam nak kena beli lain jer lah.

Agak2 korang... kalo sental dengan varnish keluar tak? Hari sabtu ni dah nak guna kasut ni :(




Sunday, October 30, 2011

@ Entry terperam: Tengok Muvee "The Smurfs"

Walaupun citer ni dah lama dan sudah basi..saja nak buat juga entry tentang ni.


 Pada 11-Sept bulan lalu, dengan tanpa dirancang..time tengah lalu kat depan cinema, kat queensbay Mall, Abah ajak masuk tengok wayang..kebetulan ada citer kanak-kanak "The Smurfs". Saya ikut je... walaupun dalam hati ada rasa risau juga...risau sejuk kat dalam panggung tuh..sebab...tanpa di rancang = tak bawa sweater lah. Mujur kat dalam tu tak sejuk pun..alhamdulillah.

 gambar2 sebagai selingan.. 
 bergambar depan poster iklan


senyum sikit sayanggg!!

...nak yang pink..nak yang pink!!

terus "peluk" bekas air yang baru..yang lama suruh ibu simpan

Syok jugak citer ni..Dalila pun suka..siap boleh nyanyi2 lagu tema mereka. Alhamdulillah... 
Hihihi..ni dah masuk kali ke-3 Dalila tengok muvee kat panggung. Cukup lah yer untuk tahun ni.



Monday, September 26, 2011

@ My Dalila dah umur 3 tahun

23 Sept 2011 hari tu, Dalila dah genap umur 3 tahun. Tahun ni tak sempat nak buat/rangang apa-apa maljis pun, Ibu dan Abah tersangat2 buzy dengan kerja. Tapi kali ada ambik cuti on that day. Pagi tu bawak Dalila ke "bakal nursery/school" nya tahun dapan. Seperti yang di jangkakan, dia tak biasa dengan situasi school tu. Nangis, langsung tak mau turun dari dukungan Abah pun. Tambah pulak, dia masih mengantuk2 (walaupun kami kejut dia tidur jam 10.30pagi- kekonon nak kasi dia bangun lewat, so kat school nanti tak ngantuk laaa..)

Selepas bawak dia ke school, balik rumah dulu tunggu Abah habis solat Jumaat kat masjid. Lepas tu kami ke Batu Kawan, Abah nak pi bayar booking rumah ka area sana. Masa nak isi dan sain borang booking rumah tu, Abah boleh terlupa dan tertanya pulak tarikh hari tu, than baru teringat...birthday Dalila!! Pemaju yang jual rumah tu kata, "waa..dia dapat hadiah rumah on her bithday, hadiah besar nih" Hihihi.. sebenarnya, tak de rancang pun pasal tarikh tu, disebabkan risau rumah conner lot tu di ambil orang, so alang2 dah cuti- cepat2 lah datang untuk bayar booking.

Ingat nak celebrate lah malam tu, tup-tup dia dah ngantuk sangat2 dah. Balik rumah terus dia zzzZZZZ. So nak ambik kesempatan nak wish happy birthday kat sayang, kasi blog ni, sebagai kenangan bithday dia kali ke-3 ni.



HAPPY BIRTHDAY ARIFA DALILAH

Ibu teramat sayang Dalila, Ibu doakan anak ibu ini sentiasa sihat, dilindungi Allah dari segala mara bahaya. Ibu Syukur dan gembira kerana dapat anak seperti mu. Kamu lah racun dan kamu jugalah penawarnya, jadi  teman bergaduh dan bergurau senda Ibu setiap masa. Bahagia Ibu kerana diberi peluang dapat melihat kamu membesar di depan mata Ibu. Kamu lah penguat semangat Ibu sekarang. Jadilah anak yang solehah, anak yang mendengar segala perintah Allah. Andai sesuatu berlaku pada Ibu, Ibu harap kamu sentiasa tahu yang Ibu amat-amat sayang pada mu, kalau boleh nyawa dan badan Ibu sanggup Ibu gadaikan bagi melihat kamu sihat, selamat dan bahagia.
Happy birthday sayang, happy bithday kali ke-3. I LOVE YOU SO MUCH.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...